Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Work.Related. Show all posts
Showing posts with label Work.Related. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Tuning on working mood -_-"

Hellow hellow hellow,

Kemain banyak lagi hello aku kann. Semalam aku officially start kerja balik. Warghhh. Gila bosan dekat opis sampai tak buat hape pun. Duduk melepak kejap pastu pergi pump kol 10 sampai la kol 11. 11.30 pergi pavi lunch sampai la pukul 2. Heaven kot. Siap lepak kopibin lagi. Huahuahua. Sorang lagi member opis yang baru masuk kerja after her longggg maternity leaves pun turut serta. Masing-masing mood nak bekerja tak sampei lagi. Sampai opis da pukul 2 lebih. Google itu ini, kol 3 smayang dan pump lagi sampai kol 4. Memang lepas tu kemas dan balik la. Semalam husband yang menjaga Ammar. So tak kisah and risau sangat. Risau bila dia tidur tak sadarkan diri sampai anak ek ek ek pun dia sumbat pacifier je la.

Pagi tadi Ammar bangun every 2 hours, 1am->3am->5am. Lepas kol 5 dia takmo tidoq, so aku tuka diapers sume, lepas tu dia kentut dia berak sikit dan tuka lagi. DF kejap pastu dia takmo, lepas tu dalam 15 minit nak lagi. Bagi lepas tu taknak. Nasib la da siap-siap kemas bag dia semalam, cuma aku rasa aku lupa letak mitten ngan booties dalam bag tu. Pakai je la yang semalam dulu tu nak oi. Balik kang mama tukar. Haha. Sampai umah BS dia da lena tidur. Pagi tadi sempat pump sebab breast rasa cam da full tapi bila di pam pam dapat 2oz sebelah kanan, pam sebelah kiri cukupkan sampai 5oz. 2.5oz letak dalam botol untuk anta umah BS. Bak kata erna harus di selang selikan EBM dengan yang fresh baru baby tak reject EBM. So far Ammar tak pernah reject EBM, tapi aku buat je cam erna ajar. :D

So hari ni ada farewell luncheon, yahoo makan lagi. Haha. Tetiba rasa tak sabar nak balik. Nak ambil Ammar mama sorang tu cepat-cepat. Kbai

Assalamualaikum

Monday, April 09, 2012

Monday + Detailed Scan

Blablabla
Minggu ni kerja dua hari je. Yesss..Rabu dah cuti and Khamis+Jumaat ada Away Day. Last week memang dah tak kerja sebab outstation pergi Pasir Gudang. Tunggu lagi dua minggu dan keching keching gaji pulak masuk. Bulan April yang sangat best. Best sikit je. Last week yang best duduk hotel dan makan free dan claim for outstation. Indahnya dunia. Makin murah rezeki baby nampaknya. Balik semalam check mail ada annual report from ASB, tengok dia punya dividen lagi tinggi dari last year punya padahal 2 3 bulan before kahwin last year memang aku dah keluarkan semua duit savings dan tinggalkan balance yang paling minimum. Alhamdulillah dapat juga bonus+dividen walaupun tak sampai RM20 baki. Dari bulan Januari nak update buku tengok berapa dapat, tapi tak buat-buat sampai la bila surat sampai baru tau.

Anyway minggu ni ada banyak assignments nak kena submit. Tak tau lah kalau aku yang pemalas ni rajin ke tidak nak menyiapkan. Hmm. Makin lama momentum nak study makin merudum. Ada lagi few more weeks untuk attend class dan lepas tu exam dan i'm done. Extending my semesters sampai next year. Babymoon lah jawabnya sambil prepare for my little caliph. Talking bout our little junior, semalam pergi klinik for detailed scan since doc cakap dah boleh pergi, tapi bila masuk bila and sonographer tanya berapa weeks, dia kata still too early tapi jangan risau sebab only certain organs je yang tak nampak sebab kecik lagi. Dah tunggu lama, redah saja lah. Alhamdulillah semua normal. Kaki tangan jari and so on kecuali jantung tak dapat nak tengok valves dia sebab still early. Repeated scan dekat bahagian jantung masa kandungan dah masuk 28w nanti. Lagi satu yang buat aku risau sebab sonographer cakap "lowlying placenta" due to early pregnancy aku kerap spotting/bleeding. Lagipun ni my 2nd pregnancy, risau la jugak ada effect from previous one.

Google

Tadi buat research pasal "lowlying placenta", usually akan jadi normal bila dah masuk 2nd half trimester. Only 0.5% je yang akan continue to have lowlying placenta bila dah masuk 3rd trimester dan time ni nama dia jadi "placenta praevia". Kalau yang tu memang aku takut sangat sebab tak boleh nak deliver normal. Kena c-sect. Ya Allah mintak Kau jauhkanlah aku dari penyakit seperti itu. Amin.

Alhamdulillah semalam dah nampak baby punya genital organ. Haha. Cenonet je kan, lagi-lagi time tu baby dok duduk terkangkang. Adoi, baby ikut perangai siapa la tu kan, tak senonoh betul. Last scan bulan lepas nampak dok kicking je, main bola eh dalam tu? :)

Semoga baby sihat dan panjang umur. Jadi anak yang taat dan soleh ye sayang.

Assalamualaikum.

Wednesday, February 15, 2012

Wordy Wednesday #2

Hellow,

Before lunch tadi pergi jumpa dengan contractor. Boleh pulak dia cakap maternity leaves yang kitorang entitled tu memang paid leaves, TAPI since kitorang tak request masa bidding process so memang unpaid. Aku ni dah la tengah swing mood dari pagi tadi, bila je abis dia cakap macam tu memang muka aku obviously berubah. Lantaklah diorang nak perasan ke ape ke aku berubah, benda yang sepatutnya kena cover tak dapaat pulak. Lepas tu boleh kata it's all in your expected salary dan kalau request dulu barulah diorang akan pro-rate kan gaji. Tak masuk akal benda ni. So laju je lah tangan aku texting my supervisor sebab last friday he said that it's going to be a paid leaves.

Lagi tak puas hati sebab that contractor said yang kalau tak agree dengan terms and condition, boleh declined the offer and they will find others candidate to replace my position. Amboi, kalau dia ambil other candidates belum tentu dapat bayar as low as what i requested. We all dapat position ni pun sebab our expected salary yang paling rendah. Time tu aku rasa muka aku dah panas dah. Few minutes lepas tu, my supervisor reply my text dan cakap yang it's gonna be a paid leaves, don't worry and he will talked to the PMU staff dekat Miri. Macam mana tak risau kalau duduk dua bulan cuti tak bergaji, baik aku ambil unpaid leaves sampai 100 hari. Dah taknak bayar sangat kan. Lepas cakap itu ini, again my supervisor called me and cakap pasal paid leaves tu dan suruh aku bagitau kat contractor pergi consult this staff regarding maternity leaves. Lepas dengar tu, lega sangat-sangat aku rasa. Hilang satu beban. Serius. So nanti bila nak cuti, just fill up satu form dan suruh supervisor sign and then Shell will pay my full salary up to two months. Kan senang cerita. Jangan cakap diorang tak tau sebab aku rasa memang diorang tau pasal procedure tu.

Susah betul kalau kerja contract ni. Gaji banyak memang banyak tapi the benefits yang kita dapat tak banyak. Well, aku yang pilih untuk kerja macam ni. Have to accept it tapi kena lah be smart. Kalau aku senyap tak tanya banyak, memang kena tipu la sepanjang aku kerja. Lesson learned.

Google

Assalamualaikum.

Thursday, February 09, 2012

Laziness Pays Off Now

Hellow,

Sekejap je dah seminggu aku start kerja. Kerja serupa takde kerja. Public holiday banyak sangat sampai rasa malas tu dah melekat kat diri ni. Maybe sebab dah lama tak kerja duduk rumah je, lagi lah rasa macam malas sangat nak pergi kerja tu ada. Bila tak kerja, cari kerja, dah ada kerja, malas la pulak. Sabar, sabar dan terus bersabar. Lagi tiga minggu nak end my 1st trimester. Oh my sangat lama. Makin hari makin lemau. Lagi-lagi bila dekat office nak baring pun tak boleh. Biasa duduk rumah kalau lemau je mesti nak baring, tengok tv. Paling tak best duduk office ni nak cari makanan payah. Ada tu ada la, tapi takkan everyday nak melantak secret recipe? Miskin mengalahkan kambing jugak aku nanti.

Last week ada jumpa dengan contractor bincang pasal contract kerja baru ni. Hmm. Sangat tak memuaskan lah company manpower ni. Ingatkan nama dah Cekap tu sangat cekaplah kalau buat kerja ke, ni takde maknanya. Bila email, lambat respond, dah tu bila dah reply email takde feedback apa-apa. Bincang pasal contract, banyak disadvantage rupanya company ni. Paling tak tahan tu bila monthly medical claims takde langsung, kiranya kalau MC bulan tu tak boleh claim. Semua dah termasuk dalam gaji yang dia bagi. Memang teruklah, at least previous company walaupun agak kedekut, every month bagi RM50 untuk medical claims. Manpower baru ni pulak, maternity leave : UNPAID. What? Duduk nganga dua bulan takde gaji ke? Boleh pulak dia kata kenapa tak mintak masa bagi expected salary. Eh bila dah bagi expected salary terus senyap takde feedback until result keluar ape kes. Maternity leave punya gaji pun nak pro-rate kan ke? Kambing betol.

Bila dah jadi macam ni mula la rasa malas tu makin menjadi-jadi. Rasa menyesal jugak sebab bagitau dekat supervisor pasal contractor ni ok lah bagus lah apa lah. Itulah dengar lagi cakap orang kan. Budget semua manpower akan follow the same standards. Entahlah. Terpaksalah savings lagi duit gaji yang akan datang untuk cover masa maternity leaves dan nak beli barang baby. Takkan 100% nak mengharapkan encek suami belikan. Dah hidup sekali, kenalah give and take jugak. #tak sangka aku cakap camtu..haha.

Agaknya tahun depan kalau jadi plan diorang nak pindah office ke Shell Lutong, bye bye lah jawabnya aku. Malas pulak nak kesana, dengan transport payah, makan tempat tinggal dan study. Study? Malas jugak nak start sem baru. Boleh tak nak quit je study?


Google
Assalamualaikum

Thursday, December 29, 2011

Dilema bukan Delima

It's been six month since our akad. Cepat gila kan masa berlalu. Cepat gila kan benda berubah dan terus berubah. Hmm. Cepat gila dah tiga bulan tragedi tu berlalu. Lepas tu, aku jadi agak sensitif bila ada yang bercerita tentang yang berkaitan. Hmm. Terlalu emo mungkin? Sudahlah, bukan rezeki. Apalah yang nak di ingat-ingatkan. Ada orang lain yang sama situasi macam kita, rileks je. Yes. Diorang sangat rileks, tapi dalam hati mereka siapa yang tahu kan?

Misi bulan lepas gagal. Hmm. Bulan ni? Entahlah. Taknak terlalu stress dan berharap. Hanya mampu berdoa..dan terus berdoa. Semoga Allah perkenankan doa yang telah di doa kan setiap hari.

Rezeki kerja sudah nampak, tapi harus buat pilihan. Tak nak buat pilihan yang salah kali ni.

Kerja XXX - 3 years contract, 2 x current salary, easy peasy work, flexible working hours, good supervisor. But still no B&W that makes me confirmed that i will get the job. Kalau ikut hints from supervisor, rasa macam dapat tapi who knows. Benda berubah sekelip mata.

Kerja YYY - Permanent job, below expected salary, travel a lot, no dental & maternity coverage, new environment, new supervisors, new post, new job description. Confirmed but didn't decide whether to accept or not.

Nak buat pro and cons pun macam tak tahu dah. Semalam lepas solat sempat la mintak bagi petunjuk. Lepas tu masa nak tidur, tengok phone ada text message from my supervisor saying that i am in the top three list. Hmm. Itu ke petunjuk? Pagi tadi pun my supervisor's boss pulak yang bagi hint. He said that they can't promise anything but all he can do is smiling. Is that a good news? Is the smile means that i got the next PMU contract? Allah je yang tahu.

Sekarang dah stuck nak pikir macam mana. Diikutkan hati, nak saja reject offer dari company YYY dan tunggu tawaran dari Company XXX. Nak tanya pendapat pun takut pendapat tu tak dapat nak bagi solution. Kalau in laws tahu aku dapat offer ni, for sure la dia akan suruh aku accept. Masalah aku gaji tak masyuk je kot. Hmm.

What will be will be.

Assalamualaikum.

Tuesday, June 14, 2011

So many things to do, so little time.




Hellow,

Tajuk entry dekat atas buat aku teringat dekat baju yang kawan class aku pakai time pi lecture. Haha. Bila baca, kitorang ramai-ramai gelak. *yang gelak tu je yang paham kenapa*. Memang dia banyak kerja nak buat dan less time to perform it. Mana tak nye, dok berlengah sana sini. Wasting time betol. Thank god this semester dia tak include dalam our group. LOL. Aku kan garang, opkos le dia taknak sebab nanti aku kasi ayat sarkastik bila ada yang tak buat kerja termasuk dia. Ohsem jugak aku ni boleh buat macam tu. Haha! Oh ye aku memang jarang nak senyum bagai. Buat tambah kedut dekat muka ja. Hahahaha. Aku pernah baca " The best way to avoid wrinkles is never to smile " dekat wall kedai The Body Shop dulu. Yes it is true kalau kita suka senyum akan terjadilah kedutan-kedutan halus sekitar mata dan jaw line, but kalau kita senyum pun boleh jadi awet muda kot. So the best way for me do it moderately tapi aku rasa aku ni more to "unsmiley" face. -_-"

Owh aku suka tersasar dari tajuk asal. Cerita pasal banyak benda nak kena buat, tapi aku ni tengah berlengah-lengah buat entry apa hal kan. SO the story begins bila in the same time aku busy buat preps untuk the big day, kat office pun busy untuk buat data upload dan pasal study pulak, i have test this weekend. Nak buat mana satu? Submit updated data lepas tu study untuk test? Planning macam bagus tapi..berjayakah aku? Lepas settlekan test, then baru aku boleh fikir pasal preps balek. omg..11 hari? seven 11?


So many things to do, yet so little time.

That's end my entry today.

Ok. Bye.

Friday, May 27, 2011

to go not to go

Trip to Miri : 22 - 24th June.

Cuti Kahwin : 23 - 27th June.

So sekarang kalau aku pergi, aku terpaksa cancel cuti aku on 23rd.

Critical discussion on 22nd dengan 23rd. Sebab nak upload data untuk HP Compressor.

That's under my custody. Habis meeting petang, kena kejar flight petang tu.

Tak pergi pun sebenarnya takpe, sebab my supervisors kata dia faham aku tengah busy time-time critical tu.

Kalo pergi pun best jugak, tapi aku kena siapkan task yang patut aku buat on Thursday tu awal-awal.

argghh..stuck in the middle.

Friday, March 25, 2011

Hellow,

Oleh sebab aku sangat bosan harini, aku lukis layout tempat aku duduk. Lokasi aku dekat laluan pedagang (left side, first cubicle) depan bilik bosses/managers. Lokasi aku ni strategik since semua orang yang nak ke pantry atau nak ke bahagian depan (section A) akan lalu tepi aku. Makanya, aku tak boleh nak bertenet sesuka hati. That's why aku suka datang awal dan bertenet. Sekarang pun nak buat entry macam sorok-sorok padahal takde ramai orang sangat kat sini. I.E screen pun aku minimize kononnye taknak bagi orang yang lalu nampak apa aku tengah buat. *padahal diorang boleh nampak!*


Layout : 13th Floor, Menara AA (Section B)

Cubicle-cubicle yang aku tanda X tu kawasan zon bahaya kalau nak bertenet. Dahlah depan bilik bosses sume, elok pulak PC kita menghadap cermin depa, memang cari nahas la kalau dok menyeleweng masa kat office. Bilik belakang aku ni, bukan bilik line manager aku, so agak selamat sikit la. Escape route aku kalau nak balik cepat if both supervisor and line manager aku ada adalah line putus-putus merah. Time selamat nak balik pukul 4.30 petang sebab ramai balik time tu. Line putus-putus biru adalah safe mode escape route ( kalau bosses takde). Okay, sampai sini je lah aku nak mengarut.

Til then, chiao!

Thursday, February 10, 2011

^____^

Hellow,

sangat eksaited nak pergi trip next week. hoho. harap semua berjalan lancar..

**assignment tak siap lagi. Boleh buat lepas balik trip tak ar?
-________-"

Friday, January 21, 2011

--> TGiF

Hellow,

Selamat hari jumaat..weeehooo..seronok..seronok..esok takde class dapat aku terbongkang sampai tengahari. Lepas tu bangun sakit kepala tak hengat. Cuti semalam macam tak terasa je. Paddayyappa sungguh. Semalam pergi tailor hantar baju untuk nikah. Sumpah badan naik sekarang ni, harap-harap by the time nanti dapat lah kurang-kurangkan apa yang patut. hohoho. Hantar baju dekat-dekat rumah je, dan upah dia tak lebey dari 150, korang rasa mahal ke murah? Baju aku takde beads banyak pun just ada labuci sikit je. Entahlah, dah hantar da pun. Harungkan je lah.

Petang ni ada informal meeting or interview tah ape ape jelah. Sebabkan dia dah kata informal, jadi aku pakai jeans dengan shirts je. Lagipun hari ni half day kot, takkan nak pakai baju kurung! Pukul 12 karang balik terus pergi ke Taman Jaya and park dekat sana. Lepas tu jalan kaki ke LRT and terus zasss ke klcc. Meeting pukul 2.30 lepas solat jumaat memandangkan orang yang set up meeting tu islam.

Mood harini tak berapa nak best. Sakit kepala gile. Maybe semalam sebab hidung aku tersumbat pastu asyik terjaga tengah-tengah malam. Mimpi pun tah hape-hape. Pasal meeting/interview petang ni, aku tak rasa pun aku nak accept job tu kalau dapat. Tahla, job scope dia macam lebih kepada admin je. Kena buat weekly report bagai. Ape-ape pun kena tengok petang karang macam mana, dari segi gaji benefits semua.

Nak harapkan kerja sekarang ni, mimpilah kalau nak dapat naik gaji. Kalau dapat sambung pun bukan sampai sepuluh dua puluh tahun pun, just dua tiga tahun. Lepas tu aku nak cari kerja apa pulak? Dah dua job offer permanent aku tolak. Tah apa nak jadi daaa..maybe sebab aku belum ready nak keluar dari comfort zone ni. -______-".

Okeylah. Kepala makin sakit ni, til then, bye.

Friday, January 14, 2011

i believe i can fly

Hellow.

Oh aku sangat teruja. Excited gile lah. Bila lagi nak dapat peluang free-free macam ni. Takde sapa nak bagi, melainkan kalau kau keluarkan duit sendiri. We're going to Miri for a meeting. Pergi meeting tu tak teruja sangat pun, tapi nak ke seberang sana tu yang buat excited habes. Company sponsor flight dengan accomodation, even hanya beberapa hari pun at least dapat jugak lah aku merasa pergi seberang sana. Flight on 15th Feb tapi meeting on 16th in the morning. 15th tu kan Maulidur Rasul, so cuti and ambil flight pagi. Sampai sana dah ada planning nak ke Gua Niah da sebenarnya. Hoho. Tak dapat ku bayangkan. Boleh la jalan-jalan satu hari. Engineer office aku plan nak pergi last flight on 14th tapi tak tau lah dapat ke tak. So far, company dah confirm booked flight for 15th and 17th. Kalau nak tukar date flight maybe kena tengok dulu la. Kalau ikut hati kami bertiga ni, of course la nak pergi on 14th, sebab 15th morning da boleh start journey da. Supervisor aku kata dari Miri ke Batu Niah take time almost two hours jugak la tapi it depends jugak.


Woahhh..pasti menarik..!
 Pagi petang siang malam dok terbayang-bayang trip ni. How it will gonna be when we reach there. Tapi cam bangang je, trip lagi sebulan da dok fikir sekarang. Choiii.

Okeylah, ai de banyak kerja hari ni. Till then, so long and assalamualaikum.

Thursday, January 13, 2011

atok oh atok

Hellow,

Baru pukul sepuluh lebih dah rasa bosan yang amat sangat. Pandai-pandai sendiri lah cari kerja yang berkaitan untuk dibuat. Kalau tak kang, ada yang mengata bagai. Huh, dah takde kerja yang nak buat kenapa mesti nak hipokrit berpura-pura. Kadang-kadang terlintas kat fikiran aku ni yang HIPOKRIT itu perlu tapi tengok keadaan. Macam situasi yang aku dengan kawan sebelah aku ni tengah alami. Kerja kami, tunggu orang bagi kerja. Kalau dah orang tak assign any task, nak buat macam mana kan? Task yang sedia ada memang lah tak siap 100% tapi nak menyiapkan tu tak boleh sebab memang tak boleh nak update. Kalau ye pun sekali update less than 10% kot yang naik. So just abaikan.

Alkisahnye, cerita ni semua disebabkan oleh atok. demyuatok. Kenapa kau suka lalu lalang dekat tepi ni atok. Aku tau ko nak tengok kitorang wat kerja ke tak. I know it. Sebab atok la aku kena pura-pura ada kerja. Atok suka lalu lalang lepas tu buat-buat macam terlupa something and patah balik half way lepas tu macam dah ingat something and patah balik. Why atok, why? Just come here and talk to us lah atok. Ask us why we don't do something that related to our job scope. You are so mean lah atok. In front of us you just keep a silent, but then behind us you say this and that. What's wrong with you atok? Long enough to live? Hahaha.

Okeylah atok, aku tak mau cari gaduh dengan kau tapi kau yang suka cari pasal. Sebab tu kau suka lalu lalang dekat sini. Aihatechuu atok. Atok, i know that you are my Line Manager, but why you like to spy on us? you are so childish atok, you are.

Err atok, can you extend my contract for the next two or three years? haha.

bye.

Tuesday, December 14, 2010

Cleaner cum Tea Lady..?

Hai hai..

Hari ni tetiba rasa nak buat entry pasal makcik dekat office ni.

Sorry makcik, saya tak tau nama makcik. Tiap-tiap hari kalau nampak makcik saya akan jerit " Aciiikkk..!" sambil saya melompat depan makcik dengan tujuan nak mengejutkan makcik yang kadang-kadang melatah.

Saya harap makcik dapat maafkan saya kalau makcik rasa marah. Haha. Okay saya siriyes ni.

Makcik ni mula-mula aku kenal masa aku kena pindah office a.k.a turun takhta dari office KLCC ke office dekat Menara AA yang macam susah nak cari kemudahan seperti pejabat pos, bank-bank dan tempat makan. Berhadapan dengan Jalan Tun Razak yang sangat sesak, memang sakit jiwa kalau tengok jalan sesak pagi dan petang tiap-tiap hari. Eh aku tengah cerita pasal makcik bukan pasal office.

Makcik ni nak kata rajin, emmm so-so la tapi at least dia buat kerja walaupun ada pihak yang mengatakan dia suka tidur dalam pantry tapi so far kebenarannya aku tak berapa nak nampak sangat lah. Makcik ni dah umur dalam 60an kot, mesti la kudrat dia nak buat semua kerja macam kureng sikit, ye tak?

Makcik suka komplen banyak-banyak kalau ada orang office yang tegur dia. Betul, kalau kau ada dekat office ni kau tau la nanti berapa lama kau nak amek masa nak buat coffee dari coffee maker yang sememangnya dah tersedia coffee dalam tu. Buat coffee dalam 2-3 minit je tapi nak dengar keluhan makcik tentang tanggapan orang terhadap beliau memang lama. LAMA tau tak. Ok aku tipu, ada la dalam 10 minit. Hello makcik saya penat nak berdiri ni, kalau nak sembang meh la ke tempat saya nanti. Haha.

Makcik ni baik jugak la. Baru pagi tadi dia bagi aku satu bekas penuh isi dengan surat cinta cokelat yang sedap. Maksud aku "love letter" a.k.a Wafer Roll yang aku dok gila-gilakan dekat office tuu. Kalau tak faham jugak sila google.

Makcik ni gempak gila kau tau tak. Sempoi habis dan otak dia boleh katakan gila-gila remaja macam kitorang dekat office ni jugak. Ade ke patut satu hari tu dia kata nak sumbat aku dalam plastik sampah gara-gara gurauan abang office sebelah aku ni. Tak guna betul. Saya tak ambil hati pun makcik, jangan risau. Cara pemikiran makcik ni memang kelakar habis. Sumpah kelakar.

Makcik ni buat kopi yang paling sedap aku rasa. Maksud aku sepanjang dua tahun aku kerja mana ada aku minum kopi, tapi sejak bau aroma kopi yang makcik ni buat, aku terus jatuh chenta sama kopi ini makcik. Aku hanya minum kopi dekat office sahaja. Gara-gara kehebatan kopi makcik. Dua minggu lepas, makcik cuti seminggu, so ada lah orang lain yang gantikan dia buat kerja-kerja tapi kopi yang dia buat tak setanding kopi makcik. PAHIT kot. Seminggu aku buat milo. Mengantuk tak hengat. Time makcik ada, jug coffee maker tu memanjang kosong, ramai sangat yang dok minum tapi bila orang lain ganti, kadang-kadang satu hari sampai suku pun tak pernah. Memang kopi makcik the best lah.

Oh pagi tadi bila aku terasa nak buat entry pasal makcik, aku pergi terjah dia dekat tempat pengumpulan tin biskut se-opis. Dia tengah punggah tin-tin biskut nak masukkan dalam balang-balang. Aku jerit, "Acikkkk..!" terus aku snap gambar dia pakai handset. "Bertuah punya budak..!" Aku lari sambil gelak.


Tadaaa..Makcik
 Okaylah, sekian entry pasal makcik. Makcik jangan risau dalam masa beberapa bulan lagi takde lah orang nak opocot kan makcik lagi. Haha. So enjoy it while it last. Kahkahkah.

till then,

babai dan assalamualaikum.

Thursday, September 30, 2010

Kill Kill Die Die

Weh korang, aku takde mood kot nak buat entry.

Tapi ape kejadah yang aku tengah buat sekarang ni? Korek idung kah? Main layang-layang?

Cakap je takde mood nak buat entry tapi kau tengah dok taip tu apa?

Tapi serious weh, takde mood.

Oh aku terlupa, aku pergi interview selasa lepas, alah kampeni Steelcase tu dan alhamdulillah aku dapat kerja sana dengan gaji yang lebih 25% dari sekarang tapi tiada cuti untuk kamu pada Public Holiday.

Nak ke? Of course lah taknak. Tapi bukan sebab tu je, ada sebab lain. Mula-mula memang aku eksaited habes tahap gaban kot, tapi bila pikir pro n cons aku rasa cam tak berbaloi-baloi since aku ni still study part time.

Aku tak tahu, asal dapat kerja je aku tolak padahal kau sibuk cari kerja. Memang susah gile kot nak cari kerja sekarang but my life is too complicated. Stress jugak sebenarnya, dua-dua kerja aku tolak tu memang peluang bagus. Tapi ada je yang tak best dalam kerja tu.

Haish..tak pe lah, mungkin rezeki aku takde dekat dua-dua kampeni tu, mungkin yang lebih baik menanti. Aku rasa aku better bersara sekejap dari dunia mencari pekerjaan ni, sebab aku rasa kalau aku dapat kerja dalam tahun ni pun macam semua aku akan tolak kecuali kalau government panggil.

Start Januari depan aku akan bersungguh-sungguh cari kerja macam few months ago. Insyaallah, rezeki aku akan ada.

Cerita pasal company Steelcase tu, aku rasa aku tau kenapa diorang select aku. Sebab ada agency yang arrange kan interview aku, Tiga Consulting letak my expected salary to be less than i want. Suka hati bapak kau je kan nak tukar expected salary aku jadi rendah camtu. Wadefak punya agent. Kerja level executive tapi nak bagi aku gaji banyak tu? Ptuuuuihhhh..hamek kau. Keji betol la ape yang kau buat tu.

So memang padan muka kau sebab tak dapat any commission bila offer tu di reject. One more thing yang aku tak suka bila si agent tu terlalu memaksa, dasar &^%#*@. Cakap pun macam cilake. Haish..suka hati je nak paksa aku buat keputusan dalam masa satu hari. Kau ingat aku bodoh cam kau ke. Nak je aku text agent tu dan throw her a bad bad BAD words. MUAHAHAHAHA!!

Thank god sebab aku tak terima offer tu pasal petang tu agent text and say that the company reject their offer to me sebab aku ni asking too much question about that job. Okay aku tanya pasal working hours sume sebab aku memang nak masuk awal dan balik awal, so what's the problem? Kata flexi hours. Dahla kena buat extra work tak bayar OT. So korang semua bayangkan lah, nasib baik dia reject sekarang daripada dia reject aku bila aku dah jadi kuli dekat derang 2 3 bulan during probation. Lepas tu aku jadi penganggur, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Baik kerja sekarang, rileks tenang best dan ada gaji walaupun tak sebanyak mana.


Kill Kill Die Die..DAMN you.


Monday, September 20, 2010

Tawaran Kerja Pertama

Hai,

kalau tengok tajuk pun sudah tahu kan pasal apa?

mahu bercerita tentang kerja lagi.

Kali ini tawaran kerja pertama saya,

maksud saya sepanjang saya bekerja dengan Shell,

ini adalah tawaran kerja pertama saya selepas Shell.

tapi nampak macam tawaran kedua sahaja.

okay okay saya tukar.

ini adalah tawaran kerja kedua saya selepas kerja di Shell.

saya dapat tawaran kerja di tempat baru.

Shah Alam, jauh pula rasanya walaupun tak jauh dari rumah.

hidup saya ini komplikated (complicated).

Saya ada banyak komitmen (commitment).

eh kenapa pula saya harus jadi translator kepada anda?


saya mahu kerja baru dan tetap,

tapi saya rasa takut.

takut tempat baru tak happening seperti di tempat lama.

soal gaji, sama seperti gaji yang sekarang.

maaf, saya mahu lebih.

kerana saya ada banyak komitmen.

kalau saya mahu gaji yang sama,

saya akan kekal pada kerja sekarang.

tenang dan senang.

mahu gaji banyak tapi kerja mahu kurang dan senang. banyak cantek muka kau!


saya dalam dilema.

*********************************************************************

Sunday, September 19, 2010

Temuduga Kedua



Esok ada temuduga, di The Garden Mid Valley.

Company Steelcase nama diberi.

Malas rasanya mahu pergi,

Sebab tak tahu di mana dan tahu pasti tidak akan dapat.

South Tower di bahagian mana pula?

Yang aku tahu hanya shopping mall nya sahaja.


Ah, serabut sahaja dibuatnya.


Mungkin aku patut naik LRT dan berhenti di Universiti?

dan seterusnya terus ke menaiki bas ke Mid Valley?

Ataupun aku hanya perlu memandu hingga ke Mid Valley,

melilau-lilau mencari rezeki parking?

atau mungkin sahaja aku perlukan seorang pemandu yang kacak,

boleh menghantar dan mengambil aku bila masa sahaja yang aku perlu.


Ah, serabut aku dibuatnya.


Mungkin sahaja aku akan memikirkan penyelesaiannya esok.

Apa sahaja mungkin terjadi..

Hentam saja lahhhh..


Kamu semua, doakan aku berjaya ya!
mungkin juga boleh doakan supaya aku pergi temuduga tersebut..-_-"

**Need a good rest and sleep. *_____*

Tuesday, August 17, 2010

Extra Small

Tadi ada yang datang,
dia menyuruh aku mengisi satu borang,
borang yang disertakan dengan gambar rajah.

Wah menarik! Barang free lagi..^____^

Aku terpaku sebentar sebelum mengisi,

Ar sudah, mana satu aku nak isi ni??

Lantas aku selak helaian di sebelah.
Gambar rajah tersebut disertakan dengan jadual.
Aku memandang dia, dia memandang aku.

" Size you ape?"

Sambil jarinya menunjuk di dalam jadual,
pada kotak yang tertulis "chest"
Aku pandang dia kembali,

" Nak kena kira nih..Selalu kira dulu "

Dia memandang aku kembali,

" Takkan you tak tau size you kot?"

Aku lihat jadual itu kembali,
Oooo..ape la sengal sangat aku ni..benda tu rupanya..

"Oh yang tu ke? Kalau yang tu yang ni la.."

Sambil jari ku menunjuk di baris 35"
Aku unjurkan saiz ke atas dan ianya terletak pada kotak XS.
Aku diam sebentar.
Betul ke ni?
Tangan aku mencapai pen yang diberi,
dan mula mencatat.

Ladies     XS

Kemudian dia pergi.
Aku pula sedang berfikir-fikir lagi.
Kalau tak muat masuk nanti macam mana?
Malu juga kalau pakai macam sarung nangka.
Ada masa nak tengok balik ni. Boleh tukar kalau salah.

Tapi semua hanya monolog dalaman sahaja.
Aku meneruskan kerja yang sedang dibuat.
Resah dihati masih lagi terasa.
Dan hingga sekarang, aku masih belum berkata-kata.

Wednesday, June 16, 2010

Suka Hati Kau je kan?


Buat kali keduanya aku rasa macam nk resign dari keje aku sekarang ni. Dulu aku nak resign pasal orang dekat office ni yang buat aku bengang, then aku pikir balik macam tak masuk akal dan aku still need more and more working experience dalam company oil & gas ni and now aku rasa nak resign lagi sekali sebab aku tak puas hati dengan orang office jugak. Sadly, i still need this job pasal salary yang boleh kata highest among all yang aku boleh dapat. After all its oil & gas industry, sebab gaji banyak la yang orang nak keje.


Ok, back to the main story. Cite nye cenggini, once upon a time..wtf..ingat fairytale ke. Semalam aku balik as usual at 1600 hrs. Disebabkan aku malas nak tunggu bas atau terlepas bas, aku drive sendiri pergi office dan aku tak percaya yang aku buat macam tu. Biasanya aku tak off PC aku sebab office mate aku ramai yang tak OFF pc mereka. So before aku AWAY kan diri aku dari PC, aku tengah working on something relate to work and luckily i didnt SAVE that excel file. So aku assume yang tak akan ada orang kacau PC aku ( walaupun company yang bagi pinjam) while i'm AWAY.


So this morning, aku sampai office about 0640 hrs and aku find out yang PC aku da OFF. Aku macam blur kejap depan PC sambil letak handbag atas workstation aku. Pastu aku gi cekidaud PC office mates aku yang lain manatau PC aku restart semalam or office ni blackout kejap ke. Then aku find out yang PC aku je yang OFF yang lain tak siap screen saver bergerak riang lagi. So aku pikir aku nye PC maybe tengah auto-update and shut down sendiri. So aku rasa cam aku patut salahkan diri aku sendiri sebab tak SAVE that document. Pastu aku da lupa da pasal tu.


Tak lama lepas tu kawan aku si Naga sampai office. Naga dengan aku ni kalau bab-bab gossip ke memang kamceng. So Naga bagitau la yang semalam boss aku tu yang OFF pc aku dengan suka hati dia. "It's a Company Policy" katanya. Dah tu yang lain-lain tak OFF PC tu datang dari policy company mana? WTF betol. Aku sangat bengang. Aku tau dia bengang dengan aku pasal aku da macam malas nak balik dengan dia. Aku malas pasal dia GATAl. Aku report dekat management baru dia tau. Sexual harrassment. Masuk lokap nanti. Padan muka! Marah betol aku kali ni. Dia ingat dia boss boleh suka suki makan penampar nanti.


Aku sangat marah, bengang dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tunggu nanti aku dapat kerja lain, BYE BYE BYE la. Kali ni macam nekad je. Haha.


Oh aku sangat marah! Purrrrr!!!

Tuesday, April 27, 2010

Perhitungan yang Hebat

Hari ni keja aku mengira je..keep on counting..and count..and so on. WTF.

Abg opis aku yg duk sebelah aku bengang kot kitorang kena buat kerja gila/bodoh ni. Yelah, kerja ni sepatutnya senang je, tak payah dok susah-sudah dok bukak page by page nak kira bape banyak ada instrument dalam drawing. Nak senang mintak je design team list of instrument sume. Tapi sebab apek sorang tu saja nak suh kitorang buat keja bodoh, takpun dia yang bodoh aku pun tak tau la, dia suh kitorang kira satu-satu instrument dalam PEFS drawing tu. Haish nak buat macam mana. Nampaknya dia fully make use of us yang sepatutnya tak perlu pun buat keja nak counting2 ni. J.D kitorang lain, bukan buat keja ni. Dia yang expert bahagian instrument.

Lepas bagi total count dekat dia, macam-macam plak kerenah dia. So aku buat keputusan, yang aku malas nak kira da. Meleleh hingus aku dok mengira natang alah tu. Sakit kepala dibuatnya nak menghadap drawing lama-lama. Mentang-mentang la kitorang ni nampak macam takde kerja, boleh pulak dia nak suka suki suh buat keja dia. Damn it.

Seriously, aku da mengantuk gile kat opis ni. Dari pagi tadi datang mata aku da macam nak lelap je. Zzzzzzz..opsie daisy, tertido lak. Ahaks. K nak sambung men game kat pesbuk. Tata.

Tuesday, April 20, 2010

Back to Back

Rindunye nak berbelog.
Rasa macam da lama tak berbelog.
Rasa macam kehilangan je kalo tak berbelog.
Ceh, tipu je. Baru beberapa hari tak berbelog.
Ok lebih kurang seminggu tak blogging.
Ape la sangat seminggu tu kan?

Sebenarnya bukan aku rindu nak berbelog, aku pun takde idea yang bernas nak sampaikan. balik-balik aku akan melalut sampai ke habis entry. Macam mana nak buat blog yang berkualiti tinggi serta menambat hati pembaca? Boleh bagi aku idea?
MySpace

Aku da seminggu busy. Ceh ayat macam busy sangat. Betol tak tipu. Saya busy tau. Last week on wed and thurs aku bercuti. Bukan cuti-cuti malaysia. tapi cuti-cuti nak exam. Biasa la, last minute punya study in Wed and exam on Thurs. Best bukan? Lepas tu on Friday kena kerja. Kalau la ada lebih cuti [ke cuti lebih?], mesti aku da sambung sampai tahun depan. Baik aku benti kerja ja kan? =)

Cite pasal exam, aku boleh la jawab exam. Ada can nak lulus. Taknak! Aku nak dapatkan A. Boleh tak? Insyallah. Orang kata, kalau kita target nak dapat A, kalau kita rasa tak boleh buat, at least boleh la kita dapat A- atau B+. Paling koman pun B-. Okay okay, aku terima je ape yang aku akan dapat. Tak payah nak sedapkan ati nak dapatkan paling koman B.

Aku da tak boleh nak men tenet selalu, pasal dekat rumah dah takde internet. Kalau nak main tenet boleh, tapi dekat ofis je la. Da takde cafe world, farmville dan etc bak kata semua application yang ada dalam FB la. Kalau nak, bawak laptop pergi tempat ada wifi. Kesian kan?
MySpace

Takpe lah, aku da besar. Takkan nak main game je selalu sampai ke anak cucu. Kan? Kira bersyukur lah dapat bertenet di opis. Alhamdulillah.
Oh ye balik dari cuti dua hari, aku dapat tau yang work station aku telah di swap dengan abang opis aku. Ok. Sebenarnya aku sangat marah. Sebab nya port tu terbaik punya. Dekat dengan corner. Selaku anak kesayangan boss, dia dah bagi aku port tu pasal dia tau aku suka main FB. Baik kan dia? Lepas tu, dah ditukar! Saya sangat marah. Itu satu perbuatan yang sangat mementingkan diri sendiri. Atas sebab alasan reason nak kan privacy. Hello, saya pun nak privacy jugak okay!
Dahlah, sebab aku malas nak gaduh dengan orang opis ni, aku pun buat keputusan mendiamkan diri dan merungut kepada teman terdekat sahaja. Tunggu lah dia pindah kerja, then im going to take back that place!

-The End-