Hellow,
As requested, balik je dari attend antenatal class terus nak buat entry. Cewah, bukan main semangat. Planning asalnya, aku registered Antenatal Class dekat Hospital Putrajaya untuk sesi July sebab time tu dah masuk 30 weeks. Nak dijadikan cerita last week, staff nurse yang handle class ni called dan cakap ada couple tarik diri dan offer aku untuk gantikan tempat mereka. Setelah cuti approved, maka hadirlah aku dan encek suami dekat antenatal class pagi tadi. On the way nak pergi, encek suami tanya agaknya ramai tak orang, banyak tak orang-orang yang lagi tua dari kami and so on. Aduhh, kita attend je pedulikkan je lahh yang lain. Ternyata bila sampai, kami yang paling muda. Lain-lain dah nak cecah 30s atau pun dah masuk 30s. Haha. Pandai-pandai je aku judge umur diorang kan.
Class ni diorang open untuk limited couple je. Macam tadi ada 8 couple je. So kurang orang, lagi banyak interaction antara penceramah and orang yang attend class ni. Dia dapat tanya and tunjukkan kat tiap-tiap orang. Aku suka kalau limited macam ni. Ilmu lagi banyak dapat kot and for sure tak crowded sangat.
Activities/session in this antenatal class :
Breakfast
1. Pengenalan Mengenai Kehamilan & Proses Bersalin
2. Pemakanan Semasa Hamil dan Postnatal
Break
3. Persediaan Bersalin + Demo mandikan & bersihkan baby (praktikal)
4. Penyusuan Ibu
Lunch Break/Solat
5. Urutan Selepas Bersalin (TCM)
6. Demo : Senaman Antenatal dan Postnatal.
7. Visit to Labour Room
Banyak sangat info yang aku boleh gain during this class. Memang berbaloi dengan harga RM70/couple je. Siap dapat goodies bag untuk setiap couple dan goodies from TCM unit which is satu pack herba untuk mandian. Boleh try weekend ni lepas balik exam stress stress kan. Hehe.
Masa habis sesi pengenalan to pregnancy tu, diorang pasang video orang bersalin. Okey sangat ngeri. Meremang bulu roma aku kot. Rasa takut nak deliver time tu. Tapi da lama-lama dah takde takut dah. Masuk pemakanan masa hamil and postnatal tu pun aku rasa banyak yang dah tau, tapi still ada benda yang aku belum tau. So aku take note disitu. Take note dalam otak je, sebab ada handouts yang diorang dah bagi. Nanti boleh refer balik.
Persediaan sebelum bersalin tu, penceramah cerita pasal barang-barang nak bawak gi hospital semua. Yang pastinya no feeding bottles, pacifier and formula milk allowed! Sebabnya HPj adalah baby friendly hospital yang hanya galakkan EBF. Satu lagi HPj juga husband friendly hospital, so husband boleh masuk bagi semangat kat si isteri time nak bersalin. Bagi husband yang takut gila darah sampai boleh pengsan (macam encek suami) di minta bagitau nurse dan boleh tunggu kat sebelah isteri tapi menghadap ke isteri dari pinggang ke atas sahaja. Kang tak memasal ada yang pengsan masa bersalin kang.
Mandikan baby tu dah biasa tengok akak aku and mak aku buat even aku pun pernah mandikan my nephew tapi tak sampai 10x pun. Masuk penyusuan ibu, tu yang paling aku tunggu-tunggu. Semangat nak EBF anak kan. Bila dengar ceramah, baru aku tau yang storage bottle BPA Free boleh pakai sampai 6 bulan je? Kalau bukan BPA Free, boleh pakai 3 bulan. Dia kata tak guna pun beli storage bottles mahal-mahal dan banyak-banyak sebab nanti kena buang jugak walaupun BPA Free ke ape ke. Confused jugak aku, tapi takde siapa pun yang tanya aku senyap je. Boleh tak?Hehe. Suggested to use bekas dadih untuk storage susu perahan. So cancel la plan aku nak beli storage bottle bumblebee. Jimat duit.
Urutan lepas bersalin tu, aku pernah temankan akak aku pergi berurut kat sana lepas bersalin. Tempat dia memang best dan selesa. Tapi urutan ni available untuk patient yang deliver dekat HPj dan secara normal sahaja. Kalau buat appoinment pun start 6 days after deliver baby. Total ada 6 session, 3 hari masa awal pantang dan 3 hari nak habis pantang. Dia suggestkan lepas bersalin seminggu lepas tu baru start berurut dan 1st massage yang dia recommend kan lepas je deliver adalah breast massage. Tujuannye nak bagi breastmilk flow lancar dan tak tersumbat. Production susu pun banyak. =) One more thing, diorang tak bagi pakaikan barut dekat baby before tali pusat tertanggal sebab nak cord tu cepat kering and tertanggal.
Senaman antenatal dia ajar cara nak prepare for labour which senaman untuk perut, lepas tu ada 3 jenis senaman untuk sebelum bersalin dan masa cara pernafasan masa nak push nanti. Lepas tu ada 10minutes relaxation session, di mana kami semua baring dan lelap mata atas exercise mat sambil dengar lagu yang soothing gile. Haha. Physio yang ajar exercise ni practice this exercise and berjaya deliver without episiotomy tau. Tak tau lah kalau dia ada buat perineal massage sekali tu yang tak payah gunting-gunting tu kot.
Disebabkan labour room tak ramai orang, kami dapat pergi melawat sana. Walaupun aku dah pernah jejak kaki dekat sana 3 kali. 2 kali masa miscarriage dulu dan sekali masa my sis bersalin, tapi aku belum pernah masuk labour room. Yang aku masuk tu dekat Ward Bersalin, EPAU dengan monitoring room je, pastu tros diorang transfer aku g katil. Masuk je labour room, terasa macam nak bersalin plak. Agaknya macam tu la keadaan nanti kan. Insyaallah, aku nak bersalin normal tanpa sebarang complications. Tapi kalau dah takdir, aku redha. Haha. Ayat tak hengattt.
Kesimpulannya, tak rugi pun attend. Semoga segala info yang aku dah gain and gather boleh la aku ingat dan diguna pakai masa nak bersalin dan selepas bersalin nanti. Insyaallah. :)
Assalamualaikum.