Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Ammar's Story : Therapies

Hi,

Thought of sharing Ammar's activity and progress so far walaupun tak banyak. Besides monthly therapy kat government hospital, aku bawak Ammar pergi kat private therapist jugak. Yelah nak tunggu sebulan sekali bila masa la anak aku tu nak cepat baik walaupun chances nak jadi normal like others tu takde, at least i hope that he can walk, talk, see and hear like others. So far eyes and hearing dia bagi aku okey je takde lah dia tak nampak ke tak dengar ke kecuali dia concentrate tengok tv kalau panggil memang taknak pandang lah. Kat rumah sekarang pun dah jarang dah aku nak exercise kan dia, aku rasa macam takde masa. Boleh pulak macam tu aku ni kan. Hehe. Bad mom.

Cerita pasal private therapist, masa awal-awal dulu tau condition Ammar, aku ada la search for private therapist and aku ada share cost for therapy session berapa kan. Actually ada lagi few tempat yang lagi murah and berbaloi. Since join group MyCP, banyak info aku dapat dari yang diorang share kat wall group. Dari gym tools, tempat rawatan etc. Salah satunya adalah tempat untuk bawak our special needs angels to have fun. Haha. So lepas je weekly therapies session habis dekat HPj, aku and husband bawak Ammar ke Great Life Physiotherapy and Rehabilitation (GLPR) .

First time bawak Ammar kat GLPR branch Kota Damansara on Saturday at 2 pm. Macam biasalah budak tu, kalau bawak tempat macam ni memang non stop menangis sampai habis session la. Bagusnya diorang ni takde lah nak stop massaging sume, keep on buat je. Buat tak tau je dengan raungan budak tu. So takdelah waste time kan. Aku pun memula cam alah kesian tapi lelama kalau nak kesian bila anak nak berjalan ye tak. Diorang cakap Ammar ni segala joint tak ketat lagi macam certain budak CP lain. So lepas tu every week kami datang on Saturday. Cuma bila Ammar tak sihat, demam memang kami tak bawak la sebab ada therapist yang tak akan terima kalau tak sihat. Nanti boleh jadi lagi worst. Kalau aku ada ambil cuti on weekdays, aku tanya dulu if ada free slot aku bawak Ammar. Last week tak dapat pergi since my mom kena jaga my niece and nephew and my husband kerja. So harapnya this week boleh la Ammar pergi therapy.
Rolling



Standing frame


Ni ape tah nama..haha


Last two weeks aku ada volunteer kan Ammar dalam satu Aquatheraphy Workshop dekat Amir's Gym, Bukit Damansara. Selalunya kan kalau bawak Ammar swimming kan dia suka so i ingat dia akan okeylah during that session. Harapan je lah kot, baru nampak orang dah menangis. Budak lain elok je senyap. Satu rumah tu dengar je lah dia dok menangis. Sabar jelah. Amir's Gym ni tempatnya dalam rumah owner tu. Wujudnya Amir's Gym sebab owner tu ada special needs child. Aku teringin nak bawak Ammar pergi Amir's Gym one day tapi husband kata kalau nak bawak anak untuk hydrotherapy baik bawak pergi ke GLPR branch Bangi. Maybe lagi dekat and less traffic jam.
During Aquatherapy Workshop. Wearing Red shirts tu owner Amir's Gym, Mrs Fezia.

So apa yang Ammar dah pandai sekarang? Hmm, tak pasti sebab badan dia ada time macam lembik gila ada time dia okey. Haritu my mom kata dia roll over kan Ammar and dia macam angkat bontot nak merangkak. Masa weekend tu bawak pergi therapy pun therapist kat sana kata ada lah ciri-ciri tu nak merangkak. Itu je kot. Satu lagi my mom cakap Ammar ni macam nak bercakap je tapi dalam bahasa dia lah, aku pun macam oh yeke. Hahaha tah ape punya mak la aku ni. Babysitter Ammar pun ada jugak cakap Ammar ni macam nak ajak menyembang.

Oh terlupa nak bagitau, charges for therapies per session ni tak murah and tak mahal. Bagi aku okeylah. Anak sorang baru kan. First time datang RM90/session and lepas tu kalau datang RM45/session. Okey la kan harga dia. Selain GLPR and Amir's Gym, aku ada jugak dapat info dari kawan and member's group pasal Dr Sham Physio dekat Plaza Pekeliling. Banyak good review pasal dia and charges per session pun bagi aku still affordable and of course la aku ni rasa one day nak set appoinment kat sana. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kami untuk Ammar. Amin. Too many things to do too little times. Haha.

Assalamualaikum.

Thursday, October 31, 2013

Ammar's Story : Truth Hurts

Hello,

Nampaknya aku masih belum "amnesia" lagi sebab tu aku nak sambung cerita pasal Ammar pulak. Kahkahkah. Sila jangan panggg aku. Lama dah aku type delete type delete. Tak tau cara mana nak tulis jalan cerita. Sebab kalau cerita in details panjang berjela sangat. Tak mampu aku nak buat banyak-banyak part. Haha. Sekali harung sudahla. Ceritanya begini :

6 mos - 10 mos
# Masa ni Ammar belum roll over bagai so doc kat KK refer to HPj. Lepas dari tu, every months kena ambil darah untuk macam-macam jenis blood test. Hormone lah, TFT, amino ape tah, so dari result darah dia punya T4 level untuk TFT (Thyroid Function Test) low, maka anak aku ni kena makan ubat untuk hypothyroid (thyroxine 25mcg/daily)

# Aku pernah up entry pasal benda ni sebelum ni, doc paeds diagnosed as early Cerebral Palsy (CP). Hari-hari aku search kat google segala sign untuk kanak-kanak yang diagnosed as CP, Hypothyroidism etc. Segala jenis blood test pun aku google untuk tau kalau diagnosed camni ape jadi kalau camtu ape jadi ape next action apa yang kita boleh buat semua. Nasib baik sangat kerja aku kat office dah banyak settle, so memang hari-hari goyang kaki. Maka dapatlah aku tambah ilmu pasal segala macam possibilities penyakit anak aku tu.

# Hari-hari doa biarlah anak aku ni lambat sikit je, tapi normal macam babies lain. At 10 mos tca dengan paeds, doc lain yang attend Ammar suruh start buat Occupational Therapy (OT) sebab dia dah memang Global Developmental Delay (GDD). Aku pun okay la, ambil appoinment semua.

First OT
# His first OT session okey je, tak menangis sangat. Lagipun first session therapist just nak buat assesment je untuk next action and required exercise for him. His first OT session on 2nd Aug 2013. A week before Raya Puasa. Sebabkan limited session untuk babies dan OT Therapist for paeds akan bersalin tak lama lagi, maka next session nya tak dapat dikenal pasti. Usually OT session once a month. Kalau nak every week atau lebih kerap kena lah hantar private therapist atau private hospital.

# Balik tu aku search pasal private OT pulak. Masa aku cari tu ada lah jumpa satu dua je and it can cost you up to RM1000 per assesment. Itu baru assesment belum lagi therapy session. Paling murah masa tu jumpa RM80/hour. Usually kalau kat hospital pun 45 mins je. So kalau every week dalam RM240/month.

10 mos - 12 mos
# At 11 mos dia ada tca dengan paeds as usual. So kali ni doc yang attend Dr Firdaus. Jujurnya aku sangat suka cara doc ni. Dia memang nampak kesungguhan dan keikhlasan bila attend pesakit. Dia doc yang first follow up pasal MRI brain appoinmenment and he's the one yang paling banyak bagi advice, suggestion etc kat aku dan hubs. Dr Firdaus suggested kami buat MRI brain dekat private and kalau HPj biasanya akan hantar ke Columbia Asia Puchong. Tapi warded kat HPj as usual sebab kalau warded kat CA memang costly. Save some $$. This doc siap call direct CA tanya free slot untuk MRI sekali dengan cost untuk MRI. So aku dan hubs agree untuk buat on 30th August. Lepas tu Dr Firdaus suh follow up dengan rehab untuk dapatkan next appoinment.

MRI Brain
# On 29th admitted untuk preparation esoknya. Pukul 2am start puasa. Pukul 8 gerak ke CA naik ambulans hospital. Laju gila driver bawak. Melompat-lompat aku dengan Ammar dengan doc yang follow kitorang. Sesiapa yang selalu lalu jalan Putrajaya-Puchong-Putrajaya tau jelah condition jalan sana. Bumpy road. Ammar on sedative bila sampai sana. Mula-mula bagi syp je tapi lambat effect dan sebabkan radiologist kat sana suruh cepat, terpaksa masukkan sedative through line kat kaki. Lepas masuk sedative kat line kaki tu, aku nampak mata Ammar dah keatas. Sedih sangat tengok dia macam tu. T-T. Dipaksa untuk tidur sampai macam tu sekali. Sampai sekarang aku kalau terbayang muka dia dengan mata macam tu aku sedih sangat. Kami dapat duduk dalam bilik tu sampai MRI habis. Doc and nurse yang follow semua sporting. Hubs lambat sampai so tak sempat masuk dalam. Habis je buat, kami makan kejap and balik. Masa tengah makan doc suruh kejut Ammar, susah sangat nak sedar tapi bila dia sedar dia termenung je. Blank gila muka dia. Lepas tu bf dia sebab dia lapar sangat, and terus tertidur balik sampai petang.

The Result
# Sebabkan result MRI dapat on the same day, masa specialist buat round, diorang keluarkan film MRI tu. Elok je diorang lekat kat tingkap nak tengok result, aku nampak and terus down. Aku tau something wrong dengan brain anak aku. Sebab sebelum buat tu aku dah google macam mana image untuk normal brain. Mama pasrah nak. Dengar la segala diagnosed dari specialist bagai. Yang aku tau right brain Ammar tak develop normally. So bila jadi macam tu, fluid dalam otak akan filled ruang yang kosong. Maknanya ada extra fluid dalam otak anak aku. Doc terus refer aku ke neurosurgeon kat HKL sebab kat HPj takde neurosurgeon. Alhamdulillah dapat appoinment on the following monday. Doc kata maybe kena buat surgery  (shunt brain) untuk drain extra liquid dalam otak sebab takut jadi kepala besar. Apa-apa pun kena bagi neurosurgeon kat HKL tengok and apa next action diorang.

Neurosurgery, HKL
# Pagi tu pergi awal, sepatutnya around 9 am appoinment tapi doc kat sana pun datang lambat. Lepas nombor kena panggil, kami masuk and doc baca referral letter and diagnosed MRI result. Alhamdulillah doc kata tak payah buat surgery. Ammar cuma perlu buat rehab banyak-banyak. Next appoinment diorang bagi March next year. Nak kena repeat MRI brain nak tengok progress.

# After 3 weeks refer kat neuro surgeon, Ammar ada tca lagi dengan paeds and dapat Dr Firdaus lagi. So doc dah baca semua diagnosed kat system and tanya apa yang surgeon cakap haritu. He pushed us to do more and more therapy and kalau dapat buat kat private, go for it. Lepas tu aku tanya status Ammar sekarang, maksud aku condition dia tu. Dr Firdaus cakap, it's Cerebral Palsy (Hemiplegia). Apa maksud "hemiplegia" tu korang google la. Next Dr Firdaus suruh kitorang buat card OKU untuk Ammar so that dia boleh dapat OKU's privilege. Condition Ammar boleh berubah ikut dia punya progress. Doc siap cakap benda ni ada yang makin okay and ada yang sama je tak berubah, so apa-apa pun usaha dulu kalau tak berhasil jangan rasa down etc. I can see sadness through his expression. Yang mak pak nye dok sengih je. Haha.

# So far Ammar dah buat 7 OT session and what i can say, ada improvement walaupun tak obvious sangat and tak banyak tapi Alhamdulillah. :) So untuk mommies yang concern and nak tau pasal status Ammar, that's the story. Aunties yang selalu whatsapp tu thanks sebab korang banyak bagi semangat kat aku. Maybe anak aku nampak normal, tapi apakan daya mama and ayah redha dengan dugaan Allah ni. :) Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Allah je tau apa yang Ammar rasa deep inside, all his eagerness to stand, to reach, to walk, to climb, to sit and to play with others. Mommy iz very sad to think of it. Mama dapat tengok muka seronok awak nak join the others main tapi what can i do. One fine day baby, i know you will. Insyaallah.

Assalamualaikum.

Monday, September 30, 2013

Ammar's 1st Birthday

Hello,

Sorry ar aku skip entry pasal Ammar's story. Nak bagi laluan kepada entry birthday bash Ammar before aku terlupa. Hehe. Mana tau amnesia..haha..sila jangan panggg aku. Hahaha.

Date : 21st September 2013
Time : 1545 hrs - 2030 hrs
Venue : Rumah mak aku

Theme
# Theme utama adalah minions tapi disebabkan kekangan bahan party yang berunsurkan minion, maka theme more to blue and yellow. Partyware bertemakan minions payah nak cari yang murah. Bukan takde, ada cuma ko bayangkanlah kalau paper plate 8pcs je dah RM19.90. Mampukah aku? No no no..Jemputan roughly dalam 50 - 60 orang takkan daku nak beli 60pcs paper plate minions. Dah tentu tidakk. Bazir duit daku je. Masuk tong sampah jua akhirnya. So itulah temanya. :D


Preparations
# Start prepare a week before on goodies etc. Personalized mineral water, sticker untuk goodies bag and tq card untuk cupcakes topper aku tempah dekat Ekin Jamal je. Cantik dan simple. Aku suka sangat. Semua barang beli dekat dengan rumah je macam giant, Daiso (candies corner, goodies bag), kedai borong depan Syed haha, supermarket dekat umah etc. Lol. Hajat asalnya nak bake birthday cake, cupcakes dan tartlets sendiri. Rezeki anak ada kawan baik nak sponsor cake birthday. Alhamdulillah. Thanks to "you-know-who-you-are" Haha. So settle bab cake takyah serabut. Malam sebelum hari kejadian, aku just masak main menu untuk esoknya, segala cupcakes, tartlets dan triffle. Time tu meja bagai tak kemas lagi. Takde masa kot aku jumaat keje lagi sampai petang. Petang jumaat otw balik kerja sempat singgah R&R Awan Besar untuk order menu sampingan untuk esoknya. Oleh sebabkan aku busy kalahkan Dato, maka aku terlupa nak tiup belon yang aku beli untuk deco kat dalam rumah. Hahaha. Sudahnya aku buat pekasam je.

The Menu
# Main menu aku spaghetti meatballs hasil ihsan resepi Pet. Mekasey Pet, tanpa resepi mu tiadalah spaghetti meatballs ku ituu. Nasib baik menjadi tapi haruslah tuan punya resepi kalau masak lagi sedap. :D *Tak bodek ni, jujur* Haha. Menu sampingan aku, satay Hj Samuri sama kuah kacang dan aku tambah nasi impit sendiri, roti jala dan kuah kari ayam, kuih muih dan dessert (buttermilk cupcakes topping white choc ganache, mini blueberry cheese tart & triffle). Tak banyak pun. Budget tak meriah. Haha.


Candies Corner
# Untuk corner manis adik maniss ni aku just beli lollipos, cloud9 choc nougat, wafers, mini choc pretzels, minions bubble gum and baby bites.

Birthday Cake
# Birthday cake ni kawan aku order dekat gulamanis kalau tak silap aku. Aku request cake red velvet cuma colour merah tu ganti dengan kuning and biru, nak ada stripes kat keliling cake and edible image atas dia. Alhamdulillah hasil nya aku suka and the cake taste so good ( orang kata sebab aku tak sempat rasa dah habis).

Goodies Pack
# Tang goodies ni aku super excited sikit tapii aku rasa macam ada benda yang tak patut aku letak dalam tu. Tak sesuai untuk bebudak bawah 3 tahun. Tapi mostly benda dalam tu untuk parents yang makan je kot. Semua barang dalam tu beli dekat kedai borong. Excited oi bila nampak ada keropok minions. Haha. Segala semua benda yang ada gamba minions aku kalau boleh nak beli. Sebelum aku terlupa, nak mintak maap le dekat Lisa, Bai, Yumie, Ctmah, Zara and few guest yang aku terlupa sangat nak bagi goodies bag. Tu lah aku gatal letak semua goodies bag dekat celah freezer tak nampak and terlupa. Sorry ye. =D

The Guests
# Thanks kepada yang sudi datang susah payah je. Maaf le rumah kecik, tak muat semua nak duduk dalam, ada yang kena duduk luar sampai roboh kerusi kayu mak aku tu. Kahkahkah. Terpaksa la husband aku beli sofa baru yang murah. Haha. Kepada officemates yang datang and yang menolong aku berkemas bancuh air etc, terima kasih banyak-banyak. Kepada bloggers yang datang : Lisa, Bai, Yumie, Ctmah, Zara, Nurul, Ros Anis, Leenda, Wawa Donut, Mommy Cha, Kak Mimy and Kak Zura. Kepada kawan seperjuangan Erna, Adila, Nadd. Mekasey korang kerana memeriahkan majlis. Ada ke yang aku lupa sebut nama tu? Gambar aku tak sempat nak ambil, busy la katakannnn.. Lols

Birthday Boy. Pic Credit to Bai

Lupa nak cakap million thanks untuk yang bagi gifts sama ada dalam bentuk toys mahu pun wang ringgit. Semoga murah rezeki korang semua. Tahun depan kalau aku ada budget lebih ke aku masih bernafas lagi Insyaallah aku buat lagi. Muahaha. Last but not least, aku mintak maaf le kat korang yang datang kalau ada terlebih ke terkurang tu. Harap dimaafkan. :)

Oklah, Assalamualaikum.

Sunday, September 15, 2013

Almost One

Hellow,

Macam tak percaya aku in less than a week my baby will turn to 1. How time flies kan. Asalnya aku plan tak nak celebrate pun sebab atas masalah kesihatan anak, tapi bila fikir balik bila lagi nak celebrate..Could be this is the first and last aku nak sambut secara meriah kan? Yang 2nd kot dah takde rezeki nak sambut dengan kawan-kawan yang lain. Maybe takde bajet lepas ni ke takde masa ke etc.

Teringat balik masa si kecik ni lahir overdue EDD+4, dengan terpaksa EM LSCS due to fetal distress. Nasib lah tak masuk NICU. Walaupun tak masuk NICU tapiiii dugaan Allah nak bagi kan. Kami as parents terima dengan redha. Pasal ni lain entry lah aku cerita. Dah lama nak update pasal anak aku tu tapi tiap kali aku tulis, aku rasa macam takde idea walaupun banyak benda nak diceritakan. Kadang aku rasa macam tak payah la nak cerita satu dunia bagi orang tau, takut ada yang cakap aku ni nak simpati, tapi ada time aku rasa macam i should let this out, buat info pada parents yang senasib, atau buat simpanan memori aku in case la aku tetiba amnesia ke. Haha.

Berbalik pada cerita hampir setahun yang lepas, hari-hari lah aku dok tunggu si kecik ni nak keluar, siap berdoa supaya dia keluar on my birthday. Hahaha. Tapi tak tertunai hajat aku, sebab sebaik-baik perancangan, apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik. :) Sebelum bersalin sempat la aku merasa raya sebulan, makan itu ini sepuas hati sebab time perut memang tengah membesar la kita nak makan tanpa rasa bersalah. Kang dah bersalin makan bagai nak rak, perut buncit, orang tegur kata mengandung sentap pulak kan. Cuma satu benda je tak dapat, bubur pulut hitam mak masak! Sebab tu lah until now anak aku tu mengences je air liur.

Teringat lagi, Ammar kena prolonged jaundice. Lama gila almost 2 months ++ baru hilang. Every week nak kena ambil darah etc. Sampai satu tahap tu ada yang suh aku stop, sebab kesian dekat anak asyik kena cucuk. Jadi aku pun stop ulang alik ke hospital dengan hati yakin dan doa anak aku takde pape lepas tu. Jadinya Ammar membesar bagai  juara dari hari ke hari, sampai la dia da 4 5 bulan dia start tunjukkan yang dia delay salah satu development milestone and the story begin... So kita skip cerita tu, start 6 bulan aku bagi Ammar makan. Dari budak yang makan apa yang mak dia suap sampai la dia skang ni jenis kadang nak makan kadang taknak. Budak yang kulitnya sangat sensitif dulu sekarang dah kurang sensitif, jadi mama dia boleh hooray makan udang.

Apa lagi nak cerita, ujian telur dah start masa 11 bulan kot, start buat scramble egg dan campur dalam bubur dia. Sadisnya dia taknakk. Lepas tu terus tak buat dah. Baru-baru ni je start buat bergedil ayam, salut dengan telur dan goreng pastu campur dalam bubur dia. Still makan nak taknak. Macam mana nak test ni. So far lepas bagi makanan yang ada telur takde pulak dia naik rashes etc. Maybe aku kena buat 4 days rule untuk nampak kesan kot? Next week nak try lagi bagi telur, harapnya takde la pape allergic. Kalau tak kena la awak tangguh cucuk MMR.

Okeylah, rasanya kalau nak tulis semua benda panjang berjela pulak sebab aku ni selalu menyimpang dari tajuk asal. Akhir kata aku tepek gambar Ammar fresh from oven. See you when i see you!

Budak yang baru lahir tak sampai bape jam.

Assalamualaikum.

Tuesday, July 30, 2013

10 Ramadhan Terakhir

Salam Ramadhan,

Dah 21 Ramadhan kita hari ni. Kejap je kot rasanya puasa. Next week dah raya? omg! Preparation raya kali ni? Biasa je kot. Cuma tang anak tu lebihkan la, tapi takde la melampau-lampau sangat. Kasut raya pun AK takde tau. Ada stokin raya je. Tu pun terkecik beli, adoi. Baju melayu AK sepasang je, songkok ke kopiah takde beli pun, tak tau la if last minute nak beli ke. Baju mama dengan ayah AK masing-masing sorang sepasang je. Tema colour kami tahun ni dark purple gitu.

Cerita pasal 10 Ramadhan terakhir ni, hmm sebenarnya niat dalam hati nak la cari malam lailatul qadar. Insyaallah kalau dapat, moga doa mama AK ni dimakbulkan. Mama taknak doa untuk diri sendiri tapi hanya untuk anak tersayang sahaja. Semoga AK dapat jadi macam babies normal yang lain. Insyaallah. :)


Assalamualaikum.

Tuesday, July 23, 2013

Motherhood : AK first trip

Hellow,

Tengah takde keje ni haruslah kita mengisi masa dengan menaip entry ringkas. Nak cerita pasal short trip dengan anak tercinta ke KK without husband. Tapi aku bawak la mak aku, so that boleh babysit AK sementara aku pergi buat kerja. Tujuan utama ke KK untuk my team punya away day/teambuilding gitu. Asalnya kami yang kuli-kuli ni were not invited pun, tapi my supervisor yang baik hati nak kami join. Haruslah aku teruja sebab tak pernah pergi KK dan paling best nak buat claims. Hahaha. Sebabkan AK tu tido nye hanya bawah ketiak mama dia, maka dia wajib ikut. Husband tak dapat tukar jadual, makanya pakai plan B bawak my mom. So settle. Day before nak depart tu, haa sampai ke pagi aku tak tidur sebab nak packing barang, nak prepare makanan AK kat sana, susu lagi etc. Sanggup beli coleman cooler box tu.

On the day nak depart to KK, kami macam kelam kabut sikit sebab flight pagi, pastu husband plak bantai tido bangun lambat sikit. AK naik flight pakai baju tido je, nasib sempat tukar diaper. First time bawak anak kan, huru hara jugak aku. Mak aku pun sama, dia da la kelam kelibut je sebab tak biasa naik flight. Aku plak dok risau la anak menangis masa nak take off, so dalam cabin sebelum gerak aku kasi susu sebotol, kasi tepuk-tepuk sikit pastu tido. Lega kau. Dalam flight plak kena gilir-gilir makan sebab AK tido je. Masa nak landing dia dah bangun so macam cranky sikit tapi still ok la. Sampai je KK, terus ambil cab and ke hotel yang dah di book. Kami duduk kat Ming Garden Hotel sebab hotel lain semua penuh je. Masa sampai kol 12 camtu, so tak boleh nak check in lagi. Mampus, anak aku da la tak mandi makan lagi. Kesian. Sudahnya mandi dekat changing room kat pool je. Pastu da lapar nak makan, stock makanan dalam luggage. Nasib la ada Heinz biscotti chocolate. First time la aku suap anak aku menatang camtu, dia pun cam nak taknak je. Nampak dia cam mengamuk je lagi, aku kasi pekena susu. Lepas tu terus tertidur dalam stroller. Sian je aku tengok anak aku.

Lepas da dapat check in, naik bilik, kemas luggage dan rehat sepuas-puasnya. Malam tu kitorang keluar makan kat Todak Waterfront. Makan sampai lebam. Minum air avocado yang sedap, sampai 2 gelas aku tibai. Butter prawn siap tapau kot sebab da kenyang sangat. Malam tu asing-asingkan susu dan tido sebab esoknya kena bangun awal. The next day, aku tinggalkan anak aku dengan mak from 6am to 7pm. Lama gila. Sepatutnya by 6 da balik kot tapi sebabkan bas yang nak ambil kitorang kat Sabah Outward Bound, Kinarut tu seat takde seatbelt, maka delay la kejap. Only 4 people yang dapat balik awal naik bas tu termasuk aku. Priority kat aku sebab ada anak kecik menunggu. Terharu la dapat kawan office yang memahami. :)
Stok untuk anak

Malam tu kol 8.30 siap, pergi shopping kat Philippines Market dulu. Settlekan order akak aku beli kuih cincin dengan amplang, beli pearl brooch ngan butang baju melayu. Time tu da la ujan, dengan bawak si anak dalam jumpsac lagi..mula ok la lelama dia dah buat hal. Lepas tu pergi makan kat Tg Aru food centre kot. Seriously sangat tak best. Ada ke patut nasi goreng seafood dia letak udang kecik dengan fishcake? Tak patut. Makan laju-laju sebab AK dah ek ek ek nak tidur dah. Terus balik hotel and tidurkan dia. Lepas tu aku siap packing barang balik sebab esoknya dah nak balik. Flight mak dengan AK awal sejam dari aku, jadinya kena la semua luggage check in atas nama aku. Mak aku hand carry handbag, bagpack AK dengan stroller.

Pagi jumaat tu ingatkan nak la tukar flight AK sekali dengan aku, sekali tak dapat sebab datang check in pun dah lambat sangat. Serabut lagi dengan mak aku tambah barang untuk check in as luggage, padahal before tu kata nak hand carry je. Dah exeed 30kg tak silap aku tapi orang tu tak cakap pape pun aku wat dono je la. Benda yang paling aku ingat bila aku hilangkan resit kastam. Pehhh, menggagau aku cari selongkar habis bag sume. Pagi tu aku dah siapkan asing dah sekali dengan IC. Nasib la pegawai kastam tu bertolak ansur. Kalau tak memang terlepas flight aku. Satu lagi masa aku nak depart from KL tu, IC pulak boleh tercicir kat first gate before turun escalator tu. Mak aih, memang gelabah habis. Nasib baik jumpa balik. Macam-macam hal.

Untuk trip kali ni 3D 2N aku berjaya kumpul stock EBM 30oz. Ada la jugak hasil kan. Bawak manual pump tapi tak pakai guna electric pump jugak. Pastu nak senang pakai Medela Pump & Save. Pump terus dalam storage bag tu je. Memang membantu la. Next time kalau ada business trip i'll make sure yang husband ikut. Hoho. Pastu kena extra careful simpan segala document, ID sume.

Assalamualaikum.


Thursday, July 18, 2013

BFJ : Expressing during Ramadhan

Hellow,

Ramadhan kali ni special sikit sebab this is my first time menyusukan dan mengepam tengah puasa. Sebelum ni tak pernah pun sebab takde nak ganti puasa pape. Ada puasa nazar pun tak tertunai lagi sebab takut sangat la production drop. Dah tu bila datang bulan yang wajib berpuasa, dah takde alasan lagi untuk tidak berpuasa sebab aku kena hadap jugak. Beberapa hari sebelum puasa aku dah tak sabar nak puasa sebab aku yakin apa hasil yang keluar tu lah rezeki untuk AK. Besides that aku tanya la kawan-kawan yang pernah puasa sambil expressing their milk untuk tips yang berguna. Haha. First minum air banyak, makan kurma, minum segala milk booster during sahur etc.

First day puasa, aku makan kurma banyak sangat dan minum horlicks. Lepas tu aku siap-siap pergi kerja. Pagi subuh tu aku skip pumping sebab breast macam tak full susu je dan harapannya masa sesi kol 10 pagi tu dapat la full bottle. Unfortunately, hasil pagi tu telah berjaya psiko kepala otak aku bahawasanya puasa je susu drop. Oh tidak, tapi lepas tu aku nampak hasil susu akak opis aku yang maintain banyak, terus aku rasa yang aku kena tukar mind set. Silap aku first day puasa, masa sahur minum air masak sikit. 2nd day aku try minum air masak bebanyak time sahur sekali dengan horlicks+ESP. Malam sebelum tu aku minum waterchestnut. Makanya hasil hari kedua dah back to normal. Aku terus apply formula meminum ayaq masak waktu sahur dengan banyak pada hari yang seterusnya sampai today. Paling kena tahan, rasa nak terkencing tu. Minum air banyak, so cepat la nak terkencing. Hari-hari aku datang office terus ke toilet dulu. Gila perasaan tak tahan nak terkencing tu. Rasa macam nak shuffle je bila menahan tu. Hahaha

Bulan puasa ni aku pam paling banyak 2x je. Selalu sekali, kalau pagi masa sahur dah full atau bengkak macam nak burst je, aku pam dulu. Pastu kol 10 aku pam lagi. Kalau pam 2x sesi paling banyak dapat dalam 16oz. Bagi aku selalu kalau dah dapat 2 botol penuh sehari pun da ok sebab AK minum 100ml/3.5oz per session untuk 3x masa aku pergi kerja dari kol 6.30am - 4.30pm. Paling banyak pun 4 botol. Sikit kan dia minum. Makan takyah cerita la. Sedih kadang masak beriya sesedap tapi anak makan tak semangat. Aku je semangat bagi dia makan. Dah bagi Appeton pun camtu jugak.

Selalunya hari Ahad yang aku perasan aku punya breast macam tak berat dah. Dah tu mesti aku gelabah takut tak cukup susu nak bagi si anak minum untuk minggu seterusnya. Tapi selalunya hari Isnin je drop, lepas tu dah ok balik. Harapannya dapat la aku produce amount susu yang mencukupi untuk si anak sepanjang Ramadhan ni, jadi aku tak kisah le kena makan banyak ke minum banyak demi menampung keperluan susumu anak. Selalu aku set kat kepala yang susu sentiasa cukup walaupun aku takut sangat la anak aku tak cukup susu nanti, pastu dalam kepala otak mesti terfikir, "Macam mana nanti kalau susu betul-betul tak cukup? Boleh ke aku nak bf sampai 2 tahun?" Blablabla etc. Kadang malas nak layan perasaan takut diri sendiri.

Ada satu hari tu, rasanya baca post Mommy Cha pasal sesi mengepam ni kot, pastu Mommy Cha cakap milkbooster dia adalah tempe. Terus aku balik beli tauhu, buat goreng makan dengan kuetiauw. Peh, esoknya 2x aku pump. Menjadi jugak kat aku tauhu, dan seangkatan dengannya. Oklah tu je kot. Tulis post ni pun sorok-sorok sebab ramai pulak yang lalu lalang belakang aku. Tak dapat den nak ngepost hasil mengepam sebab  ada certain orang tak suka tengok, tapi kalau aku lagi suka tengok kalau orang upload hasil production mereka. Boleh bagi semangat gitu. Breastfeed during ramadhan ni sangat penat tau tak, tapi tak sepenat masa direct feed. Kalau DF memang lagi aku letih, rasa dehydrated habis. Aku rasa kalau duk kat opis mengepam lagi bertenaga dari df kat rumah sebab kat opis sekali tu je la pam, kalau kat umah tiap 2 jam nak kena df. Hehe. Tapi kalau df lagi cepat stimulate susu keluar kan.


Mama & AK
 Till then, Assalamualaikum

Monday, July 15, 2013

Baby AK : June Updates

Hellow sume,
Salam Ramadhan. It's been a while since my last post kan. Hari-hari buka blogger, blogwalking dan bila time nak up entry je tak dapat. Something wrong dengan my blogger kalau bukak kat opis. Kalau kat rumah memang tak dapat la daku nak buat entry. Moh le kita berbalik kepada tajuk asal entry ni.
Jadinya last month, my little munchkin ada banyak appoinment. Budak kecik da busy. Mangsanya mama la sebab kena amek cuti, MC dan time off untuk awak. Hehe. On 20th dia ada TCA dekat KKPj. Check up 9 bulan cam biasa takde jab bagai amek berat, tinggi dan jumpa nurse. So nurse dah suruh start try bagi makan telur. AKu tanya nak try kuning dulu ke putih dulu tapi dia cakap semua sekali. Buat telur rebus dan try bagi makan. Makan telur rebus boleh wat tercekik kot kering. Jadinya aku plan sama ada nak buat scramble egg campur dalam bubur atau buat bergedil ke ape ke yang salut dengan telur masuk dalam bubur. In the end aku blend kan sume benda tu jugak. Physical development, AK tetap gitu tapiii ada improvement dari segi dia punya muscle leher. Kalau dulu bagi dia meniarap, habis ditenyehnya muka kat tilam tapi sekarang kalau panggil dia nak juga angkat kepala lama sikit. Usaha lagi nak oi. Pastu kalau bagi berdiri, dulu kena pegang dekat lengan dia, sekarang kalau pegang kat pinggang dia pun dia boleh tegak sikit badan walau still ada melelong-lelong dan menyenget macam menara condong. Ok lah tu kan. Kalau nak membebel macam babababa, dadada, mamama etc tu dia belum pandai lagi. Takat aaaaa, uuuu, eeee, mammm boleh la. Hmm tak pasti ok ke tak sebab bila tanya nurse dia kata ok je. Dia punya tangan boleh lah menggapai sikit-sikit. Tapi masih stiff. Kalau df dia suka mencakar mulut mama dia. Sakit jugak.
Next TCA dia on 27th June dekat HPj. Kali ni dengan paeds, tapi bukan paeds yang sama. Dah tukar pulak. Doc cakap dia tak dapat nak cakap sama ada AK boleh normal atau tidak. Kemungkinan boleh kemungkinan tidak. Dari semua test yang dah buat, result test semua ok and kalau ada yang high sikit tapi still acceptable. So doc cakap maybe bukan sebab dia Fetal Distress ke ape ke, maybe sebab dari dalam perut lagi dah develop abnormal tu. Means ada yang tak dapat nak fully develop dengan baik masa dalam perut. Tak tau apa dan mana silapnye. I feel so bad. Tetiba teringat yang pakcik tu kata masa 7 bulan AK tanjat dalam perut. Mungkinkah? No one knows. So MRI akan tetap di teruskan dan doc set another appoinment untuk blood test for TFT dengan cortisol ape tah after Raya nanti. Lepas tu doc tu pergi tanya specialist dan diorang suruh buat appoinment untuk buat physio. Cerita dengan Pet masa jumpa aritu, dia kata ada sedara mara dia lepas buat physio alhamdulillah ok. Harapan daku juga semoga AK ok lepas physio. Jadi set untuk pyhsio on 2nd August. I can't wait for that session.
Development gigi dia pulak, sekarang dah nak masuk gigi yang ke-4 belah atas kanan. Aku perasan yang sebelah gigi rabbit kanan yang tengah nak keluar tu ada bengkak lagi. Maknanya gigi taring dia belah atas kanan on the way jugak. Memang makin mencabar le BF journey aku lepas ni. Yang sedia ada 3 gigi pun sakit ya amat. Bila dia gigit masa DF, dia akan pastikan sampai aku menjerit. Kalau aku senyap je, mula lah lagi kuat dia ketip. Bila menjerit plak, mula la mencebik pastu nangis. Apakah semua drama ini wahai anak? Tak paham mama.
Okeylah. Itu je kot cerita buat masa ni. Sebenarnya banyak gilos nak cerita, tapi i'll save it for another post ok.
Till then, Assalamualaikum.
p/s : gambar AK takde sebab post pakai email jek.

Monday, June 10, 2013

Motherhood : AK's story

Hai,

Lama aku tak cerita pasal perkembangan anak kesayangan kan. Sebabnya dia masih lagi macam tu. Takde ape pun perkembangan terbaru selain gigi nya yang dua batang dibawah dan masih lagi separuh jalan. Mama AK tak dapat nak update milestone AK every months dah. Macam mommies lain, every months akan update dan ada je yang terbaru pasal anak masing-masing. Mama AK baca pun happy je dan berangan satu hari nanti akan dapat tengok AK macam tu. Insyaallah.

Selain dari every months ambil darah untuk monitor thyroid level, jumpa doctor, makan ubat, mama AK mesti lah berdoa kan hari-hari supaya AK dapat grow up macam kawan-kawan sebaya. Pernah jugak kawan husband tolong tanyakan dekat orang yang mengamalkan perubatan islam. Masa dengar tu, wahh  terel sungguh pakcik ni kan. Bagi saja nama AK, nama mama AK dan alamat kediaman, cerita dari A to Z dia tau. Dari mama AK miscarriage first baby siap sebut berapa bulan time tu, sampai ke kisah AK. Katanya AK jadi macam ni sebab terkejut masa dia dalam perut mama 7 bulan. Katanya lagi, mama ditepuk atau terhentak (tak pasti ayat sebenar). Mama ingat lagi masa 7 bulan, mama balik kampung sebab adik mama kahwin. Mama naik flight awal pagi, keluar pukul 3 4 pagi ke LCCT. Balik dari kampung pun naik flight, sampai rumah around 1 pagi. Mungkin otw ke LCCT atau balik ke rumah kejadian tu terjadi atau mungkin masa nak take off ke? Mama pun tak pasti. Tapi katanya semuanya ni terjadi masa 7 bulan AK dalam perut mama. Wallahualam. Jadinya pakcik tu bekalkan minyak untuk disapukan ke tangan kaki AK. Jarang mama sapukan sebenarnya minyak tu sebab selalu terlupa.

Satu lagi cerita, menurut cousin mama, nama AK tak sesuai atau tak kena dengan AK. Ammar : maksudnya pembuat(kasar) sedangkan AK ni lembut dan bijak. Jadinya disuruh panggil nama Ariff. Semoga dia menjadi arif dan bijaksana. Satu lagi nama Khaliq : Pencipta. Khaliq ni termasuk dalam 99 nama Allah. Mungkin nama Khaliq berat. Disuruhnya tukar Khaliq ke Khalid. Mungkin aku lagi prefer tukar ke nama Khaliff atau Khaleef. Lepas tu malam sabtu lepas aku ke Darussyifa untuk jumpa ustaz yang ada malam tu. Ustaz hanya mendengar apa yang kami suami isteri ceritakan. Dia bacakan surah Al-Fatihah dan selawat syifa' banyak kali dan beberapa ayat Quran. Dia kata Insyaallah, jangan risau memang ada budak yang lambat. Yes kami banyak kali dengar ayat tu. :) Air dari Darussyifa kami letak sikit dalam air mandi anak, sapu ke leher dan sendi-sendi sebelum tidur dan guna untuk masak makanan AK.

Usaha mama dan ayah AK seterusnya, pergi ke Al-Hidayah. Ala tempat Asyraf Muslim tu. Haha. Dengar khabarnya orang ramai dan lama nak tunggu. Kalau pergi pun ambil nombor dan tunggu orang Al-Hidayah call untuk temujanji. Tempat ni dicadangkan oleh kawan office mama AK bila satu hari tu mama AK bukak cerita pasal AK. Ayah dengan mama plan nak bawak AK pergi Selasa lepas, tapi sebabkan untuk walk in hanya sampai 1.30 petang sahaja, maka mama plan bawak AK hari Jumaat pagi. Mama terus apply cuti sebab nak bawak AK walaupun ayah AK kata boleh bawak sendiri. AK anak mama jadi mama harus ikut. Kata orang tu kalau datang pagi boleh terus buat rawatan. Bila datang Jumaat pagi tu, orang ramai dan yang jaga kaunter kata buat appoinment hari lain lah. So kami buat la appoinment hari selasa malam. Cuti mama hari Jumaat dipenuhkan menghadap anak tersayang. Harapan mama, semoga ada rezeki AK untuk berubat di sana esok dan semoga semua urusan kami anak beranak dipermudahkan.

Hujung bulan ni AK ada check up untuk 9 months dekat KK. Harapan mama agar kamu dapat tunjuk beberapa perkembangan baru dekat nurse KK yang banyak bertanya. Minggu selepas tu, AK akan ambil darah dan kemudiannya ada tca dengan doc paeds di HPj. Moga ada perkembangan dan berita baik yang akan mama lihat dan dengar.


AK, walaupun dah umur 8 bulan setengah kamu tapi kamu masih tak dapat roll over, duduk tegak, pegang mainan, kepala kamu masih melelong kiri kanan kadang-kadang, tapi kamu anak yang baik, aktif, bijak dan kamu sangat sweet bila senyum. Jangan risau, ambil lah masa selama mana untuk belajar semua benda, mama dan ayah sentiasa support, sayang dan selalu akan ada dengan kamu. Walaupun kadang-kadang kamu bikin panas kami berdua dengan perangai ngengada kamu tapi bila kamu senyum sengih-sengih terus mama dan ayah tersenyum. Mama akan jaga kamu selagi mama mampu sampai akhir hayat mama.

Assalamualaikum.

Wednesday, May 15, 2013

Random Weekend

Hellow,

Weekend yang lepas, kami anak beranak berjaya menjejakkan kaki ke expo kat MVEC. Plan nak gerak kol 9am, tapi bangun da kol 8 lebey dan time tu la baru aku nak sidai baju anak, nak masak lunch untuk bawa sekali pergi sana. Sebabkan nak masak bubur takes time jugak, so aku masak le oats+kurma+banana+avocado. Semua dah siap buat stok frozen aritu so campak-campak je. Dah siap masak tapis pastu masuk dalam thermos. Pastu baru la ada mandi express dan kejutkan husband, dan mandikan anak. On the way siap text Bai lagi tanya pergi ke tak. Sudahnya Bai sampai expo pun petang sebab g attend wedding dulu. Tak de rezeki kita nak jumpa ye.

Kat expo kalau aku dah aim nak beli liquid cleanser je kat booth pureen. Tersinggah pulak booth Pigeon, terus teringat mama Tia Clarissa kata brand pigeon paraben free kan, terpedaya la beli dua botol liquid cleanser yang 700ml punya. Satu pack ada dua botol, RM48. Nak beli yang dalam refill pack, 700ml ada dua peket, RM38 kalau 4 peket RM69.90. Sebabkan malas nak refill dalam botol Pureen orange tu, aku pilih yang dah siap dalam botol. Pastu terpedaya beli liquid laundry detergent, satu pack ada sebotol plus refill pack, RM39.90. Aku dok tanya staff kat booth pigeon tu sama ada liquid detergent tu hypo allergenic tak, dia macam tak paham pulak. Pastu aku cakap anak aku ni kulit sensitif ada eczema, boleh pakai tak. Pastu dia terus laju cakap "boleh, boleh". Tah iye ke tak boleh kan? Tapi beli jugak la kan aku sebab bau dia wangi. Sekarang pakai powder detergent Baby Organix, baju anak takde bau. Dulu pakai Pureen H-A-D pun sama. Tu lagi la bau kemain pening aku. Tapi dua-dua memang hypo allergenic. Pigeon ni aku dok belek takde plak kata hypo allergenic. Harap-harap Ammar okey je lah pakai ni.



Bila dah beli liquid cleanser yang aku rasa mahal kat Pigeon terus tak jadi beli kat Pureen tapi mesti mau singgah booth Pureen sebab nak borong 2 kotak disposable nursing pad. Memang skang pakai disposable je la sebab kalau washable ada time nanti bocor sampai ke baju. Tengok jugak liquid cleanser kat pureen, ada yang mint flavor je. Ingat nak beli yang natural flavor tapi amoi tu kata kena pusing dulu sebab stok ada kat bawah belum naik lagi. Last kat booth Pureen beli nursing pad, blanket untuk dik Zara, dan sepasang baju tido untuk Ammar. Harus grab walau sepasang baju. Padahal harga lebey kurang je kat Tesco.

Lepas tu pusing kejap sebab nak cari booth drypers katanya ada tapi nak cepat so tak jumpa. Keluar la terus sebab lapar gila tak makan dari pagi. Bila dah bawak anak ni, harus tuju tempat yang hendak ditujui sahaja. Aku ni takut Ammar tak selesa je. Memang ada time mula la dia mengamuk takmo duduk dalam stroller, dalam jumpsac pun paling lama bertahan 30 minit je tu pun muka dah habis merah sebab dia tenyeh kat baju aku. Kalau nak dukung, kepala dah terhuyung hayang sebab muscle leher dia still tak okey lagi, pastu dok tenyeh muka kat bahu. Sian awak Ammar, mama dengan ayah dah tak tau nak buat macam mana. Mama rasa failed sangat sebab awak belum reach any milestone untuk umur baya awak ni. :(.
Sweetheart mama

Assalamualaikum.

Friday, May 10, 2013

Friday's Rambling

Hellow,

Best okay dah Jumaat. Pastu esok dan lusa boleh spend the whole day dengan anak pastu Isnin bosan balik sebab da keje. Ah menyampah nak hadap Isnin. Haha. Today start baby expo kannn? Weehuu rasa macam nak pergi je sebab nak stock up liquid cleanser orange aku yang dah kehabisan stok. Sekarang terpaksa pakai mint flavour, tak suka sebab bau obat. Nasib dapat free orang bagi, so bersyukur je lah.

Nak cerita yang aku ni berperasaan yang Ammar tak boleh makan ayam! Sebabnya ayah Ammar habaq kat aku yang merah merah kat muka Ammar takmo ilang pastu makin bertambah lepas few days makan bubur tambah stok ayam. Oh anak, ini baru stok ayam belum mama tambah puree isi ayam lagi. Mama dah buat banyak stok isi ayam kampung kat awak. Selama ni kalau aku makan ayam, Ammar takde la pulak menunjukkan tanda-tanda allergic macam aku makan certain seafood. Maka aku pun assume yang Ammar boleh makan ayam. For time being aku stop letak stok ayam dalam foods Ammar nak tengok ok ke tak. Kalau sama jugak makanya penyebab merah merah tu bukanlah ayam seperti yang digembar gemburkan oleh si ayah. Hahaha.


Tu dia merah-merah si muka anak.



senyum sambil ngencess.
Lately Ammar ni kuat nangis bila kena tinggal. Minggu ni hari isnin anta umah BS, pastu petang dalam pukul 3 BS text suh aku balik awal cam biasa sebab Ammar menangis je dari pagi takmo letak, takmo minum susu. Dah kol 3 baru minum sebotol. Selalu petang dah minum at least 2 botol sebab tengahari dah minum ayaq zamzam. Aku pun berdesup la balik dan masa sampai tu Ammar dalam buai, pastu bila budak lain nangis dia turut serta. Bila aku jengah je muka aku dalam buai terus dia sengih senyum. Hai lah anak, kenapa macam ni sayang oi.

Esoknya akak aku jaga Ammar kejap sebab BS off dari Selasa sampai Jumaat sebab pergi holiday, ingatkan Ammar behave la sebab muka akak aku ngan aku kan sepesen. Takdenya nak behave, lepas husband keluar je rumah akak aku terus dengar dia nangis. Akak aku pun dok call aku banyak kali kata Ammar takmo minum susu, minum ayaq pun taknak, makan pun taknak sebab tak boleh nak letak atau dudukkan dia. Terus uwaaaaaaa. Tapi nasib baik dia makan jugak lepas bape kali aku pujuk ikut phone. Husband cite masa dia sampai umah akak aku, terus Ammar senyum gelak-gelak. -_-".  Adakah ini dinamakan "Separation Anxiety" macam Bai cakap semalam? Macam sekarang dia nak mama ngan ayah dia je. Tapi dengan ayah dia pun kekadang nangis gak sebab nak Mama. Hoho. Macam pagi tadi husband anta aku pergi kerja sekali ngan Ammar. Dalam kete on the way to office okey je, pastu bila aku sampai opis, husband call kata dia da menangis. Cian manje mama ni. Mama rasa terharu sebab awak nak ngan mama je. Kakakaka.

Aku pening kalau next week aku laki bini kerja anta dia umah BS dia wat hal lagi. Kalau takat nangis nak minum susu nak makan okey lagi, ni sume taknak memang pening la mama nak oi. Mama kena work sebab mama suka shopping untuk awak. Kalau tak work mama tak boleh shopping suka hati. Hahaha

Okeylah, dah kol 10 and it's my pumping time. Till then.

Assalamualaikum.

Thursday, May 02, 2013

Review : MP Easy Fit Pants

Hellow,

Sebab kan aku dah tak banyak kerja atau lebih senang kata takde keje nak buat kat opis, so rajin nak up review pasal diapers yang aku recently bagi Ammar pakai sebab berat dia da above 7kg. Haha. Start lepas g check up kat HPj tu aku tau yang berat Ammar da naik, so aku pun gediks la nak pakaikan dia pants diapers walaupun dia bukan reti nak golek-golek lagi. Aku beli Mamy Poko Easy Fit Pants ni da lama kat Tesco sebab dia juai murah. Aku tak syak la pape sebab dia juai murah kan. Aku suka bila ada benda yang murah dari harga asal. Haha. First pakai masa nak pergi kenduri kawan husband. Time tu tak lama sangat kot keluar so okey je lah pakai MP Easy Fit Pants tu. Takde masalah ape.


Awesome Value tapi quality so so

Semalam kami keluar, aku pun pakaikan MP ni. Dalam kol 12 kami keluar dan aku rasa dia minum susu pun biasa je takde la banyak kali. Maybe dia minum air zamzam banyak sebab susu da abis time tengah makan kat cafe ikea tu. So lepas tu pusing-pusing Ammar start cranky takmo duk dalam stroller. Memang kena angkat la jawabnya. Aku rasa tight pants dia basah masa tengah dukung. Jadinya terus la keluar dan pergi parking. Time tu da 3 lebey kot, sekali nak tukar diapers tengok da full abis tu yang bocor tu. Selalunya aku pakai MP yang tape diapers ke drypers lebey 5 jam pun rileks je. Ni tak sampai 4 jam da bocor gilos. Hampeh. So ternyata Ummi Iman cakap dalam entry SINI yang Easy Fit Pants ni nipis adalah benar. Hahaha.

Satu lagi yang tak best pasal MP easy fit pants ni susah aku nak koyakkan kat tepi tu. Selalu je terbabas pastu dia punya getah terputus kena tangan sakit apetah lagi kalau kena peha kurus anak aku tu. Sian. Da tu pas koyak mana boleh nak tutup elok, terbongkang je isi dalam pampers. Kalau takat kencing je okey la tapi kalau beyak? Habis la nak buang kena masuk plastik dulu. Biasa yang diapers jenis tape tu aku lipat pastu lekatkan tape kiri kanan so tak terbukak. Sudahnya aku tak kenan sangat nak pakai menatang ni da la aku beli jumbo pack. Terpaksa la abiskan dulu. Takpun buat pakai kejap-kejap je ke kan. Hah tamak la lagi kan. Patut le ko murah sebab nipis. Hoho.

Lepas ni kalau nak beli yang pants diaper aku rasa patut try yang MP Pants Extra Soft. Tak pun pakai la yang drypers punya pants je. Ape susah. MP pants extra soft ni lepas koyak siap ada attached roll up tape lagi boleh la kasi bungkus itu barang. Kan senang takde la terbongkang isi dalam diapers.



Okeylah..ni review dari aku je, aku ni jenis yang selagi tak penuh selagi tu tak tukar. Tapi kadang-kadang da lebih 4 5 jam ke da beyak ke tukar la jugak. Lain mommies lain review nye. Hihi.

Kbai. Assalamualaikum.

Friday, March 29, 2013

Motherhood : Anak Otak Lembab?


Rasa macam banyak sangat benda nak cerita padahal dua benda je kot, pasal solid food Ammar dan pasal Ammar's visit to klinik famous blogger mommies, Klinik Wangsa Dr Nadir. Itu pun rasa macam takde masa. Ke sebab kepala aku tengah biol sekarang ni. Photobook RM10 from Pixajoy pun dah dapat.

Tapi nak arini nak meluahkan perasaan. Semalam pergi la cari klinik untuk buat neb kat Ammar. So teringat yang Erna pernah kata dia pergi Klinik Azlini and okey. Maka lepas aku pergi ambil MC sebab malam  rabu tu kepala aku ni gila rasa macam nak pecah. Migrain la kot dengan tak makannye lagi. So aku decided nak MC semalam. Berbalik citer pergi klinik Azlini tu, masa aku datang takde la ramai manusia sangat. Masa turn Ammar masuk, aku pun citer ape masalah Ammar, kadang-kadang malam tidur tak lena bunyi hingus bagai sume. Dia pun nak buat neb. Sebelum buat neb tu tiba-tiba doc tanya, " Dah pandai meniarap belum?" Aku pun macam biasa la kata belum. Dia wat muka terkejut beruk, " Supposed da boleh da siap menyusur laju" Okey doc saya paham. Saya da dengar benda ni banyak kali. Sambil tu dia tanya macam mana aku bersalin, terlebih hari ke ape ke sume. Then dia siap bersandar kat cabinet dalam bilik tu and wat conclusion, " I rasa ni ada kaitan dengan overdue and sebab dia dah terberak dalam tu. Fetal distress kan" " Benda ni akan buat baby u punya otak jadi lembab. So nanti bila appoinment dengan paeds, diorang akan tengok macam mana, if perlu buat brain stimulation, diorang akan buat, kalau dah tak boleh, nanti besar masuk special school" Terus aku laki bini tersentap. Dia kata Ammar maybe otak lembab and paling tak suka dengar bila dia kata masuk sekolah khas. Aku diam je.

Lepas neb yang sekejap tu, bayar duit ubat and terus blah. Terus tak jadi tanya pasal pneumococcal jab tu. Sentap hati mak nakkk. Aku percaya anak aku normal kot. Kalau ada problem mesti HPj dah masukkan Ammar dalam NICU lepas deliver tu. Tapi tak masuk kan. Entahlah. Apa-apa pun nak kena tunggu appoinment dengan paeds kat HPj je 16 April ni. Masa masuk kereta, husband terus cakap yang dia yakin Ammar bukan budak otak lembab, just dia lambat sikit je. Nampak disitu yang husband pun tersentap. Haha. Semua ayat nak sedapkan hati tapi mother's instinct paling accurate kan, so instinct aku mengatakan yang Ammar okey. Dia bukan budak yang duduk kejung je atas tilam, dia suka jerit-jerit, gelak, goyang kaki tangan. Ammar cuma takde interest dekat toys and nak pegang atau grab barang je. Dia sekarang dah suka pegang botol walaupun kejap dan kadang-kadang je.

Mommies sume, doakan yang terbaik untuk Ammar ye. :D

Assalamualaikum.

Friday, March 22, 2013

Baby AK : Delay in Development

Hellow,

Nak cerita pasal Ammar pergi check up semalam untuk 6 bulan. Lepas ni bulan 6 baru pergi balik untuk 9 months punya. Kali ni datang awal sebab husband kerja shift petang, tak boleh lambat-lambat pukul 2 mesti da tercongok depan pintu KK tu. Nasib tak ramai sangat semalam. Boleh pulak terlupa bawak paci Ammar, nasib la boleh handle dengan ketiadaan mr paci. Haha. Aku confirm lepas jab mesti kena jumpa doc sebab dia tak boleh meniarap kan.

Masa datang KK, sediakan sebotol susu yang dah dipanaskan, tapi belum sempat kena jab dah habis. Sudahnya lepas amukan puaka kena jab, mamanya terpaksa bermarmet masuk dalam botol tadi sebab kalau dah amuk tu mana nak df kan. Dapat la 1.5oz sebab hilang skill marmet. Bagi si anak minum, bila habis minum ngan tenang sikit si anak baru lah df.

Cerita masa check ngan nurse, dia bg barang kat Ammar tapi Ammar tak menunjukkan minat. Dia panggil nurse lagi sorang suruh dirikan Ammar, okey Ammar memang suka sangat berdiri. Leher dia okey je cuma tak kuat sangat. Nurse tanya if Ammar pernah jatuh ke tak, kalau kerja siapa jaga semua. Nurse plak naik risau. Lepas tu timbang and jab. Sadly berat Ammat naik 100g je. Tak sampai 7kg. Mama tak boleh pakaikan awak mamy poko pants lagi. Hahaha. Tinggi pun naik 1cm ajo.

Bila jumpa doc, doc buat benda yang sama semua. Muka doc nampak risau. Mak ngan ayah dia je dok tersengih-sengih tapi dalam hati risau jugak. Doc kata ni dah consider lambat. Sepatutnya 3 bulan dah boleh. Aik, 3 bulan tu tak semua budak boleh. Doc buat refer letter pergi paeds HPj buat appoinment. Maybe nak buat details check up kat Ammar. Aku ada googled here and there, selalunya kalau dah pergi hospital diorang akan buat MRI dan ambil DNA tengok if ada something wrong. Oh anak, nampak gayanya mama kena banyak ambil cuti la lepas ni.

Doc cakap, by right Ammar sekarang dah boleh pegang barang and bawak ke tengah. Ammar boleh capai barang yang orang letak kat depan dia, tapi Ammar kalau dibaginya menan kat depan dia tengok je sambil genggam tangan. Takde niat dan minat nak bermain dengan barang-barang menan cam budak lain. Macam aku cakap before, Ammar takde pun nak capai-capai kaki dia. Kalau df dia ada la nak tolak and tarik breast pergi dekat dia. Tapi toys memang tak la. Mungkin dia tau toys tak bagi susu? Hahaha. Nak kata tangan dia tak function okey je dia gunakan tangan dia cuma dia prefer untuk genggam tangan lebih.

Hari ni husband pergi ambil appoinment kat hospital. Harapnya bila dah buat check nanti, Ammar baik-baik je. Tak kisah la awak lambat ke cepat nak oi, Mama sayang awak jugak dan awak tetap comel. Bahaha.


Ammar dengan uniform check up nya. Tiap kali g KK baju sama sebab senang nak bukak. :D
 Kbai. Assalamualaikum

Wednesday, March 20, 2013

Ammar at 6 Months

Hellow,

Today Ammar dah 6 months. Yeay, aku dah completed my target untuk fully breastfed Ammar for the first 6 months and officially aku dapat my diploma in bf. Haha. Next target, to bf Ammar until 1 year and continue until 2 years, InsyaAllah! Harapannya agar production susu tak drop atau tak segan silu nak keluar as usual walaupun sometimes ada time kejatuhan hasil tenusu.

Semoga Ammar akan minum susu mama banyak lagi supaya tulang temulang awak kuat dan boleh buat semua benda macam babies lain. Oh semalam time tidur mimpi Ammar boleh meniarap. Sadis kan nak sangat anak meniarap. Tah tah Ammar skip meniarap terus duduk, berpaut dan jalan. Mana nak tau kannn..berharap sangat ni. Huhuhu. Semalam saja letak Ammar dalam baby carrier sweet cherry beli dulu tu dan jalan-jalan dalam rumah, elok pulak kepala dia tegak tengok kiri kanan tak lembik. Masa wat percussion pun sibuk kepala dia tegak nak pandang atas. Mak aku kata dia belum 100% kuat lagi. Tu yang kadang-kadang lembik kepala kedepan. Masa mengandung minum susu tak miss, tapi mengapakahhh? Nevermind, lain budak lain development.

Esok Ammar check up and jab for 6 months then cuti from check up until 9 months. Mintak-mintak Ammar tak menangis esok dan behave well. Redah je la dengar ape nurse kat KK nak cakap pasal ketidakbolehan Ammar nak meniarap lagi. Tak sabar nak tau weight ngan height si anak, harapnya meningkatlah walau tengah tak berapa nak sihat ni ye anak. Kalau lebih 7kg boleh la mama pakaikan awak mamy poko pants yang dah terperuk dalam almari sejak 2 bulan lepas. Bahaha.


Happy 6 months old Baby!
Assalamualaikum.

Sleepless Night

Hellow,

Wednesday blues aku arini sebab baru start kerja today. Semalam dan kelmarin terpaksa apply annual leave gara-gara si anak meragam sebab selsema dan batuk. Bila tidur je, terbatuk batuk terus terjaga menangis menjerit-jerit. Luluh hati mama dia tengok anak dok terjerit-jerit menangis dan sambung batuk-batuk. Nak kata batuk berkahak tak pulak sebab dada dia tak berbunyi. Just bunyi srott srett hingus kat hidung je lah. Start hari Sabtu tengah malam badan dia panas sikit, tapi lepas letak cool fever dan lap lap badan esoknya da okey sikit dan lepas tu dah tak demam. Malam Ahad tu dia meragam menangis tak nak tido padahal mata da tertutup-tutup da sebab mengantuk. Alahai anak kenapa ditahannya mengantuk tu. Kesian mama tengok awak. Isnin terpaksa cuti. Malam isnin meragam lagi start kol 12.30 malam dan tidur balik dekat 2 am. Malam tadi lagi dasyat, dekat pukul 2 lebih baru nak tidur itupun sebab dah penat sangat menangis dan menjerit sambil batuk. Meleleh air mata ni tengok si anak tak selesa tidur macam tu.

Siang okey sikit, dia tidur pun lena je tak batuk sangat. Agaknya malam sejuk tu yang terbatuk-batuk. Aircond memang dah tak pasang la kalau tak makin worst la dia dok batuk. Nak bawak ke doctor aku rasa benda yang sama dia akan bagi and kalau bagi ubat batuk pun mana boleh dia minum kan? Nak bagi madu tualang pun katanya bawah setahun tak elok bagi madu. Tak pasti lah kalau madu tu boleh dicairkan lepas tu bagi dekat budak bawah setahun. Tak tau nak buat ape lagi. Try buat percussion technic tapi si anak ni batuk tak berkahak jadi macam tak de makna pun kalau buat tu untuk keluarkan kahak. Just sedut idung dia untuk keluarkan hingus je. Itu pun aku sedut pakai mulut sebab nak bagi hingus keluar banyak. Risau pulak sedut pakai mulut sebab takut bakteria mulut pergi dekat hidung dia lepas tu buat flu makin teruk.

Sesiapa ada cara nak hilangkan batuk dan selsema untuk budak 6 bulan ni? Tolonggg..eh, nak try tepek kunyit macam dulu kat batang hidung. Lupa plak nak buat.

Semoga si anak cepat sembuh. Amin
Assalamualaikum.

Tuesday, March 12, 2013

8 Days Before He Turn to 6 Months

Hellow,

8 hari je lagi dan so far progress Ammar :

- Roll over? Still tak boleh. Usually dia akan gerak-gerakkan badan dia sampai tinggal sikit je lagi nak meniarap, pastu dia terlentangkan balik.

- Mengiring sendiri pun takat 2x yang aku nampak tu je. Lepas tu takde.

- Dia baru berjinak-jinak masukkan tangan dalam mulut sambil buat bunyi.

- Gigi takde tapi suka gigit nipple dengan gusi sambil buat muka geram pastu tarik. Sakit nak oi.

- Capai kaki guna tangan? Takde jugak. Pelik ke tak ke biasa je? Dia takde intention pun nak explore kaki dia. Setakat angkat-angkat kaki buat suara gedik atau kentut je la.

- Suka explore tangan time nak tido mamai-mamai.

- Kalau tido, nak kena mama ke ayah dia pegang tangan atau kaki.

- Buat muka tak sabar kalau nampak mama dia selak baju padahal tengah memain sorang-sorang sebelum tu.

- Sekarang tidur before 12 atau awal lagi dan mangkit tidoq paling awai at 4am. Nice.

- Dah kerap gelak tapi mama dan ayah dia tak bagi sebab nanti tersedu.

- Minum susu sikit-sikit pastu main, pastu minum lagi. 3.5oz susu habis dalam masa 1jam. Kadang-kadang datang mood ok habis je sekali minum. Kadang-kadang susu tak habis pun minum.

- Kekerapan poo poo sekali seminggu.

- Suka sangat menjerit tiba-tiba. Menjerit nak perhatian kot. Bukan menjerit nak menangis. Selalu bila dia jerit dengaq macam dia sebut "Makkkkk", "Mommm", "Ehhh" atau "Oiiiii". Dia akan jerit "oi" kalau aku wat dono je. Hahaha.

- Da banyak kali mencederakan diri sendiri sampai berdarah hidung. Pastu nangis.-_-". Tak paham mama dengan awak ni.


Itu je kot. Akhir kata, aku tepek gambar budak bertuah ni.

Budak comot minum susu.

Hai !

Kbai. Assalamualaikum.

Monday, February 25, 2013

Baby AK : 5 Months

Hellow,

Last week on 21st bawak Ammar pergi check up + Jab 3rd dose untuk 5 bulan. Appoinment pukul 2.20 tapi sampai dekat pukul 3. Tunggu punya tunggu dekat pukul 3.30 baru nombor panggil untuk register. Wah belum nak scan lagi nak jumpa nurse ambil jab. Sementara tunggu nombor untuk masuk bilik nurse, aku df Ammar dekat dalam BF room yang KK Putrajaya sediakan. Bila time nombor kena panggil laju-laju aku masuk bilik nurse. Macam biasa la nurse tanya itu ini dan soalan common, " anak dah pandai meniarap?", aku pun jawablah tak tapi ada la gaya macam nak meniarap. So dia suruh bogelkan anak aku dalam bilik sejuk tu dan timbang. Lepas timbang ambil panjang dan lepas tu boleh pulak dia meniarapkan anak aku dekat atas tempat ukur panjang yang keras tu dan anak aku tak pakai apa-apa. Sambil tu dia panggil nurse yang lain suruh tengok anak aku meniarap. Dia tanya okey ke tak, dah 5 bulan tak pandai meniarap lagi bla bla bla. Anak aku pun dah start nak mengamuk, dia boleh biarkan je. Lepas tu aku angkat anak aku dan pakaikan baju pampers sume balik.

Masa tu Ammar dah start merengek-rengek, duduk tak kena, berdiri tak kena sume tak kena gara-gara kena meniarap dengan nurse tadi dalam bogel-bogel. Tersepit kang bird anak aku. Nurse call bilik doc kata yang anak aku dah 5 bulan tak pandai meniarap so dia suruh aku proceed jumpa doc lepas ambil jab. Masa nak ambil jab Ammar dah start menangis and meronta-ronta. Bila kena jab lagi la dia melalak. Ni semua gara-gara nurse tadi la dari awal-awal dah buat anak aku mengamuk. Lepas jab terus keluar sambil bawak anak yang tengah melalak-lalak. Adoi la, semua dah pandang. Nasib ada ayah dia dukung sementara aku pergi scan card untuk masuk bilik doc pulak. Sian Ammar.

Lama jugak tunggu sampai dah pukul 5 petang baru dapat jumpa doc. Kebetulan masa nombor naik, aku tengah bf Ammar dekat kerusi. Time tu dah malas nak masuk bilik bf sebab Ammar macam tak selesa. Kat kerusi tu dia bf sampai tertidur sebab penat menangis. Masa nak masuk bilik doc pun terpaksa stop bf lepas tu bagi pacifier. Masuk bilik doc, dia tidur kejap atas katil lepas tu terjaga dengan muka terkejut. Sian anak mama. Doc check pape yang patut then doc cakap, tak payah risau sebab belum time Ammar nak meniarap lagi. Muscle kaki tangan dia sume okey tak lembik. Kalau meniarapkan dia boleh je angat-angkat montot ngan kaki cuma malas nak angkat bahagian dada ke atas. Next appoinment untuk 6 bulan dia nak tengok balik boleh meniarap dah ke belum.

Kesimpulannya sampai hari ni Ammar masih belum dapat meniarap walaupun dah banyak kali percubaan dia nak meniarap. Ada dua kali aku nampak dia mengiring sendiri. Takpelah, take your time ye sayang. Janji sihat dan takde masalah lain. Ada baby skip meniarap tak and proceed dengan progress lain? Haha. Mustahil la plak, sebab kalau nak merangkak sume mesti kena start dengan meniarap kan. For time being aku proceed dengan buat exercise untuk strengthen his muscles je. Insyaallah, the time will come. :)


Buah hati mama
 Assalamualaikum.

Tuesday, February 19, 2013

Random Updates


Hi,

Tak tau nak belog pasal apa. Ada dua entry dalam draft aku biarkan aje. Belum masa nak publish kot. Malas. Ada few things yang aku nak merepek hari ni.

Firstly pasal my pumping schedule. Aku dah semakin rajin. Dulu aku ngepam sekali dua sehari dan weekend aku tak pump sebab direct feeding je. Lani sehari aku pam dua tiga kali dah. Haha. Lebih satu sesi je dan weekend aku ada pam sekali dua. Janji ada kemajuan dalam sesi mengepam kan? Kalau mengepam 3x sehari dapat la aku collect 18-20oz. Kadang-kadang 15oz je. Tengok la kalau susu segan nak keluar sikit la. Haha.

Second, pasal stok EBM aku. Aku dah tak tau macam mana nak manage dan susun bagi ikut prinsip first in first out. Sekarang ni stok berterabur dalam freezer. Masalah aku sebab stok frozen EBM aku tak pakai dari bulan 11 punya. Lagi satu menyesal sebab beli deep freezer jenis upright. Mak aku la ni pengaruh aku beli cenggitu. Haha. Aku rasa kalau jenis chest freezer lagi banyak aku boleh simpan. Ye tak? Sekarang ni aku bekalkan Ammar kat BS stok chilled EBM yang aku expressed tak lebih dari 5 hari. Lebih 5 hari aku sumbat dalam deep freezer ke freezer mak aku. Haruslah semua jenis freezer dah penuh. Sekarang ni aku thaw sepeket-sepeket stok ebm, da dua peket bila aku thaw dan panaskan, susu tu jadi dua lapisan : satu lapisan minyak, satu lapisan susu. Makanya aku tak sure elok ke tak lantas ku buang. Bukan nak membazir tapi sedangkan aku tengok dan bau pun tak lalu apa tah lagi nak bagi Ammar minum.
Third, pasal preparation untuk solid food Ammar. Cewah kemain lagi nak prepare kan. Next week Ammar da 5 bulan. Ada lagi sebulan sebelum intro Ammar dengan solid food. Jadi aku dah beli blender and steamer, frozen milk/food tray yang jenis silicone dan buku nutritionist cookbook yang aku pinjam kat akak aku. Semangat gila mama ko Ammar. Tengah sale makanya aku beli dulu. Dah tak sale nanti aku menyesal kena bayar lebih. :D

Anyway, Ammar dah tunjuk kemajuan mengangkat-angkat badan untuk melantingkan ke tepi tapi tak pernah pun sampai mengiring ape tah lagi meniarap. Salah satu step nak meniarap. Dah dekat 3 minggu jugak la dia dok exercise cenggitu. Aku pun biarkan je la dia ambil masa dia. Dia marah kalau aku buat tummy time. Tapi aku buat seminit dua pastu aku terbalikkan balik. Fine. Semalam aku buat pastu nak bagi lama sikit, aku nyanyi tepuk-tepuk bagi dia leka. Berjaya la kejap lepas tu dia mengamuk nangis. -_-"


Assalamualaikum.

Sunday, December 16, 2012

Motherhood : Anak yang pembersih -_____-"

Hellow,

Anak aku ni sangat pembersih orangnya. Tak boleh la nak tahan dengan poo poo sendiri, asal lepas dia berak je dia nak aku terus-terus cuci. Kadang-kadang aku saja biarkan kejap mula la dia start enjin moto kete bagai nak suh mama dia tukar la tu jugak. Alah tak sampai setengah jam pun aku tunggu pas dia berak sebab kalau aku terus tukar diaper nanti dia kentut pastu terberak lagi sikit. Pantang angkatkan kaki dengan montot dia mesti nak kentut. Baguslah kan angin keluar.

Itu satu hal, lagi satu dia tak suka kalau kencing+berak sekali. Kata lah kalau dah 3 4 jam aku tukar diaper dia, lepas tu aku bukak tengok dia kencing je, tak berak. So aku tukar je la baru sebab takut naik rashes ke ape walaupun setakat ni Ammar takde nappy rashes tapi rashes dekat muka selalu je ada. So 5 ke 10 minit pas aku tukar diaper baru, mula la dia angkat-angkat montot pastu kentut berdas-das diiringi dengan poo poo sampai lecak habis diaper. Sanggup kan dia tunggu tukar diaper baru, lepas tu baru nak settlekan amanah saham dia yang lagi satu. Maka mama dia pun pasrah dan tukar diaper yang baru. Kalau aku pakaikan dia diaper yang murah tak kisah lagi, ni kalau malam aku pakaikan dia mamy poko pun dia buat macam tu, memang mami pokai la lepas ni kan.

Anak orang lain pun camni gak ke?

Yadaa yada..kecoh mama ni.
Assalamualaikum.