Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Arts. Show all posts
Showing posts with label Arts. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Silly Saturday

-_-"

Hari ni hari sabtu, esok hari ahad dan lusa hari isnin.

Semua orang tahu laa..tak payah nak bagitau.

Perancangan hari ni nak ke rumah kawan,

Biasalah, Open House kan banyak time hari raya ni.

So hari ni dah masuk 15 hari dah kita beraya.

Mak aihh, lagi dua minggu ja nak habis bulan Syawal. Cepat betul..Puasa enam yang nak dilaksanakan tak tetunai-tunai lagi. Tak masuk lagi dengan puasa yang nak mengganti..


Alkisah maka tersebutlah, aku tak jadi nak pergi segala rumah terbuka yang terbuka seluas-luasnya tu.

Kesian dekat encek kajicuaca, dia tak dapat nak bergerak sangat due to his illness.

Dia kena bisul kot..kesian betul dok tahan sakit.

Oh lupa, pagi tadi bangun kelam kabut.

Pening kepala kalau bangun mengejut macam tu.

Dah janji dengan Kak Rai nak pergi ambil bunga dulang.

Cantik dan aku puas hati.

Lepas tu balik dan sampai sekarang aku tak tahu nak buat apa.

Aku nak makan TAKOYAKI,

aku nak buat TAKOYAKI,

tapi semua ada dekat Jusco.

Bosan kalau pergi Jusco sorang-sorang. Macam Lone Ranger.

Dah, aku malas nak menaip lagi. Penat.

Korang layan je la gambar fonts yang aku download hari tu.

Maybe ada yang nampak biasa je, tapi aku suka. (:














Buhbai for now.

Thursday, September 23, 2010

F.o.N.t.S

arr, tolong!

aku dah gila dekat fonts-fonts yang sangat kreatif dan cute.

Memang cute gile!

Ah, GILA aku dibuatnya!

semua ni NAGA punya pasal lah!

tak, tak, bukan NAGA = DRAGON = binatang yang tah wujud ke tak tu.

ni NAGARAJ, kawan office aku merangkap kawan Uni aku.

haish, kau la punya pasal ni Naga!

Petang tadi, Naga tengah buat something for his nephew punya birthday party.

then he seek for my help/opinion about the size of the printed font yang dia buat.

suddenly i said,

 "ey Naga, kenapa kau tak download font yang cantik-cantik and then baru kau print?"

then i told him to google for "FREE fonts".

tengah tengok-tengok and pilih fonts, aku realized yang banyak gila kot fonts yang menarik tertarik kau memang da BOMB!

so i managed to download some fonts before leaving the office.

and now, aku sambung download lagi banyak fonts yang CUTE..(:

i'm addicted to these cute and cool fonts now.

it's all your fault NAGA.

yes you!

hahaha.

well, aku ingat kalau senang nanti aku masukkan entry dengan contoh fonts yang aku dah download.

will be updated soon.

buhbai for now.

Thursday, March 18, 2010

Sign With ♥ Forever True

"Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up someday you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love
forever true "

Lagu Don't Cry Joni - Conway Twitty, tu bukan point sebenar aku tulis entry ni.

Entry kali ni nak bagi tau yang aku baru buat "signed" atau bahse melayu nye, tanda tangan. Ia di cipta khas buat belog aku. Yes aku tau benda ni da ramai yang buat and dah lapuk. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Betol ke yang aku tulis tu? Abaikan. SPM aku BM - B4. Jangan banyak bunyi. Aku suka math je. Lain aku tak suka sangat.

Dah, jangan merepek. Aku puasa hari ni. So aku sangat lapa sampaikan aku merepek. Tak baik time puasa cakap lapa! Dah dah dah. STOP.

Sign yang aku buat tu biasa-biasa je. Saja je nak gebang lebih. Kalo nak tengok. Sila lihat end of entry.

Sekian, bye. ^____^

** Patutnya tiada entry untuk hari ni. Aku cuba menahan diri ku dari menge'post' entry yang terlalu banyak dan berderet-deret. Pasti bosan kalau baca kan. Tapi aku terpaksa.


Wednesday, March 17, 2010

Art of War


Hai anda semua. Seperti yang telah saya janji kan kepada kawan saya Nadd Honey, saya akan mempublishkan the art of war yang telah saya hasilkan khas untuk beliau. Art of War tu bukan by Sun Tzu ke? Abaikan. Saya akan bertindak skema pada hari ini juga.

Ini lah hasil seni yang telah saya hasilkan :


Tajuk : Terbaik dari ladang madu.
Masa melukis : Satu hari.


Tajuk : Random Animals.
Masa melukis : 30 minit .



Tajuk : Beezy Bees.
Masa melukis : Satu Jam.

Tajuk : Saya dan Luna.
Masa melukis : 30 minit.



Tajuk : Bad Kitty!
Masa melukis : Satu Jam 15 minit.

Seperti biasa cara penghasilan melalui PAINT, memandangkan saya melukis hanya untuk mengisi masa lapang di opis dengan kerja yang berpekdah. Pasti Boss sangat bangga dengan pencapaian saya yang makin meningkat. Saya tipu. Boss akan pecat saya kalau dia tahu saya buat benda ni. Tapi semalam dia tak marah pun apabila dia nampak saya tengah melukis? Mungkin dia sedang mengumpul bukti-bukti dan point-point penting untuk terminate saya. Mungkin tidak. Saya anak kesayangan Boss. Mungkin juga saya bukan anak kesayangan Boss. Ah, abaikan saja.
Sekian saja entry untuk waktu dan ketika ini. Jumpa lagi. Bye!