Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label 30days. Show all posts
Showing posts with label 30days. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Day 30 : A dream for the future.

A dream for the future. A dream, maksudnya satu je lah kan? tehee.

So, a dream for somewhere in the future : To complete all of my mission and hopes for the rest of my life.

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawasanya cabaran membelogkan diri selama tiga puluh hari telah pun tamat.

Selamat tahun baru 2011. Haha.

Bai bai

Friday, December 17, 2010

Day 29 : Hopes,Dreams and Plans for the next 365 days.

Hello,

Akibat tengah kebosanan di office yang nampaknya makin lengang ni, aku nak ambil la kesempatan menulis entry ni. Dah banyak hari pending bukan? So kena la settlekan hutang ni, deym..!

Eh eh benda ni macam tau-tau la pulak nak masuk tahun baru kan? Nak suh aku buat harapan, mimpi dan perancangan untuk tahun depan. Haha. Okey layankan aje.

In 365days, year 2011

Hopes, Dreams and Plans

+ Kontrak kerja sambung.
+ Gaji dapat naik. (:
+ Get new job (goverment).
+ No stress
+ Kahwin
+ Honeymoon
+ Be a good person, wife and daughter.
+ No more hot-tempered.
+ Learning something new
+ Maintain my CGPA for the next three semester.
+ Study hard
+ Lose some wieghts. -___-"
+ Be a healthy person.
+ Have more times to hangout with everyone.
+ Get some new gadget. GO Gadget GO.
+ New external HDD.
+ Wish and hopes that everything that i have planned or want to plan will be success.!

That's it for now,

till then, bye and assalamualaikum.

Monday, December 06, 2010

Day 28 : Whats in my handbag/purse

Haish..takde keje kot aku nak menyelongkar handbag ke purse aku untuk tatapan korang ni. *ceh ayat "korang" tu macam lah ramai dok baca belog ai ni..haha*

Firstly, Happy Monday ols..macam bosan gile kan hari isnin ni. Hari ni tak ramai dekat office sebab esok cuti, so ramai yang take leave today nak sambung cuti sampai esok. Woh..sangat best tau tak weekend panjang sampai 4 hari sapa nak bagi. Budak sekolah termasuk cikgu-cikgu depa sekali syok lah pasai tengah cuti sekolah..emm rasa macam nak jadi cikgu plak lepas ni. Haha.

Okay jom tengok apa yang ada dalam handbag aku :


Tu diaaa..beg murah plus barang-barang murah.
 
* Handset
* Purse
* Minyak angin
*Multi-purpose Shopping Bag
*Car key + Card
*Polka dot purse ( for mp4, lotion, etc stuff )
*MRT ( Medical Response Team) bag.


 Till then, bye and assalamualaikum.

Thursday, December 02, 2010

Day 27 : My worst habit.

Happy Thursday,

Busy gile lately. Tak tau la apa yang busy sangat, tak banyak kerja mana pun. Tapi takde masa nak buka and update belog.

Nak tak nak kena la settlekan benda alah ni. Hari ke dua puluh tujuh ni apsal macam haram sangat? Haha. Malu la ai kalau orang tau my worst habit. LOL. Dari hari selasa aritu aku dok nak update pasal challenge ni, tapi bila aku dok punya pikir aku nye worst habit, aku tak tau mana satu nak ambil. Banyak gile worst habit kot? teheee..

............... 20 minit berlalu.

Sorry, still tak tau jugak.

Minum kopi dulu. Lepas tu pikir balik.

Apa..?KOPI takde? Mana coffee lady dekat office ni? Mana? Mana?

Dahla pantry gelap semacam, cawan-cawan tak basuh, coffee pun takde? OMK.

Okaylah, malas nak fikir lagi habit buruk aku. Aku bagitau je lah apa yang terlintas kat kepala aku ni sekarang..

" Suka tengok tv lepas tu tetiba tau dah TIDO "

tak kira la tu kira habit ke tak. Malas nak jawab lagi.

Dengan itu berakhir sudah entry hari ke dua puluh tujuh.

Till then, babai dan assalamualaikum.

Monday, November 29, 2010

Day 26 – Your week, in great detail.

Malas, malas, malas.

Lagi nak habis lagi malas nak buat.

Ni hari ke dua puluh enam ni, awat nak tau sangat pa yang aku dok wat haaa?

Cakapa banyak tak guna, cepat start sekarang.

Week 47 ( 22nd - 28th November 2010)

Monday : Aaa..isnin. Macam biasa lah mood dia kalau baru nak start minggu baru. Lemau je masing-masing. Dalam dah dekat tengah hari aku dah cergas dah, study balik semua topic yang aku nak jawab rabu nanti dlam exam. Study sampai tak makan tengah hari kot. Kaw-kaw betul punya study. Buat soalan past year banyak-banyak. Tapi tahla, rasa macam tak berapa selesa lak buat dekat office. -______-"

Tuesday : Hari ni pun lebih kurang sama macam semalam, cuma hari ni tak ramai pulak dekat office sebab ada Process Safety Day, dan aku memang sangat malas takmau join. Hahaha. Duduk konon-konon nak study kasi habis lah, alih-alih member office aku panggil pergi tempat dia, aku dok borak sampai tengah hari orang balik dari PSD tu. Duduk balik tempat dok study sikit-sikit then balik rumah pun study jugak. Study sampai tertido tengah malam tu. Syok tido lambat sekali sekala pasal bukan dapat peluang macam tu selalu. Teheeee..

Wednesday : Dup dap dup dap, hari ni ada exam. Subject solid mechanics. Pagi dalam pukul 11 da datang UTM nak study last kopek dekat PSZ, tapi malangnya aku ni kalau dah dekat sana takde la buat sangat pape melainkan cari jawapan benda yang aku tak tau sampai dapat. Tu pun takde sorang yang tau macam mana. Maksud aku orang sekeliling aku je. Yang pro sume dah tak study da. Balik tu singgah putrajaya suh akak aku hantar balik, dan terus pergi IOI mall, survey barang before gaji masuk. Dah tengok apa yang nak. Beli sushi yang harga ada discount 30% lepas tu balik.

Thursday : Hari ni pagi-pagi lagi dah semangat nak pergi keluarkan duit ASB dekat RHB bank. Tapi sebab macam syok sangat exam dah habis, aku leka sangat and sampai tengahari member aku ajak pergi wisma sentral ambil PPE naik bas. Hebat, hebat. Balik dari tu baru pergi withdraw duit dekat ASB. Balik kerja tak sempat sempat aku terus pergi IOI mall beli barang yang aku survey semalam. Satu dah lepas tinggal satu lagi belum sebab tak sure size cushion tu berapa.

Friday : Hari ni ada TGiF dekat office, ada makan-makan sikit pagi tu. Yang lain semua macam biasa, typically friday. Balik tu aku siapkan cupcakes untuk hantaran abang aku yang nak bertunang esoknya. Baguslah, dia nak tunang tapi dia tak ambil kisah dan tak pergi langsung. Memang lah laki tak sepatutnya pergi tapi yang paling sakit hati dia buat tak kisah macam bagus sangat.

Saturday : Pagi-pagi gerak pergi kluang. Rombongan meminang konon lah. Gerak pukul 8 macam tu sampai dalam pukul 12 lebih sebab dua kali berhenti. Makan pagi dengan berhenti nak terkucil. Haha. Sampai sana, bla bla bla. Habis makan terus gerak balik. Tapi sebelum keluar tol tu masuk Ayer Hitam dulu. Survey apa yang aku nak and then compare harga dengan Nilai 3 punya barang. So far situ banyak murah lah. Next trip ke sana aku nak beli semua barang yang aku planned. Lepas tu gerak balik dalam pukul 9 baru sampai rumah.

Sunday : Penghujung minggu yang paling worst dalam hidup aku rasanya. Pegi ke MAHA punya ekspo tu, peh wa cakap sama lu dia punya sesak nak masuk ke dalam MARDI je pun dah sejam. Lepas tu masuk punya la panas, jauh dari parking ke tapak-tapak yang lain. Tapi aku duduk dalam kereta je kot. Tengah panas hati, dan duk dalam kete tengah panas dengan aircond tak pasang dan air tak bawak. Memang gila ar pastu sakit kepala. Lepas tu pergi Jusco Equine, jalan-jalan survey barang dan blah balik.

THE END.

Harap cukup details la ye. Penat la nak tulis laju-laju and panjang-panjang. Habis satu office dengar aku type dekat keyboard. LOL.

Friday, November 26, 2010

Day 25 : Your day, in great detail.

Hai, malas rasanya nak buat benda ni. Tinggal lagi lima hari dah mula nampak perangai pemalas kau tu kan?

Aku ni susah sikit nak cerita detail-detail, pasal aku akan cerita sedetail-detailnya pulak. Kang tak memasal entry jadi panjang gile vavi. Tapi apakan daya, nak taknak kena complete kan benda ni tak bole skip-skip kan?

So, my day in a great detail.

It was Thrursday and i'm back from my exam leave. Blank and relieve. One fine day..Haha.

Okey sebenarnya semalam aku bangun lambat lebih kurang pukul 0610 camtu. Sepatutnya time tu aku dah gerak keluar dari rumah pergi kerja, cari rezeki. Sampai dekat office beli la bihun goreng dengan telur mata kerbau dekat tepi jalan belakang parking sana. Lepas tu, jalan pergi office.

Sampai office aku buat la kerja as usual. Update database instrument, update planner, bla bla bla. During lunch pergi Wisma Central ambil PPE and balik pergi RHB withdraw duit ASB. Dalam masa dua minggu aku dah withdraw dua kali.

Balik kerja, singgah IOI mall sebab nak pergi Jusco beli barang kahwin sikit. Balik tu pergi Dios dengan my sis sebab nak beli artificial flowers untuk decorate hantaran my bro punya engagement which is esok. Singgah OTK, beli wafer and chocobi untuk buat hantaran. **Bila cakap pasal Chocobi aku teringat Naddy, haha aku tak tau kenapa **

Balik tu siapkan, kotak hantaran pastu bummm...tidur sudah ini budak.

The end.

Takde lah detail sangat, or maybe i can say yang aku ni takde lah aktiviti sangat yang boleh aku nak elaborate panjang-panjang. So, tu je lah. Maka hari ke dua puluh lima ni telah tamat. **Yes!**

Till then,

Babai dan Assalamualaikum.

Thursday, November 18, 2010

Day 24 : Where I live.

Hai, nama saya A.S.A.J. (initial name)

Saya tinggal di Puchong, Selangor, Malaysia.

This is where i live for over than 16 years.


Cuba cari mana rumah aku..
 Oh ye depan rumah aku ada masjid terapung. Cantik kan? Cantik lagi waktu malam. Nanti nak nikah pergi depan sana je. *okay aku gatal *

Dulu masa baru-baru pindah, keliling kawasan nak ke taman perumahan aku penuh dengan pokok kelapa sawit dan lombong in fact depan rumah aku still ada lombong yang dah di"transform"kan menjadi tasik.

Time mak aku baru beli rumah tu, harga dia dalam RM60k-RM80k je. Tapi sekarang harga rumah orang yang nak dijual pun paling cikai RM150k. Itu pun kalau nasib baik lah. Tu harga double storey terrace house yang paling cikai aku rasa. Kalau harga low cost apartment dekat belakang sana aku tak tau lah.

Sekarang jadi mahal sebab dia ada dekat tengah-tengah, antara nak ke KL dengan nak ke Putrajaya. Cool gile. Aku nanti nak kerja dekat Putrajaya kalau boleh. Jalan tak jam. Sumpah aku stress bila jam. Dari KL nak balik ke rumah ambil masa 1jam setengah kurang lebih tau tak. Jammed punya pasal.

Okay, tu je kot. Dah panjang lebar dah ni.

Babai dan Assalamualaikum.

Tuesday, November 16, 2010

Day 23 : A youtube video

Hai,

Patut entry ni aku buat semalam, tapi sebab aku ni malas, aku tak buat.

Yelah, semalam aku kecewa gile balik dari IKEA tak dapat tengok barang yang aku nak beli. Kecewa sebab tak dapat beli pun sama. Macam mana nak beli kalau barang yang nak pun tak dapat tengok?

Kalau nak cerita pasal tragedi november ni kang panjang lak entry, so aku buat lah kat entry lain.

A youtube video,



Sapa yang tak pernah layan cartoon ni, sila layan..best oi..aku suka.

Haha.

Babai dan Assalamualaikum.

Saturday, November 13, 2010

Day 22 : A Website

Oh my..challenging sungguh hari ke dua puluh dua ni.

Nampak macam senang, a website, tapi aku macam.."haaaaahhhh..?"

okay, meh aku letak satu...



akhirnya dapat jugak upload pic setelah dua hari try. lol


Nak letak picture print screen, tapi aku pelik kenapa lappy ni dari dulu lagi tak bagi aku paste gamba or upload gambar dari file. Dengki betulll..

Kecewa betul..

Babai dan Assalamualaikum.

Friday, November 12, 2010

Day 21 : A recipe.

Banyak recipe..tapi ni yang paling simple and senang nak ingat.


KOROKKE

4-5 biji medium size potato
200g  minced meat
1/2 onion (finely chop)
1 tbs butter
1 tbs mayonaise
salt and pepper to taste
1 nos egg
Flour and breadcrumb for coating

- Peel off potato, lepas tu rebus until empuk.
- Once da empuk, tapis kentang then lenyek dalam bekas.
- Tambah mayo dengan  butter, salt and pepper. Set aside.
- Panaskan kuali, masuk bawang and daging cincang atas api sederhana.
- Bila da masak daging tu, masukkan dalam bekas kentang yang dah lenyek.
- Gaul-gaul sebati. Ambil satu sudu besar dan golek-golekkan jadi bentuk bujur.
- Tekan bagi flat ( dalam 1 cm width ).
- Coat dengan tepung, then celup dalam telur yang dah dipukul, lepas tu coat dengan breadcrumb.
**Boleh ulang coating 2x untuk lapisan coating yang tebal. (Kalau suka je lah)
- Goreng atau masukkan dalam plastik untuk bekukan. ( Jangan bagi bertindih )

SIAP.

Tadaa..siap

**Diam, diam. Aku tau macam terlebih goreng. Kang kalau aku letak gambar dari google kata aku ni tak try lagi resepi tu. Bila aku dah letak banyak lak komplen kata macam-macam**

Babai dan Assalamualaikum.

Thursday, November 11, 2010

Day 20 : A Hobby of yours

Aku tak ada hobi yang tetap. Tak fixed. Berubah-ubah.

Tengok pada keadaan. Kalau tengah rajin, rajin lah buat benda yang memerlukan kerajinan.

Kalau tak, takde lah.

Bosan kan macam tu?

Tapi rasa-rasanya hobi utama aku, SPENDING.

Nak buat apa-apa hobi pun kena SPENDING.

SPENDING money, energy, and time.

Betul ke tak?

Ke aku dah macam lari tajuk?

Haha..baik aku blah dulu.

Babai dan Assalamualaikum.

Wednesday, November 10, 2010

Day 19 : A talent of yours

A talent of whom? Mine? Ada ke talent? Talent time pun tak tengok, ni nak ada talent. Okay macam bodoh ayat takde kena mengena.

Aku ada banyak talent.

Multi-talented girl lah katakan.

cehhh..perasan.

Tapi betul, aku tak tipu. Multi-talented tapi bukan yang highly-talented girl lah.

I'm AVERAGE. Biasa-biasa je.

Aku ada talent untuk :

Cook ; Sew ; Bake ; Sleep ; Eat ; Watch TV

dan paling banyak yang aku guna pakai talent aku , talent "pura-pura-sibuk-buat-kerja".

See, i'm multi-talented girl isn't?

LOL

Kewl kan?

Babai dan Assalamualaikum.

Tuesday, November 09, 2010

Day 18 : My wedding/future wedding/past wedding

Hye,

To be exact question : My Future Wedding..which is "coming soon" and i don't know when it will be. *sigh*

Everyone have their own dream wedding kan? So kalau future wedding aku, aku idam-idamkan (ceewah ayat IDAM tu cam kelakar pulak) yang terbaik yang boleh aku plan dan buat serta realisasikan.

For my future wedding, theme color aku dah ada, cuma aku tak pasti boleh tak aku stick to the theme since aku belum sure hundred-percent bila tarikh my big event tu. *sigh* again.

Okeylah, kalau cerita pasal benda ni confirm kalau orang baca nanti penat nak scroll sampai bawah pasal aku memang ada banyak idea dan cerita kalau bab ni. *shame*

Aku letak gambar dan korang bayangkan je lah ok?


Hah..theme color pe ni eh?

Alamak..tak sabar pulak rasanya..haish..-_________-"

Bila pandang je ni, rasa macam nak update planner balik.

Okey lah, babai dan Assalamualaikum.

Monday, November 08, 2010

Day 17 : An art piece (drawing, sculpture, painting, etc)

When comes to an art, kira aku ni tak berapa nak failed lah bab ni. Bukan aku nak kata aku ni berseni, kalau berseni dah lama aku ambil course art and design dulu kan? Cuma aku ni boleh la sikit-sikit nak draw, color and paint, tapi aku nye art pun kalau dekat class takat dapat A- atau B, alah kira okey lah tu kan?

Dulu pernah aku memang boring gile sangat-sangat dekat office,[sekarang pun sama je] so aku pakai apa yang ada dalam PC ni, which is "Paint" untuk melukis dan mewarna. Header blog aku dulu pun aku buat pakai paint application je pun. So jom cekidaut satu drawing yang aku pernah buat dulu..

Ni sebab member office aku nama NAGA, so aku lukis la DRAGON.

Okey, tu je lah. Haha. Babai dan Assalamualaikum.

Sunday, November 07, 2010

Day 16 : A song that makes me cry (or nearly)

Fuhh..sebelum aku jawab..jangan ingat aku ni jiwang ke sensitif lebih ke ape ke okey..

Selalunya banyak lagu yang boleh buat menangis ni..or should i say "nearly" cry tapi it depends dengan mood time tengah dengar lagu tu la..

Contohnya dalam situasi ni, aku tengah sedih mengenangkan nasib aku yang tah hape-hape ni..so tetiba lak aku dengar lagu ni " Down " by Jason Walker..so why not aku layan lagu tu dan "hampir-hampir" nangis sekali? Hahahaha..


So kesimpulannya macam tu lah..Eh eh aku dah menjawab soalan rupanyaaa..so no more answering this kind of question lah ye!

Okay babai..aku nak siapkan jelly strawberry yang resepinya main campak-campak je..

Assalamualaikum.

Friday, November 05, 2010

Day 15 : My dream house

Rumahku syurgaku, home sweet home.

Best kalau ada rumah sendiri kan?

Boleh buat apa-apa je yang kita nak tak payah nak risau pasal apa yang orang nak kata.

Kalau orang kata jugak, kita boleh cakap..ehhh ni rumah aku..suka hati aku la nak buat apa.

Hahaha..merepek dah aku ni.

Rumah Idaman...haishh bestnyaa..

Pada pendapat aku lah, rumah idaman tak semestinya besar macam istana dan mahal berbilion. Apa yang penting, semua basic thing complete plus a great family. Aaaa..best kan kalau dok berangan macam ni. (:

Thursday, November 04, 2010

Day 14 : A non-fictional book.

Happy Thursday!!

Seronok tak ingat because tomorrow is a public holiday! yeayyy..

Seriously, can i skip this part and mark it as DONE? -_________-"

I can't do that right? **sigh**

I didn't really know what book that i want to write here. A NON FICTIONAL BOOK is boring. Haha.

Wait, let me do some 'google'ing and then i pick up some random title for this okay?

--------------------------------------------------------------------


Encyclopedia of the CAT

Sekarang baru boleh cakap yang a non-fictional book sebenarnya sangat interesting. Cats, i love them, meoowww..rawrrr~

Wednesday, November 03, 2010

Day 13 : A fictional book

Hi,

Buku fiksyen, tak semestinya yang aku suka atau aku dah baca lepas tu khatam banyak kali kan? Maybe buku fiksyen yang aku teringin sangat nak baca, atau nak beli takpun dah beli tapi tak baca. Tajuk dia macam subjektif pada pandangan aku. Lagipun ni blog aku, suka hati aku lah nak tulis macam mana pun.

Aku pernah cakap dulu, aku ni bukan rajin sangat nak membaca melainkan time tu tengah musim membaca buku. Maksud aku trend budak-budak baca buku fiksyen macam time aku beli buku fiksyen 'Eclipse' dengan 'Breaking Dawn' dulu. Time tu aku tak kisah mahal macam mana pun tapi kena lah berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Kalau harga mahal tapi isi dalam tah apa-apa, tak guna juga lepas tu rasa marah membuak-buak.

Okey, aku memang suka membuang masa tulis panjang-panjang since aku tengah mengantuk gila vavi ni. Straight to the point, buku fiksyen yang aku teringin nak baca dan nak beli, tapi kalau dapat free okey jugak,

The Time Traveler's Wife

I want this..pleaseee..=D

Agak ketinggalan sikit, tapi "Ada aku kesah?"

Tuesday, November 02, 2010

Day 12 : Something you are OCD about.

First sekali aku nak tulis, OCD? Apekah benda itu? So macam biasa lah Uncle Google ambil peranan,

OCD = Obsessive-Compulsive Disorder is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry, by repetitive behaviors aimed at reducing anxiety, or by a combination of such thoughts (obsessions) and behaviors (compulsions).

Okay sumpah aku tak faham. Bukan tak faham langsung ada la faham sikit-sikit cuma aku taktau macam mana aku nak jawab soalan ni. So refer back to blog The Meckleys, sebab aku nak tengok apa yang dia OCD about lepas tu boleh la aku relatekan dengan apa yang aku faham. Boleh?

Oh, okay dalam Blog The Meckleys, she said that OCD ni lebih kurang macam -being efficient/multi-tasking.

Ahaa..cakap pasal multi-tasking, i'm a multi-tasking girl. Yeaa-haa.

Jom jawab soalan :

Something that i'm OCD about - contoh cam sekarang ni, aku tengah buat kerja, blogging and dalam masa yang sama aku tengah bersembang dengan officemate aku. Lebih kuranglah kan?

Haha. Ok then, babai dan Assalamualaikum.

** Isi penting entry sikit je, tapi mukadimah je lebih.

Monday, November 01, 2010

Day 11 : A photo of me recently.

Ahaa..ni nasib baik aku ada simpan dalam pendrive baru yang aku dapat free last week.

**Mesti ke aku nak mention pendrive tu baru dan FREE?

Aaa okey straight to the point.

A Photo of Me Recently

Sharon, Ira dan Aku
Ni sabtu lepas masa kami kena susah payah pergi Semenyih untuk project almari tiga pintu untuk letak pinggan mangkuk di rumah bekas kawan kami. Eh silap, projek Eggs Transporter kami yang sangat besar!

Sesungguhnya makan duit haram itu berdosa BESAR.

Harap anda faham ye.

Babai dan Assalamualaikum.