Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label to-do-list. Show all posts
Showing posts with label to-do-list. Show all posts

Monday, June 20, 2011

WP : Re-visit Checklist

Hellow,

Ye aku tau, tak payah cakap pun dah boleh nampak. Tinggal 5 hari lagi..so what? *monolog diri sendiri*..Sepanjang minggu lepas, jom tengok apa yang aku dah settlekan dalam banyak-banyak benda dalam checklist/to-do list yang aku buat aritu.

  • Guestbook : Beli satin, print layout(Done). Decorate (TBD).
  • Stationeries : TBD
  • Hantaran : Daun sireh tipu. (Done). Buah, fresh flowers, Chocolates (TBD)
  • Doorgift : Fill up biskot dalam mini jar. (TBD)
  • Doorgift : Chocolate Chunkies. (Done)
  • Inai : TBD
  • Manicure/Pedicure : TBD
  • Baju Mak&Ayah : Ayah (Done). Mak (TBD)
  • Deco bilik : TBD
  • Waxing etc : TBD
  • Telur : Bunga pahar (100's) - TBD on Friday
  • Apple : Doorgifts (4 carton) - TBD on Friday
*TBD : To Be Done

Ok fine. Satu item strike out, tambah lagi 3 item dalam list. Paling best sekarang, thank you tag untuk lekat dekat botol tu aku dapat rasakan yang aku tak akan pakai. T-T..sangat burok okeyh bila letak dekat botol tu. Semua ni idea bijak officemate aku yang selalu nak perfect tapi tak boleh pakai. Penat tau aku potong, gam, ikat, bukak balik, potong, gam dan ikat ribbon tu. Cuba kau kira bape kali aku potong, gam dan ikat? Dua kali untuk 550 helai ribbon tau tak. Last-last rasa macam burok lepas tu tak jadi nak letak. Sekarang tengah buat thank you tag baru yang sangat simple sebab nak lekat dekat botol taknak bagi nampak plain sangat. Dah lah ribbon banyak gile pakai. Membazir betul. Maybe akan pakai ribbon tu untuk something else takpun tengoklah macam mana boleh bikin. T-T

Malam kang, kena gigihkan diri gunting thank you tags yang baru lepas tu kalau sempat nak tampal terus.
T-T

Ok. Bye.

tsk tsk tsk T-T

Thursday, June 16, 2011

WP : Updated Checklist

Hellow,

Updated checklist :
  • Guestbook : Beli satin, print layout etc.
  • Stationeries : to buy marker pen, magic pen, crayon, glitter pen, colour pencils.
  • Hantaran : fews day before. Buy fruits, daun sireh, fresh flowers. Collect chocs from ein.
  • Doorgift : Fill up biskot dalam mini jar. (Wednesday) Buy apples (Friday)
  • Doorgift : Buy chocolate chunkies (backup)
  • Inai : Wednesday night/ thursday.
  • Manicure/Pedicure : On tuesday/wednesday.
  • Baju Mak&Ayah : this weekend.
  • Deco bilik : Collect rugs dekat ein. Lekat cermin dekat dinding.
So rasa-rasa sempat ke tak nak buat everything dalam masa 9 hari? Haha. Insyaallah.

Kemungkinan besar, sireh junjung aku akan suruh florist yang buatkan. Harga dia asal below RM100 okey lah kot. Macam lah aku ada masa nak buat semua tu sebab wedding ni aku sorang yang dok kehulur hilir. Dulu masa wedding kakak aku pun aku jugak busy, tapi nak buat macam bad luck kot tahun ni. Redha je lah. Sekarang tengah cari time sesuai nak collect barang-barang dekat bff aku kat damansara.

Pasal baju mak dengan ayah aku, aku pass duit dekat my mom and biar dia pergi beli tapi of course aku akan kena bawak dia jugak. Last weekend pergi distribute kad kahwin dekat neighbour taman, aku pun diheret sekali. Malas cakap banyak nanti aku jugak yang kena kan? Hmm..nak pergi memborong apple pulak nampaknya ke pasar borong nanti aku sorang jugak lah. Tabahkan hati ajelah. Dah nasib aku macam ni. Dah takde masa nak pergi cari tempat yang lagi murah. Ada orang nak membawak ko pergi ke cik kak oi? Nasib, nasib. Lesson learnt, lepas ni aku dah taknak tolong orang yang tak reti nak berterima kasih. =)

Manicure dan pedicure, pentingkah? Opkos lew, kang tak nampak ohsem pulak tangan dan kaki aku ni. Haha. So sapa yang nak bawak aku pergi nanti? Lone ranger jugak lah nampaknya. tsk tsk tsk. Adik aku maybe datang on wednesday atau thursday sekali dengan semua auntie aku. So tak banyak benda lah yang dia boleh tolong pun. The rest will be my job untuk settlekan. Relax, everything will be just fine. =D

Friday, June 10, 2011

WP : Guestbook

Hellow,

Design for guestbook dah buat, tapi tunggu idea from my sis dulu. Maybe dia ada idea or design yang lebih best. Tadi try print out satu helai dekat sketch paper. Not bad lah tapi margin lari sikit sebab size paper tu a bit smaller than A4 paper. Redha je lah. Kalau print dekat rumah, margin dia lain lah pulak. Dekat office punya lagi cun. Haha. *padahal nak pakai ink free je..*


Actually design tu belum completely siap lagi. Aku nak letak nama aku dan encek kajicuaca dekat bawah chandelier tu. Haritu dah letak dah dengan font yang aku download and install, tapi bila sampai office dia tak boleh nak detect font tu so bertukar jadi font lain. T-T. Terpaksa aku fikir cara lain lah jawabnya.

Kain satin untuk balut guestbook belom beli lagi. Semalam pergi Sin Yin kain colour purple takde. Aku pulak tak pergi tanya. Bagus le tu. Malas punya pasal. Insyaallah boleh je siap on time guestbook ni. Idea nak decorate meja guestbook dah dapat dah. Cuma tak sure boleh realisasikan ke tak idea tu. Haha. Cerita pasal meja ni, teringat pasal desser corner yang berkemungkinan tak jadi nak buat. Tukang buat dadih nye kata lack of ingredient. Ingredient penting kot. Kalau nak dapat tu kena pergi dekat Johor. T-T

Till then, chiao!

WP : Backup Doorgift

Hellow,

Finally aku dah habiskan lipat, gam dan ikat dengan ribbon kotak pyramid tu. Lega~ Sekarang nak cari chocolate chunkies je untuk fill up dalam tu.


Semalam jugak dah settlekan gegula dengan lollipop. Harga lagi murah dari Haniffa semalam. Planning hari ni nak gigihkan diri pergi Jalan Chow Kit dengan member office aku. Sebabkan hari ni hari Jumaat, rasanya macam nak keluar lunch awal so nanti boleh elak jam dekat sana. Balik tu tak tau lah boleh survive ke tak dari traffic jam. Haha.

Malam semalam before aku ikat kotak pyramid tu, aku settlekan dulu bantal hantaran. Nak kena buka beads balik. Paling menyusahkan bila nak gam organza net tu dekat bantal. Adoii nak melipat dekat bucu-bucu tu haa yang aku tak gemar sekali. Alhamdulillah semua dah settle walaupun organza tu macam crowded sangat dengan glitter. Habis carpet bersepah dengan glitter.


Rasa-rasa korang macam mana? Okey ke tak eh. Kalau tak okey pun terpaksa redha je lah sebab benda dah siap. T-T.


p/s : tetiba rasa malas nak ke chow kit. Kalau beli biskut icing kang simpan dalam bonet kereta habis cair. Kan dah rugi tu..kan?

Till then, chiao!

Sunday, June 05, 2011

Ideas : Potpourri Bottle

Hellow,

Sekejap je dah masuk hari ahad. Esok kena pergi kerja. Adoii malasnya. Hari ni kena try pakai contact lense lagi. Nak biasakan mata ni je. Kalau ikut aku yang malas ni, hari nak nikah baru la terhegeh-hegeh nak pakai. Haha. So hari ni, sebelah kanan punya lens pakai terbalik. Patut lah tak selesa and lens tu macam nak slide ke bawah mata je. Seram woh! Bila call my sis dia kata mesti terbalik tu. So bila keluarkan balik lens dan terbalikkan terus dah okey melekap kat mata. Dalam pukul 6 petang nanti baru bukak balik.

Berbalik kepada tajuk asal entry, aku bercadang nak buat potpourri bottles. Tengahari tadi dok godek-godek extra barang kahwin kakak aku dulu, terjumpa lah botol yang dia isi potpourri untuk doorgift majlis dia tahun lepas. Tiba-tiba dapat idea. Potpourri dia pun still banyak lagi dalam plastik, so jangan lah kita bazirkan ye. Contoh dia takde plak dalam google ni. Nanti bila dah siap baru aku letak dalam blog ni. Yang ni khas untuk first 20 guests yang sign on guestbook nanti je. Sebab ada lebih 20 botol je. Hehe.

Bila nak buat tak tau lagi, tengoklah bebila yang senang. Banyak benda nak buat. Ni tengah nak buat sticky post untuk STD. Ada lagi 20 hari lagi ikutkan wedding countdown tu. Perghh..cam tak percaya.

Oh aku dah jumpa potpourri dalam botol dekat google. Kena search keyword in Malay baru keluar. Haha! Dah masuk satu lagi item dalam to-do list aku. Haishhh..

Source : here

Source : Here
Till then, chiao!

Saturday, June 04, 2011

The Rugs

Hellow,

Finally, pukul 10.30 malam aku dah berjaya beli rugs yang aku nak. I bought it from home. Duduk lepak depan lappy je da bole beli dekat IKEA. Haha. Actually i ask my bff yang tengah tunggu hubby dia habes kerja dekat ikea tu tolong belikan. Her hubby tu lebih kurang macam supervisor kot kat ikea. So dia check item yang aku nak and it is in the store. The exact colour and size that i want, brown and small. Happy sangat because dah settle satu masalah aku nk ke ikea, nak parking, nak itu ini blablabla.. I just need to transfer duit to her account and then drop by at her house in Flora Damansara to pick  up the stuff. Parking free, silap-silap dapat lunch/dinner FOC..haha!

HERRUP Rug, low pile brown Length: 150 cm Width: 80 cm Pile coverage: 1053 g/m² Max. pile length: 9 mm Min. pile length: 5 mm
HERRUP rugs
Murah dan matching dengan furniture dalam bilik tu. Colour terpaksa ambil yang gelap sebab taknak nampak kotor if ramai-ramai dok pijak atas tu. Biasa la time majlis orang kehulur-hilir masuk bilik tu, so takkan nak check kaki sorang-sorang kot before enter the room. Tak kuasa aku. The best way is to buy darker colour. =D

Till then, chiao!

Item of The Day

Hellow,

Guess what i have bought today?

Ta-daaa :

Bausch&Lomb Softlens 59

That's mean another to-do list item will be strike off! Yeay..!

This contact lens i bought RM45 for 3 pairs in a box. Sebabkan power kedua-dua belah mata aku ni lebih kurang sama, so aku tak payah nak beli asing-asing, maknanya aku tak payah beli satu box untuk power sebelah kanan and another box for power sebelah kiri. Just beli 1 box untuk 3 pair aje..Urghh..memang susah once dah bercermin mata ni. What a mess! At first aku nak beli lens yang ada silau, tapi optician check and kata aku tak payah nak beli yang ada silau sebab sikit sangat. What a relief, tak payah nak keluarkan duit lebih. Haha!

Ni first time aku pakai contact lens sebab aku macam takut nak pakai bila dengar macam-macam cerita itu ini bila pakai menatang alah tu. So sampai bila nak cuak je kan, lagipun aku terpaksa pakai untuk majlis nanti. Mana ada orang pakai specs time majlis. LOL. So kalau nak pakai ni, paling penting sekali sebelum nak pakai atau nak tanggalkan lens, mesti BASUH TANGAN kasi bersih-bersih. Kenapa nak kena basuh tangan? Sebab taknak bagi mata kena infections dengan kuman-kuman yang ada dekat tangan kita yang kotor ni. Optician ajar cara nak pakai, basuh dan tanggalkan lens. Senang gila tapi macam cuak. Baru kejap tadi aku tanggalkan after 3 jam lebih aku try.

Untuk solution, aku pakai yang starter pack. Ada 3 botol kecik dalam tu. Satu botol boleh pakai untuk 2 kali dan tahan sebulan lepas bukak cap tu. Sama macam contact lens tu, tahan sebulan once da bukak. Starter pack harga RM5 (3 botol solutions + lens case). Total : RM50. Kalau aku beli yang TORIC lens (untuk silau) satu pair je dah RM100++. Satu lagi benda dah save duit aku almost 50%. =D

Till then, chiao!

Monday, May 16, 2011

Monday Madness


Hellow,

Dah 3 draft masuk dalam blog aku harini.

Tak tau nak tulis pasal apa. Macam-macam rasanya nak tulis.

Hari ni bosan sangat. Dalam office ni ada berapa kerat je dekat bahagian aku duduk ni.

Yang lain-lain sambung cuti dari weekend sampai esok. Aku pulak cuti esok sampai rabu sebab rabu ada interview. Harap-harap lah dapat. Tak dapat takpe. Takde rezeki nak kerja government.

Balik ni rasanya aku nak sambung cat bilik bawah tu sampai habis. Nak taknak kena habiskan jugak sebab lepas ni aku akan busy dengan class, lab etc.

Lepas settlekan cat bilik, nak susun bedroom set dalam tu. Lepas tu hujung bulan baru beli barang nak decorate bilik.

Habis semua tu, nak peningkan kepala fikir pasal idea nak decorate hantaran. Susah jugak kalau nak buat sendiri ni. Save budget kan, tapi nak cantik macam pro buat memang tak dapatlah.

Artificial flowers da beli, bunga dulang dah beli (tapi rasa macam tak terpakai je nanti), bakul dah beli (5 set) dan bantal hantaran dah siap. Ingat nak cantikkan bakul dengan manik-manik yang berjuntai tu dekat keliling bakul dan artificial flowers yang beli hari tu nak susun dalam bakul keliling hantaran.

Rupa yang dah siap tu tak tau lah macam mana, tapi gambaran idea tu dah ada tapi tak tau cantik ke tak. Hmm..pening-pening. Tinggal sebulan lebih je. Pejam celik je kang dah tinggal sebulan. Memang gabra lah lepas tu.

Tema aku ni dah macam mix and match da. Mini jar belum basuh lagi, item untuk buat centerpiece pun belum beli lagi, idea untuk deco hantaran pun samar-samar. Esok kalau rajin aku nak kosongkan bakul baju aku tu dan nak basuh mini jar. Kena nekad kali ni baru boleh gerak.

Semangat! Semangat!

Okey, time to go home dan jadi tukang cat.

Till then, adios!

Tuesday, May 10, 2011

Forty Six

Hellow,

Sedar tak sedar, tinggal lagi sebulan setengah.

Plus minus weekend, hari busy dengan kerja dan study..

Maybe sebulan je kot yang tinggal.

-_______-"

Exam dah habes.

Short sem akan start hujung minggu depan.

Baru aku sedar yang aku ada masa free weekend ni sahaja.

Great!

Siang tadi dekat office busy buat floor plan untuk bilik bawah.


Ye aku tau bilik tu kecik.

Sebab tu aku letak basic furniture je.

***************************

Ada banyak pending item nak kena buat dan settlekan.

# Cuci dan keringkan mini jars.
# Beli deco items end of the month.
# Siapkan hantaran.
# Buy another 2 packs of Doiley Papers.
# Beli icing biscuits. (Sponsored)
# Finalize idea backup doorgift.
# Final confirmation on reception menus+caterer.
# Distributing cards end of the month+FB invitation.
# Spa treats.
# Confirm + bayar deposit : OP
# Buy contact lense.
# Siapkan centerpiece.
# etc

***************************
Apa lagi yang tertinggal hah..?

Haishh..

That's it.

Till then, adios!

Monday, May 09, 2011

Painter

Hellow,

Semalam beriya nak cat bilik. Lepas tu ayah aku kata,

"kedai hardware hari ahad tutup". 

Aku terus jawab, 

"Owh, yeke"

Ada sedikit kekecewaan disitu. Tengah semangat gila nak cat, tapi tak dapat beli cat. Hari ni pergi kerja mintak pendapat abang dan kakak-kakak di office. Dapat la info pasal nak mengecat and nak decorate bilik macam mana. Paling penting sekali, MIRROR, mirror in the wall. Ok tu benda paling penting sebab deme sume kata nak bagi bilik tu nampak luas. Yes, aku memang setuju 100%. So cermin dekat IKEA tu akan aku beli 2 pack. Maknanya ada 8 keping cermin 30cmx30cm. Tapi aku nak pakai 6 keping je kot. Yang lagi dua tu, pandai-pandai la nak letak memana.

Petang balik kerja, singgah kedai hardware. Punya la berejam*ye aku tipu* dalam kedai tu, baru beli satu tong 7 liter. Harga dia tak payah cerita, as low as reasonable price..haha..bukan nak canguk lama pun dalam bilik tu.
Balik rumah, nampak lagi satu tong cat brand sama tapi colour lain dekat depan pintu. Sudahhh..ayah aku pulak dah beli satu tong dah cat. Colour tu aku harap darker sikit dari yang aku beli dan matching. *crossfinger* Try nak bukak cap cat tu, haram tak terbukak sikit pun. Kena tunggu ayah aku balik suruh dia buka. Sementara tunggu, aku lekat masking tape dekat keliling grill, switches dengan plug point. Harap-harap ayah aku tak marah nanti. -______-"

Aku try google colour yang ayah aku beli tu. Keluar la few images yang colour lain-lain, tapi yang aku paling berkenan macam ni :


Masalah sekarang bedroom set aku colour brown-black. Macam tak kena jeeee...

Sadis betul.

Ok. Aku kecewa. Nak try bukak tong cat pulak.

p/s : kedai hardware mana TUTUP hari ahad. Pengakuan berani pekerja kedai tu sendiri.

Till then, bye.

Sunday, May 08, 2011

What's next?

Hellow,

Lega rasanya aku bila da abis exam ni. Phewww...lepas ni bole fikir benda lain plak. Last week time nak study for exam la aku terasa nak buat cookies la macaroon la etc. Macaroon ni pending recipe aku for few months da rasanya. Dah lama aku salin recipe dari belog Kak Rima tu tapi tak try-try lagi. Maybe dalam next week aku akan try buat. Tadi balik exam ingat nak buat, tapi lemon juice tade plak, terpaksa tunggu esok lusa bila singgah kedai nanti nak beli lemon. Extra lemon bole buat lemonade..wow weee...lazatnye..memandangkan hot weather sekarang ni. Perghh..memang terbaik!

Sumber : Google
Fresh lemon lagi best dari lemon drops dalam botol kecik kaler kuning tu aku rasa. Tapi kalo pemaleh nak dapatkan fresh lemon lepastu nak kena squeeze juice dia, better beli yang dalam botol. Sonang koje nanti ye.

Sumber : Google
Agak-agaknye mampukah aku nak buat macaroons secantik yang expert buat? Haha. Tunggulah nanti bila aku dah try. Tah hape jadi tah. Lepas nak buat macaroons, nak buat oatmeal cookies atau almost famous amos cookies. Oatmeal cookies da try, not bad tapi kalau pakai tepung red rose(khas untuk buat cookies) memang akan jadi awesome kot rasanya. *okey..terperasan la plak* Tepung red rose aku beli dekat BWY last tuesday lepas habis exam management. Lepas tu beli ground almond sekali sebab nak buat macaroons plus vanilla essence dengan chocolate chips since yang beli that day dah habes. Oh tak sabarnya nak tunggu weekend akan datang. Macam-macam benda nak buat. 

Bedroom set for bilik pengantin dah sampai semalam. Hangin satu badan bila nak mengemas bilik bawah tu. Dasyatnya masyaallah. Macam mana lah parasit tu boleh duduk dalam tu dengan bersepah, kotor dan busuk. Macam mana jadi isteri tapi pemalas yang amat. Memang teruk. Siriyes aku kata. Nasib baik ayah aku bersihkan bilik tu. Kalau aku memang sorry naik lorry lah ye. Aku pulak nak jadi kuli bersihkan mess yang orang lain buat. Dalam bilik sekarang ada rangka katil je sebab bilik tu nak kena re-paint balek. Lagi pun aku tak suka bekas-bekas orang lain dalam bilik tu. Cuci lantai pun letak dettol kot bagi hilang kuman-kuman sume. Wardrobe, dressing table dengan tilam aku park dekat dining hall dulu.

Wishlist untuk deco bilik :

# Rugs
# Table lamp
# Mirror (bagi ruang bilik nampak luas)
# Frames
# Cushions

GISLEV Rug, low pile grey Length: 195 cm Width: 133 cm
Ikea's
 
KNUBBIG Table lamp lilac Diameter: 20 cm Height: 21 cm Cord length: 200 cm
Ikea's
LAMPAN Table lamp white Height: 29 cm Base diameter: 13 cm Shade diameter: 19 cm Cord length: 200 cm
Ikea's
 
LOTS Mirror  Length: 30 cm Width: 30 cm Package quantity: 4 pieces
Ikea's
TOLSBY Frame for 2 pictures white Width: 12 cm Height: 21 cm Picture, width: 10 cm Picture, height: 15 cm
Ikea's
MALMA Mirror black-brown Width: 25.5 cm Height: 25.5 cm Thickness: 1 cm
Ikea's
 
Haish..macam-macam idea lak keluar dari kepala otak aku ni haa..still dalam planning nak decorate cemana bilik tu nanti nak kasi luas memandangkan bilik tu takla sebesar mana pun bila da masukkan barang-barang semua.

Okey, nak lipat baju dulu. Dah menimbun da ni haa senah oi..will be back soon with updated entry.

Till then, adios!

Tuesday, April 12, 2011

WP : Kad Kahwin

Hellow,

Semalam hujan-hujan gagahkan diri pergi ambil kad kahwin yang dah siap. Orang GKK call hari jumaat lepas, tapi sebab aku tak keluarkan duit dari ASB lagi terpaksa la aku tunggu sampai Isnin. Bukan main seksa lagi jiwa aku nak pergi ambil kad kahwin tu sementara nak tunggu isnin..hahaha.


Mine!
 Rupanya orang yang buat kad ni memang bengong jugak. Ada ke patut tulis dewan tempat aku sewa untuk reception tu dia label as " Rumah Pengantin Perempuan"..what the heck rumah? Alamat da terang jelas dan nyata tulis dewan. Memang bangang. Nama ayah encek kajicuaca belah majlis aku pun dia tak tukar. Memang saja cari pasal. Semalam aku kira balik kad yang dia bagi manatau tak cukup ke terlebih ke, kesimpulannya dia bagi cukup-cukup extra dua, satu sample dan lagi satu dia tampal atas packaging kad tu. Lepas tu ada lebih kurang 3-4 kad yang ada defects e.g kotor, gam keras melekat, stamping comot. Lepas tu GPS coordinate dia tulis tapi tak label kan as GPS coordinate. Mau dapat orang yang tak berapa nak reti pasal GPS tu, kan da susah. Aku harap-harap takde la masalah nak ke lokasi majlis aku nanti. Memang kerja takde kualiti betul la diorang ni. Taktau sama ada aku punya je yang macam tu orang lain pun sama. Apa-apa pun benda da siap, takleh nak buat apa-apa da. Redha je la walaupun hati ni panas kemain.

Malam semalam Intan, my childhood neighbour datang, so weols sembang-sembang pasal preparations nak kawen ni la since dia pun lagi sebulan lebih nak langsung majlis. Sambil sembang sambil gossip sekali, biasa la da lama tak jumpa. Asal jumpa je ada la cerita baru yang keluar. Last-last dekat pukul 12 malam baru dia gerak. Berlari dia balik sebab seram~ huahuahua.

Esok, nak settlekan pasal PA system nak bayar deposit, nak bagi kad kahwin and so on. Pasal centerpiece card pulak, semalam officemates aku yang dua orang tu tolong edit, print, potong and lipat kad aku. Jumaat ni sorang lagi nak tolong pergi belikan card stand. Nasib ada yang menolong, kalau tak memang hancuss la aku punya decorations semua.
The Idea
Tak tau lagi macam mana hasilnya nanti.

Til then, chiao!

Tuesday, March 29, 2011

WP : HIV Test

Hellow,

As planned, HIV test aku dah settlekan. So dalam minggu ni nak settlekan pasal borang kebenaran kahwin. Pape pun nak kena tunggu encek kajicuaca settlekan bahagian dia dulu la baru aku dapat proceed. Bunga sakura aku dah beli 10 bunch *hamek kau* dekat Dios tengahari tadi.

Letih gila hari ni. Nak buat HIV test pun payah benar. 3 klinik kesihatan aku terjah. Pagi-pagi semangat pergi KK dekat Bt 14, Puchong. Sekali kena wat appointment on 4th April daa..takde keje kot aku nak amek cuti banyak kali. Sepatutnya boleh walk in je tapi sebab ape jadah benda nak buat test tu dah habes, so paling awal Isnin depan. Sebab taknak buang masa and cuti, aku gerak gi KK Sri Kembangan. Sampai sana tanya dulu, pun sama jugak paling awal appointment 4hb. Last aku try call dulu KK Kelana Jaya. Sekali call dia kata boleh walk in je, tapi datang petang pukul 2. Sampai sana dalam pukul 1, isi nama sume, pukul 2 datang amek borang and no giliran. Tunggu kejap, dia panggul buat test, tunggu result and ta-daa siap pukul 3. Kejap je. Habis cite tak payah amek cuti next week. Pape pun, benda da settle. Alhamdulillah.

Semalam duduk merewang dekat office, terjumpa template DIY thank you tag yang sangat comel. Sebabkan comel gile, aku rasa aku nak re-do tq tag aku balik. Hahaha..Penat tangan memotong kertas aritu, ni nak buat lagi sekali. Nasib baik kali ni dia square shape, takde lah penat sangat. Thanks to my officemate yang suka bagi idea yang best-best dekat aku. Nak kena cari kertas purple balik lah ni. Dekat office aku dah perabiskan aritu. Muahahaha..

Okeylah nak sambung potong ribbon balik. Esok nak MC, sebab aku rasa nak demam dah ni...

Til then, chiao!

Thursday, March 24, 2011

To-do list.

Hellow,

Esok dan selasa next week, there's few item aku kena settle regarding my big day plan :

- Beli main item for doorgift. (Friday)
- Survey harga icing biscuits kat Baazar. (Friday)
- Beli manik/lace untuk decorate hantaran. (Friday) * if sempat*
- Buat HIV test. (Tuesday)
- Fill up forms for submission. (Tuesday)
- Buat copy : sijil kursus kahwin, ic
- Ambil gambar passport.


Benda tak berkaitan dengan big day yang nak kena buat ..

Not-so-important but must be done :
- bake mini muffin for friends. (:
- siapkan assignments project management.
- prepare for quiz. (revision lah!)

Hoh, harap aku dapat settlekan semua item by next week. Mudah-mudahan, amin.

Til then , chiao!