Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Postnatal. Show all posts
Showing posts with label Postnatal. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Post Natal : My Confinement

Hellow..

Nak cerita pasal my confinement so far yang dah sebulan ni. First few days memang makan halia banyak sebab nak buang angin. Mak kata kalau lepas czer ni angin banyak dalam badan sebab ape tah. Memang betul pun. Malam masa dekat hospital, akak katil sebelah yang czer jugak dok terkentut-kentut tak henti. Nak gelak pun ada aku dengar. Time tu perut aku pun berbuni-bunyi kriuk kriuk kuat gila. Ada gak terkentut tapi slow la tak macam akak katil sebelah tu. LOL.

Lepas discharged, hari ke 6 bila nurse datang kat umah kata Ammar kena jaundice dah sampai kaki memang aku stop la makan semua benda yang panas termasuk jamu. Jamu yang aku makan pun Phytonatal NR dengan kapsul pati ikan haruan je. Lepas da stop, encek suami belikan pati ikan haruan Harwany sampai 2 kotak. Pehh..memang tak sedap rasa macam kicap cair pun ada macam kuah rojak pun ada sampai sekarang ada lagi 2 botol. Memang nak kena habiskan sebab nak luka czer cepat okey.

Nak berbengkung dan bertungku memang tak dapat la kan. Hancus harapan nak kurus selim melim seperti dulu. Cewah macam la dulu kurus sangat. Tiap-tiap hari mak suruh sapu minyak dekat sendi-sendi pastu pakai stokin. Awal-awal rajin la pakai stokin, sekarang ni on off je. Bila terasa sengal sendi baru nak pakai. Boleh? Pilis tak pakai-pakai pun dengan alasan takut panas sampai ke baby. Alasan tak munasabah. Malas campur rimas bila nak pakai.

Bab makan pulak, aku jenis yang tak kisah. Janji aku kenyang dan boleh banyakkan susu untuk Ammar + boleh kurus in the same time. Dulu aku tak suka makan sawi tapi sekarang aku telan sebab ada orang kata sawi boleh banyakkan susu. Betul eh? Lepas tu rajin je aku makan ulam-ulaman macam pegaga, pudina, cekur, beluntas, bebuas etc. Aku makan nasi banyak. Aku minum air kosong banyakk. Menu harian selalunya ikan bakar, ikan kukus, ikan masak sup dan ikan goreng. Yang bergoreng bila dah tiga minggu baru mak bagi makan. Sekarang aku suka makan bubur je hari-hari. Bubur ayam yang mak buat sedap. Dua minggu lepas ayah bawak balik ayam kfc bagi aku makan. Tiga hari lepas encek suami belikan ayam mekdi dan semalam dia belikan ayam roasted blackpepper ayamas.

Buah-buah pulak aku makan anggur hitam, apple dan oren sunkist. Ada gak dua tiga kali aku buat air sunquick blackcurrent suam dan semalam encek suami belikan air ribena. Dua-dua air tu kan rich in vitamin C dan vitamin C kan baik untuk elokkan kulit/luka. Haha. Alasan je tu sebab nak minum air yang sedap-sedap. Asyik minum air panas Milo, Horlicks, susu Dumil Mama dengan hi-goat je bosan la. Oh Hi-Goat tu aku da stop sebab makcik urut kata panas.

Hari ni dah hari ke 30 aku berpantang dan current weight aku baru 57kg (sebelum makan..haha). Berat before bersalin masa timbang kat hospital : 70.5kg (giler gemoksss) Ada 2kg untuk turun ke pre-pregnancy weight dan 7kg untuk ke berat beberapa bulan lepas kahwin. Harap-harap dapat turun la sampai 7kg. Tapi kalau breast ni memanjang je penuh dan berat memang tak dapat la kot. Takpe, demi anak tersayang. Haha.

**Sapa tau bila luka czer ni akan baik dan berapa lama nak tunggu sampai tak rasa pedih ngilu dan sebagainya?

Assalamualaikum.

Wednesday, September 05, 2012

Post-Natal : Confinement Services

Hellow,

Dalam dilema sebenarnya ni. Hmm..tak tau sama ada nak ikut kehendak hati atau kehendak/cakap orang lain. Petang semalam dah pergi tengok quotation untuk post natal services - Confinement nanny, traditional home nursing dan clinical home nursing dekat IREE's Touch. So first, nak explain for those yang tak tau beza antara ketiga-tiga services yang di offerkan dekat situ.
iree banner 1
Confinement Nanny
- Ada dua, which is daily and stay in. Daily tu dia ulang alik datang rumah every day except Monday sebab monday diorang memang cuti. Confinement nanny tu akan datang everyday from 0830-1800hrs. Kalau stay in tu, nanny tu akan tinggal sekali dengan kita. Services include dalam package ni :

- Prepare herbal bath for mum
- Baby bath (include jaundice treatment remedy, if necessary)
- Baby massage
- General mother&baby care
- Baby feeding
- Post Natal massage (3x Weekly)
- Tungku
- Bengkung (daily) + Slimming cream/herbal paste
- Cooking confinement food(daily)
- FREE post natal massage oil, herbal tea, herbal bath, body fat screening& consultation.

Minimum untuk package 7 days onwards. Price from : RM1050.

Traditional Home Nursing

- Prepare herbal bath for mum
- Baby bath (include jaundice treatment remedy, if necessary)
- Baby massage

- Post Natal massage (3x Weekly)
- Tungku
- Bengkung (daily) + Slimming cream/herbal paste
- Herbal Drinks
- Body fat screening & consultations.
Duration : 2 -2 1/2 hrs daily
Price from : RM100/day

Clinical Home Nursing
- Sama macam services yang offer dalam traditional cuma tambah penjagaan bahagian perenium, infra red therapy, etc. (macam nurse yang datang check buat)
Duration : 2 - 3 1/2hrs daily
Price from : RM120++

Cerita nya macam ni. Awal-awal nak ambil yang daily confinement nanny je. Sebab dia masakkan semua. Tapi bila fikir my mom akan ada during those services, so mesti akan ada salah faham pasal cara berpantang dari segi makan. Lagipun Kak Ida suggestkan ambil traditional atau clinical home nursing sebab confinement nanny memang dah fully booked dan tak ada slot untuk aku. Ikutkan okey juga home nursing ni cuma yang tak best stakat berapa jam je. Bayar pun lebih kurang macam nanny tu. Bila Kak Ida explain macam-macam, aku plan nak ambil yang clinical HN 5 hari dan sambung traditional HN 10 hari. So total will be RM2020/15 days. Pehh. banyak jugak tu. So my mum macam dah ternganga tengok price macam tu dan decided untuk balik dan fikir balik. Kalau compare dengan Shadira memang ni lagi murah plus transportation free sebab dekat. Lagi satu, semalam Kak Ida tanya pasal confinement set. If aku dah beli set sendiri, so stick to that set je, tak payah nak beli product diorang. Kak Ida jual product Tanamera RM345 je kot compared retail price RM360. Rugi beli NR awal-awal.



Balik rumah discuss dengan husband, then call my sister. Dia suggest aku tak payah ambil yang clinical sebab itu boleh buat sendiri. Then aku ingat nak ambil yang traditional HN for 15 days. Cost will reduce to less than RM2k. Tak lama lepas tu, husband texted dan kata baik cari tukang urut lepas bersalin biasa je sebab lagi murah. Range harga kat sini dalam RM70 - RM80 setakat yang aku pernah tanya la per day. Tak tau sama ada diorang tumpu to mummy or skali dengan baby. Kalau ambil diorang 10 hari will be RM800 paling busuk pun. Lepas tu, nak mencarinye satu hal. Aku bukan nak ambil yang untuk urut je, nak tolong jaga baby, mandi baby, nak yang datang rumah so aku tak payah nak keluar time pantang etc. Apa salahnya keluar duit lebih sikit untuk benda yang akan menyenangkan kita. Itu pendapat aku la.

Bila dah macam ni, aku terus rasa nak kurangkan hari untuk confinement services tapi masih stick to Traditional Home Nursing package. Hmm. Agak-agaknye macam mana? My mum pun macam kata membazir, tapi yang nak berpantangnye aku. Aku pernah berpantang sebelum ni, so aku tau macam mana mereka-mereka ni menjaga aku masa pantang. Bukan aku tak suka, tapi tak nak menyusahkan my mum and husband sebab nanti aku juga yaang stress. Niat aku nak pantang betul-betul dan dijaga oleh orang yang betul-betul pandai pasal confinement ni. Badan ni nak pakai lama kan. Lagi pun aku ni bukan la jenis jaga makan sangat, ikut suka je kadang-kadang tu. Sekarang ni tengah tunggu Kak Ida email quotation package, tunggu Erna tanya tukang urut dekat area rumah dia, dan tunggu nombor-nombor tukang urut yang lain if ada dan available. Sempat lagi ke tak nak settlekan pasal ni? Anyone boleh bagi nasihat?

Tak tau lah nanti during confinement macam mana. Dulu berpantang sorang-sorang, lepas ni berpantang ada baby sekali. Banyak beza tu. Dulu tak ada stress sangat, ada baby ni stress lain macam kot. Harap-harap dipermudahkan lah segala urusan aku nanti. Amin.

Assalamualaikum.

*next : story pasal baby sitter pulakkk.