Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Checkup. Show all posts
Showing posts with label Checkup. Show all posts

Saturday, September 08, 2012

Pregnancy : 39w 1d

Hai..

Dah masuk 39 weeks semalam. Ligat berjalan semalam. Tapi takde lah jauh mana. Siap boleh naik turun tangga 4 tingkat 2 kali sebab salah tangga. Haha. Baby is doing sooooo fine in there. Okey baby, ikut suka awak lah nak keluar bila. Jangan overdue je mama mintak. Kesian la mama awak nak paksa awak keluar nanti kalau kena induce. Kan kan kan? Tapi macam dah redha je kadang-kadang kalau kena induce. Erk..boleh plak kan? Kawan-kawan seangkatan awak yang patut keluar plus minus bape hari dengan awak dah ramai yang keluar. Buat mama stress tau. Menggelabah je mama awak ni nak stress bagai. Okeylah, malas nak pujuk awak keluar. *merajuk*

Pasal tukang urut, decided to ambil akak yang mebgurut aku last year lepas miscarriage tu. Walaupun akak tu baru 30an, tapi aku rasa okey kot. Lagipun charge dia around RM150 untuk 3 hari. The cheapest i can get. Services included urut, tungku, bengkung mak nye dan mandi, urut, tuam baby. Okeylah kot, tapi kalau dia datang Puchong ada extra charges, so husband decided to ambil dan hantar dia during the services. Husband sanggup sebab nanti dia nak singgah rumah mak dia senang la..da dekat kan. Lagipun kalau husband ambil dapat save cost. Maybe aku akan campur-campur other services from other mak cik urut sebab aku nak urut banyak hari baru rasa best. Haha.

Minggu ni kaki aku bengkak banyak kali. Asal balik kerja je aku tengok pergelangan kaki aku dah bengkak. Tapi takde lah bengkak macam kaki gajah tu. Bangun pagi je mesti kaki dan tangan rasa kebas. Masa check up last thursday aku bagitau nurse dan dia pescribe aku calcium. Katanya aku kurang kalsium. Ye kot? Da lama aku tak minum susu. Susu kacang soya je kot? Pasal bengkak tu maybe sebab aku makan banyak sangat kerepek ubi kayu perisa BBQ. Banyak garam kan? Tu yang bengkak bermaharajalela tu.

Cerita pasal check up last thursday. Benda biasa je buat, yang luar biasa sebab berat naik lagi another kg. Hmm. Memang nak bagi aku sampai 70kg ape? Last week naik extra 200g kan? This week naik extra 500g plak. So maknanya berat aku naik sekilo from last week. My current weight : 69.3kg. Terbaikkk! Lepas tu sibuk balik dok buat light exercise, lepas exercise terus melantak macam-macam. Caner tu nak turun? Harapan aku berat naik banyak ni biarlah banyak pergi ke baby. Baby, agak-agak awak ni dah bape kilo ar? Nak kena tunggu awak lahir la baru tau kan. Sadis.

So hari  ni banyak sangat open house. Meh la kita isi masa terluang untuk makan. Hahahaha,

Assalamualaikum.

Friday, August 31, 2012

Pregnancy : 38 Weeks & Counting.

Hellow,

Dah masuk 38 weeks ni ape nak tunggu lagi? Baby tak mau keluar jugak. Apa boleh bikin. Tunggu saja lah. -__-". Esok lusa kot? Haha. Tanda-tanda pun tak ada. Kalau baby mengeras je tak sakit sangat pun kira tak ada pape la kan. Benda normal kot bila dah nak last-last cenggini. Aku ni tengah mengah ni, ade ke patut baru petang tadi makan nasi ngan ikan dah lepas maghrib melantak 3 keping roti+Cili Tuna. Pastu boleh plak bantai ngan dua kotak kecik air soya. Memang buruk lantak lah kan. Memang sekarang kuat sangat makan. Lagi-lagi benda yang tak boleh makan masa pantang nanti. Memang heaven la kan bila berat naik lebih.

Oh semalam aku ada check up untuk 37 weeks kat KK. Ya Allah punya la lama nak menunggu sampai dekat 2 jam. Orang tak de lah ramai sangat yang masuk bilik doktor tapi nak menunggu sampai berjam. Aku sampai kol3 dan dekat kol5 jugak lah aku habis. Mula-mula jumpa nurse check benda biasa, then nurse set kan untuk jumpa doctor plak lepas tu. Kena tunggu lagii. Jumpa doc sebab nak tau result FBC last week je. Ingatkan dapat la buat scan. Harammmm. Tak dapek kot.

Hasil check up semalam :

Berat : Gain 700g/week. (Extra 200g) - 68.3kg sudaaaa! Erkk.
HB : 12.2 (Record terbaik setakat ni)
Result FBC : 11.7
BP : normal
FH : 130 bpm
Baby's position : Ceph & Engaged

Doc siap lukis lagi bentuk cam hexagon bagai. Tu bentuk baby dalam tu ke ape? Masa doc nak check kepala baby dah masuk ke belum, memang terasa sakit sikit la. Masa nurse check perut dia kata perut aku ni sangat padatt..padat dengan lemaks kot? Haha. Oh ye, agaknya berat aku naik 700g tu sebab aku makan banyak sangat kot masa lunch. Mana bole tahan kalau opis wat makan-makan raya. Habis aku tibai nasi impit 5 peket kecik tu dengan 2 keping lemang + rendang ayam 2 ketul anddd kuah kacang yang sedapp. Hamboih memang aku makan selagi boleh la kan. Semalam dinner plak aku melantak nasi goreng ikan masin satu plate besar dekat Murni kat Sunway tu. Memang mencanak-canak la naik berat pasni. Encek suami sekarang melayan kan aje selera makan aku. Lagi la terbaikk.

This is my last 2 weeks before due. So far semua benda dah ready kot? Haha. Ada kot-kot nye lagi kan. Bag aku yang nak dibawa g spital dah aku update dengan barang-barang makanan tadi. GL dah ready dalam kereta sebab encek suami kata hrmis sekarang nak bukak asyik tak boleh je. Tak sure sama ada nama aku dah update dalam hrmis dia. Maternity leaves masih dalam perancangan. Rasa macam nak ambil cuti awal seminggu. Boleh tak? Tapi rasa rugi pulak nanti baru seminggu habis pantang dah kena masuk balik kerja. Sayang nak tinggal baby dekat orang lain. Pasal baby sitter, aku masih tak jumpa lagi orang nak jaga area puchong ni. MIL nak jaga boleh, tapi aku kena rajin panjat tangga nak anta baby nanti la. Confinement lady aku masih belum dapat. Hebattt. Esok kalau rajin aku pergi tempat tu tanya macam mana. Kalau tak cari je la mana-mana datang umah berurut biasa je. T-T. Harap-harap aku dapat settlekan mana-mana yang patut before baby keluar.

Assalamualaikum.

Wednesday, August 22, 2012

Pregnancy : 36 Weeks Check Up.

Hellow,

Salam 4 Syawal. Hari ni sangat bosan sebab kena duduk rumah sorang-sorang sebab encek suami kerja pagi. -______-". Dah lah ada appoinment check up today, husband kerja dan paling menarik sekali bila kunci rumah aku tertinggal dalam kereta. Hebat! Appoinment dekat KK pukul 9 am, tapi sebab aku ni bersiap awal sempatlah aku perah otak macam mana nak keluar dari rumah. Mula-mula call ayah dulu sebab tau encek suami pun on the way ke tempat kerja. Takkan lah nak suruh dia patah balik dari KLIA ke puchong naik motor? Patah pinggang dia oii. Call ayah ada dekat Shah Alam hantar budak-budak kilang pergi mana tah. Paling awal sampai pun pukul 9.30 am. Oh myyyy..terus try call my neighbour. Tak berangkat pulak. Call lagi sorang neighbour pun sama. Teringat pulak kawan sekolah merangkap neighbour belakang rumah. Angkat, tapi adik beliau. Dia pulak sedap tidur. Nak tak nak kena kacau dan bagitau masalah aku. Dalam seploh minit, dia anta adik dia selaku hero aku untuk hari ni. Kesian budak tu kena panjat pagar umah dan cari kunci dalam kereta. Alhamdulillah. Selamat aku keluar rumah dengan jayanya. Time kaseyyyyy!

Sampai KK tepat kol 9 am dan terus ambil nombor. Paling best check up time orang bercuti raya ni sebab orang tak ramai. :D Happy sebab lepas ambil nombor terus up dekat screen. Register dan ambil card scan dan terus buat urine dan sekali lagi kena buat FBC. Arr paling tak suka bila kena derma darah sebalang ni. Lepas tu pergi timbang, check baby sume dan balik. Berat naik (haruslah naik time raya kan?) 1.4kg. So far dah jadi 67.6kg. Adoii, jangan sampai 70kg pleaseeee. HB tak sempat nak keluar result sebab dah habis check up. Baby dah masuk laluan a.k.a engaged. :) Next check up will be on next week. Haish, mengharap sangat yang today was my last check up. Please baby, tolong keluar cepat please. :D

Kempunan nak makan BGSC dah terlaksana. Tengok movie pun sama. Makan kerepek pun sama. Apa lagi? Tak ada dah kot. I'm ready! Oh semalam tengok movie Expandables 2. Bila dah masuk baru aku dan encek suami sedar yang aku tak sepatutnya tengok citer tu walaupun sangat best dan kelakar. Banyak scene ngeri-ngeri darah sana sini. Aku siap tutup perut tak nak kasi baby tengok. Haha. Ape kes?


At 36w 4d =)

run forrest run! 


Sekian. Assalamualaikum.

Thursday, August 09, 2012

Pregnancy : 34 Weeks Check Up & Progress

Hellow,

I am 34w 6d today but baru buat check up yesterday. Esok dah masuk 35 weeks and next week will be 36. Oh my, kejap nya dah nak 36 weeks and by 37 weeks baby is full term and i can deliver anytime soon! Hopefully aku deliver awal sebabnya aku dah tak sabar. Tak mau la overdue, tak syok sebab nanti asyik risau and stress kenapa baby tak keluar lagi and malas nak ambil cuti banyak-banyak dah. As usual check up kali ni sebelah petang so ambil time off dan jimat cuti aku. Check up at 2 pm, tapi sampai KKPj tak bukak lagi and ramai dah menunggu macam kambing nak masuk kandang. Haha. Elok je bukak, aku pun turut serta serbu, dapat la nombor giliran yang ke 9. Masing-masing tak menyabar je. Ganas-ganas je mak-mak buyung kat sini.

Tunggu dalam 10 minit dah kena panggil, register and ambil kad scan. Terus ke bahagian urine and HB. Part nak collect urine punya la lama. Toilet untuk collect urine ada satu je kot. Masing-masing pulak bukan main lama lagi dalam tu. Kencing, basuh, flush toilet sudahlah. Ni nak termenung bagai. Dah tu ramai pulak yang datang lagi lambat tak ikut turn and pergi toilet jauh sikit. Tak aci. Lepas collect urine dan dapat result HB, terus scan card untuk masuk bilik 36. Tunggu pun tak lama, dalam 10 minit terus nombor up kena panggil. Tak lama pun dalam bilik tu dah settle tunggu untuk ambil obimin untuk 4 minggu lagi. Result check up kali ni :

HB : 12.0 (Bacaan terbaik buat masa ni)
Weight : +1.5kg. (terlebih sudah 500g tapi nurse kata okey sebab last 2 weeks berat da turun)
Baby's position : Ceph (Good boy!)

Next check up will be on raya ke-4. Aku mintak pagi sebab that day aku apply leave. Tapi kena pergi sorang sebab husband kena call back that day. Tak boleh masuk lambat or tukar shift. :( My sis pulak still dekat Terengganu beraya. My mum at Penang pun beraya. I'm all aloneeeee. T-T. Tak pernah pergi check up tak ada orang teman. Haha. Mengada-ngada. Bukan tak reti drive sendiri pun. Google pasal baby's position tadi. Ada banyak jenis rupanya in Cephalic presentation ni. I wonder what position my baby's in.

1. Occiput Posterior (OP) - head facing mother's tummy (sunny side up)

2. Occiput Anterior (OA) - head facing mother's back
3. Left Occiput Anterior (LOA) - head facing mother's right butt cheek (best position)
4. Right Occiput Anterior (ROA) - head facing mother's left butt cheek
5. Left Occiput Transverse (LOT) - head facing mother's right side
6. Right Occiput Transverse (ROT) - head facing mother's left side
7. Left Occiput Posterior (LOP) - head facing front of mother's right leg
8. Right Occiput Posterior (ROP) - head facing front of mother's left leg


Which One?
 
Tak sabar nak tunggu baby keluar. Baby sila cepat-cepat keluar tau.

#Rasa lapar pulak tiba-tiba. LOL.

Assalamualaikum.

Thursday, July 26, 2012

Pregnancy : Week 32 Check Up

Hellow,

Semalam aku ada check up pukul 2.40pm, tapi pukul 12.50pm aku dah berambus dari office. Haha. Suka hati minggu ni dah dua hari berturut-turut aku balik awal. Awal sikit takpe la kot, ni awal berjam-jam okeh. So today i'm going to back early again! Muahaha. Sebabnya ada something i need to settle dekat bank. Eh, bank bulan puasa ni agaknya tutup pukul berapa eh? Kang penat je aku sampai diorang dah tutup.

1st time check up waktu petang semalam. So far tak ramai orang. Banyak yang bawak babies je. Aku sampai pukul 2.50 pm kot then ambil nombor and tunggu dalam 10 minutes. Nombor panggil, ambil card untuk scan then terus buat urine. Dah dua kali nurse tak ambil darah untuk HB termasuk semalam. Padahal aku dah duduk da dekat tempat nak cucuk darah untuk HB. Pelik betul aku. Aku pun blah je la bila nurse kata terus pergi masuk bilik 36.

So far aku punya check up kali ni okey, tak ada apa-apa masalah. Berat tak naik, tapi turun dalam 300g. Nurse kata maybe sebab puasa. Aku pun angguk-angguk je la mengiyakan cakap nurse tu. Heart rate baby pun normal dan tinggi rahim sama dengan usia kandungan. Kepala baby masih stay dekat bawah. Good boy! Nurse tanya pasal nak bagi baby minum susu apa, so dengan yakinnya aku jawab susu badan. Dia bagi pamphlet pasal penyusuan ibu suruh aku baca dan lepas tu set up untuk next check up. Lepas habis tu terus aku blah. Dah sampai rumah my sis baru aku teringat yang aku lupa nak mintak time slip! Adoi la. Harap-harap la my supervisors tak mintak sebab aku totally lupa. Haha. Selama ni check up aku apply annual leave je. -____-"

google

Harap sangat my weight tak naik banyak nanti..seram oi kalau bayangkan myself gain weight sampai 70kg. maximum weight aku target pun 68kg kalau dah cecah 40 weeks. Harapan tu nak lah kurang dari tu. Mampukah aku? So far dah naik almost 12kg. Haha. Ada lagi lebih kurang 4 check up kot before 40 weeks. Harap sangat la berat maintain je tapi haruslah berat baby naik. Erk..boleh ke macam tu? =D

Pleaseee jangan lebey 70kg -_-"
 Lepas ni nak men'google' resepi pulak. Another 3++ hours to go. Nak balikkk!

Assalamualaikum.

Thursday, July 12, 2012

Pregnancy : Week 30 Check Up & Progress

Hellow,

Updates on my Week 30 check up semalam :

HB : 11.4 (naik from 10.4 maybe sebab aku makan iron tablet dengan obimin before datang KK :D )
Baby position : Ceph
Tinggi rahim : 30cm
BP : Ok
Weight : Gain 500g in 2 weeks. =D
FR : 155 bpm

Benda yang paling best haruslah kenaikan berat badan aku kan. 500g in two weeks memang kejayaan besar bagi aku sebab selama ni dalam 2 minggu mesti nak naik at least 1kg and above. Tapi aku rasa penambahan berat badan yang tak seberapa ni ada sebabnya dan the main reason is, aku diarrhea isnin lepas. Haha. Habis semua segala benda toksik tak berguna aku keluarkan. Aku tak tau lah diarrhea ke ape ke tapi isnin lepas aku sakit perut memulas-mulas lepas minum horlicks 3 in 1 followed by low fat milk satu gelas. Dari pagi sampai ke malam kot asyik memulas-mulas je sampai aku rasa dah tak ada benda nak dikeluarkan lagi dalam perut ni selain angin. Siap aku terasa macam nak buasir sebab rasa benda nak keluar tapi aku yakin dah kosong perut ni. Haha. Dalam kepala otak dah terfikir, nak beranak dah ke aku ni? Tak mungkinnn..

Semalam kena buat FBC due to my low HB last 2 weeks. Aku datang kemain awal, tapi dapat masuk lab ambil darah dekat nak pukul 9 kot. Masuk dalam donate darah satu tabung dah siap. Husband siap text aku tanya kenapa yang datang lambat dah masuk dulu bagai. Bila aku masuk dalam tu baru aku tau sebab diorang masuk awal dari aku. Diorang semua tu kena minum ayaq gula. Haha. Berlagak lah kan sebab aku dah merasa 2x. Muka masing-masing nak kelat je minum tu. Lepas donate darah terus scan card untuk jumpa nurse. Tak sempat panaskan muntut dah nombor kena panggil. Lepas bergurau senda dengan kak misi terus dia ajak cucuk ATT. Nurse kali ni buat terasa gila oi sakit. Dah la aku tersalah pakai baju yang payah nak lipat sampai ke lengan. Last-last aku selak je baju kat bahu tu, senang cerita. Lepas tu pergi breakfast kejap dan datang balik untuk result FBC aku tadi.

Masa check up sempat bagi tau nurse pasal aku cramp last week. Dia pun macam blur je dan alih-alih dia cakap kepala baby dah menekan kat bawah tu dan lepas ni kalau sakit continuosly sila datang hospital. Dia advise aku prepare bag baby and mama untuk ke hospital. Aku angguk-angguk tanda faham dengan arahan. Walaupun aku rasa masih awal, tapi macam nurse cakap lah kalau dah baby nak keluar tu bila-bila masa je boleh dah tak tunggu cukup masa ke tidak. Haruslah aku siapkan bag baby cepat. Breast pum, storage bottles pun belum sterilize ni. Transparent box nak isi menatang yang dah kena sterile pun belum beli. Semata-mata nak tunggu husband bawak pergi hypermarket dan beli je. Memang berjanggut lah kan.



Pasal baby stuff, last sunday dah berjaya merajinkan diri untuk beli satu pack NB diapers jenama Drypers. Settle satu barang. Sekarang ni banyak tinggal barang si mama dia je yang tak beli. Oh, sebelum terlupa cerita pasal stroller ni, last tuesday aku berjaya yakinkan husband pergi fabulous mom on the way balik rumah. Husband punya la rajin, parking dekat IOI Mall and then jalan kaki ke deretan kedai tu. Nasib baik aku yang beriya nak pergi, haruslah ikut je kan. Naik je atas boleh pulak aku masuk kedai pakai sandle. Haha. Mula-mula tak nak la obvious sangat aku ni nak tengok stroller, buat-buat tengok and pilih nursing bra untuk tambah collection. Sekarang tengah ada sales so Kelly nursing bra dapat less from 20%-50%. Aku grab dua je, satu plain satu ada stripes pattern. Lepas tu laju je pergi tengok stroller Halford Cosmo DX tu. Available colour baru je which is Orange/grey je. Colour red/black dah out of stock dan tak sure bila supplier nak re-stock. Haish. Kalau tak ada jugak sampai 2 Sept, aku grab je colour orange tu. One more buat aku berkenan sebab yang ni tak bulky and senang nak fold and unfold. Lepas tu ada strap boleh carry je. Halford Zuzz memang ramai yang beli tapi macam Lisa kata, memang bulky sama je macam SCR6 tu. Yang Cosmo DX lepas dah lipat bagai dia jadi compact dan slim so save some space dalam boot kereta. Harga pun way cheaper than Zuzz and sama dengan SCR6+SCR7 je. So lepas ni nak let go SCR tu dan beli this stroller. Atau pun beli je stroller ni dulu sementara tengah sales dan let go SCR in the same time.

Orange/Grey

Red/Black
 Next week dah nak puasa? Are you ready baby nak puasa? Takut baby dah ready, mama dia je yang tak ready lagi. Haha.

Assalamualaikum.

p/s : baby sekarang rajin sangat tersedu. :D

Thursday, June 28, 2012

Pregnancy : 28W Check Up & Progress

Hellow,

Semalam check up untuk 28w. Agak terlambat sebab esok dah nak masuk 29w. Kali ni check up kena buat MGTT jadi semalam pukul 9 dah aku puasa tak makan apa-apa. Nurse suruh puasa start pukul 10 tapi aku dah stop makan dan minum benda-benda manis pukul 8 lebih lagi. Boleh pulak malam tu my mum rajin nak order Pizza kan? Haruslah aku tahan nafsu untuk makan walaupun my sis hasut suruh makan sikit. Haha.Tak guna betul.
counting days!

Pagi tu macam biasa bangun dah lambat, siap-siap dan terus drive laju-laju ke KKPj. Sampai before 7.30 am tapi ramai yang dah sampai dan yang kena MGTT pun ramai jugak. Bertimbun buku dalam bakul. Tunggu sampai dekat pukul 8 baru nurse siapkan registration card dan terus laju-laju jalan ke bahagian ambil urine dan HB. Punya lah ramai manusia dalam toilet tu sampai kena tunggu turn dan paling tak best bila ada orang yang selfish terus potong que masuk dalam toilet. Tak nampak kah kami yang sedang menunggu turn ni? Nurse yang jaga bahagian tu pun macam tak mesra alam kali ni. Membebel je kerja dia. Pukul 8.30 baru scan card dekat Lab untuk ambil darah. Pukul 9 baru dapat masuk , ambil darah dan minum air gula berperisa anggur. Kali ni serius tak sedap sebab manis gila tapi aku berjaya habiskan dalam beberapa kali teguk je. Rasa nak termuntah tapi aku malas nak melayan. Haha.

Lepas dua jam tunggu ambil darah lagi dan lepas tu terus jumpa nurse. Check tinggi rahim, heartbeat baby, timbang berat, BP, nurse terangkan pasal FMC, bahaya anaemia dan set next appoinment. Lepas ni check up appoinment every 2 weeks. Tak tau pulak aku. Budget lepas 32w baru start bi-weekly check up. Haha. Nampaknya kena mintak time off la kali ni. Nurse set untuk jumpa doc untuk result MGTT plus aku nak surat fit to fly untuk naik flight weekend ni.

Result
# HB : 10.4 (low) - tak tau mana silap aku makan kali ni sampai jadi macam tu. Nurse order extra iron tablet untuk aku makan.
# Berat : 64.5kg ( terlebih 0.6kg) tapi nurse kata masih ok. Penimbang dekat rumah sah menipu aku.
# Tinggi rahim : 28cm (seiring dengan pembesaran baby)
# Baby's position : Ceph (harap stay sampai deliver)
# Fetal rate : 147 bpm
# MGTT : normal =)

Next check up doc suruh aku buat Full Blood Count(FBC). Ambil darah untuk tengok platelets, irons etc. First ambil masa buku buku bulan 3 dulu so doc suggest suruh ambil balik sebab HB low. Aku ingat dah lepas 2nd MGTT ni tak payah nak cucuk ambil darah lagi, sekali kena cucuk untuk FBC pulak. Adoi la. Dapat nurse yang cucuk terasa jarum masuk memang azab le. Selain FBC, kena 2nd ATT jab sekali. Budget kena masa check up semalam tapi nurse kata tunggu 30w je la.

Habis check up pun almost 1pm, terus ke Alamanda untuk lunch. Ingat nak layan movie dengan encek suami tapi masing-masing dah letih so balik, solat dan tidur sampai petang. Haha. Lately selalu je susah nak tidur, mengiring salah, terlentang salah. Sakit pinggang bila nak tukar posisi tidur lagi. Kadang-kadang rasa ngilu dekat ari-ari dan rasa sakit. Encek suami pun naik risau sebab ingat aku ni nak terberanak awal. Siap boleh fikir kalau hantar hospital, nak register dekat mana, nak bawak barang apa bagai. Buat lawak betul la. Pernah dia termimpi-mimpi aku nak bersalin la apa la. Sampai aku pun termimpi sekali benda yang sama. Kadang-kadang rasa tak sedap hati pulak. Harap-harap tak ada apa-apa.

Assalamualaikum.

# today officially nak start count baby's movements tapi dari pukul 0900 sampai sekarang baby senyap lagi. Tido kot.



Thursday, May 31, 2012

Pregnancy : Check Up & Progress

Hellow,

Semalam pergi check up for 24 weeks kat KKPj. So macam biasa lah laki bini ni planning nak bangun awal sebab nak habis check up awal. Sebelum ni check up every thursday je, tapi this time nurse tukar on Wednesday. Bangun pun dah pukul 7.10 terus kelam kabut mandi, makan obimin dan pisang terus gerak. Sampai before 8 sebab encek suami dengan selamba langgar lampu merah. Haha. Masa masuk je tengok tak ramai sangat orang tapi still kena tunggu lebih kurang 10 orang tak termasuk yang datang untuk MGTT. Bila number kena panggil laju je jalan ambil kad untuk scan terus pergi wat urine and HB. Results, urine : ok dan HB : 11.1. HB tu nampak turun sikit dari last check up. Maybe sebab aku diet sebab taknak berat naik banyak sangat.

Lepas habis buat urine dan HB, terus scan kad untuk masuk bilik 36 jumpa nurse. Budget lama lah nak tunggu sebab ada banyak mom-to-be yang lain tengah tunggu. Baru nak panaskan muntut dah number keluar. Masuk bilik tu nampak the same nurse yang selalu check up aku. Haish memang dari awal sampai la sekarang asyik dengan nurse yang sama je. Masuk-masuk je memang kena timbang sendiri dulu then bagitau nurse  baru check BP, perut semua. Kali ni pasal berat aku dah tak tipu-tipu nurse dah sebab berat aku tak lebih banyak. Haha. Ikut buku berat aku naik ngam-ngam 2kg untuk sebulan. Yeay! Nurse pun kata berat dah okey dah. Lepas tu check BP pun okey. Time check perut tu yang lama sikit sebab baby tendang-tendang menatang alah tu. Nak tunggu dia detect heart beat pun lambat walaupun dah dengar bunyi tapi sebab kan baby dok kacau tu yang lama. Nurse cakap kepala baby ada kat bawah, tapi jangan risau sebab baby sekarang gerak-gerak pusing-pusing dalam tu.

Masa nak habis, aku ni pergi lah gatal tanya pasal ATT jab. Lepas tu nurse cakap, "Hah, kita memang nak buat kejap lagi la ni." Aku dah cuak sebab selalu dengar orang sampai demam-demam kena 1st jab ATT. Sakit jugak nurse tu cucuk. Elok-elok aku dah rileks kan muscle tangan aku dia boleh plak tegur kata aku keraskan tangan, memang lepas tu automatik terkeras la tangan aku kan. -_-". So far setakat ni takde lah rasa sakit gila, sengal-sengal lenguh tu ada la. Masih boleh bertahan. Malam nak tido tak boleh mengiring ke kiri sebab terasa berdenyut-denyut tangan tu. Next jab masa next check up, itupun kalau dia rasa nak buat, kalau tak masa 32weeks pulak. Ada lagi 3w ++ nak entering my 3rd trimester. Tak sabar la plak kan. Boleh start mendobi baju. Bilik pun tak habis kemas lagi, ada hati aku ni kan. Haha.

Expo weekend ni rasanya macam tak dapat je nak pergi. Kena baby sit my nephew yang gedik tu. Kalau larat aku bawak lah dia sekali kan. Untung-untung auntie dia yang baik hati ni nak belanja dia pape. =D

Oh sebelum terlupa, Selasa lepas aku ke klinik Sofea untuk buat 3D 4D scan lagi sekali tapi this time FOC sebabnya doc Sofea terlupa nak save masa aku datang last week. Isnin malam tu aku dah datang, tapi sebabkan baby tak berikan kerjasama sebab dia tido dan menghadap ke belakang dannn meniarap, aku datang balik Selasa. Itupun lepas dekat sejam duk pujuk dia baru tunjuk muka. Kesian aku tengok doc Sofea berpeluh-peluh masa buat scan. One thing doc Sofea ni takde buat muka ape pun, sabar tunggu sampai baby tunjuk muka. Encek suami hampir give up, tapi doc tak give up. Kami ni rasa tak sedap ati je, dok mintak maaf dekat doc sebab menyusahkan dia. Dah la buat scan 2x free, lama pulak tu. Doc senyum je kata takpe sebab salah dia yang tak save. Lepas ni aku dah segan nak pergi sana lagi. Next 3D 4D aku maybe nak buat dengan Jezz atau kat klinik biasa aku pergi dulu.

Super duper pemalu punya baby!
@ 24Weeks
Pic taken last week. Aku ni jarang nak bergambar lagi-lagi masa pregnant ni. Tengok cermin pun kadang-kadang rasa malu sebab terasa mengembangnya badan, tangan dan muka aku ni. Kadang-kadang rasa perut tu mengembang terlebih pulak kan. Member satu office yang pregnant 30weeks pun aku tengok perut dia sama besar tak pun lagi kecik dari aku kot. Maybe sebab dia kurus dulu takpun dia jenis makan tak main lahap je macam aku. Haha. Tak kisah la kan, yang penting sihat dan membesar dengan sepatutnya sudah la.

# Ada fire drill kejap lagi. Better aku get ready turun dulu.

Assalamualaikum.

Friday, April 27, 2012

3rd Check Up + Routine Scan

Hellow,

Dah dua hari tak dapat online gara-gara broadband buat hal. Ingatkan dah kena barred sebab tak bayar, sekali dah bayar pun masih buat hal yang sama. Rupa-rupanya my dad kata ada problem dengan software dan suruh uninstall dan re-install. Hampeh betol. Tapi okaylah at least dah bayar awal-awal nanti takdelah terlupa nak bayar.

Semalam was my 3rd checkup kat KKPj. Kami suami isteri dah bincang nak gerak awal macam biasa supaya dapat habis cepat macam biasa. Malam sebelumnya aku dah tertidur awal, tapi salah encek suami sebab kejutkan aku bangun sebab nak suruh aku tidur proper sikit atas katil + nak suruh solat isya'. Memang silap besarlah kalau dia kejut aku bangun dah pukul 11 lebih, sampai pukul 3 pagi aku tak tidur. Encek suami lagi bagus tidur pukul 5 gara-gara tengok bola. -_-".

Pagi tu kami terjaga lambat okeh. Pukul 7 suku kot. Kelam kabut aku mandi dan bersiap sambil membebel suruh encek suami bangun dan bersiap cepat. Sampai KK around 8 dan terus ambil nombor. Ramai gila orang aritu oii, atau maybe aku yang dah terlambat tapi aku pasti orang hari tu memang sangat ramai dari sebelumnya. Tunggu nurse settlekan orang yang nak buat MGTT dulu then barulah panggil nombor giliran. Siriyes sangat lama aku tunggu. Lepas settlekan urine dan check HB, nak kena masuk jumpa nurse pun kena tunggu lama gila.  Pukul 9 lebih baru masuk, timbang berat dan sembang ngan nurse, lepas tu baru baring dan check heartbeat baby. Alhamdulillah semuanya okay. HB : 11.6 (dah naik balik yeay!), berat : naik almost 2kg (gulp!) , FR : 160 bpm. Bila masuk bab berat, memang sangat cuak. Itupun aku boleh bantai tipu nurse sebab aku kurangkan 200g berat aku. Haha. At least tak nampak la ketara sangat. Nurse kata metabolisme aku rendah that's why aku makan sikit pun berat still naik banyak and one more sebab aku jarang buang air besar. Last sekali on Monday okeh aku membuang!

Settle around 10 am dan tunggu akak aku habis checkup anak dia dan lepas tu terus ke Jusco Equine. So officially Thursday aku cuti. Today aku ada appoinment untuk routine scan dengan doc. Harini habis awal, datang kol 7.45 habis kol 8.30. Ingatkan nak ambil time slip sebab bajet nak masuk office, tapi malangnya aku rasa malas sesangat. Tanya officemate if my supervisor masuk office ke tak dulu, then decide aku taknak masuk office. Hahaha. So for my routine scan, doc tanya aku ; " Nak baby boy ke girl?" Dia bajet aku taktau lagi, tapi aku pun nak confirmkan lagi sekali jugak so aku jawab; "Tak kisah la mana-mana pun" Sekali dia scan terus dia cakap, " Tengok tu dia punya ####, boy la ni " Aku buat-buat teruja tengok. LOL. Baby pun asyik nak tunjukkan anu dia je. Doc nak tengok part lain pun susah sikit. Hihi. Alhamdulillah sangat-sangat doc kata uri dah naik. Syukur sangat-sangat. Takut gila uri still kat bawah after 20weeks.


Okeylah, next will update pasal my recent baby stuffs. Eh ada je kan baby stuffs aku kan, kata nak stop shopping. Haha. My bad.

Assalamualaikum.

# Next week plan for MGTT..adoiiii!

Friday, March 30, 2012

2nd Checkup + Random Crap

Hellow,

So semalam pergi my 2nd checkup. Dah plan dah ni awal-awal yang hari rabu taknak makan banyak sangat. Pagi tu makan nasi lemak lauk sambal kentang. Okeh fine, tengahari tak makan so kami tidur from 11.30 a.m sampai 1 p.m. Bagus lah kan buat company ni macam pak hang yang punya. Balik tu, encek suami fetch up dan singgah ke tesco nak beli barang-barang dapur dengan instant food untuk bawak pergi outstation next week. Sempat beli panties dan nursing bra sekali. Saja nak try kot-kot la selesa pakai boleh beli lagi sebab murah. =) Turun bawah singgah BR beli fav ice cream. Double scoop pulak tu sebab ada special offer kalau pakai baju colour pink padahal kami suami isteri tak pakai pun pink. Hehe. Lepas tu teus pergi timbang 20 sen. Mak aihh, ingat lepas dah bersusah payah sakit perut membuang 3x hari tu dapatlah kurang sekilo dua berat, tapi harapan jelah. Berat 57.7kg. Dang!

Okeh fine, malam tu dah fikir takmo makan. Lepas tu encek suami boleh pulak request suruh aku buat bubur nasi dengan ayam. Teringin nak makan katanya. Bila dah siap masak, rasa nak makan satu mangkuk kecik satu. Eh sedap pulak, tambah lagi satu mangkuk lagi lepas tu stop. Balik dari gym, encek suami makan bubur dan dekat pukul 12, boleh pulak ajak pergi uptown dekat The Mines tu. Tak sampai setengah jam pusing sana sebab bosan dan tak ramai orang, kami pun balik. Before balik sempat beli sengkuang potong dengan jambu. Sebab esoknya cuti nak checkup, encek suami nak jalan-jalan lagi dan end up pergi makan roti nan cheese dengan tandoori dekat ABC. Minum pulak milo suam sambil aku curi-curi minum teh ais encek suami 3 4 kali. Memang terbaik lah lepas tu balik terus tido sebab takut bangun lambat esoknya. -____-".

Pagi checkup, bangun agak lambat sebab budget nak keluar rumah pukul 6.50 a.m la kot tapi last-last keluar pukul 7.10. Sampai KK Putrajaya 7.35 a.m terus ambil nombor dan tunggu. Masa ambil no tu ada lagi 6 orang atas aku. Bila dah kena panggil, ambil kad scan dan terus pergi buat urine dan HB. Tang tu kejap je, sebab awal lagi dan tak ramai orang. HB turun sikit from 11.9 to 11.2. Lepas tu tunggu untuk masuk bilik nurse. Masa masuk, nurse suh timbang sendiri. Naik je penimbang, berat jadi 57.75kg, tapi cakap kat nurse 57.7kg. Hahaha. Nurse tulis kat buku, lepas tu dia cakap pasal blood test last checkup semua ok. Dia suh baring and check perut, ambil ukuran ape tah lepas tu suh aku duduk balik. Hah, time ni la dia start cakap pasal berat sume. Dah ku agak dah. "Sepatutnya bawah 20 minggu kena naik 0.5kg sebulan kenapa awak naik sampai 2kg blablablabla..." Aku sengih je la. Lepas tu dia bagi buku panduan pemakanan so on dan ambil ubat. Pukul 8.30 a.m dah habis okeh. Sejam je rupanya, so lepas ni boleh la aku mintak time off. Jimat cuti aku.

Balik tu pergi makan dekat food court dulu, then singgah rumah akak aku sambil membuat lawatan dekat anak buah kesayangan. Ingat nak singgah sekejap tapi dah tertidur sampai kol 2 baru nak balik. Balik tu lapar terus makan McD sebab tengah murah. Hahaha. Terus lupa kot yang aku nak diet.

Diet-Plan : Google
 Pagi ni menu baru aku : Susu Dumil Mama + Oats. Harap-harap berat maintain lah sampai next checkup. Harap-harap bukan angan-angan je nak maintain berat. Hihihihi.

Esok ada class dan ahad akan terus naik flight ke JB. Will miss encek suami for a week. :(

Assalamualaikum.

Friday, March 02, 2012

1st Checkup

Hellow,

Alhamdulillah semalam dah selesai semua benda yang aku nak settlekan. Benda yang dah lama aku nak buat dari tahun lepas, tahun ni baru terlaksana. Yes, tahun lepas bukan rezeki aku nak merasa benda tu semua. Target semalam nak buka buku pink, renew lesen dan shopping sikit dah settle cuma tang shopping tu tak dapat sangat merasa keseronokkannya. Hehe.

Semalam, dengan selamba datang ke KK Putrajaya Presint 9 nak buat checkup. So kalau dah datang tanpa appoinment memang kena tunggu lebih sikit la dari orang yang ada appoinment. So far not bad la, buat buku, ambil urine, blood test, masuk bilik prosedur, jumpa doctor (sebab ada rashes bahagian breast), dental checkup and finally ambil ubat kat kaunter farmasi just took me about 2 hour and half. Tak rasa lama sangat pun masa time menunggu, yang lama time dalam bilik prosedur dan bilik doctor je. Masa sampai dekat KK tu baru nak pukul 8 dan habis around 10.30 a.m. Encik suami pun takde pulak merungut tunggu lama sebab dia dapat access WiFi dan surf internet. Nasib baik lah kan. Before ni masa datang buat medical checkup memang tak lama sangat tunggu. Kalau nak ikutkan alamat kat IC memang aku tak boleh buat checkup kat sini, tapi aku guna alamat akak aku je semata-mata nak buat dekat sini. Sebab cepat dan tak crowded. Sebelum datang semalam pun my sister dah tanya nurse pasal nak buka buku pink baru dan nurse suggest datang on Monday or Thursday sebab time tu tak ramai sangat. =)

Itu baru my 1st checkup, tak tau lah kalau 2nd macam mana lama pulak nak tunggu. Aku rasa tak lama sangat sebab just datang buat urine test dan blood test and then jumpa nurse. Tak payah nak tunggu untuk jumpa doc dan buat dental sebab 1st time dah buat. Moga Allah permudahkan urusan aku selepas ni dan seterusnya. Insyaallah. Next checkup will be on this 29th (16wk) sebab every 4 weeks kena datang kan. Then masa jumpa doc semalam, dia setkan appoinment untuk aku buat detailed scan at 20w which is next month. Itu dengan doc, dengan nurse lain pulak. Kalau nak kira-kira, aku kena ambil cuti on Thursday and Friday. Hmm, maybe boleh tukar dua-dua appoinment on the same day.

Buku pink aku mula-mula dapat sticker putih, pelik juga aku sebab my sis kata kalau ikut case aku suppose to be green sticker. Masa masuk jumpa doc, dia boleh pulak tanya aku kenapa sticker aku kaler putih and suruh aku pergi jumpa nurse yang tampal tu dan tukar sticker hijau. Sticker hijau sebab aku ada asthma and akak aku kata sebab aku ada previous miscarriage history. Aku pun tak tau, just fahamkan je lah sebabnya.

:)

Ubat yang dapat semalam : Obimin and Aqueous Cream (untuk rashes). Sebetul-betulnya, aku tak boleh blah la nak makan obimin tu sebab macam taknak masuk je dalam tekak ni. Biasa makan folic acid kan kecik cenonet je, pastu tetiba nak kena telan menatang merah tu, adoiii lagi la. Ingat lepas ni nak try cari fish oil pulak tapi nak kena tanya doc dulu kalau aku perlu makan fish oil supplement. Susu sekarang pun dah tak minum. Still rasa tak lalu padahal sebelum ni semangat bukan main aku minum sampai kena beli baru.

Eh, today dah masuk 12 week pregnancy. Macam tak percaya dah sampai tahap ni. Tak sabarnya nak masuk 2nd trimester. Teringat lagi masa nak masuk 11 week tahun lepas, tapi tak kesampaian. Ok, fine aku redha. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku nikmat untuk merasa semua ni. Semoga semua akan baik-baik hendaknya. Aminn.