Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label release.tension.emotionly.disorder. Show all posts
Showing posts with label release.tension.emotionly.disorder. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Random : Stressful Wednesday :(

Hellow,

Google
 Iye, tau stress tu tak elok untuk baby. Kesian baby, mama stress baby pun stress. Aku dapat rasa. Semalam balik kerja dapat bad news dari husband. Hmm. Aku stress walaupun husband kata muka aku rileks, tenang je. Dapat rasa dari petang semalam baby gerak-gerak, siku menyiku, tendang menendang dengan lasaknya. Tandanya dia stress sebab sebelum ni tak ada lah pulak lasak sangat macam tu. Husband tengok aku rileks, dia pulak stress. Tak tunjuk muka stress, dia fikir aku ni tak ada perasaan ambil kisah dan sebagainya. Believe me, i am the one yang lagi super duper stress than him.

Pagi tadi walaupun aku bersiap nak pergi kerja awal, tapi sampai office lagi lambat dari kebiasaan. Okey stress lagi. Ape kejadahnya diorang dok tar jalan dan nak mengemas cone tepi jalan time orang sibuk nak pergi kerja depan IOI tu? Jammed tau tak? Aku spend almost 20 minutes dekat sana. Belum lagi nak masuk MEX highway dan turun ke Jalan Tun Razak depan office tu. Walaupun husband yang hantar, kami dua-dua rasa sangat stress. Baby gerak-gerak lasak lagi. Okey, mama tau baby pun turut rasa stress. Sorry, mama dah cuba control tapi tetap ter'stress' jugak sebab dalam masa yang sama aku nak support my husband supaya dia tak stress melampau. Kata nak susah senang sama-sama kan? Time camni la kita nak orang yang paling rapat ada dengan kita.

google
 Seriously, aku dah hilang idea macam mana nak solve our problem.

Assalamualaikum.

Wednesday, August 03, 2011

Seteress..haha


Hellow,

Alhamdulillah dah 3 hari aku berpuasa. Hari ni tak dapat berpuasa sama dengan Encek Kajicuaca disebabkan beliau kerja shift petang dan esok tak dapat bersahur bersama jugak. Sadis. Puasa kali ni memang sangat mencabar buat aku sebab aku hanya sempat berpuasa dengan Encek Kajicuaca selama 15 hari je kot dan selebihnya insyaallah bersama adik aku di Kedah.

Tak dapat aku nak bayangkan berjauhan dengan dia. Sedey woo, tetiba dapat surat kena report duty dekat Kedah. Adoi ai terseksa aku bila tengok tempat lapor diri last week. Sebak tetiba bila fikirkan nak raya nanti macam mana, makan minum dia macam mana, aku punya study lagi. Bila call pegawai, diorang suruh report duty dulu baru buat surat rayuan nak transfer. Ramai yang kata lambat nak dapat, ada yang kata cepat..semua depends on kekosongan atau ada yang nak tukar suka sama suka. Aku dah tawakkal dan doa banyak-banyak da ni. Harap-harap dalam masa sebulan je dapat tukar balik area KL, Selangor atau Putrajaya.

Alasan kukuh da banyak, tapi taktau lah macam mana. Tawakal, tawakal dan tawakal.  Berserah je dekat Allah. Nasib baik adik aku setuju nak temankan aku buat sementara waktu dalam masa nak tukar balik dekat sini. Dia pun tak boleh la nak teman aku lelama, dia pun nak kerja jugak. At least ada la orang teman aku dekat sana nanti. Adik sendiri pulak tu. Nak duduk dengan orang lain aku taknak sebab kalau Encek Kajicuaca datang melawat dah segan pulak mana nak letak dia.

Pasal study, sem depan start lepas raya. Class on saturday sunday dan kedah cuti on friday saturday. Ape kes? Tak pasal pasal nak kena extend ke? Dah la maybe sem lagi satu aku akan extend. Adoi ai..mana tak seteress..at least kalau berjauhan dengan suami tapi kita dekat dengan family takpe la, ni dah la jauh family pun jauh sedara mara pun jauh. Ape mau buat?

Doakanlah aku dapat harung dugaan ni dan aku dapat bertahan sementara nak tunggu transfer. Aku memang harapkan miracle happen je sekarang ni. Harapkan sangat-sangat.

T-T

Till then, chiao!

Wednesday, June 15, 2011

Ini Siri-yes.

Hellow,

Ok buat muka siriyes. Siriyes aku bosan. Haha. Ada kerja tapi..macam takde mood plak nak buat. Ok fine aku memang malas. Dua jam before lunch, aku layan angry bird dekat PC. Masuk time lunch, aku tido dekat surau level atas, sorang-sorang. Before this ada geng sekaki tido tapi skang geng tido dah resign so aku tabahkan diri tido sendirian berhad. Takde hal lah. When there's a will, there's a way. Cool kan?

15 minit sebelum time lunch habes, aku bangun turun office balek. Sedang aku berjalan memasuki pintu, aku terbau makanan. Lantas aku capai pinggan terus amek ayam rendang seketul dengan sotong tepung 3 ketul. *ayat nak bagus je*Harapan aku mula-mula nak amek sotong sebanyak yang boleh, tapi takde rezeki sebab tinggal banyak tu je. LOL.

Err lepas habes makan, aku sambung main angry bird sampai aku betul-betul dah angry aku cari game lain. Papa's Burgeria tah-hape-jadah-nama pun aku tak ingat. Mula-mula best la lepas tu.....*bunyi cengkerik*. Aku dah bosan kot main game macam tu. Kalau main dekat iPhone 4 mesti best kan?kan? -______-".


Angry Bird
 

Papa's Burgeria
So what's next? hahahahahaha.

Ok.Bye

Friday, April 22, 2011

WP : Random

Hellow,

Semalam aku dah bagi borang kebenaran dengan surat kebenaran dari PAID dekat PPN. Akad nikah aku set pukul 10 pagi ikut plan mak aku. Alhamdulillah bab yang ni dah settle. Ada chit chat sikit dengan orang tu sebab aku ada beberapa pertanyaan. Apa-apa pun, aku harap semua benda akan jalan dengan lancar. Pasal masalah lain, aku malas nak fikir buat masa ni. Buang masa aku je. Lagipun kalau ada masalah yang muncul tiba-tiba nanti, orang yang berkenaan akan sendiri tanggung dosa dan sendiri tanggung malu. Aku ape kisah. Orang nak cari pasal tiba-tiba dengan aku kenapa, takde kena mengena dengan kau, kau nak menyibuk macam lah baik kau selama ni baik dan bertanggungjawab sangat. Kalau niat dah tak betul dan semata-mata untuk menganiaya orang, tunggu balasan dari Allah lah jawabnya. (:

http://www.emocutez.com

Sekarang aku kena focus dekat study pulak. Dari haritu kata nak study tapi tak gerak-gerak jugak. Lagi kurang dua minggu nak exam. Lepas tu study kaw-kaw dalam 5 hari, ada exam lagi satu and lepas tu aku dah exam-free. Yeay!!
http://www.emocutez.com

Lepas habis exam, aku nak concentrate on preps semua. Backup doorgift, dah confirm nak pakai pyramid box. Benda ni DIY je, so lepas exam baru nak start print pattern dekat atas kertas balance buat thank you tag that aritu. Buat pakai photostat machine sudah. Habes cite dan senang keje aku tak payah nak berkejar-kejar pergi dekat printer colour belakang sana. Isi dalam tak decide lagi.

DIY Pyramid Box -testing mode-
Macam tu lah rupa paras backup doorgift aku. Yelah mana tau tetiba orang ramai datang *cehhh..perasan gileee..* kira kalau main doorgift habes, ada le backup nye nanti.

Okey, til then...chiao!

Monday, February 28, 2011

Parasite

Hellow,

Dekat rumah aku ada dua ekor parasit. Yeaaa..betul. Mula-mula kita kena tau ape tu parasit. Jom kita google.

Parasite: An organism that lives in or on and takes its nourishment from another organism. A parasite cannot live independently.

So macam mana? Faham konsep parasit tak?

Parasit yang hidup dekat rumah aku ni pandai berbohong. Pandai membazir dan pandai macam-macam. Aku rasa panas hati je bila aku tengok parasit-parasit yang menempek dekat rumah tu. Bila aku cerita, orang tak akan faham dan akan lagi menyalahkan aku. Kenapa mesti aku pulak yang kena?

Itu yang aku tak faham sampai sekarang. Kakak aku kata, aku kena buat countdown untuk bebaskan diri aku dari belenggu kejahatan parasit. Memang aku akan buat macam tu, tapi aku tak pasti sama ada aku patut biarkan host yang dihinggapi parasit tu terus menerima nasib macam tu? Bila aku fikir-fikirkan, "host" terbabit sendiri tak ambil sebarang tindak balas yang drastik, hanya aku yang mendapat nama busuk demi membela nasib "host" yang sudah tua itu.

Sekarang, aku tak faham dengan "host" dan "parasit" tersebut. Mungkin dah sampai masanya aku fikirkan hanya tentang kesenangan aku sahaja. Apa-apa yang boleh bagi benefits dekat aku sahaja. Aku kena set minda aku untuk berfikiran macam tu.


"It will be just me and only me"


Aku harap aku tak akan turn to be just like those two parasites.

Parasitism is not my way of life, anyway.


Cheers.

Friday, January 07, 2011

infected

Hellow,

i'm infected. by flu.

i'm infected by flu from him who sit at the next cubicle.

and now, from flu to blocking nose.

from blocking nose to headache and it goes to fever and sore throat.

damn you flu. It all started with flu.

flu that i've been infected from the next cubicle.

but i'm the only one who gets the fever and sore throat.

the main source is doing just fine.

sneezing and fluing all the time, like always.

no fever no sore throat no headache.

just me, with all the pain and difficulties to breath and to talk.

i don't like to go to the clinic. i know that i can survive without asking for doctor's advice and prescription.

i felt like people who likes to go to the clinic wants a medical certification (MC) only.

yes, i have done that before for few times but then i stop because i know, when i get really sick i don't want to go to see the doctor. what the heck is going on with me..question mark.

i'm sorry if i am too lazy to press the 'shift' tab, that is why every words started after full stop will be small letters, not capital. ouww, what happened to me..question mark.

one day i'm happy, and the other day i'm moody. the next day i'll be 'question mark'.

nahh, whatever will be will be. i'm too dizzy.

till then, so long and assalamualaikum.

Friday, December 17, 2010

Bosan Kau Tau Tak

Susah benar kalau da attached dengan responsibilty. Bila fikir-fikir macam sakit hati.

Aku pun nak enjoy my leisure time and sleep.

Pagi-pagi dah bangun nak pergi kerja, keluar office mak aih kemain awal tapi sampai rumah still pukul 5 lebih.

Sampai bila la nasib aku keluar gelap balik gelap ni? Eh bukan la gelap pun pukul 5 tu.

Hari-hari aku habiskan masa aku dekat luar almost 12 jam. 9 jam je aku kerja plus lunch time, lagi 3 jam tu mana perginya? Buang masa dalam jammed? Macam haram je.

Lagi sakit hati kalau ada satu hari tu kerja separuh hari. Lagi separuh hari patut digunakan untuk bersuka ria dengan kawan-kawan pejabat, tapi malangnya aku tak boleh.

Ape guna kalau start pukul 3 aktiviti dan pukul 4 aku harus bergegas ke tempat lain?

Nak mengeluh pun dah macam tak guna. Sangat tertekan dengan keadaan yang macam ni.

Nak balik awal tak boleh, nak buat benda lain pun tak boleh.

Stuck in the middle.

Sakit hati bukan?

I know, nobody cares.

Till then, chow and assalamualaikum.

Sunday, November 28, 2010

Untitled

Sad Black Girl Alone
Betul apa yang pepatah melayu cakap,

'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya'.

Bila sebut soal ni, takde sapa pun yang terasa beban yang seseorang tu tanggung melainkan dia ikut sekali merasa atau tanggung. Orang boleh bagi simpati tapi apa guna kalau yang ditanggung tu sangat berat. Kata-kata seseorang tu tak boleh nak buat penawar hati atau meringankan tanggungan yang tengah ditanggung.

Sakit hati kalau difikir-fikirkan kata-kata seseorang tersebut.

Hanya mampu berserah kepada Allah SWT.

Tuesday, November 23, 2010

ni untuk kau..bodoh.

Bodoh.

Sakit hati aku dengan kau.

Bodoh.



Ada aku kisah kau nak terasa?

Kau pun tak kisah..ape lagi aku.

Bodoh.

Monday, November 01, 2010

Hari Minggu

Yeay i'm back again. Masuk ni dah empat post dah aku buat for today. Memang update marathon lah aku.

Mula dengan hari Jumaat lepas balik kerja,

Malam tu aku dengan mak aku serta Tok Din pergi Semenyih rumah mangkuk tu nak ambil project sebenarnya. Dahlah rumah jauh beribu batu, lama gila nak sampai plus sesat lagi. Rumah dekat ceruk tok kun. Sampai pun dah dekat pukul 10 malam dari pukul 8 aku keluar. Memang panas hati. Tambah panas hati bila sampai dan tengok project yang besar gedabak tu lagi lah aku PANAS. Besar weh! macam almari 3 pintu dekat tau tak? Aku time tu dah tak peduli, aku nak dia bukak balik dan bawak pergi rumah aku. Tapi dia mati-mati taknak buka di tambah dengan kehadiran bapak dia yang buat aku rasa nak terajang banyak kali. Sorry pakcik, saya terpaksa kurang ajar sebab pakcik dengan anak pakcik sama je, KURANG AJAR.

Kawan aku lagi dua orang tu tak datang sebab sorang tu macam-macam hal. Aku ni takde hal ke? Masing-masing nak pentingkan diri sendiri macam mana nak siap. Sakit hati je aku dekat sana. Memang aku betul-betul sakit hati. Aku tak tipu atau tambah-tambah cerita. Pandai pulak kau letak bapak kau dekat situ sebab kau takut kan? Memang nak kena maki betul. Balik malam tu dekat pukul 12 dan sampai pukul 12 lebih macam tu. Cepat pulak kan sampai? Nak pergi kemain lama lagi.

Sabtu

Aku gerak pergi UTM pukul 10 lebih. Budget nak study tapi sampai pukul dua baru sorang je yang datang. Tutor nye tak datang-datang sampai aku gerak pergi Semenyih dengan member-member yang lain. Aku dapat kertas soalan je. Sampai Semenyih dekat sejam lebih. Penat tau tak? Dah tu sampai je benda macam takde ape sangat yang dia buat padahal pagi-pagi tu aku dah text kata suh buat apa yang patut. Kalau semalam 20-30% yang siap, hari sabtu baru 30-40% yang siap. Memang SAKIT HATI kot?

Buat sampai pukul 12 dan ambil video dekat kol 12 lebih. Itupun tak siap 100% dan tak jalan pun timing device dia. Mak aiiii membara gila. Memang macam jahanam lah kau. Aku dan lain-lain tak peduli dah time tu, amek je video dan blah. Memang tak kan dapat A pun.

Oh ye, pasal prototype yang bukan macam prototype tu, frame dia pakai racking, dan dia boleh cakap yang rumah dia nak buat racking tu yang dia tukar design dan guna benda tu. Pandai ye kau pakai duit kitorang buat benda tu. Memang macam jahanam.

Ahad

Hari ni best sikit, sebab jumpa encik kajicuaca. (=
Planning nak ke jalan TAR nak beli barang sikit and then balik, tapi on the way nak hantar Dya pergi Mid Valley tiba-tiba nampak parking spaces still banyak lagi. Ape lagi masuk lah dalam sebab dah lama gila kitorang tak pergi sana. Kat Mid beli barang yang lagi satu. So bulan ni punya to-do list da complete. Yeay..walaupun terlebih budget sikit. But anyway puas hati walaupun duit terbang melayang. LOL.

That's wraps up my weekend update.

Babai dan Assalamualaikum.


**Thanks to Tok Din and Dya sebab tolong siapkan dan tolong menyibuk time buat almari besar egg transporter.

Friday, October 29, 2010

Excuse me!

Hey, morning.

Rasanya macam taknak banyak tulis harini tapi nanti mesti last-last aku tulis banyak-banyak. Kalau aku tengah marah aku akan tulis banyak-banyak walaupun mood takde. So sekarang aku tengah marah dan aku rasa entry ni akan panjang berjela-jela. ---rasanya je lah----

Cerita hari ni pasal kemarahan aku dan kawan-kawan satu group dengan aku. Kami marah dekat kawan yang dalam group aku jugak. Nama group kami 3+1, seba satu laki 3 perempuan tapi sekarang boleh jadi nama akan tuka jadi 3-1. Bodoh punya budak.

Kalau tak pandai nak buat kerja, jangan nak perasan pandai boleh buat. Bukan kami suruh dia buat sorang-sorang. Ni kerja group lah, BODOH! Semua cerita start weekend lepas bila sepatutnya projek design kami kena run prototype tu last weekend. Hari jumaat, baru lah si polan ni text kami bertiga kata yang dia tak dapat nak buat sebab ada barang tak siap. Kau ni BODOH ke BANGANG? Kami dah follow up dari kau since sebulan yang lepas, tapi kenapa kau senyap? Tak bagitau pun yang kau tukar design semua? Ingatkan kau busy lah nak siapkan projek since ko kata projek ni nak suruh kampeni kau yang buat! Kau mintak kami duit sorang 100 tapi kerja tak siap on time. Lepas tu kami dapat D+ untuk projek ni. Kau memang saja mintak kena maki kan?

Sekarang ni kau bagi banyak sangat alasan dekat kami yang projek tak boleh tanggal lah, ambil masa sejam dua lah kalau nak tanggal. Kau BODOH ke BANGANG? Lagi sekali kena. Projek tu sepatutnya easy to assemble and detachable. Kau kenapa tak ikut design criteria yang dah buat? Kau perasan kau tu designer tapi otak kau tu SEMPIT tau tak? Kau tak boleh nak buat apa-apa sebenarnya. Projek tu sepatutnya simple dan senang sebab ni bukan FINAL PROJECT kita pun! Pointer aku sem depan akan drop jadi below 2.5 kalau subject ni aku cukup-cukup makan markah lulus je tau tak! Kau ingat senang ke aku nak naikkan balik CGPA aku kalau dah drop below 2.5? Kau memang ba*****.

Aku tak akan kawan dengan kau lagi sem depan. Bukan aku je, yang lain-lain pun sama. Sekarang semua orang dah tau perangai buruk kau tu. Kau memang penipu besar dan suka bagi alasan. Aku tak suka kawan orang macam kau. Aku harap satu hari kau dapat baca apa yang aku tulis dalam blog ni. Aku memang tak puas hati dengan. KAMI tak puas hati dengan kau, SAKIT HATI dengan kau dan BENCI gila dengan kau.

Lain kali jangan nak buat-buat pandai kalau kau tu BANGANG. PAHAM TAK

Excuse me, we don't have time to entertain any excuse from you anymore.

Kepada Izuan Azmi Zainal Abidin, harap maklum!

Thursday, September 30, 2010

Kill Kill Die Die

Weh korang, aku takde mood kot nak buat entry.

Tapi ape kejadah yang aku tengah buat sekarang ni? Korek idung kah? Main layang-layang?

Cakap je takde mood nak buat entry tapi kau tengah dok taip tu apa?

Tapi serious weh, takde mood.

Oh aku terlupa, aku pergi interview selasa lepas, alah kampeni Steelcase tu dan alhamdulillah aku dapat kerja sana dengan gaji yang lebih 25% dari sekarang tapi tiada cuti untuk kamu pada Public Holiday.

Nak ke? Of course lah taknak. Tapi bukan sebab tu je, ada sebab lain. Mula-mula memang aku eksaited habes tahap gaban kot, tapi bila pikir pro n cons aku rasa cam tak berbaloi-baloi since aku ni still study part time.

Aku tak tahu, asal dapat kerja je aku tolak padahal kau sibuk cari kerja. Memang susah gile kot nak cari kerja sekarang but my life is too complicated. Stress jugak sebenarnya, dua-dua kerja aku tolak tu memang peluang bagus. Tapi ada je yang tak best dalam kerja tu.

Haish..tak pe lah, mungkin rezeki aku takde dekat dua-dua kampeni tu, mungkin yang lebih baik menanti. Aku rasa aku better bersara sekejap dari dunia mencari pekerjaan ni, sebab aku rasa kalau aku dapat kerja dalam tahun ni pun macam semua aku akan tolak kecuali kalau government panggil.

Start Januari depan aku akan bersungguh-sungguh cari kerja macam few months ago. Insyaallah, rezeki aku akan ada.

Cerita pasal company Steelcase tu, aku rasa aku tau kenapa diorang select aku. Sebab ada agency yang arrange kan interview aku, Tiga Consulting letak my expected salary to be less than i want. Suka hati bapak kau je kan nak tukar expected salary aku jadi rendah camtu. Wadefak punya agent. Kerja level executive tapi nak bagi aku gaji banyak tu? Ptuuuuihhhh..hamek kau. Keji betol la ape yang kau buat tu.

So memang padan muka kau sebab tak dapat any commission bila offer tu di reject. One more thing yang aku tak suka bila si agent tu terlalu memaksa, dasar &^%#*@. Cakap pun macam cilake. Haish..suka hati je nak paksa aku buat keputusan dalam masa satu hari. Kau ingat aku bodoh cam kau ke. Nak je aku text agent tu dan throw her a bad bad BAD words. MUAHAHAHAHA!!

Thank god sebab aku tak terima offer tu pasal petang tu agent text and say that the company reject their offer to me sebab aku ni asking too much question about that job. Okay aku tanya pasal working hours sume sebab aku memang nak masuk awal dan balik awal, so what's the problem? Kata flexi hours. Dahla kena buat extra work tak bayar OT. So korang semua bayangkan lah, nasib baik dia reject sekarang daripada dia reject aku bila aku dah jadi kuli dekat derang 2 3 bulan during probation. Lepas tu aku jadi penganggur, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Baik kerja sekarang, rileks tenang best dan ada gaji walaupun tak sebanyak mana.


Kill Kill Die Die..DAMN you.


Tuesday, September 07, 2010

FickleMinded 04

Aku rasa macam aku nak pukul seseorang sampai aku lega.
Aku rasa marah sangat.
Aku rasa sangat-sangat marah.
Aku marah. Tersangat marah.
macam kaset rosak dok ulang-ulang perkataan marah banyak kali je.
Bila aku marah aku rasa nak menjerit sekuat hati sampai orang yang buat aku marah dengar.
Kau memang tak guna betul sebab buat macam tu.
Sebab kau tak guna lah kau buat kan? Bangang je.
Sakit hati tau tak walaupun aku tak pasti kenapa aku mesti sakit hati dengan kau.
Ah, aku punya suka la nak sakit hati, sebab aku memang gila sakit hati dengan kau sebab kau sakitkan hati aku.
Tak pasal-pasal la aku jadi kaset rosak harini.
Kau memang tak layak untuk gembira, because i said so.
Listen to me you annoying creature, GO AWAY!

Tuesday, August 31, 2010

Hari-hari terakhir bersama Luna

Tinggal lagi beberapa hari je lagi, to be exact, lagi dua hari untuk aku bersama arnab hitam kesayangan aku. Luna akan bertukar milik, eh jap bukan tukar milik, bertukar hak penjagaan. Luna tetap milik aku. Poor my little fatty Luna. Aku akan bagi kawan aku dekat N9 untuk bela Luna bersama arnab-arnab beliau yang lain. Aku pasti Luna akan bahagia di sana bersama teman-teman baru dan sespesis dengan dia. Tiada lagi gangguan kucing sawan kecil yang jahat dan bongkak.

Luna pasti akan merindui aku dan begitu juga dengan aku. Berat hati rasanya nak melepaskan Luna pergi, tapi apa kan daya, semuanya demi kebaikan Luna juga. Aku harus redha dan pasrah. Kalau Luna duduk dengan aku sampai akhir hayat dia, dia mungkin akan terseksa. Terkurung di dalam sangkar dan hanya kadangkala dapat keluar melompat-lompat dengan girang. Tatkala menulis entry ini, air mata ku sudah membasahi pipi, mengenangkan keadaan apabila tiada Luna disisi. T___T.

Luna, bila dah sampai di tempat orang, jangan kau mengada-ngada memilih makanan ataupun jangan kau sombong. Belajarlah cara untuk berkawan dan bergaul mesra bersama teman sespesis kau. Salah aku juga kerana kau begitu. Aku tidak memberi kau teman untuk berkawan, yang hanya ada hanyalah seekor kucing kecil yang sawan dan cacat yang sering menganggu kehidupan kau di dalam sangkar. Jangan makan kertas ataupun kotak, mahupun mengigit wayar apabila kau berada di sana nanti. Kau akan bebas apabila berada di sana. Carilah pasangan hidup agar kau mempunyai generasi yang sangat comel.

Hiba je hati ini bila fikirkan raya kali ini aku tidak akan beraya bersama kau. Tahun lepas pun memang aku tak beraya dengan kau. Kau beraya di dalam kedai haiwan di IKANO sebab aku belum beli kau lagi. Luna, kau janganlah risau. Aku akan sentiasa update keadaan dan status kau apabila kau disana. Aku pasti akan merindui kau teramat sangat. Saat ini, Luna berada di dalam pangkuan ku. Mungkin buat kali terakhir. Mungkin esok lusa aku sudah sibuk dan tak dapat memegangnya lagi. T____T

Okeylah, setakat ini sahajalah. Aku mahu meluangkan waktu bersama Luna. Babai

Luna ku sayang..


p/s : Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 53 Malaysia!

Thursday, August 19, 2010

XS Recap

Salam,

Oh, sangat sedih.
Sedih sikit aje, tak banyak.
Ingat tak entry sebelum ni aku ada cakap pasal barang free?
Alah yang extra small tu.
Ok lah, kami staff third party tak dapat tau!
Tak aci punya shell.
Kedekut taik idung masin (macam mana tau masin?)

Huh, kecewa sama kamu wahai kampeni yang besar lagi gah,
tapi kedekut gile kot korang.
Ape la sangat bagi kitorang barang pree sekali sekala.
Aku nak mogok la dekat kampeni nanti.

"Kami mahu barang free! Kami mahu barang free!" 

Okay, nape nak emo gile aku ni?
Nak kata unstabilized hormone,
belum sampai time lagi.
Haha. Gelak sorang-sorang.
Sadis tak?

Dahlah, aku nak gi merajuk dalam jamban belakang kejap.
Babai.

Monday, August 16, 2010

Kejamnya Manusia

Salam,

Kali ni nak ubah topik sikit..
Nak muhasabah diri sendiri dan sesiapa je la..
Apa yang aku boleh cakap,
Kejam.
Manusia ni memang kejam.

Kenapa mereka kejam?

Entahlah..mungkin mereka memang dilahirkan kejam?

Pagi tadi, masa dalam perjalanan nak sampai ke office,
aku berhenti dekat satu traffic light bawah flyover dekat sunway,
tengah tunggu lampu turn to green, aku dengar suara anak kucing,
Haish..siapa lah yang kejam pergi buang anak kucing tepi highway ni?
Tak kan lah anak kucing tu pandai jalan sendiri kot?

Dalam dua minggu lepas, adik aku balik rumah,
lepas tu dia tunjuk aku video klip pasal kucing,
kucing tu kena potong kaki depan dia ataupun tangan dia,
sebabnya kucing tu mencuri ikan dekat kedai makanan orang bukan muslim.
BODOH betul siapa yang buat tu!
Ada otak tapi tak pakai.
Ni dah serupa macam hukuman hudud
dan itu adalah untuk MANUSIA bukan binatang!

Kalau kau anggap dia macam manusia,
hantar lah dia pergi balai polis sebab curi ikan kau BODOH!
Tak berperike'haiwanan betul manusia ni.
Sanggup buat binatang macam tu.
JAHANAM betul.

Satu lagi hal, bila yang mati katak bukan lagi katak,
tapi kucing atau anjing.
Mati kena lenyek pula kat highway, ape kes?
Aku dari dulu lagi lah tertanya-tanya,
Macam mana binatang-binatang tu boleh sampai kat situ?
Kalau anjing tu aku rasa macam jarang sikit kot,
tapi kalau kucing? banyak kan?

Ni semua kerja manusia la ni,
kalau iye pun nak buang kucing,
buang lah dekat tempat yang diorang boleh cari makan,
macam dekat gerai-gerai, kedai makan, pasar borong,
tak pun paling senang dekat dengan rumah orang suka bela kucing.
Ni aku tak dapat nafikan memang ada orang buat.
Dekat rumah aku dulu memang banyak kucing,
dan akan ada orang yang akan buang kucing dekat rumah aku.
So memang mereka-mereka yang dibuang,
akan dapat makanan walaupun sikit.

Kucing kan binatang kesayangan Rasulullah,
kenapa lah buat macam tu, kesian dia.
Bagi yang bukan islam tu toksah dok kata la.
Memang depa tak paham.
Ceh sekali keluar ayat utara pulak.

Manusia oh manusia.
Sedangkan anak sendiri pun boleh dibuang,
boleh didera dibunuh,
apetah lagi haiwan yang tak tahu apa-apa tu.
Haiwan tu ada otak tapi tiada akal,
kenapa lah manusia yang ada akal dan otak ni perangai lagi teruk?

Bukan susah pun nak jaga haiwan dan bagi makan,
yang penting kena ikhlas dan sabar,
insyaallah binatang yang kita pelihara dan jaga tu,
akan mendoakan rezeki untuk kita.
Walaupun aku kadang-kadang geram jugak dengan kucing ni,
tapi aku tak sampai hati lah nak bunuh atau seksa mereka,
dengan begitu kejam sekali.

Aku mintak simpang lah supaya aku tak jadi kejam macam tu,
aminn..


Kesian lah kat saya. Jangan buang saya. Saya lapar. T-T

Monday, August 09, 2010

If it Kills Me

Malas,

Memang malas,

Rasa malas sangat,

Sangat-sangat malas,

Terlalu malas rasanya,

Kemalasan mengatasi segala-galanya.


Monday Blues, memang blues habis.
Macam ni lah rasanya monday blues yang malas.
Datang pagi-pagi di office rasa macam sengal semacam.
Lemau je.
Muka terasa macam kebas.
Tangan terasa lemah,
badan terasa letih,
Mulut terkunci rapat.
dan mata pun hampir terpejam rapat di hadapan PC..

Jiran disebelah kanan sedang bercakap di telefon bimbit.
Mungkin bercakap bersama teman wanitanya.
Jiran di hadapan pula tidak tahu apa yang dilakukan, menghadap PC,
belum tentu lagi dia sedang tekun melakukan kerja.
Jiran di sebelah kiri pula baru bangun dan berjalan ke arah teman sepejabat lain,
berbincang perihal kerja agaknya.
Si Kelabit baru berlalu di belakang,
menuju je mejanya dan duduk.

Si Cina baru lintas di belakang sambil memakan biskut jejari,
matanya pula melihat kumpulan teman pejabat yang sedang berbual mesra,
sambil berjalan menuju ke arah belakang,
mungkin mahu ke tandas.

Kelibat tiga orang teman pejabat termasuk jiran di sebelah kiri,
sedang berdiri sambil bercakap dan mendengar,
hal dan isu berkaitan kerja di bincangkan dengan yakin.
Yang lain nampak sedang tekun melakukan kerja.
Senyap tanpa suara.
Mungkin Monday Blues seperti aku juga?

Dua orang berjalan menuju ke pintu keluar,
hajat di hati mahu menambah penyakit,
membuat pencemaran dan mengundang kebakaran.
Dua lagi termasuk jiran sebelah kiri,
berjalan keluar sambil mengikuti dua yang tadi.
Sambil mengunyah roti boy palsu,
membebel kerana tertipu.

Suasana sepi kembali.
Hanya terdengar ketukan di papan kekunci,
bunyi tetikus yang ditekan,
bunyi laci yang sedang ditutup dan dikunci,
bunyi mesin pencetak juga tidak ketinggalan,
dan juga bunyi tetikus yang di "scroll" kan.

Di meja pula ada banyak barang bersepah,
ada mug berisi sisa susu dan oat,
botol berisi air masak sebanyak 800ml,
telefon bimbit dua unit,
dan makanan di dalam balang.

Dengan muka yang tekun,
aku menaip penuh yakin.
papan kekunci di tekan,
sambil tangan kanan bersiap sedia untuk menekan tetikus,
menurunkan tab tetingkap "Blogger : The Dark Side of Me-Create Post"
apabila ada orang berpangkat tinggi lalu.
Dasar belakang di buka fail berkaitan kerja.
Supaya senang untuk berpura-pura.

Okay aku dah bosan.

Terima Kasih.

Thursday, August 05, 2010

Saya tak faham kenapa..

Saya tak faham kenapa dia suka sangat dengan saya,
Saya pergi kemana-mana dia mesti ada.
Tak kiralah siang atau malam, dia mesti ada.
Maaflah, saya bukan tak suka dia,
tapi saya dah ada orang yang saya suka.
Walaupun saya kenal dia lagi lama dari En Kajicuaca,
Tapi saya tetap tak boleh lepaskan dia pergi.
Eh jap, maksud saya..err..saya tak boleh berenggang dengan dia,
walaupun saya tak suka dia ikut saya merata-rata.

Arr..saya dah tak faham apa yang saya nak cakap ni.

Kenapa dia selalu menghantui saya?
Mungkinkah dia adalah hantu dan sebab tu lah dia menghantui saya?
Saya tak pasti, yang saya tahu dari kecik lagi dia suka ikut saya.
Sampai sekarang and right now, dia ada dekat dengan saya.
Saya dah cuba berkali-kali elakkan diri saya dari dia,
tapi dia macam tak faham bahasa je.

Ke saya yang tak faham bahasa dia?

Kalau saya pergi dating pun,
saya perasan dia akan ikut saya.
Eh eh, tapi kan En Kajicuaca saya pun ada yang mengikut juga.
Betullah, kiranya si dia pun ada kembar yang suka mengikut.
Mungkin En Kajicuaca saya tak perasan kot.
Selama ni saya nak tanya nama dia,
tapi kawan saya cakap dia memang suka ikut orang pun.
So jangan takut.

Bodoh la, saya tanya siapa nama dia dekat kawan saya, bukan tanya kenapa dia ikut saya.

Saya tanya balik, tapi kawan saya macam tercengang-cengang.
Kawan saya kata,
" Bukan ke tadi aku dah sebut nama dia ?"

Lepas tu saya kata,
" Hah, yeke. Takde pulak aku dengar. "

Kawan saya kata,
" Ada lah.."

Saya kata,
"Takde lah, hah dah tu ape nama dia?"

Kawan saya kata,
" Bayang-bayang la sengal! Ko ni ape suka tanya soalan bodoh dekat aku?"

dan aku pun kata,
"Oooohhh..yekeeee"

Lepas tu dua-dua diam.

THE END

Wednesday, August 04, 2010

Siapa yang tahu

Rasa sangat terasa dengan kejadian yang berlaku.
Terasa bagai ada yang tak kena.
Kenapa ya? Aku tidak peduli tentang itu lagi.
Tapi kenapa aku perlu terasa?
Mungkinkah....ah, abaikan saja.

Pernahkah terfikir, untuk lahir di dalam keluarga yang lain?
Aku pernah dan selalu.
Pada mereka yang tahu kenapa, tahulah kamu semua.
Pada yang tidak mengerti, abaikan sahaja.
Perkataan "kenapa" dan "mengapa" sering wujud dalam fikiran aku ini.
Kenapa ya...mengapa ya...

Mengeluh, letih, pedih dan sakit
Aku dah lali dan tetap aku harus hadapinya.
Ada yang tak mengerti, kenapa aku jadi begini.
Ada yang mengerti tapi tidak cuba untuk fahami.
Aku letih begini..

Kamu tidak mengerti..
Kamu semua tak fahami..
Apa yang aku rasakan kini,
terlalu pedih untuk aku selami..

**********************************************************

p/s : baru aku perasan yang entry aku sebelum ini sangat panjang. Maaflah ya!

Wednesday, June 16, 2010

Suka Hati Kau je kan?


Buat kali keduanya aku rasa macam nk resign dari keje aku sekarang ni. Dulu aku nak resign pasal orang dekat office ni yang buat aku bengang, then aku pikir balik macam tak masuk akal dan aku still need more and more working experience dalam company oil & gas ni and now aku rasa nak resign lagi sekali sebab aku tak puas hati dengan orang office jugak. Sadly, i still need this job pasal salary yang boleh kata highest among all yang aku boleh dapat. After all its oil & gas industry, sebab gaji banyak la yang orang nak keje.


Ok, back to the main story. Cite nye cenggini, once upon a time..wtf..ingat fairytale ke. Semalam aku balik as usual at 1600 hrs. Disebabkan aku malas nak tunggu bas atau terlepas bas, aku drive sendiri pergi office dan aku tak percaya yang aku buat macam tu. Biasanya aku tak off PC aku sebab office mate aku ramai yang tak OFF pc mereka. So before aku AWAY kan diri aku dari PC, aku tengah working on something relate to work and luckily i didnt SAVE that excel file. So aku assume yang tak akan ada orang kacau PC aku ( walaupun company yang bagi pinjam) while i'm AWAY.


So this morning, aku sampai office about 0640 hrs and aku find out yang PC aku da OFF. Aku macam blur kejap depan PC sambil letak handbag atas workstation aku. Pastu aku gi cekidaud PC office mates aku yang lain manatau PC aku restart semalam or office ni blackout kejap ke. Then aku find out yang PC aku je yang OFF yang lain tak siap screen saver bergerak riang lagi. So aku pikir aku nye PC maybe tengah auto-update and shut down sendiri. So aku rasa cam aku patut salahkan diri aku sendiri sebab tak SAVE that document. Pastu aku da lupa da pasal tu.


Tak lama lepas tu kawan aku si Naga sampai office. Naga dengan aku ni kalau bab-bab gossip ke memang kamceng. So Naga bagitau la yang semalam boss aku tu yang OFF pc aku dengan suka hati dia. "It's a Company Policy" katanya. Dah tu yang lain-lain tak OFF PC tu datang dari policy company mana? WTF betol. Aku sangat bengang. Aku tau dia bengang dengan aku pasal aku da macam malas nak balik dengan dia. Aku malas pasal dia GATAl. Aku report dekat management baru dia tau. Sexual harrassment. Masuk lokap nanti. Padan muka! Marah betol aku kali ni. Dia ingat dia boss boleh suka suki makan penampar nanti.


Aku sangat marah, bengang dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tunggu nanti aku dapat kerja lain, BYE BYE BYE la. Kali ni macam nekad je. Haha.


Oh aku sangat marah! Purrrrr!!!