Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Revealed. Show all posts
Showing posts with label Revealed. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Revealed : Wedding Album

Hellow,

Tadi tetiba rajin nak snap gambar album kawen walaupun hanya sekadar pakai phone cikai yang megapixelnya hanya 3.2. Pakai je lah ape yang ada kan? Nak pakai dslr guwa tak mampu la, tapi MIL aku mampu. Hoho. Boleh pinjam nak menembak nanti. Tengoklah album kawen tu. Adoii..janji nak bagi 3 tapi dapat 2. Tak bestnya gambar majlis bertandang macam lagi banyak je. Udah le aku tak kenan dengan make up time tu, baju pulak besar-besar sampai nampak badan aku berisi a.k.a gemok. I slim je okeh. Haha. Ayat perasan, tapi baju time bertandang buat aku jadi lebih besar dari sepatutnya. Mentang-mentang lah cousin hasben aku yang jadi OP. Sungguh tak adil.

Gambar masa nikah pun kureng sikit. Maybe sebab aku bukan jenis photogenic plus yang tukang tangkap gambar belom pro lagi. Rasa agak menyesal sebab tak hamek OP time wedding akak aku dulu. Biar bayar lebih sikit janji puas hati. Sekarang dah lepas, ape boleh buat kan. *sigh*

Gambar outdoor untuk majlis belah perempuan aku suka sebab orang yang aku boleh katakan pro yang ambil. Semua cantik-cantik ikut mata aku. Tapi nape gambar pengapitnya tak masuk sekali dalam album? Okeh itu bukan salah mereka tapi salah individu yang pilih gambar. Fine. Tunggu aku dapat dvd semua gambar, tau lah aku nak buat ape. XD

Lepas ni nak open balik file gambar courtesy dari hasil menembak ahli keluarga untuk aku edit sendiri and print. Rasanya kalau aku sendiri pilih gambar baru puas hati kot. Hihi.

Okeylah, esok lusa nak review benda lain pulaks. Hihihi. Buhbaii!

Assalamualaikum. :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, July 07, 2011

Revealed : Akad Nikah

Hi,

Gambar time akad nikah hari tu.

Pics dapat ehsan dari photographer tak bertauliah.

Haha.

Thanks to cousins, Aunts dengan adik bradik.

Pics dari OP belom dapat lagi untuk event akad nikah ni.

Time batal air sembahyang. =)

Satu gambar baru.

Tadi tengah edit gambar lain, tapi tiba-tiba internet hang.

T-T

Hampeh betol. Terus takde mood.

Kalau bosan nanti aku sambung balik.
Ok. Bye

Tuesday, July 05, 2011

More and more..

Hellow,

Another entry tak sampai beberapa jam publish entry tadi. Nampak sangat aku tengah bapak bosan. Perut still sakit memulas-mulas. Alkisahnya, bangun pagi ahad lepas terasa sakit sangat dekat bawah perut dan terus lari gi buang air kecik. Sakit tu tak hengat..tak pernah lak sakit camtu. Bila bagitau mak tengah malam tu, mak kata sebab badan panas dan kurang air and maybe ada urine infection sebab kurang air. Err, aku tak paham tapi ikut je la cakap mak suh minum air banyak-banyak. Balik semalam bagitau kat adik and dia kata dia pun pernah experience macam tu, nasib baik lah aku ingat kan benda ni macam pelik tapi dah biasa jadi kat sesiapa. Makcik aku buatkan air ketumbar bagi aku minum, kasi sejuk dalam badan. Air bali pun aku sapu habis minum, sebab tak tahan sakit gile masa nak membuang tu. Siriyes punya sakit wa cakap sama lu. haha.

Hari ni sampai office pun entah berapa kali pergi toilet. Elok je sampai depan pintu memang tak boleh tahan gile babeng lah. Hah ni pun baru pas balik dari toilet yang tah keberapa kali da ni..T-T..Nasib baik dah kurang sikit rasa sakit. Mana tak kurang dah dekat 1 liter aku habiskan air dalam masa beberapa jam. Selalunya botol air tu dalam dua tiga hari baru habis.

Sebenarnya hajat dihati nak masukkan pics from OP lagi, tah kenapa dok melalut cerita lain.


Hah amek kau sekali dua aku masukkan. So far ni jelah pics yang OP da edit. Lain-lain tungguuuu..

Revealed : OP Pics

Hellow,

Lama sangat dah tak berbelog ni. Semalam balik dari Melaka pun dah lewat petang, sampai KL memang time traffic jam. Nasib Encek Kajicuaca yang drive, kalau aku memang hangin dibuatnye. Majlis bertandang memang sangat penat. Seploh kali lagi penat dari majlis aku kot. Entah berapa ratus biji pinggan nak kena basuh, bape kali nak kena sapu sume. Penat macam mana sekalipun kena buat, takkan nak memerap dalam bilik je kang orang label "PEMALAS". Alhamdulillah semua dah settle, lega sangat-sangat.

Sebelum gerak pergi Melaka jumaat lepas, Encek Kajicuaca kata OP ada tagged few pics yang dah siap edit. Tapi dia sorang je kot yang boleh tengok, kalau pakai account facebook aku tak bole nak tengok. Demmit. So aku dah berjaya save pics tu dalam pendrive semalam, ingat terus nak upload masuk belog tapi brokbeng adik aku tak kasik aku buat. Haha.

Ok fine, kenapa boleh upload satu je ni. Tensi tensi. Oleh sebab itu, aku nak pi breakfast dulu. Lain gambar, lain entry.

Till then, chiao!