Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label BakingMode. Show all posts
Showing posts with label BakingMode. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

Rant on

Hello,

It's been a while since my last post. Before i forget, Salam Ramadhan semua. Walaupun dah pertengahan puasa dah ni, nak wish jugak. Better late than never. :) So here i am at the new workstation, new building, new friends and new environment. Still with the same company and job title, cuma tukar ke project dan manpower lain. This is what makes me busy lately. First few weeks datang building baru, memang sangat busy dengan meetings. Pastu nak hadap kerenah new lead la, new boss la, hmmm memang aku sangat stress sampai dah nak resign kot. Alhamdulillah bila team sekepala makin ramai, i feel better now. Satu lagi, since came here aku punya production susu drop kaw kaw tapi Alhamdulillah masih belum campur FM walaupun dah ada ready kat rumah tu. So far masih lagi gigih pump. Yang bestnya kat building baru ada mother's room. Pump kat situ je. Ada sterilizer ngan fridge. Sink nak cuci pun ada. Medela pump hospital grade pun disediakan every cubicle.

How's Ammar progress so far?  Hmm tak tau la but he's progressing well walaupun slow.  Boleh dah nak reach barang kalau kita sua kat depan dia. Nak hold barang tarik ke mulut dia. Tapi kalau nak pegang botol sendiri belum boleh lagi la. May lepas dia ada buat splints untuk kaki and left hand side dia. Tapi takde la selalu aku pakaikan. Dah start his speech therapy couple times.  Makanan dia Alhamdulillah dah tak payah nak blend sangat dah. Selalunya memang dah tak blend dah. Favourite food dia : nasi ayam and nasi beriyani kat syed bistro tu. Kalau favourite fruit : mangga, durian, kiwi gold and pisang bakar. Cartoon fav kat BabyTv : Tulli, Good night teddy bear. Dia makin banyak akal. Kalau mandi dalam tub, memang pakai baby support. Kalau tengah mandi dia suka kalau pakai shower sebab senang dia nak nganga mulut minum air. Cuba kalau tutup shower, bising mulut dia marah kita. Kalau tengah makan kita cakap " nak water?", nanti dia bukak mulut kalau dia nak minum. Kalau taknak minum lagi dia tutup je mulut. Lain-lain tu, bolehlah dia nak roll over dah tapi head control still lemah lagi. Dia tau nak mengiring from right side to left and vice versa.

Bab raya preparation, mine recycle je baju from cousin's wedding haritu. Tinggal nak cari matching shawl je. Kasut kalau rajin ada extra money or ada yang kenan aku beli la kalau tak pakai aje apa yang ada ye tak. Bab baju AZ almost siap da. Baju melayu dia beli awal-awal before puasa lagi, then baju jalan semua aku beli last week masa lunch pergi parkson klcc ngan H&M Ave K. Ada jugak pergi Nu Sentral ngan Jalan TAR tapi takde yang kenan. So tahun ni temanya kaler mint green/green whatever janji green.

Puasa tahun ni dah ada yang melopong 7 hari. Dah 3 tahun kot puasa full. Sadis tahun ni ada lopong. Hahaha. Takpe la tabah lah aku ganti nanti. Dekat nak puasa hari tu dah start busy dengan baking cookies. Ada jugak peminat cookies aku ye. Alhamdulillah rezeki. Walaupun order takde la banyak mana pun tapi penat sebab oven sekangkang kera je, nasiblah MIL ada pinjamkan oven dia yang besar sikit, so boleh la bake skali dua tray besar  dalam satu masa. Kalau harapkan oven aku, memang berzaman la nak tunggu cookies siap.

Okey, tu je lah nak update pun. Last but not least, aku tepek gambar hero sorang ni.



Until then, Bye. :)

Tuesday, March 18, 2014

Recipe : Magic Pan Grill Chicken & Victorian Sandwich Cake

Hi,

Hari ni nak share some recipe yang aku try about few weeks ago. 



Magic Pan Grill Chicken 

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang (medium size)*
1 batang serai* (hiris nipis)
1 ruas halia*
Madu
Cayenne pepper
Salt & pepper to taste
Olive Oil

Cara-cara :
# Bersihkan ayam
# Blend semua bahan bertanda *
# Lumur kat ayam, masukkan madu cayenne pepper, salt & pepper sesuka hati.
# Marinate at least satu jam.
# Grill pakai magic pan. (drizzle olive oil skit and masukkan ayam)
# First 10 mins tutup magic pan tu, lepas tu buka penutup magic pan and grill sampai masak garing.
# Siap. 

* Ayam ni makan dengan nasi putih panas and sambal kicap cili api memang sedap.

Next recipe aku buat in the same day : Victorian Sandwich Cake (VSC). Recipe aku follow from Kak Rima. Boleh click this LINK for recipe. Hehe. Malas nak type balik. Aku ikut exactly recipe tu kecuali unsalted butter aku pakai butter biasa tapi aku tak letak garam.



 Sila lah cuba kalau rajin. Kalau tak jadi ke tak sedap sila jangan marah. Hahaha.

Till then, Assalamualaikum.

Monday, September 03, 2012

Random : My Version of Carrot Cake

Hellow,

Mood membaking datang lagi tetengah malam ahad yang indah. Tak sedar kot esok nak bangun awal pergi kerja. Tiba-tiba rasa macam nak jugak try buat carrot cake dengan cream cheese topping malam tu jugak. Haishh..layankan aje. Merajuk dengan si anak kecil yang tak mau keluar-keluar lagi. Haha. Over plak mama dari anaknye. :D 

Okeylah, resepi asalnya nak buat steam carrot cake yang diambil dari mana tah. Tau-tau je aku dah salin dalam buku resepi. Lepas dah parut carrot bagai, baru lah terhegeh-hegeh nak check bape biji telur dalam bekas telur. Memang tak cukup lah kan. Terus lah online dan google resepi-resepi yang nampak sedap dan lazat. Bukak blog cik dentist kita, IntanBerlian nampak resepi carrot cake dia pernah buat. Terus ambil measuring cup dan buat sambil ulang alik tengok lappy. Macam biasa lah kalau aku ni buat 1/2 ingredient je sebab tak ada orang kat umah ni yang gemar makan manis-manis sangat. Termasuklah aku yang membuat nya. Semua benda yang aku buat memang aku tak rasa sangat dan beriya makan. Rasa puas ati bila tengok orang lain makan dengan banyaknya. Itu dah cukup.Resepi ni aku ada alter sikit sebab aku tambah prune dan kismis. Walnut aku tukau jadi almond nibs.

Resepi Carrot Cake + Cream Cheese Topping

Ingredients :
1 cup cake flour/superfine flour*
1/2 tsp baking soda*
3/4 tsp baking powder*
1/2 tsp cinnamon powder*
2 eggs
1/2 cup castor sugar
3/4 cup corn oil/vege oil
1 tsp Vanilla essence
3/4 grated carrot
25g raisins
50g chopped prune
25g Almond nibs

Method :
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam mixing bowl dan kacau bahan kering sehingga sebati guna whisk. Letak tepi.
2. Masukkan telur dalam mixer dan pukul sehingga kembang (sampai telur jadi warna kuning pucat/putih). *My case telur kembang tak jadi pun warna putih tapi kuning pucat*.
3. Masukkan gula sambil putar. Bila dah sebati dengan telur, masukkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam mixer sambil putar adunan. Kemudian masukkan vanilla esen. Kacau hingga sebati.
4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Bila dah sebati, masukkan carrot yang dah diparut dengan prune, kismis dan almond nibs. Kacau sebati. Masukkan dalam loyang.
5. Bakar dalam pre-heated oven pada suhu 180 celcius selama 25-30 minit. (Masa membakar asal 40-60minit tapi sebab aku buat 1/2 ingredients, so agak-agak dah masak aku tutup oven)
6. Sejukkan atas jaringan. Make sure betul-betul sejuk baru sapu cream cheese topping.

Cream Cheese topping :

Ingredients :
250g Cream Cheese
1/2 cup icing sugar
1/2 tsp vanilla essence
100ml whipping cream

Method :
1. Beat cream cheese sampai lembut.
2. Masukkan icing sugar dan esen vanilla.
3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sampai dapat desired topping mixture. * Usually tak habis pakai whipping cream sebab kalau letak terlebih topping jadi cair dan tak melekat kat cake.

Proses yang terlibat :

Telur yang tengah dikembangkan. :P

Telur yang dah kembang

Eggs+Sugar+Oil+Vanilla+Flour mixture


Cake Batter + Grated Carrot+Prune+Raisins+Almond


Cream Cheese topping


Baked Carrot Cake
End Product
 Walaupun end product agak selekeh sebab kekurangan decorating tools, tapi tastewise sangat sedap. Bukan sedap sangat tapi sedap la jugak. Kalau moist lagi mesti lagi laa sedap. Petang tu ada jugak try buat mee bandung muar, yang aku pernah beli perencah dekat my friend. Sedap gilerrr sampai encek suami bertambah-tambah. Walaupun pakai perencah ready made, tapi nak buat pun kena ada skills sebab tak ada tulis berapa banyak air nak pakai, berapa banyak telur nak kena masuk etc. Pandai-pandai sendiri je. Nasib baik jadi. Haha. Tenkiu perencah mee bandung Mak Pon.


Tu diaaa..

Tak silap hari sabtu lepas sorang blogger mom to be, Gadis dah selamat bersalin. Walaupun Gadis due lambat sehari dari aku tapi dia dah selamat dulu. Alhamdulillah. Bila pulak my turn ni? Semalam dah rendam akar fatimah lagi sekali dan dah start minum air tu. Hari ni pun siap bawak satu botol pergi office buat minum. Rasa dia macam air masak je sebab tak rendam berhari-hari pun. Orang kata rendam berhari-hari nanti jadi busuk and berlendir. Erkk..Harap-harap tak lama lagi lah turn aku. Penantian ini satu seksaaaa..

Assalamualaikum.

p/s : penat nak jawab bila orang tanya dekat aku bila nak bersalin. -_-"

Thursday, August 23, 2012

Random : 5 Syawal - Back to Square One.

Hellow,

Ramai lagi ke yang tengah bercuti raya? Amboi-amboi raya sakan nampak? Haha. For me, my raya dah habis as of yesterday. Today dah start masuk office. Walaupun tak ada benda sangat nak buat tapi i have to sebab nak save cuti bila dah ada anak nanti mesti banyak je nak kena ambil leaves kan? Nak bawak pergi check up lah, nak ke sana sini etc. Pagi tadi sangat best sebab perjalanan from house to office only took me less than half an hour je kot. Marvellous. Jalan sangat smooth. Hoyeah. Today nak balik awal rasanya sebabnya aku dah rasa sangat bosan tahan gaban dekat office ni. Area workstation aku tak ramai orang. Ada dalam 6 kerat itupun dua Melayu termasuk aku dan lain-lain Sarawakian. Kawan nak bersemabang pun masih lagi bercuti sakan. T-T.

Hari ni lunch pun lone ranger je. Jadinya bila dah lone ranger aku ambil keputusan nak try KFC punya menu baru, KFC Green Curry Combo. Not bad lah rasa green curry tu. Ada sikit-sikit rasa macam gulai ketam yang mak buat long long time ago. Haha. Habis pulak aku makan 2 ketul ayam dengan nasi tu. Hebat. Selama ni nak habiskan memang payah la.

KFC GCC

Semalam pergi rumah in laws sebab PIL dah buatkan air+minyak selusuh untuk menantu kesayangan beliau (for time being :P). Bukan je dapat minyak+air selusuh, siap dapat buaian letrik and set balang kuih lagi (hadiah wedding kami). Lepas tu kena bawak balik few wedding present yang dah lama tersimpan dekat rumah in laws. Malas nak bawak balik sebenarnya sebab tak ada tempat nak simpan + kami masih lagi duduk rumah my mum. Bawak balik pun barang yang nak pakai je, which is stock pot+steamer sebab rasa macam nak makan banyak-banyak ikan kukus masa pantang nanti. Haha.

Sebelum keluar ke rumah in law semalam, sempat aku buat cream puff yang tak berapa nak jadi. Resepi sama je kot tapi apsal lain macam je jadinya. Maybe sebab aku buat half ingredient pastu main letak je tak measure bagai. Bila dah alter baru lah agak menjadi cream puff nye. Alhamdulillah. Cream custard harus tambah gula lagi sebab rasa agak tawar. Next mission before deliver, nak buat red velvet cupcakes. Malas buat whole cake sebab nanti tak ada space nak simpan dalam fridge yang kecik kat rumah tu. Hoho. Marah mak aku kalau dia tau aku cakap cenggitu. :P
My mini cream puff


Assalamualaikum.


Monday, February 20, 2012

Baking Skills

Hellow,

Last week my dad ada order one whole red velvet cake from his staff kat kilang. Since dah lama gila tak baking ni, dan dah lama gila aku dok memalaskan diri, akhirnya demi rezeki aku gagahkan jua walaupun lemau. Order nak hari ahad dan hari sabtu baru aku start beli barang. Itupun dah tengahari lepas balik dari klinik kesayangan beta. Oh cerita pasal klinik, aku akan buat entry lain pasal tu sebab tengah malas ni.

Petang sikit baru start buat, lepas tu bakar dan lepas tu budget senang dah siap boleh terus sejukkan and buat cream cheese frosting je. Tak ku duga, segala skills aku dah makin hilang. Cake kena masak extra 15 minutes sebab tengah-tengah still tak masak dan cream cheese frosting jadi cair. Adoi, macam mana nak buek frosting kalau dah cair. Ni semua gara-gara tak study balik step by step nk buat frosting. Sepatutnya cream cheese+icing sugar+vanilla dan last baru masuk whipping cream tapi aku yang konon pandai ni buat cream cheese+whipping cream dan baru nak masukkan icing sugar+vanilla. Bila dah cair, suruh encik suami belikan cream cheese lagi satu, tapi end up still cair. T-T dan kini ku menyesal sebab taknak tengok instructions.

Lepas alter sana sini, masalah dengan cake plak. Time nak sejukkan atas jaring, masa tengah terbalikkan cake tu, boleh plak ada cake yg still melekat kat baking tin. Musnah harapan aku nak one whole cake yang cantik. Still boleh repair tapi hati  ni tak puas sebab tak jadi cam before. Almost midnight still tengah belek cake and repair, kesian my dad kena tunggu sebab dia nak bawak balik cake tu terus ke hostel malam tu jugak. Lepas keluar masuk dalam fridge, deco sana sini maka siaplah. Walaupun aku tak berapa nak puas hati, harap-harap tastewise cake tu sedap dimakan. Nak ambil gambar pun tak sempat sebab my dad mengikut je mana aku bawak cake tu pergi. So rupa paras dia lebih kurang macam ni :


Ugly Illustration
Deco pakai colourful sprinkle and heart shape sugar. Tulis nama atas cake just pakai buttercream icing.

Tak puas hati, esoknya nak try buat something yang aku rasa senang. Mana tau skills tu datang balik ke. Selalunya aku buat full ingredient, tapi sebab kat rumah tak ramai orang, aku try 1/3 dari ingredient asal. Since pakai kitchen scale yang cikai, aku pun main belasah je la bila amount yang aku nak takde kat penimbang. Main agak-agak je. Apam polkadot idamanku, nampak senang tapi kenapa jadi macam ni?


T-T
Selama aku buat, tak pernah lagi crack kat atas apam tu. Yang terkeluar fillings tu biasa la sebab overdose letak fillings. Lepas fikir-fikir balik kenapa cracked, baru aku teringat yang kalau cracked tu sebab api panas sangat. So aku perlahankan api and lepas tu apam ku jadi macam before. Dan maybe sebab batter aku kurang susu sebab tu lah jadi macam tu. So jadilah makanan tea time aku dan family semalam. Sambil minum dengan teh lemon. Memang best.


Lepas ni nak bergiat cergas dalam baking membaking balik once aku dah recover from my 'evening sickness' ni. Rasanya lagi seminggu dua okeylah kot. Insyaallah.

Assalamualaikum.

Wednesday, December 28, 2011

Weekend, Sightseeing and Cakes.

I started my long weekend on friday, 23th and ends it with a sad moody face on 27th, Tuesday. Not celebrating a Christmas, but baked a cake order for Christmas. A bit last-minute order but still, i managed to finished it by midnight. Gigih tak gigih tu. Dad texted me on Friday morning masa orang solat subuh kot kata ada budak kilang dia nak order chocolate cake for Christmas. Aku yang bangun agak lewat hanya reply dekat pukul 10. Terus kelam kabut tengok bahan yang ada dan rushed to BWY masa orang tengah solat jumaat. Hebat. Bakar cake itu ini, makan mandi dan off to in laws house. Ada birthday dinner. Oh his baby-brother punya birthday. Celebrating at Syed Bistro, Bangsar. Duhhh. Ok fine orang belanja tak boleh banyak soal.

So here are my christmas cake..

Ho-Ho-Ho-Hokhokhok.
Okay settle satu cake, boleh study untuk test hari sabtu. Sabtu tu lapaq gila okeh. Sampai utm tros nak makan western. Cewah. Makan spaghetti dengan roasted chicken+mushroom sauce. Sedap kot. Sekali sampai kaunter kena bayar RM11. Err..mahal pulak rasanya makan kat cafe ni. Nasib baik tak pesan air sekali. Last-last minum air masak yang dibawa dari rumah aje. -___-" Ok fine aku pasrah. Dia punya spaghetti sedap dan pedas. Roasted chicken dia terasa marinated sampai ke tulang sum-sum. Pergh. Aku dah drooling balik. #Gulp

Balik dari class, singgah rumah in laws lagi sekali. Hmm. Kali ni tak buat ape-ape. Nganga tengok tv buang masa. Petang balik sebab cousin, auntie and cucu beliau dah sampai. Cousin aku nak pergi Phuket so dia nak my hubb hantar to Sunway Pyramid. Nak sleepover rumah kawan dia before depart esok pagi. Sekali lagi kena buat chocolate cake sebab ada budak tecik punya birthday. Once again, my express chocolate cake baked with love. LOL.


Tu-dia-xpress-punya..
Sorry gambar kelam suram aje. Had yang cantik punya kami ter-delete kot. Haha. Bajet kami tangkap dua gambaq yang terang lepaih tu kami pi lah delete satu. Bila kami pi tengok gambaq satu lagi dah corrupt, baru lah kami tau yang kami dah delete gambaq yang terang lagi bersuluh. Nasib baik sempat upload dekat pesbuk kasi tagged mama budak tecik tu sama pak ndak dan pak su dia kasi tengok. Hihi.
Oh hari Ahad kitorang planned nak pergi I-City. Encek suami kasihan sama Puan Isteri sebab tak pernah pergi sana. Shame on me. Beriya bersiap pergi sana, last-last jam gila keluar dari Batu Tiga. Pergh. Gate A full dan packed, kami nak ke Gate B, pun sama. Lastly decided to jalan-jalan cari makan saja. Went to Mali's corner again. Char kuew tiauw special satuu. Kenyang sampai nak muntah. Dalam minggu ni dah dua kali aku pi mentekerdarah kat situ dan makan menu yang sama, not to forget almost midnite. Balik aku teros zzzz. Hebat aku menternak lemak sekarang.

Okeh la kalau nak cerita sure panjang berjela buat orang boring ja kan. Isnin, kami pi Zoo Negara. Cross satu item dalam 'to-do list' aku. Hoyeah berjaya pergi sana dan beratoq panjang. Pukul 11 sampai pukul 2 dah nak balik. Tak tahan aku berjalan. Kesimpulannya. Hmm. Boleh lah.

Google
 Semalam plak, keluar bersama yang tersayang tengok movie kat MV. Suatu malam kubur berasap. Aku bagi 3 out of 5. Tang lawak gila-gila tu satu part ja. Alif ba ta alif ba ta. Tu je. Lain-lain banyak terkujat je. Hmm. Masuk je watak Ernie Chan, pergh sangat spastik okeh. Bo-ring. Sempat buat terapi perut di Carl's Jr. Full kot. Satu large combo satu sandwich : RM40++. Hmm. Kalau tengah kaya dan napsu makan membuak-buak okeh la kot. Kalau tengah bulan kau jangan buat hal. Sempat shopping sakan dekat jasko. Kena tipu dek discount marker yang mereka lupa buang masa J-Card day. Hahahampeh. Syaiton sungguh. Nasib lah guwa amek baju yang agak murah-murah. Bajet boleh la dapat yang murah lagi murah lepas diskaun, tapi tinggal kenangan.

Mine


His
 Okeh, habis cerita.

Assalamualaikum.

Monday, December 12, 2011

A Successful Weekend

Hellow Monday,

My weekend was awesome sebab firstly my aunt datang and auntie's little hero pun ada. :) So my intention to try some recipes were successful. First on Saturday afternoon, aku prepare untuk buat Pavlova dengan asingkan egg whites and egg yolks. Telur tu dah beli dua tiga minggu yang lepas kot, tapi sebab pakai dua biji je ada balance lagi 8 dalam tray telur tu. Nak dijadikan cerita one of the eggs dah retak, satu lagi dah busuk dan paham-paham je lah bau telur tembelang ni. Adoi ai sakit idung aku nak tahan. Aku sempat asingkan sebiji telur je dan yang lain aku suh mak aku yang buat. Hihihi.

Buat pavlova ni sangat senang tapi kalau salah skills atau ada bahan yang tak elok memang tak jadi atau akan menjadi tapi tastewise boleh kasi muntah. Resepi Pavlova ada banyak versi tapi aku pakai resepi kat sini. Aku follow exactly apa yang Kak Irma buat tapi rasanya masa membakar tu aku macam misunderstood sikit. Nak bake 150c for 15 mins then turunkan temp. to 140c for an hour ke bake for an hour tapi after 15 mins turunkan temperature? Tapi kesimpulannya total baking hour aku buat sejam. Rasa macam kurang masak sikit sebab dalam dia lembut atau memang dalam dia macam tu ke? Sebabnya aku tak pernah merasa pun before ni. Then ada yang aku baca suruh tinggalkan dalam oven sampai Pavlova punya tekstur collapse baru jadi, tapi bila tengok gambar yang diorang post Pavlova diorang cantik je kot takde cracked. Satu lagi silap aku sebab terus beat egg whites bila keluarkan dari fridge, supposed egg whites kena biar at room temperature.

So my recipe outcome jadi macam ni :

Pavlova siap!
Dalam fridge takde blueberries, strawberries or kiwi so aku pakai apa yang ada which are grapes and green apple. Boleh je pakai any fruits janji nampak sedap sudah. Haha.


Pavlova in action
Tu dia dah potong kasi orang kat rumah try. Kalau kata tak suka manis-manis, tak payah try respi ni sebab memang rasa dia tersangat manis. Kalau kata nak kurangkan gula memang tak boleh sebab nanti tak jadi dia punya shell dekat luar tu. Itu apa yang orang cakap la, aku tak try pun kurangkan gula. Encek suami sempat merasa on the next day dan dia kata rasa macam durian. Maybe bau durian dalam fridge tu dah meresap masuk dalam pavlova aku kot. Haha.

Pasal mee kolok pulak. Hmm, rasa dia ada tapi tah kenapa aku macam tak boleh nak masuk makan mee tu. Maybe sebab hormon tak stabil kot? Hihi. Mee kolok tu aku terlebih rebus dan jadi lah macam kembang semacam. Lepas tu masa nak goreng dia melekat-lekat dekat kuali. Sup, aku buat sup ayam pakai sub bunjut tulang ada je. Sedap pulak pakai bunjut tu. Lepas ni boleh la masak sup ayam dekat encek suami selalu. :) Lepas ni kalau nak buat kena kurangkan masa merebus mee and kalau tambah lebih sambal cili dia memang sangat sedap. Mee kolok ni nampak macam maggi goreng je sebenarnya tapi yang bezakan dengan instant noodle ialah mee yang diorang gunakan tu home made okeh. Tekstur dia lain sikit tak sama dengan mee segera. Resepi ni aku salin dari belog DJ. Search dekat mee kolok punya label.
 
Mee Kolok versi aku

So lepas ni nak try recipe apa la plak? Maybe nak try rainbow cakes and caramel cake. Yada, yada!

Assalamualaikum.

Saturday, October 08, 2011

From Swiss Roll to Triffle..

Hellow,


Kalau dah nampak gambaq for sure dah tau apa yang aku buat kan? Jadinya entry kali ni nak cerita lah macam mana dari swiss roll jadi swiss cake ke triffle.

Semalam dah niat dalam lubok hati ni nak buat triffle lepas pikir-pikir siap post kat pesbuk tanya encek suami. Last-last triffle menjadi pilihan hati. Triffle nak kena pakai sponge cake atau swiss roll untuk jadi base and layer, tapi aku takde satu cake pun. Jadi tercetus lah idea nak buat swiss roll. Ni pun buat swiss roll half ingredient, tapi banyak jugak. Bila dah masak dan tebal sangat sampai tak boleh nak roll maka aku buat la macam sandwich kat atas tu. Jadi la swiss cake yang tak boleh roll. Hahaha. Lebihan yang kat tepi tu aku try makan, hasilnya tak mengecewakan. Memang sedap. Setakat ni resepi yang aku try dari belog feberet memang terbaik. 

Pagi tadi, bangun awal gile kot dalam lapan stengah. Awal sebab semalam aku tido lambat. Kalau tido awal boleh la kata bangun lambat. Ye tak? Hihihi. Dah bangun awal terasa macam nak makan nasi goreng hotdog, tapi bila dah sampai dapur otomatik terus buat custard dengan jelly untuk triffle. Memang hebat. Breakfast sume lupa. Ktung ketang prung prang siaplah triffle aku seperti gambar rajah di atas.

Sekian, bye!

Monday, October 03, 2011

not even close to purr-fect..

Hellow,

Aku rasa minggu ni minggu membuat cake and tart kot. Hari rabu buat apam yang di order, hari khamis buat cheese tart dan hari jumaat pulak buat moist chocolate cake. Semua cubaan nampaknye berjaya. Apam je aku kurang puas hati sebab macam tak cukup sifat. Hari jumaat rajin buat kek coklat sebab ada request from my classmate dari sem lepas lagi. Mintak maap lew sebab tak dapat nak buat sem lepas. Busy dengan wedding preps. Hohoho.

The one and only piece i ate..=(

Disebabkan ke-tidak-boleh-an aku nak makan itu ini suka suki, aku boleh makan sikit je. Lagipun memang apa yang aku buat aku tak makan sangat. Happy tengok orang makan and puji je. Rasa puas hati kalau camtu. Kalau tak sedap mula lah rasa semangat berkobar-kobar nak try lagi and lagi, tapi kena tunggu la bila momentum tu datang balik. Hihihi.

Tadi baru lepas godek-godek peti besi kebal untuk rujukan buat kek aku, nak tengok apa lagi yang aku boleh buat guna susu and whipping cream. Silap aku beli satu kotak besar 1L sebab konon-konon rasa berbaloi. Betul lah, kalau beli yang 250ml dah 6 hengget lebih, tapi kalau beli 1L baru 12 hengget. Tak ke jimat berbaloi-baloi tu? Masalah sekarang bila fridge tu dah terlalu padat untuk aku letak barang-barang bakery aku. Huhuhu..

Tiba-tiba teringat red velvet cup cake dengan topping cream cheese yang cik Nadiah Hani pernah ber'ura-ura' nak buat bersama. Hmm..tak pernah buat lagi ni. Rasa-rasa macam nak try je esok kan. Hehehe. Cream cheese still ada balance lagi sikit. Oklah, nak cari balik resepi red velvet cupcake.

Till then, bye!

Thursday, September 29, 2011

4a.m End Products

Hellow,

Semalam aku siapkan order apam polkadot from 1.30 a.m til 4 a.m..and suprisingly pagi ni aku bangun at 10.30 a.m. Bravo! bravo! * Itupun sebab akak yang order tu call kata nak ambil order on what time. haha!

Dinasour's Eggs..!

This time aku try pakai colour egg yellow yang aku baru beli semalam dekat BWY. Memang lah colour menarik tapi kalau dah banyak sangat colour, it looks like urghh..telor dino lah jawabnye kan. Suppose aku pakai je colour yang biasa aku pakai, which are blue, purple, green and white. Satu benda yang aku noticed bila wat apam ni, lagi banyak colour yang aku pakai, lagi kuranglah kuantiti yang aku dapat. Macam sebelum ni aku pakai 3 colour and plain colour sikit aku tinggalkan untuk buat dot-dot tu. So dapatlah dalam 100+. Bila yang kali ni aku divide batter to forur, aku dapat buat less than 100. Memang mencabar betul nak buat menatang alah ni. So next time, kena ingat yang kena pakai maksimum 3 colour and sket plain colour untuk jadikan kuantiti more than 100 pieces.

Mungkin lepas ni akan buat chocolate moist cake pulak since aku dah lama tak try buat chocolate cakes.Ok. Aku akan update balek pasal chocolate cake if aku jadi buat.

Til then, bye!

Wednesday, September 28, 2011

New things i learned..

Hellow sumer,

Okey dengan ini aku nak habaq yang aku dah berjaya buat blueberry cheesetart pada hari ni.. Harharhar. Seronok giler. Akhirnya aku buat menatang alah tu. Yeaahh! Lepas ni takdelah aku nak ngokngekngokngek kata salin resepi sana sini bagai tapi tak buat. Sekarang siapa boleh mempersoalkannya? Hah? Hah? Sape? Takde? Ok dah. Jom kita layan gambaq jom.

Sapa mau?
Oh lepas aku dah siapkan sume chees tart ni, akak aku mai bersama suami beliau sebab nak melawat kucing-kucingnya yang dah ditinggalkan sementara nak tunggu bersalin. Datang bukan dengan tangan kosong okeh. Kali ni beliau bawak mee bandung yang sangat sedap. Walhal aku pun tak pernah makan mee bandung kot? Hahaha. Mungkin kat johor aritu sekali. Rasanya lah. Menariknye, mee bandung ni senang je masak. Akak aku pakai perencah yang dia beli siap dekat Ayer Hitam, Johor tahun lepas. Tahun lepas! Sebab dah nak expired bulan depan, tu yang rajin buat tu. Tapi memang sedap. Sepatutnya dalam pantang aku tak boleh makan mee. Tak tau lah sebab ape tak boleh, tapi sebabkan akak aku dah bawak banyak and taknak menghampakan perasaan dia tu, aku pun makan sikit.

Dapppnyeee..!
Dalam masa tak sampai seploh minit aku dah berjaya perabiskan satu mangkuk. Nampak tak mangkuk aku penuh dengan bawang goreng..oh yeahhh..memang lazat. Kalau ada member yang nak pergi lab sem depan aku nak kirim lah perencah mee bandung ni dekat diorang. Pastu boleh panggil mak mentua datang rasa. Kahkahkah. Nampak sangat lah kan??

Okeylah..kejap lagi nak start buat apam polkadot untuk tempahan esok. First order ever. Teruja ai okeh! Babai.

Monday, August 08, 2011

Supermoist Eggless Chocolate Cake

Hellow,

Tetiba rajin semacam malam ni nak buat kek. Ape kes? Alang-alang nanti aku dah takde dekat rumah, aku nekad nak habiskan barang-barang aku semaksima yang boleh. Masalahnye boleh ke? Dari hari tu nak buat apam dot dot siri ulangan ke tiga tapi tak buat-buat sampai periuk kukus dah dipinjam orang. Adoi..macam-macam hal. Filling blueberry still ada separuh peket dalam fridge. Itu pun dah sebulan lebih. Agak-agak boleh pakai lagi ke tak eh? Esok aku nak check expiry date filling tu. Hehehe.

So malam ni aku buat Supermoist Eggless Chocolate Cake yang resepinye aku ambil dari SINI. Senang aje nak buatnye. Tadi aku baru dengar bunyi "tinggg!" menandakan yang cake aku dah masak. Kejap lagi nak snap gambar dan rasa dulu and then baru boleh share dengan korang sume. Dah lama tak try skill membakor kek tah jadi ke idak. Rasanya bole la jadi kot.

Ok aku dah test makan skit tadi. Kenapa rasa tawar? Sebab aku letak gula kurangkah? Oh tidak. Baru nak jadi healthy la kunun nak kurangkan gula takmo manis banget. Alih-alih jadi tak berapa nak manis je. Rasa manis kejap je then hilang zasss camtu. Silly me. Tapi bole lagi makan. Surface tak berapa nak cantik sebab aku rasa terlebih bakar, so dia cracked.

Nampak tak cracked? Too bad..:(
Aku dapat idea untuk memaniskan cake ni dengan menyiram chocolate syrup hershey's yang ada dalam fridge. Nyum nyum mesti sedap. Tapi mungkin esok masa sahur baru nak try. Itu pun kalau aku rajin nak bangun sahur memandangkan Encek Kajicuaca berkerja shift malam. Hahaha.

Oh ok. Masa untuk harvest tumbuhan raksasa di dalam game Monster World. 

Till then, chiao!

Wednesday, June 01, 2011

Cookies anyone?

Hellow,

As said yesterday, aku buat cookies semalam after balik kerja. Sampai rumah settlekan apa yang patut dan start buat cookies before pukul 7. Haha. Nak tengok Nora Elena lah katakan. Kena semangat. Baru concentrate tengok muka Aaron Aziz. LOL. *_____*

The cookies were a bit sweet. Maybe next time aku kena reduce gula and maybe sebab aku pakai bar chocolate cadbury dairy milk tu or maybe sebab aku tak letak almond nibs dengan chopped walnut. Who knows kan? For sure, next time gula aku akan kurangkan. Recipe taken here. Banyak lagi recipe dekat blog tu. Bole try recipe lain plak lain kali.


I'm using half of the ingredient in the recipe. Oleh sebab size tak berapa nak sama, aku dapat lebih kurang 60 pieces cookies small size. Alah, size besar-besar biskut raya hampa dok selalu beli tu la. Haha. Maybe ni bole jadi salah satu menu dekat dessert buffet aku? Mungkinkah aku nak merajinkan diri buat? Err..taktau lagi. Banyak kot nak buat. Nak kena cari big jar nak simpan cookies ni lagi.

Satu masalah aku bila buat cookies, aku tak sabar-sabar nak simpan dalam bekas. Lepas tu panas tak hilang lagi aku simpan dalam air tight dan cookies jadi macam lembut tak crunchy. Tu salah satu faktor yang buat aku malas nak buat cookies banyak-banyak. Kang orang makan tak sedap. Aku takpe, tibai je makan tade hal selagi tak memudaratkan aku. LOL.

Petang ni aku terpaksa mengorbankan masa bersama Aaron Aziz, sebab nak pergi beli barang deco bilik. IKEA, here i come. Meatball, sorry tak dapat nak makan kamu lagi until keluar statement kata kamu HALAL. wuwuwu..beli meatball dekat supermarket then beli sauce dekat ikea tu. Great idea!

Till then, chiao!

Thursday, May 12, 2011

Macs oh Macs..

Hellow,

Semangat nak buat macaron makin melonjak-lonjak bila tengok ada recipe tak pakai lemon juice. Sekarang masalah lagi satu kalau aku nak pakai liquid colouring instead of powder colouring boleh ke tak? Ke nak buat plain colour je dulu kalau was-was ni. Malam ni nak try and error buat macs. Tak kira la nak try jugak. Hehe.

Google

Semangat, semangat. Belum cuba belum tau. :)

Ok.dah.bye.

Monday, April 18, 2011

Sunday's Treats : Cream Puff

Hellow,

Semalam aku dah berjaya buat cream puff. Wah, wah wah..lepas ni aku tak payah la nak beli cream puff yang cenonet harga lima kupang dekat cafe. Resepi tu dah lama kot aku simpan dalam peti besi aku, cuma tak pakai-pakai je sebab bila nak buat je cream puff, kena beli butter. Lepas beli butter mula la terasa nak buat butter cookies la, muffin la, oatmeal cookies etc. So the recipe originally taken from blog DTS by Mat Gebu. Memang terbaiklah semua resepi dia yang aku try especially marble muffin. Sedap gile tau tak dan of course lepas ni nak try lagi.


2nd Batch

So kalau sesapa yang nak try tu, sila la. Aku rasa selain dari filling krim custard, boleh variety kan custard tu macam chocolate custard, strawberry custard, durian custard etc. Nak makan kena panas-panas baru sedap. Kalau dah sejuk dia punya cream puff akan lembut. Maybe sebab terserap custard filling nye moisture kot. Entahlah, yang ni sebab aku bakar dalam oven dalam 22 minit macam tu. Ikut resepi Che Mat Gebu, kena bakar dalam 25 minit, sebab tu kot aku punya cepat lembut? Apa-apa pun lepas ni kena buat lagi. Mana tau dah kahwin kang mak mentua nak tengok skills menantu dia. Haha. Sabo jelah.

Til then, chiao! (:

Saturday, April 02, 2011

Oatmeal Cookies

Hellow,

Setelah mencopy paste resepi cookies ni dalam notebook aku dekat beberapa bulan, akhirnya aku buat jugak dengan jayanya...hohoho..tapi..aku tak sure mana aku amek resepi ni sebab aku bukak banyak sangat blog masakan yang famous amous tu. Hehe..kalau nak credit kan resepi nye dekat sape plak eh..adoii..


Okey, ni resepi oatmeal cookies ni (taken from Kak Hana Jepun) :

RESEPI HOLIDAY OATMEAL COOKIES

source : kak.ayu@curlybabessatisfaction
Bahan-bahan
11/2 cawan tepung serba guna @ tepung gandum
1 sudu kecil bicabonate soda
1/2 sudu kecil garam (mine tak letak)
1 cawan mentega yang lembut
3/4 cawan gula perang-warna coklat
1/2 cawan gula pasir - hana kurangkan sedikit
1 biji telur besar
1 sudu kecil vanilla essence
3 cawan oat mentah
1 cawan kismis-(Ayu tak letak ini) - mine pun tak letak
1 cawan semisweet chocolate chips

Cara-cara
Panaskan oven 180 celcius. Satukan tepung, bicarbonate soda dan garam.
Dalam mixer, menggunakan medium speed, pukul mentega dan gula perang & gula pasir hingga kembang.Masukkan telur dan vanilla essence. Perlahankan kelajuan masukkan tepung yang telah dicampur tadi dan gaul hingga sekata saja. Dengan menggunakan sudu , masukkan oats, kismis dan chocolate chips.
Cekup dan aturkan adunan dengan menggunakan sudu besar, jarak 2 inci dari masing2 diatas kertas kek yang tak payah disapu mentega. Bakar biskut selama 13-15 minit atau sehingga atasnya keperengan. Alihkan biskut keatas wire racks untuk sejuk. Ulangi sehingga doh habis. Masukkan biskut dalam botol/bekas yang ketat dan boleh bertahan 1 minggu disuhu bilik atau 3 bulan kalau dalam freezer.

Enjoy the cookies while it hot..Sedap tau..boleh la aku try buat biskut raya tahun ni. Muahahaha..

Til then, chiao!

Tuesday, January 18, 2011

Nah, amek kau.

Hellow,

Semalam aku cakap banyak pasal nak buat itu ini, sana sini bla bla bla. Sebab aku betul-betul bersungguh-sungguh buat semalam, so hari ni aku bawak pergi office sardine puff mini aku sangat comel tu. Ada la dalam lima ketul, buat makan kawan-kawan terdekat. Semalam bawak strawberry cheesecake bar dalam sepuluh ketul, ingat nak snap satu dua gambar buat masuk dalam belog, malangnya hajat tak kesampaian. Habes tanpa meninggalkan kesan. So mintak maaf la takde gambar cheesecake. Jangan risau, hasil-hasil yang lain ada.

Satu pengajaran kalau buat sardine puff, kena letak sardine banyak-banyak baru sedap! Aku memang nak letak dalam dua tiga sudu besar, tapi tu memang tak muat, mak aku suruh letak dalam 1/2 sudu besar je. Hasilnya, kurang sardine dan tak heaven lah makan pastry je lebey. I shouldn't listen to my mum. -_____-"


Amacam?
Next, nak buat cream puff yummy yummy. Hoho. Maybe weekend ni buat bekos aku nak melawat rumah baru akak aku. Oh ye, weekend ni nak kena hantar baju dah. Takut tak sempat pulak kalau hantar lambat-lambat. So, kainnye mak aku sponsored, kaler grey/silver (aku tak sure) and upah jahit pun mak juga yang sponsored, tapi jangan seronok-seronok kang mak suruh aku bayar dulu lepas tu dia buat-buat lupa. Haha.

Okeylah, aku mau pergi panaskan puff aku mau buat breakfast. Till then, so long and assalamualaikum. ;)

Monday, January 17, 2011

Cakap lebey satu pun tadak.

Hellow,

Hoho..semalam balik kelas aku singgah Giant Puchong pasal mak kata mau beli barang sikit dan aku pulak end up dengan beli satu pack puff pastry. Terbayang-bayang sardine puff, mini sausages roll dan macam-macam lagi yang nak dibuat dengan satu pack puff pastry tu. Ada seploh keping je kot dalam tu, tapi berangan nak buat banyak-banyak macam beli 100 packs.

Ada benda ni, senang hidup kau.

For starting, malam ni aku nak try dengan buat sardine puff dulu memandangkan dekat rumah tu aku rasa ada sardine satu tin lagi. teheee. Aku ni jenis suka perabiskan segala jenis stok yang ada dekat rumah and then baru lah beli yang lain tak cukup or nak buat lagi. Ape-ape pun first attempt kena guna barang yang dah sedia ada dekat rumah tu, barulah tak rugi kan?

Pagi isnin, datang-datang dah start buat kerja. Bila dah siap barulah dok browse recipe for sardine puff dan memang sangat senanglah nak buat kalo dah ada frozen puff pastry tu. Yippiee..senang keje aku. Ape-ape pun malam or petang nanti baru lah nak try buat, tapi balik kena check stock sardine manatau ada yang dah pakai ke tak ke haru nak beriya nak buat tapi main ingredient untuk inti dalam takde.

Gambar-gambar untuk mini muffins and strawberry cheesecakes nanti-nanti lah aku upload. Malas rasanya. Banyak benda nak kena fikir sekarang. -_______-"

Okeylah. Till then, so long and assalamualaikum.

Wednesday, January 12, 2011

1st attempt - FAILED -

Hellow,

Hai. Semalam ai try buat eggless chocolate cupcakes. Failed lah. Kenapa tak jadi. Why why why. Hawau betol. Tu lah lenkali pakai resepi orang Malaysia buat bukan resepi luar. Haha. Ape kes nak salahkan resepi pulak. Maybe ingredient ada yang lain or kurang. Ingredient resepi asal tu aku bahagi dua. Maybe time dok bahagi dua tu yang kantoi memana yang buatkan chocolate cupcakes aku tu bantat. Haish..rosakkan mood aku je semalam. Takpelah, semalam pergi Giant beli superfine flour. Lepas tu balik, aku tanya dekat diri aku sendiri, ape beza superfine flour dengan tepung gandum and tepung-tepung yang lain? hmm..i wonder.

Hari ni datang pagi-pagi dah copy resepi cookies, muffins, tartlets and macam-macam lagi yang boleh dibakar dengan my precious oven tu. Nampak comment Nadd pagi-pagi tiba-tiba idea ceng ceng ceng keluar nak buat lasagna. Kenapa kalau nadd mesti kaitkan dengan lasagna? Mesti sebab haritu dia sebok nak buat lasagna sampaikan asal lasagna = nadd. -________-"

Hari ni, kawan office aku cakap yang kopi makcik buat tu masam. Hahhh..masam? Lepas tu aku buat kopi terus rasa macam ala-ala masam. damn. Terus perut aku sakit bila fikir pasal masam. Haha.

Okaylah..next recipe maybe nak buat cookies atau cream puff. ^__^


Oh..lazatnyee..

Monster Cookiesss..
Kena tunggu next gaji baru leh try. Sekarang boleh buat guna stock apa yang ada dekat rumah je. Nak beli barang-barang baru macam kekurangan pendapatan plak aku nanti nak makan sume. Terpaksalah tunggu.

Okaylah, da malas nak type banyak-banyak. Till then, so long and assalamualaikum.