Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Back to Back

Rindunye nak berbelog.
Rasa macam da lama tak berbelog.
Rasa macam kehilangan je kalo tak berbelog.
Ceh, tipu je. Baru beberapa hari tak berbelog.
Ok lebih kurang seminggu tak blogging.
Ape la sangat seminggu tu kan?

Sebenarnya bukan aku rindu nak berbelog, aku pun takde idea yang bernas nak sampaikan. balik-balik aku akan melalut sampai ke habis entry. Macam mana nak buat blog yang berkualiti tinggi serta menambat hati pembaca? Boleh bagi aku idea?
MySpace

Aku da seminggu busy. Ceh ayat macam busy sangat. Betol tak tipu. Saya busy tau. Last week on wed and thurs aku bercuti. Bukan cuti-cuti malaysia. tapi cuti-cuti nak exam. Biasa la, last minute punya study in Wed and exam on Thurs. Best bukan? Lepas tu on Friday kena kerja. Kalau la ada lebih cuti [ke cuti lebih?], mesti aku da sambung sampai tahun depan. Baik aku benti kerja ja kan? =)

Cite pasal exam, aku boleh la jawab exam. Ada can nak lulus. Taknak! Aku nak dapatkan A. Boleh tak? Insyallah. Orang kata, kalau kita target nak dapat A, kalau kita rasa tak boleh buat, at least boleh la kita dapat A- atau B+. Paling koman pun B-. Okay okay, aku terima je ape yang aku akan dapat. Tak payah nak sedapkan ati nak dapatkan paling koman B.

Aku da tak boleh nak men tenet selalu, pasal dekat rumah dah takde internet. Kalau nak main tenet boleh, tapi dekat ofis je la. Da takde cafe world, farmville dan etc bak kata semua application yang ada dalam FB la. Kalau nak, bawak laptop pergi tempat ada wifi. Kesian kan?
MySpace

Takpe lah, aku da besar. Takkan nak main game je selalu sampai ke anak cucu. Kan? Kira bersyukur lah dapat bertenet di opis. Alhamdulillah.
Oh ye balik dari cuti dua hari, aku dapat tau yang work station aku telah di swap dengan abang opis aku. Ok. Sebenarnya aku sangat marah. Sebab nya port tu terbaik punya. Dekat dengan corner. Selaku anak kesayangan boss, dia dah bagi aku port tu pasal dia tau aku suka main FB. Baik kan dia? Lepas tu, dah ditukar! Saya sangat marah. Itu satu perbuatan yang sangat mementingkan diri sendiri. Atas sebab alasan reason nak kan privacy. Hello, saya pun nak privacy jugak okay!
Dahlah, sebab aku malas nak gaduh dengan orang opis ni, aku pun buat keputusan mendiamkan diri dan merungut kepada teman terdekat sahaja. Tunggu lah dia pindah kerja, then im going to take back that place!

-The End-

Thursday, April 01, 2010

April Fool



APRIL FOOL!!!




Ada ape dengan april fool ni? Bukan ke kita ni tak digalakkan nak menyambut APril Fool yang direka oleh orang-orang kapir tu?




Aku pun sebenarnya tak ingat pasal benda-benda cani. Nak buat ape kan? Bukan ada makna pun. Takat nak pedajal kawan-kawan, sedara mara buat ape kan?




Aku ingat lagi time aku sekolah dulu. Time tu masing-masing naive lagi. Lurus bendul. Tak tau istilah-istilah benda ni. Aku dengan kawan merangkap jiran blakang umah aku si Nowa tu dok pedajal adik dia si Faiz. Kebetulan birthday si Faiz ni 1hb April. Tengah-tengah dok bosan tahap cipan aku dengan Nowa dapat idea nak pekena Faiz.




Memandangkan hari tersebut hari jadi beliau, lantas aku dengan Nowa pikir nak bagi dia hadiah. Mula-mula kitorang cari kotak dalam saiz medium je, pastu mula la cari pembalut hadiah. Banyak yang kitorang recycle barang-barang dalam umah. Da dapat sume benda tu, aku dengan Nowa pi balik umah aku. Sambil duk mencangkung tepi laman umah, aku dengan Nowa korek pasir tepi laman umah dengan berhati-hati. Takut nanti mak aku pasan aku dok korek pasir tepi umah. Da penuh kotak. Balut la ape lagi.




Siap je kotak hadiah yang penuh dengan pasir, aku dengan Nowa pi balik umah dia. Bagi la adik dia hadiah sempena hari jadi dia.




" Nah Faiz. Hadiah besday kau. "




Bukan main gembira lagi dia. Lagi-lagi kotak berat. Mesti la dia pikir hadiah best-best. Pelan-pelan dia bukak. Kitorang dok tercongok depan dia tunggu je time. Elok je dia bukak kotak,




" April FOOL!!! Hahahahahahahahaha"




Terkekek-kekek kitorang gelak. Muka dia bengang je. Sampai ati akak dia dengan kawan akak dia which is aku memperdajalkan dia.




Sorry la Faiz. Tu zaman budak-budak. Ha ha ha. Mesti kau pun da tak ingat da. Aku confirm!




Tu kot sekali aku pedajal orang time 1hb April. Tapi da besau panjang ni, aku dah tau ape maksud April Fool, so aku da takde makna nak ingat benda tu.





Wednesday, March 31, 2010

My P.P

Eh. Bukan cite pasal pipi aku yang makin tembam dan comel ni. Tapi pasal orang la. Orang lain selain dari aku.

Haha. I'm crazy like a fool. Wah. Sukanya aku dengan actor, model, director dan merangkap singer dari Philipine ni! Boleh jadi kipas susah mati [ Die Hard Fan] dengan dia at first sigh. Damn cute!

Piolo Pascual. Cecece. Sangat cute dan aku sangat gatal. Oh takpe. Just jadi fans je. Tak salah kan?

Ni semalam la punya hal. Aku MC. Balik bawak Luna dari vet. Aku tengok la t.v kot-kot ada cite menarik. Dang! Memang sangat menarik. Cite tv3 - kol 3.30 kalo tak silap aku. She Wolf- Lobo. Wah-wah. Sekali tengok je. Terus tertarik menarik kau memang da bom! Dalam cite ni dia pegang main role, Noah Ortega. :D

So lepas ni aku jarang dapat cuti. So aku bertekad nak layan cite ni kat tv3.com. Ahaks. Takpun dalam You-Tube pasti ada. Ye tak?

Oh P.P, kau sangat comel dan jambu. ;p




Hot bukan? :D

** Kepada my sayang. You are still #1. =)