Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Pregnancy : 40w 1d

Hellow,

Hari sabtu cenggini ape je aktiviti kalau tak pergi umah kawan-kawan yang buat open house kan. Aku pun sama la sementara tak bersalin lagi ni. Merasa la jugak pergi open house dua tiga bijik umah termasuk kenduri aqiqah dan kesyukuran dekat rumah Erna. Makan kambeng goleks sape yang tak mau. Banyak aku minum air sejuk je la sebab panas je cuaca sekarang ni sampai naik kembung perut menambahkan lagi kebuncitan yang sedia ada. Haha. Malas aku nak timbang berat dah. Lantak ler labu, nanti nak bersalin nanti kena timbang jugak kan. Redha je la time tu berat berapa pun. Dalam hati masih lagi berharap tak sampai 70kg. Boleh ke?

Last week check up berat maintain 69.3kg. Ada kebanggaan sedikit disitu sebab aku rasa macam aku dah makan banyak sangat. Mula-mula ingat dah boleh la bersalin esok lusa nye, hampa belaka impian aku. Cewahh. So next check up kalau tak bersalin lagi masa 40w 4d ikut EDD private and 40w 2d ikut EDD dekat KK. Masa check up next week baru nak jumpa doc untuk scan tengok semua. Hampeh. Punya la lama aku tunggu, bila da overdue baru nak scan tengok ka? Kalau EDD KK memang esok lah jawabnya. Malaysia day kot. Mana tau esok dia nak keluar ke kan? Aminnnn...mudah-mudahan. Kalau tak bersalin jugak, nurse bagi masa sampai sabtu next week and Ahad tu kena admit hospital untuk induce. Cuak weh. Harap-harap tak kena la induce. Waaaaa.. T-T. Perut aku ni on off je rasa contraction. Show darah ke air ketuban ke langsung takde. Tak tau la kalau masa aku kencing tu dia kua sekali ke sebab kadang-kadang nampak air macam keruh semacam je. Tapi check pantiliner takde plak basah. Bangun pagi mesti tangan dan kaki kebas tapi tak bengkak plak kaki aku cuma tangan nampak bengkak. Pantang aku terlelap atau tak buat apa-apa mesti tangan rasa kebas dan sengal semacam je sampai nak bengkok kan jari-jari ni macam susah sikit. Itu perkara biasa ke kalau dah sarat sangat ni?

Sekarang ni hari-hari dah sapu minyak selusuh kat perut sebelum tidur. Minum air zam-zam sekali. Mana la tau kan. Semalam satu hari lap rumah pakai kain. Tertonggeng-tonggeng aku lap dan haruslah encek suami marah sebab wat macam tu, tapi aku cakap nak bagi kick start labour punya pasal. Hari-hari macam berdebar-debar je nak tunggu rasa sakit ada show datang. Semalam dah round satu pasar malam dekat Putrajaya. Lepas tu pulak singgah rumah my sis main-main dengan anak buah kesayangan yang makin hari makin buas, kasar dan bijak. Alahai, kan best kalau anak aku nanti seputih dan secomel dia.

Dah boleh berdiri tanpa bantuan dah walaupun sekejap. :)


@40w 1d


*Doakan aku cepat dan mudah bersalin ye.

Assalamualaikum.

Friday, September 14, 2012

Pregnancy : Still Pregnant?

Hellow,

Selamat hari jumaat and yes i am still pregnant at 40 weeks. Haha. To those yang keep on asking, pleasee, kan dah cakap once dah pop out this 'lucky' baby nanti aku update la dekat fb ke blog ke and kalau kawan-kawan yang aku ada number tu jangan risau aku forward message dekat korang semua. Kadang-kadang rasa annoying bila orang dok tanya-tanya kat fb. Eh, text sudah tak payah nak bajet kredit. Hoh. Sekian.



So during my early Maternity Leaves yang aku ambil ni aku banyak berjalan je. Yes, dah usaha macam-macam kalau baby kata he will stay for a while, maka nya kita haruslah tunggu. Pernah kata dengan encek suami, tak nak buat solat sunat ke mintak baby keluar cepat ke ape ke, dia kata biarlah budak tu nak keluar bila. Allah dah tentukan hari yang terbaik untuk dia keluar, kalau kita dok mintak-mintak dan Allah perkenankan, tak ke rasa rugi sebab Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita, kita nak buat benda ikut perancangan kita pulak kan? Lebih kurang gitu lah kata beliau, jadi aku pun sejak dengar dia kata macam tu, aku redha. Cewah. Yang aku rasa ralat sangat pun bukan sebab ape, risau cuti terbazir macam tu je. Kang baru habis pantang bape hari dah nak start kerja. Anak pulak dah nak kena hantar ke BS baru bape bulan. ML dah le 2 bulan je kan? Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. So aku kena la sabar. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita kan?kan? :) Ada jugak aku dok mengadu nasib dekat one of my closest friend and dia kata, "Rilekslah , Imam Shafie pun duduk dalam perut mak dia setahun" Lepas dia cakap tu terus dalam hati aku cakap, kalau anak aku jadi macam imam shafie, sejuk perut aku ni mengandungkan dia. Haha.

Semalam siap aku berjalan satu Taman Putra Perdana dekat tengah-tengah roundabout Putrajaya tu kot. Baru jalan setengah jam dah cramp otot-otot perut aku tu. Sebabnya aku tahan nak kencing. Haha. Berpeluh jugak walaupun berjalan je. Habis pusing satu taman, aku pergi toilet dan beli air tin sarsi dekat vending machine. Perghh, memang sedap la minum air gas lepas jalan penat-penat. Plan today tak tau lagi nak buat ape. Mungkinkah nak pergi layan movie lepas solat jumaat nanti? Encek suami nak sangat tengok RE : Retribution. Tengok dekat fb dah dua orang kata tak best sangat sebab jalan cerita pendek lah, tergantunglah and so on. Lagi satu boleh kan aku nak pergi tengok cerita macam tu? Mak kata janji tak takut and terkejut dah le. Hehe. Kalau tak nanti aku tawaf je la satu shopping complex kalau encek suami rajin lagi nak bawak aku keluar jalan-jalan.

Lastly, congratss to all September mommies. Ramai jugak yang dah bersalin dalam minggu ni dan minggu lepas. Nak tulis satu-satu nama tak ingat plak blog link. Aku pun soon to be September mommy jugak, just tunggu masa je la kan. Semoga dipermudahkan segalanya. *Kunfayakun.

Assalamualaikum.

Saturday, September 08, 2012

Pregnancy : 39w 1d

Hai..

Dah masuk 39 weeks semalam. Ligat berjalan semalam. Tapi takde lah jauh mana. Siap boleh naik turun tangga 4 tingkat 2 kali sebab salah tangga. Haha. Baby is doing sooooo fine in there. Okey baby, ikut suka awak lah nak keluar bila. Jangan overdue je mama mintak. Kesian la mama awak nak paksa awak keluar nanti kalau kena induce. Kan kan kan? Tapi macam dah redha je kadang-kadang kalau kena induce. Erk..boleh plak kan? Kawan-kawan seangkatan awak yang patut keluar plus minus bape hari dengan awak dah ramai yang keluar. Buat mama stress tau. Menggelabah je mama awak ni nak stress bagai. Okeylah, malas nak pujuk awak keluar. *merajuk*

Pasal tukang urut, decided to ambil akak yang mebgurut aku last year lepas miscarriage tu. Walaupun akak tu baru 30an, tapi aku rasa okey kot. Lagipun charge dia around RM150 untuk 3 hari. The cheapest i can get. Services included urut, tungku, bengkung mak nye dan mandi, urut, tuam baby. Okeylah kot, tapi kalau dia datang Puchong ada extra charges, so husband decided to ambil dan hantar dia during the services. Husband sanggup sebab nanti dia nak singgah rumah mak dia senang la..da dekat kan. Lagipun kalau husband ambil dapat save cost. Maybe aku akan campur-campur other services from other mak cik urut sebab aku nak urut banyak hari baru rasa best. Haha.

Minggu ni kaki aku bengkak banyak kali. Asal balik kerja je aku tengok pergelangan kaki aku dah bengkak. Tapi takde lah bengkak macam kaki gajah tu. Bangun pagi je mesti kaki dan tangan rasa kebas. Masa check up last thursday aku bagitau nurse dan dia pescribe aku calcium. Katanya aku kurang kalsium. Ye kot? Da lama aku tak minum susu. Susu kacang soya je kot? Pasal bengkak tu maybe sebab aku makan banyak sangat kerepek ubi kayu perisa BBQ. Banyak garam kan? Tu yang bengkak bermaharajalela tu.

Cerita pasal check up last thursday. Benda biasa je buat, yang luar biasa sebab berat naik lagi another kg. Hmm. Memang nak bagi aku sampai 70kg ape? Last week naik extra 200g kan? This week naik extra 500g plak. So maknanya berat aku naik sekilo from last week. My current weight : 69.3kg. Terbaikkk! Lepas tu sibuk balik dok buat light exercise, lepas exercise terus melantak macam-macam. Caner tu nak turun? Harapan aku berat naik banyak ni biarlah banyak pergi ke baby. Baby, agak-agak awak ni dah bape kilo ar? Nak kena tunggu awak lahir la baru tau kan. Sadis.

So hari  ni banyak sangat open house. Meh la kita isi masa terluang untuk makan. Hahahaha,

Assalamualaikum.

Tuesday, September 04, 2012

Pregnancy : Maternity&Paternity Leaves

Hellow,

My ML will officially starts on next Tuesday, tapi aku dah ambil annual leaves on Friday and Monday so my holiday mood will starts exactly on Thursday afternoon. Haha. Sebab apa Thursday afternoon? Sebabnya petang khamis tu aku ada appoinment untuk weekly check up dekat KKPj. So kira mood kerja akan hilang hari Khamis. Handover task untuk my officemate aku dah buat sikit-sikit. Harap-harap lah dia tak pening nanti. My maternity leaves form, annual leaves form dan timesheet untuk September dah aku pass dekat dia. Settle bab cuti. Bab kerja aku pulak, akan ku sedaya upaya buat yang termampu. Tak adalah orang yang ambil alih kerja aku rasa beban pulak kan. Aku kan baik. Hahaha.

Oleh sebab aku ni dapat cuti pun 2 bulan je, makanya aku akan start bekerja balik exactly after 70 days cuti ML starts. Sepatutnya 60 hari je kan, tapi sebab aku kena report duty balik on 12th November, dan the next day tu pulak cuti deepavali, kerja balik dan cuti Awal Muharram dan kerja balik, aku malas nak pening-pening terus ambil annual leaves lagi 3 hari so aku dapat cuti lagi seminggu. Report duty balik on 19th. Paternity leaves untuk encek suami pulak start on the day aku bersalin tapi lagi best kalau baby nak keluar on 10th Sept sebabnya lepas 7 hari paternity leaves encek suami habis, dia memang dah dijadualkan untuk dapat cuti gantian untuk raya, merdeka dan call back bulan lepas selama seminggu. Memang untunglah dapat cuti another one week nanti. :D

Petang ni akan ke IREE's touch untuk tengok package for post natal home care services. Last week dah contact owner, Kak Ida. Dia suruh datang today if aku nak tengok. Kena bawak my mom sekali sebab nanti dia nak tanya macam-macam kan. Lagi satu post natal service ni dia pakai product Tanamera. Confinement set NR aku tu akan dipakai lepas services tu habis la kot. Janji jangan nak membazir sudah la. Kita tengok macam mana dulu, if okey dan masih ada slot untuk aku, aku akan proceed. Esok aku cerita pasal post natal services ni. :)

Assalamualaikum.

**10 days to go**

Monday, September 03, 2012

Random : My Version of Carrot Cake

Hellow,

Mood membaking datang lagi tetengah malam ahad yang indah. Tak sedar kot esok nak bangun awal pergi kerja. Tiba-tiba rasa macam nak jugak try buat carrot cake dengan cream cheese topping malam tu jugak. Haishh..layankan aje. Merajuk dengan si anak kecil yang tak mau keluar-keluar lagi. Haha. Over plak mama dari anaknye. :D 

Okeylah, resepi asalnya nak buat steam carrot cake yang diambil dari mana tah. Tau-tau je aku dah salin dalam buku resepi. Lepas dah parut carrot bagai, baru lah terhegeh-hegeh nak check bape biji telur dalam bekas telur. Memang tak cukup lah kan. Terus lah online dan google resepi-resepi yang nampak sedap dan lazat. Bukak blog cik dentist kita, IntanBerlian nampak resepi carrot cake dia pernah buat. Terus ambil measuring cup dan buat sambil ulang alik tengok lappy. Macam biasa lah kalau aku ni buat 1/2 ingredient je sebab tak ada orang kat umah ni yang gemar makan manis-manis sangat. Termasuklah aku yang membuat nya. Semua benda yang aku buat memang aku tak rasa sangat dan beriya makan. Rasa puas ati bila tengok orang lain makan dengan banyaknya. Itu dah cukup.Resepi ni aku ada alter sikit sebab aku tambah prune dan kismis. Walnut aku tukau jadi almond nibs.

Resepi Carrot Cake + Cream Cheese Topping

Ingredients :
1 cup cake flour/superfine flour*
1/2 tsp baking soda*
3/4 tsp baking powder*
1/2 tsp cinnamon powder*
2 eggs
1/2 cup castor sugar
3/4 cup corn oil/vege oil
1 tsp Vanilla essence
3/4 grated carrot
25g raisins
50g chopped prune
25g Almond nibs

Method :
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam mixing bowl dan kacau bahan kering sehingga sebati guna whisk. Letak tepi.
2. Masukkan telur dalam mixer dan pukul sehingga kembang (sampai telur jadi warna kuning pucat/putih). *My case telur kembang tak jadi pun warna putih tapi kuning pucat*.
3. Masukkan gula sambil putar. Bila dah sebati dengan telur, masukkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam mixer sambil putar adunan. Kemudian masukkan vanilla esen. Kacau hingga sebati.
4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Bila dah sebati, masukkan carrot yang dah diparut dengan prune, kismis dan almond nibs. Kacau sebati. Masukkan dalam loyang.
5. Bakar dalam pre-heated oven pada suhu 180 celcius selama 25-30 minit. (Masa membakar asal 40-60minit tapi sebab aku buat 1/2 ingredients, so agak-agak dah masak aku tutup oven)
6. Sejukkan atas jaringan. Make sure betul-betul sejuk baru sapu cream cheese topping.

Cream Cheese topping :

Ingredients :
250g Cream Cheese
1/2 cup icing sugar
1/2 tsp vanilla essence
100ml whipping cream

Method :
1. Beat cream cheese sampai lembut.
2. Masukkan icing sugar dan esen vanilla.
3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sampai dapat desired topping mixture. * Usually tak habis pakai whipping cream sebab kalau letak terlebih topping jadi cair dan tak melekat kat cake.

Proses yang terlibat :

Telur yang tengah dikembangkan. :P

Telur yang dah kembang

Eggs+Sugar+Oil+Vanilla+Flour mixture


Cake Batter + Grated Carrot+Prune+Raisins+Almond


Cream Cheese topping


Baked Carrot Cake
End Product
 Walaupun end product agak selekeh sebab kekurangan decorating tools, tapi tastewise sangat sedap. Bukan sedap sangat tapi sedap la jugak. Kalau moist lagi mesti lagi laa sedap. Petang tu ada jugak try buat mee bandung muar, yang aku pernah beli perencah dekat my friend. Sedap gilerrr sampai encek suami bertambah-tambah. Walaupun pakai perencah ready made, tapi nak buat pun kena ada skills sebab tak ada tulis berapa banyak air nak pakai, berapa banyak telur nak kena masuk etc. Pandai-pandai sendiri je. Nasib baik jadi. Haha. Tenkiu perencah mee bandung Mak Pon.


Tu diaaa..

Tak silap hari sabtu lepas sorang blogger mom to be, Gadis dah selamat bersalin. Walaupun Gadis due lambat sehari dari aku tapi dia dah selamat dulu. Alhamdulillah. Bila pulak my turn ni? Semalam dah rendam akar fatimah lagi sekali dan dah start minum air tu. Hari ni pun siap bawak satu botol pergi office buat minum. Rasa dia macam air masak je sebab tak rendam berhari-hari pun. Orang kata rendam berhari-hari nanti jadi busuk and berlendir. Erkk..Harap-harap tak lama lagi lah turn aku. Penantian ini satu seksaaaa..

Assalamualaikum.

p/s : penat nak jawab bila orang tanya dekat aku bila nak bersalin. -_-"

Friday, August 31, 2012

Pregnancy : 38 Weeks & Counting.

Hellow,

Dah masuk 38 weeks ni ape nak tunggu lagi? Baby tak mau keluar jugak. Apa boleh bikin. Tunggu saja lah. -__-". Esok lusa kot? Haha. Tanda-tanda pun tak ada. Kalau baby mengeras je tak sakit sangat pun kira tak ada pape la kan. Benda normal kot bila dah nak last-last cenggini. Aku ni tengah mengah ni, ade ke patut baru petang tadi makan nasi ngan ikan dah lepas maghrib melantak 3 keping roti+Cili Tuna. Pastu boleh plak bantai ngan dua kotak kecik air soya. Memang buruk lantak lah kan. Memang sekarang kuat sangat makan. Lagi-lagi benda yang tak boleh makan masa pantang nanti. Memang heaven la kan bila berat naik lebih.

Oh semalam aku ada check up untuk 37 weeks kat KK. Ya Allah punya la lama nak menunggu sampai dekat 2 jam. Orang tak de lah ramai sangat yang masuk bilik doktor tapi nak menunggu sampai berjam. Aku sampai kol3 dan dekat kol5 jugak lah aku habis. Mula-mula jumpa nurse check benda biasa, then nurse set kan untuk jumpa doctor plak lepas tu. Kena tunggu lagii. Jumpa doc sebab nak tau result FBC last week je. Ingatkan dapat la buat scan. Harammmm. Tak dapek kot.

Hasil check up semalam :

Berat : Gain 700g/week. (Extra 200g) - 68.3kg sudaaaa! Erkk.
HB : 12.2 (Record terbaik setakat ni)
Result FBC : 11.7
BP : normal
FH : 130 bpm
Baby's position : Ceph & Engaged

Doc siap lukis lagi bentuk cam hexagon bagai. Tu bentuk baby dalam tu ke ape? Masa doc nak check kepala baby dah masuk ke belum, memang terasa sakit sikit la. Masa nurse check perut dia kata perut aku ni sangat padatt..padat dengan lemaks kot? Haha. Oh ye, agaknya berat aku naik 700g tu sebab aku makan banyak sangat kot masa lunch. Mana bole tahan kalau opis wat makan-makan raya. Habis aku tibai nasi impit 5 peket kecik tu dengan 2 keping lemang + rendang ayam 2 ketul anddd kuah kacang yang sedapp. Hamboih memang aku makan selagi boleh la kan. Semalam dinner plak aku melantak nasi goreng ikan masin satu plate besar dekat Murni kat Sunway tu. Memang mencanak-canak la naik berat pasni. Encek suami sekarang melayan kan aje selera makan aku. Lagi la terbaikk.

This is my last 2 weeks before due. So far semua benda dah ready kot? Haha. Ada kot-kot nye lagi kan. Bag aku yang nak dibawa g spital dah aku update dengan barang-barang makanan tadi. GL dah ready dalam kereta sebab encek suami kata hrmis sekarang nak bukak asyik tak boleh je. Tak sure sama ada nama aku dah update dalam hrmis dia. Maternity leaves masih dalam perancangan. Rasa macam nak ambil cuti awal seminggu. Boleh tak? Tapi rasa rugi pulak nanti baru seminggu habis pantang dah kena masuk balik kerja. Sayang nak tinggal baby dekat orang lain. Pasal baby sitter, aku masih tak jumpa lagi orang nak jaga area puchong ni. MIL nak jaga boleh, tapi aku kena rajin panjat tangga nak anta baby nanti la. Confinement lady aku masih belum dapat. Hebattt. Esok kalau rajin aku pergi tempat tu tanya macam mana. Kalau tak cari je la mana-mana datang umah berurut biasa je. T-T. Harap-harap aku dapat settlekan mana-mana yang patut before baby keluar.

Assalamualaikum.

Wednesday, August 29, 2012

Pregnancy : 16

Hellow,

16 days to go baby. Kenapa takmau keluar lagi? Kesian mama ngan papa tertunggu-tunggu. Lagi kesian papa sebab tiap kali pergi kerja mesti hati berdebar-debar. Nak solat pun tak senang takut masa solat mama call kata nak bersalin. Pergi kerja, papa mesti kejap-kejap stop check phone takut mama call tapi papa tak dengar. Handphone papa yang dulu main letak ikut suka sekarang dah jadi peneman setia mana-mana papa pergi. Kalau papa balik rumah nenek mesti tak lama, takut nak tinggal mama lama-lama dekat rumah. Tapi paling best sebab papa tak boleh nak lepak luar lama-lama lagi. Kalau papa nak keluar pergi mana malam-malam mesti papa bawak mama sekali.

Ingatkan semalam awak nak keluar la teman mama sambut birthday sekali, tapi awak tak keluar jugak. Siang tu mama happy sebab perut memulas-mulas banyak kali. Tapi bila dah petang, terus hilang segala rasa sakit tu. Hilang jugak instinct mama yang awak nak keluar semalam. Takpe lah sayang, awak keluar bila awak dah ready ye. Mama tau awak seronok duduk dalam tu, tapi bila dah sampai masa mesti awak nak keluar jugak kan. Dua hari lepas mama dah beli kan stroller dengan car seat baru untuk awak. Lepas beli terus simpan dalam kereta sebab ingat awak nak keluar semalam.

Dah terlepas target mama nak awak keluar semalam, next target nak awak keluar Jumaat ni. Masa tu awak dah 38 weeks dah dan memang elok-elok la awak keluar. Hari jumaat ni pulak 31 ogos, boleh la awak jadi anak merdeka ye. :D Tengoklah macam mana nanti ye. Hari-hari terasa bonjol dekat perut mama. Kaki awak agaknye. Awak dah besar dalam tu sayang, dah sempit dan tak muat. Dekat luar ni best banyak space. Awak boleh luruskan kaki dan menggeliat sana sini. Haha. Memang tak putus asa mama pujuk awak keluar cepat kan. Hari tu mama dah rendam akar fatimah. Tak sampai semalaman dah fully kembang. Tapi mama tak minum air tu sebab rasanya macam tak sedap. :D Mama saja nak tengok tahap kekembangan akar tu je. Kata orang cepat kembang, cepat bersalin atau mudah bersalin. Iye ke? Apa-apa pun Allah yang tetapkan semuanya. Harap semuanya selamat je.

Tak sabar nak tunggu awak keluar.

Assalamualaikum.

Sunday, August 26, 2012

Pregnancy : Full Term

Hellow,

Alhamdulillah today dah masuk 37w 2d..tengok ticker, aku ada lagi 19 hari lagi before due. Nervous tu ada la jugak, tapi ketidaksabaran tu lagi banyak. Tak sabar nak tunggu labour sign. Ada sesetengah orang yang takut bila dah dekat nak due ni kan? Aku tak macam tu sebab nya bukan aku perasan aku ni kuat, tabah dan tahan sakit punya orang tapiii kalau aku dok takut je nak bersalin nanti aku tak boleh nak concentrate during labour. Mula la dok terasa sakit tu lebih daripada excitement nak jumpa baby. Lepas tu kalau boleh aku tak nak fikir pasal masa yang aku dapat lepas baby dah keluar nanti. Semua new mommies mesti akan rasa stress bila tak dapat tidur cukup and so on kan? Aku pun sama, tapi aku takmau stress sebab niat di hati dah nak bagi anak susu badan. Orang kata kalau stress nanti production susu kurang. Betul kan? So aku abaikan perasaan tu. Tapi kalau dah Allah kata dah bukan rezeki aku nak fully BF baby aku, harus aku bersedia dan redha jugak kan? Kita semua nak yang terbaik untuk baby kita. Positive tu paling penting.



So kalau nak kira baby dah full term bila masuk 37 weeks ni. Baby dalam perut ni pun dah full term la kan. Baby oh baby, hari-hari mama tunggu tanda-tanda awak nak keluar. Kadang-kadang jadi tertekan. Sampai termimpi-mimpi mama semalam ada orang nak pecahkan air ketuban nak bagi awak keluar cepat tapi mama siap marah-marah lagi sebab nak bagi awak keluar bila sampai time. Tidur pun tak lena. Kejap alih sana, kejap alih sini. Tapi alhamdulillah bangun pagi masih cergas walaupun tidur kurang. Harap-harap nanti baby dah keluar, aku boleh rasa secergas pagi ni walaupun malam tidur lambat dan tak lena. Lately masalah constipation aku dah tak ada kot. Makin kerap aku membuang dalam satu hari. Kalau tak pergi membuang sehari pun, esoknya still boleh membuang dengan gembira walaupun perut terasa memulas-mulas. Punya la dok mengharap yang memulas-mulas tu tanda baby dah nak keluar, malangnya belum masa lagi. Perut memulas-mulas sekejap lepas tu dah tak ada. -_-". Paling kesian encek suami sebab pergi kerja dengan hati yang risau. Paling cepat dia boleh sampai rumah pun dalam masa 40 minit dari tempat kerja. Kalau nak cepat aku terpaksa drive ke hospital sendiri dan dia tunggu dekat sana. Doa sangat yang time aku sakit nanti, encek suami ada dekat rumah.

Pasal kaki membengkak pulak, kejap tengok macam dah bengkak. Kejap tengok macam tak bengkak. Tapi terasa la macam kaki kebas dan mencucuk-cucuk kadang-kadang tu. Nasib baik encek suami sudi nak urutkan kaki. Haha. Lepas tu sekarang ni aku dan encek suami makin ligat berjalan-jalan. Nak bagi proses bersalin cepat dan senang lah katakan. Jumaat malam lepas tercapai hajat nak pergi i-City tu. Sampai sana, rasa macam hampeh je sebab semua tak yang macam aku bayangkan. Entahlah, aku pun tak sure. Lepas tu rasa nak minum hazelnut white coffee dekat Old Town dah tercapai semalam. Walaupun encek suami penat, nak jugak dia bawak aku keluar semata-mata nak penuhi hajat isteri dia yang tah ape-ape tah mengidam semua benda last-last minute camni. Hari jumaat pulak malas sangat nak ke office, lantas ambil MC dan petang tu penuhkan hajat hati nak makan cheese fries dekat The Manhattan Fish Market. Hajat nak makan Giant Platter, tapi takut tak habis sebab makan berdua dengan encek suami je. Hari tu makan bertiga dengan kawan opis pun dah nak muntah nak perabiskan.
My nephew yang teman jalan-jalan. Layan upin ipin dulu..

Satu-satunya gamba yang nampak kurusss..Haha @37w

Minggu-minggu terakhir sebelum due ni aku memang makan banyak sangat! but i am a happy preggy women kot. Lepas ni kita berpantang kaw-kaw punya. Okeh, baru ingat tak mandi lagi...haha.

Assalamualaikum.

Wednesday, August 22, 2012

Pregnancy : 36 Weeks Check Up.

Hellow,

Salam 4 Syawal. Hari ni sangat bosan sebab kena duduk rumah sorang-sorang sebab encek suami kerja pagi. -______-". Dah lah ada appoinment check up today, husband kerja dan paling menarik sekali bila kunci rumah aku tertinggal dalam kereta. Hebat! Appoinment dekat KK pukul 9 am, tapi sebab aku ni bersiap awal sempatlah aku perah otak macam mana nak keluar dari rumah. Mula-mula call ayah dulu sebab tau encek suami pun on the way ke tempat kerja. Takkan lah nak suruh dia patah balik dari KLIA ke puchong naik motor? Patah pinggang dia oii. Call ayah ada dekat Shah Alam hantar budak-budak kilang pergi mana tah. Paling awal sampai pun pukul 9.30 am. Oh myyyy..terus try call my neighbour. Tak berangkat pulak. Call lagi sorang neighbour pun sama. Teringat pulak kawan sekolah merangkap neighbour belakang rumah. Angkat, tapi adik beliau. Dia pulak sedap tidur. Nak tak nak kena kacau dan bagitau masalah aku. Dalam seploh minit, dia anta adik dia selaku hero aku untuk hari ni. Kesian budak tu kena panjat pagar umah dan cari kunci dalam kereta. Alhamdulillah. Selamat aku keluar rumah dengan jayanya. Time kaseyyyyy!

Sampai KK tepat kol 9 am dan terus ambil nombor. Paling best check up time orang bercuti raya ni sebab orang tak ramai. :D Happy sebab lepas ambil nombor terus up dekat screen. Register dan ambil card scan dan terus buat urine dan sekali lagi kena buat FBC. Arr paling tak suka bila kena derma darah sebalang ni. Lepas tu pergi timbang, check baby sume dan balik. Berat naik (haruslah naik time raya kan?) 1.4kg. So far dah jadi 67.6kg. Adoii, jangan sampai 70kg pleaseeee. HB tak sempat nak keluar result sebab dah habis check up. Baby dah masuk laluan a.k.a engaged. :) Next check up will be on next week. Haish, mengharap sangat yang today was my last check up. Please baby, tolong keluar cepat please. :D

Kempunan nak makan BGSC dah terlaksana. Tengok movie pun sama. Makan kerepek pun sama. Apa lagi? Tak ada dah kot. I'm ready! Oh semalam tengok movie Expandables 2. Bila dah masuk baru aku dan encek suami sedar yang aku tak sepatutnya tengok citer tu walaupun sangat best dan kelakar. Banyak scene ngeri-ngeri darah sana sini. Aku siap tutup perut tak nak kasi baby tengok. Haha. Ape kes?


At 36w 4d =)

run forrest run! 


Sekian. Assalamualaikum.

Thursday, August 09, 2012

Pregnancy : 34 Weeks Check Up & Progress

Hellow,

I am 34w 6d today but baru buat check up yesterday. Esok dah masuk 35 weeks and next week will be 36. Oh my, kejap nya dah nak 36 weeks and by 37 weeks baby is full term and i can deliver anytime soon! Hopefully aku deliver awal sebabnya aku dah tak sabar. Tak mau la overdue, tak syok sebab nanti asyik risau and stress kenapa baby tak keluar lagi and malas nak ambil cuti banyak-banyak dah. As usual check up kali ni sebelah petang so ambil time off dan jimat cuti aku. Check up at 2 pm, tapi sampai KKPj tak bukak lagi and ramai dah menunggu macam kambing nak masuk kandang. Haha. Elok je bukak, aku pun turut serta serbu, dapat la nombor giliran yang ke 9. Masing-masing tak menyabar je. Ganas-ganas je mak-mak buyung kat sini.

Tunggu dalam 10 minit dah kena panggil, register and ambil kad scan. Terus ke bahagian urine and HB. Part nak collect urine punya la lama. Toilet untuk collect urine ada satu je kot. Masing-masing pulak bukan main lama lagi dalam tu. Kencing, basuh, flush toilet sudahlah. Ni nak termenung bagai. Dah tu ramai pulak yang datang lagi lambat tak ikut turn and pergi toilet jauh sikit. Tak aci. Lepas collect urine dan dapat result HB, terus scan card untuk masuk bilik 36. Tunggu pun tak lama, dalam 10 minit terus nombor up kena panggil. Tak lama pun dalam bilik tu dah settle tunggu untuk ambil obimin untuk 4 minggu lagi. Result check up kali ni :

HB : 12.0 (Bacaan terbaik buat masa ni)
Weight : +1.5kg. (terlebih sudah 500g tapi nurse kata okey sebab last 2 weeks berat da turun)
Baby's position : Ceph (Good boy!)

Next check up will be on raya ke-4. Aku mintak pagi sebab that day aku apply leave. Tapi kena pergi sorang sebab husband kena call back that day. Tak boleh masuk lambat or tukar shift. :( My sis pulak still dekat Terengganu beraya. My mum at Penang pun beraya. I'm all aloneeeee. T-T. Tak pernah pergi check up tak ada orang teman. Haha. Mengada-ngada. Bukan tak reti drive sendiri pun. Google pasal baby's position tadi. Ada banyak jenis rupanya in Cephalic presentation ni. I wonder what position my baby's in.

1. Occiput Posterior (OP) - head facing mother's tummy (sunny side up)

2. Occiput Anterior (OA) - head facing mother's back
3. Left Occiput Anterior (LOA) - head facing mother's right butt cheek (best position)
4. Right Occiput Anterior (ROA) - head facing mother's left butt cheek
5. Left Occiput Transverse (LOT) - head facing mother's right side
6. Right Occiput Transverse (ROT) - head facing mother's left side
7. Left Occiput Posterior (LOP) - head facing front of mother's right leg
8. Right Occiput Posterior (ROP) - head facing front of mother's left leg


Which One?
 
Tak sabar nak tunggu baby keluar. Baby sila cepat-cepat keluar tau.

#Rasa lapar pulak tiba-tiba. LOL.

Assalamualaikum.

Monday, August 06, 2012

Pregnancy : Hospital Rakan Bayi

Hellow,

Entry kali ni nak sharing list hospital rakan bayi yang aku ambil dari website MOH tadi. Tiba-tiba tengah on the phone dengan my sis terus klik-klik dan cari info sebab senang nak target mana hospital paling dekat pada waktu kejadian (nak bersalin) nanti. :D
 
Selangor

31. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
32. Hospital Kajang
33. Hospital Banting
34. Hospital Kuala Kubu Baru
35. Hospital Tanjung Karang
36. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
37. Hospital Selayang
38. Hospital Serdang
39. Hospital Ampang

Kuala Lumpur
40. Hospital Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan
41. Hospital Putrajaya

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

126. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
127. Pusat Perubatan Universiti Malaya

List atas tu untuk government hospital area selangor dan wilayah persekutuan KL sahaja. Untuk private hospital yang di iktiraf hospital rakan bayi oleh MOH :  

HOSPITAL SWASTA
128. Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
129. KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
130. KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
131. KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL
132. KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
133. Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang

Pilihan paling dekat untuk aku deliver kalau dekat rumah : Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dibuatnya aku sakit nak beranak masa dekat office, hospital paling dekat adalah : Hospital Ampang, HKL dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. HKL aku reject sebab kalau pergi sana sangat sesak, nak parking payah dan susah serta pack serta jauh. Okay doa-doa la tu tak akan masuk dalam pilihan aku. -__-". Kalau PPUM buat nya aku nak terberanak waktu peak hours, maksud d situ waktu orang sibuk nak pergi kerja memang lah aku pergi Serdang atau Putrajaya. Bahaya oi kalau sangkut kat jem. Stress dibuatnya nanti.

Untuk hospital-hospital negeri lain, boleh lah klik dekat SINI.

Assalamualaikum.

Saturday, August 04, 2012

Random : How do i look?

Hellow,

Kepala biol lepas bersahur. Nak tido tak boleh, tak tido rasa mengantuk. Apo nak buek ni? Mengarang entry je lah jawapannya. Semalam berjalan-jalan serta berbuka puasa di Amcorp Mall dengan my mum. Encek suami bekerja shift pm, jadi iftar berdua dengan mak dekat luar sebab mak teringin nak makan di Rak Thai sejak awal puasa hari tu. Kitorang berdua ni dah jadi macam tradisi, every year puasa mesti nak makan dekat situ dengan set menu yang sama since Ramadhan 2008 lagi kalau tak silap aku. Haha. Believe it or not. Menu yang diorang sediakan pun memang tak pernah berubah, cuma rasa dan kuantiti je kot yang kelainan sikit. Anyway makan kat sana memang selalu je over kenyang. Paling tak best bila nak bayar parking kena charge RM13 untuk 4 jam! Mahal kot. First 2 hours : RM5, next subsequent hours : RM4. Kalau masuk after 6pm, RM5 per entry. Menyesal datang awal-awal. :(

Ceritanya hari ni nak tepek segala gambar-gambar kejadian sepanjang minggu ni dan minggu lepas. Saja bosan kan? Btw, Lisa dah deliver couple days ago kan? Congrats to Lisa and husband and welcome to the world baby Hannah Nur Aisha. :)

This is how i look at 34 Weeks and my first time taken pics in the public toilet LOL : @-@
I am a selebet mommy to be..*-*
Ni masa belum break-fasting lagi. Dah lepas tu memang look a like penguin la. Haha. Semalam kan sambil jalan-jalan termasuk la satu kedai tu. My mum panggil and tunjuk satu abaya tu. Cantik okey, harga pun tak sampai RM100. Berkenan pulak aku. Tapi kan part sedihnya, try size 40 ketat di perut tuka size 42, masih ketat di perut. Ikut ati nak pakai je, sebab lepas bersalin confirm lah dah muat and selesa. Tapi ni nak pakai beraya, macam mano? Nanti kena kutuk pulak pakai ketat di perut. Showing off my baby bump plak orang kata. Ni baru 34 weeks, masa raya dah 36 weeks, muat lagi kah time tu? Kalau nak ambil size 44 ke nanti lepas bersalin mesti da gelebeh je nak pakai besar-besar. :(

Next : Baby's hospital bag. Isi-isi dalam semua aku ikut list yang Nana bagi. :) Thanks Nana.
What's inside the bag - Diapers, blankets, towel, long sleeve suits, cotton wool, barut, napkin, toilettries, minyak telon, mitten&booties etc.
So baby, boleh keluar cepat tapi tunggu 37 weeks dulu okey. Haha.

Baby's bag to hospital.

Yang ni plak on my cousin's wedding on 29th July @ Oriental Pavillion, Jaya 33 :

Sweet je entering ballroom dengan lagu "i got a feeling" sambil joget sakan .


The only Malay Food table for Muslims.

My super buas nephew. Dah besar da dia!
Cousin and her boyfie

Vanilla cupcake with butter cream frosting

Menu of the day. Chili crab yang lazat!
My cousin yang kahwin ni sebelah my dad. So i have lots of chinese and chindian cousins okey. Bila datang reception tu baru aku tau betapa ramainya cousin aku yang aku tak kenal and ada duduk dekat KL jugak. Mesti aku pernah maki salah sorang dari diorang masa bawak kereta. Haha. Sebabkan restaurant ni memang special menu dia "roasted pork", my auntie order menu from outside cafe for us yang malay. Pinggan, sudu garfu, cawan semua imported dari kedai luar sebab tak nak jadi issue makan yang non halal. Tak best nya table kitorang dekat dengan meja serve wine etc. Bau sangat menusuk masa diorang dok tuang-tuang air tu. Erkkk. Nasib baik dinner start at 7.30 pm, so elok la waktu berbuka time tu pun.

Last but not least, my recent baby's cloth purchase this week. Another sesi mendobi will be done today! -__-"


Till then, Assalamualaikum

Friday, August 03, 2012

Pregnancy : 34 Weeks and Counting..

Hellow,

Happy friday everyone. Today dah masuk 14 Ramadhan kan? Cepatnye dah 2 minggu kita berpuasa. Lagi dua minggu dah nak raya..horeyy! Haha. I'm entering my Week 34 of pregnancy today. Horeyy lagi. In few weeks dah nak beranak dah. Okey..cuak but in the same time sangat-sangat tak sabar nak peluk cium si kecik dalam ni. Baby, jom jumpa mama lagi 3 weeks ++ nak tak? Haha. Tak menyabar la plak kan. Esok plan nak basuh botol baby. Ni dari hari tu lagi plan, tapi tak jalan jugak. Letih kot bulan puasa ni banyak benda nak buat. Last week dengan expo lagi dengan my cousin punya wedding lagi. Macam-macam. Lagi satu tak terjalan plan sebab mood belum sampai.

My 34 weeks truth fact :
- Berat badan kejap naik kejap turun due to fasting. Please jangan naik banyak-banyak. -_-".
- Baby punya activity is squirming and moving around from morning til night.
- Frequent trip to the toilet. Nak terkencing je walaupun sikit.
- Still ada masalah dengan constipation. :(
- This is the scariest part of all. Stretch marks are everywhere! Bawah perut, peha, muntut. Ngeri tengok! I hate u stretch marks cream. Tak membantu langsung.
- Belum start my perineum massage lagi sebab asyik terlupa.
- Still dapat solat secara berdiri.
- My baby bump nampak sangat besar.
- Badan dah rasa letih dan cepat mengantuk.

Hari Selasa baru ni aku pergi buat scan biasa. Mula-mula try dekat Klinik Suraya sebab malu nak pergi Klinik Sofea. Doc kat Klinik Suraya tu macam tak reti je pasal scan semua ni. Lepastu EFW baby pulak less than 2kg tapi kata normal. Tak kan naik 400g je berat baby dalam masa 6 minggu? Mustahil la kan sebab instinct aku cakap mesti more than 2kg punya. Lepas tu dia tanya nak print out gambar semua aku kata tak nak sebab aku tak puas hati. Banyak measurement baby yang dia tak reti ambil. Semua less than 30weeks padahal aku dah nak masuk 34 weeks kot time tu. Lepas bayar terus ajak Encek Suami pergi Klinik Sofea pulak.

Dekat klinik Sofea ada sorang pembantu klinik india. Baru kot sebab masa aku datang dulu tak ada. Aku kata la nak buat scan biasa je, lepas tu dia suruh aku pergi ambil urine dengan timbang berat. Aku cakap la bukan nak buat check up pun, tapi dia kata machine ultrasound dekat sini canggih sikit tu yang kena buat prosedur macam tu. Eh, macam la aku tak pernah pergi buat scan kat situ. Tunggu dalam 5 minit, doc panggil masuk. Doc scan macam biasa, lepas tu sebab dalam ni macam dah padat sangat, dia kata nak buat 4D pulak. Aku pun suka la sebab nak tengok muka si kecik. Macam biasa la kalau nak tengok muka memang tak dapat. Dia masukkan dua-dua belah tangan dalam mulut tanda lapar. Lepas tu doc advise kata lepas ni tak payah puasa sebab baby lapar. =( Mama dah makan banyak tau, kita janji puasa sama-sama okey baby. So hasil scan, EFW : 2.3kg. Yeayy! Ni baru betul. Berat si kecik naik dalam 900g dalam masa 6 minggu. Ikut graf pun range tengah-tengah je. Perfect.


Baby yang kelaparan!

Next check up harap dapat la appoinment dengan Doc, boleh la dia scan tengok apa-apa yang patut. Air ketuban cukup ke tidak, baby okey ke tidak and so on. So far kepala baby memang head down position dah. Bagus anak mama ni kan, dengar cakap. Satu lagi, lately ni aku kerap rasa sakit dekat ari-ari bila bangun dari kerusi. Maybe sebab kepala baby dah ke bawah, tu yang menekan kat situ kot? Kadang-kadang rasa geli bila kepala dia gerak-gerak. Pandai geletek ye? Bag mama baby nak ke hospital masih belum siap lagi sebab err sebab ape tah. Semalam papa dia tanya, bag baby dengan mama dah nak siap, bag papa nak pergi hospital mana pulak? Haish, macam la aku ni bersalin kat private siap ada bilik sorang satu sampai dia pun nak bag buat ape kan? Silap-silap boleh datang waktu melawat je.

Misi weekend ni nak basuh, sterile, keringkan botol baby and dobi baju baby yang terbeli baru-baru ni. :D Harap-harap terlaksana la..hahaha.

Assalamualaikum.

Sunday, July 29, 2012

Review : Parenthood Expo 2012

Hellow,

Rasanya ramai mom to be yang dah pergi and nak review pasal benda ni kan? Haha. Okey bagi chance la aku pun nak review jugak. Bukan nak review ape pun tapi cam biasa lah nak jugak cerita pasal my experience datang expo ni buat kali kedua. Walaupun kali kedua tapi kali ni rasanya macam lagi best sebab pergi dengan kawan-kawan yang best. :D Kalau expo yang sebelum ni pergi dengan encek suami, nak beli itu ini kita kena survey dulu sana sini. Kali ni sebab dah ada mommy yang dah experience, so tanya pendapat beliau je lah kalau nak beli apa-apa. Anyway, thank you mommy Erna. =D

Credit : Cik Adila

Setting dengan member seangkatan nak gerak pukul 9, tapi dekat pukul 10 baru gerak. Biasa la janji melayu. Haha. On the way nak ke Mid Valley, hampir-hampir kami kena saman gara-gara Cik driver lupa nak pakai seatbelt. Haha. Nasib baik la ada ibu mengandung yang boleh dijadikan alasan sedih. Terus Encik Polis tak saman. Sampai je MV, pusing-pusing dapat parking. Lega. Laju je naik ke atas sebab dah tak sabaq. Sampai je atas orang dah ramai gila beratur dekat registration counter. Aku memang malas la nak beratur semata-mata nak dapatkan goodies bag ni. Terus ajak member masuk terjah terus. Mulanya nak survey-survey dan bila dah tau apa yang nak, baru nak pergi withdraw duit. Tak sempat kot, terus bershopping sakan. Sebelum ni ingatkan pergi expo tak nak beli benda yang merepek-repek, ternyata salah jangkaan aku. Tertewas dengan nafsu. Hadoii. Harap-harap semua yang dibeli akan dipakai nanti. Apa-apa pun kalau pergi janganlah bawak anak kecik. Sian kot. Lagi satu nak tolak stroller bagai. Susah jugak orang lain nak jalan. Lagi kesian dengan mak-mak buyungs yang ada. Hehehe.

Hasil tangkapan untuk expo kali ni :

Gigih membawa barangan tanpa encek suami. :D

Free sample+free gift

First sekali ternampak booth MyBBstore. Terus teringat pasal Tommee Tippee twin thermal insulated carrier yang tengah sale. Kalau harga biasa RM119 tapi sekarang tengah sale dekat kedai MYBBstore harga jadi RM78. Dah lama nak beli online tapi kalau termasuk postage dah jadi RM86. So hold benda ni sampai la tadi nampak terus beli. Jimat dalam RM40. Lepas tu jalan lagi beli 2 piece suit dekat booth Pigeon harga RM14.30. Tak sure dekat luar berapa, malas nak check sebab memang nak beli 2 piece pun + 2 long pants untuk my nephew sebab murah, satu RM5. Lepas tu memang dah aim nak beli thermos untuk bawak pergi hospital nanti, so singgah booth Thermos beli set thermos flask+thermos food jar : RM89. Kalau beli asing-asing satu dia jual RM88. Kalau beli dua sekali RM89. Jimat-jimat. Kat jusco pun ada jual macam ni tapi harga mahal sikit kot. Aku rembat je lah mana depan mata. Dekat booth MAM beli botol susu 5oz : RM26.90. Harga biasa lebih RM30 kot kalau tak silap. Jimat lagi.

Singgah booth Autumz, beli storage bag plastic double zip-lock, 7oz+12oz : RM18. Booth Pureen beli baby wipes 100'sx2, baby hooded blanket, baby 2-piece suit . Habis la dalam RM52. Singgah Mum's dreams beli bengkung moden (velcro+belt) : RM50, maternity pantiesx2 : RM15 dan palazzo pants : RM35. Murah panties tu sebab aku pernah beli satu jenama Firence kot harga RM18.90. Mahal. So 2panties RM15 aku rasa dah murah. Bengkung moden tu beli sebab aku dah ada bengkung tali tu, so nak try la yang modern, in case kalau kena czer nanti. Still boleh pakai bengkung tu tapi mintak simpang la kan kalau nak kena czer. Siang malam doa supaya aku boleh bersalin normal. Insyaallah. Last sekali beli reversible body support JJ Cole Collections : RM70. Ini dari expo lepas memang aku nak beli tapi macam 50-50 lagi. Kali ni tanya mommy Erna, dia suggest beli.

Total lost dekat expo almost RM400. -_-" Balik rumah dah risau encek suami membebel sebab beli barang tah apa-apa bagi dia la. Hehe. Tapi nasib baik dia okey je. Ke sebab dia tak tengok sangat apa yang aku beli. Haha. So aku pun senyap je la. :P So rasanya barang dah banyak beli. Lepas ni tunggu bersalin je la ye. Haha. Gagah jugak aku berjalan sakan time 33 weeks ni.

Assalamualaikum.

Thursday, July 26, 2012

Pregnancy : Week 32 Check Up

Hellow,

Semalam aku ada check up pukul 2.40pm, tapi pukul 12.50pm aku dah berambus dari office. Haha. Suka hati minggu ni dah dua hari berturut-turut aku balik awal. Awal sikit takpe la kot, ni awal berjam-jam okeh. So today i'm going to back early again! Muahaha. Sebabnya ada something i need to settle dekat bank. Eh, bank bulan puasa ni agaknya tutup pukul berapa eh? Kang penat je aku sampai diorang dah tutup.

1st time check up waktu petang semalam. So far tak ramai orang. Banyak yang bawak babies je. Aku sampai pukul 2.50 pm kot then ambil nombor and tunggu dalam 10 minutes. Nombor panggil, ambil card untuk scan then terus buat urine. Dah dua kali nurse tak ambil darah untuk HB termasuk semalam. Padahal aku dah duduk da dekat tempat nak cucuk darah untuk HB. Pelik betul aku. Aku pun blah je la bila nurse kata terus pergi masuk bilik 36.

So far aku punya check up kali ni okey, tak ada apa-apa masalah. Berat tak naik, tapi turun dalam 300g. Nurse kata maybe sebab puasa. Aku pun angguk-angguk je la mengiyakan cakap nurse tu. Heart rate baby pun normal dan tinggi rahim sama dengan usia kandungan. Kepala baby masih stay dekat bawah. Good boy! Nurse tanya pasal nak bagi baby minum susu apa, so dengan yakinnya aku jawab susu badan. Dia bagi pamphlet pasal penyusuan ibu suruh aku baca dan lepas tu set up untuk next check up. Lepas habis tu terus aku blah. Dah sampai rumah my sis baru aku teringat yang aku lupa nak mintak time slip! Adoi la. Harap-harap la my supervisors tak mintak sebab aku totally lupa. Haha. Selama ni check up aku apply annual leave je. -____-"

google

Harap sangat my weight tak naik banyak nanti..seram oi kalau bayangkan myself gain weight sampai 70kg. maximum weight aku target pun 68kg kalau dah cecah 40 weeks. Harapan tu nak lah kurang dari tu. Mampukah aku? So far dah naik almost 12kg. Haha. Ada lagi lebih kurang 4 check up kot before 40 weeks. Harap sangat la berat maintain je tapi haruslah berat baby naik. Erk..boleh ke macam tu? =D

Pleaseee jangan lebey 70kg -_-"
 Lepas ni nak men'google' resepi pulak. Another 3++ hours to go. Nak balikkk!

Assalamualaikum.

Sunday, July 22, 2012

Pregnancy : 32 Weeks and Counting..

Hellow,

Alhamdulillah hari pertama dapat berpuasa dengan semangatnya! Siap boleh buat segala laundry, drying, washing and so on. Baby pulak behave so well! Thank you baby sebab memahami mama awak ni yang takut awak lapar padahal dia sendiri takut dia lapar. ;P Paling best bila berbuka, lepas je aku jamah 2 biji kurma dan minum kopi, terus baby ber'somersaults' dalam ni. Happy ye dapat makan? Bila dah kenyang dia senyap  terus. Tidur agaknya. Encek suami kata dekat baby, kalau lepas makan tidur nanti demok tau! ;D Biarlah demok janji demok sihat okey.

Semalam orang dekat bazaar macam orang gila. Haha. Okey betul ape, semua habis kuih muih, air tebu pun beratur bagai nak rak dan so on. Sepanjang bertawaf dekat bazaar tu aku hanya dapat beli cempedak goreng tiga hengget je. Itu pun nak menunggu punya lama. Hari 1st kot, semua teruja nak ke bazaar lettew.
Berjalan ke bazaar dengan perut yang besar dengan jayanya membuatkan aku sakit kaki, pinggang dan pinggul.

Hohoho!

Entering my 32 weeks memang membuatkan aku rasa dupdapdupdap. Tak lama je lagi wei. Less than 10 weeks je kot. Pejam celik pejam celik dah sampai time nanti. My baby's bag dah siap dan complete, tinggal my hospital bag yang belum ready. Storage bottles dan breast pump parts belum basuh, nak tunggu habis shopping next saturday dekat expo kat MVEC then baru settlekan semua pembasuhan. One more thing yang aku perasan masa masuk 8 bulan ni, perut aku nampak macam cepat je membesar sampai ada akak office tegur yang perut aku besar macam besar sangat. Maybe baju yang aku pakai hari tu agak sendat so nampak la pembesarannya yang melampau. Haha. Tapi memang betul la, since masuk 7 ke 8 bulan memang perut cepat sangat besar. My sis kata sebab baby gain weight cepat during last trimester ni, sebab tu la cepat je nampak besar.
Google


So far sekarang ni masih lagi boleh solat macam biasa. Kadang-kadang solat kat office rasa macam berat sangat perut ni bila nak bangun dari sujud, tapi bila sampai rumah rasa ringan je badan dan perut time solat. Solat pun makin laju sekarang ni, sebab tak tahan nak duduk dan berdiri lama-lama. Haha. Sepatutnya kalau tak larat lagi la lambat solat kan? Tapi aku ni terbalik. Kaki pulak setakat ni dah tak membengkak dah. Awal bulan hari tu je bengkak sikit dekat ankle sebab berdiri lama sangat. Lepas tu dah tak ada dah.

Tak sabar nak pergi check up next week. Harap-harap nurse dapat buat appoinment dengan doc so that i can check out his EFW. Besar mana dah anak mama ni kan? Pasal movements chart aku dah malas nak isi dah sejak dua menjak ni. Asal dia bergerak dari pagi ke malam je dah kira okey la tu. Nanti nak jumpa nurse baru aku isi ikut suka hati. Kadang-kadang rasa macam aktif sangat budak ni sebab start bangun dah rasa dia gerak-gerak sampai la malam aku nak tidur pun dia belum tidur lagi. Haish, awak tak penat ke? Kadang boleh terasa kepala dia bergerak-gerak dekat tulang pelvik belah kiri ni. Asal dia alih punggung bergerak ke sana sini, boleh terasa bahagian tu mengeras. Aku tepuk je perut belah yang mengeras tu kononnya nak tepuk muntut dia la suh duk diam-diam. Bila dia bergerak kuat rasa geli ada, sakit pun ada jugak kadang-kadang. Tahan je lah. Janji dia okey dalam tu.

Tak sabarnya nak tunggu si kecik ni keluar. Keluar awal 18 hari tau sayang, boleh la sambut birthday sama dengan mama. Hahaha.

Assalamualaikum.

Thursday, July 12, 2012

Pregnancy : Week 30 Check Up & Progress

Hellow,

Updates on my Week 30 check up semalam :

HB : 11.4 (naik from 10.4 maybe sebab aku makan iron tablet dengan obimin before datang KK :D )
Baby position : Ceph
Tinggi rahim : 30cm
BP : Ok
Weight : Gain 500g in 2 weeks. =D
FR : 155 bpm

Benda yang paling best haruslah kenaikan berat badan aku kan. 500g in two weeks memang kejayaan besar bagi aku sebab selama ni dalam 2 minggu mesti nak naik at least 1kg and above. Tapi aku rasa penambahan berat badan yang tak seberapa ni ada sebabnya dan the main reason is, aku diarrhea isnin lepas. Haha. Habis semua segala benda toksik tak berguna aku keluarkan. Aku tak tau lah diarrhea ke ape ke tapi isnin lepas aku sakit perut memulas-mulas lepas minum horlicks 3 in 1 followed by low fat milk satu gelas. Dari pagi sampai ke malam kot asyik memulas-mulas je sampai aku rasa dah tak ada benda nak dikeluarkan lagi dalam perut ni selain angin. Siap aku terasa macam nak buasir sebab rasa benda nak keluar tapi aku yakin dah kosong perut ni. Haha. Dalam kepala otak dah terfikir, nak beranak dah ke aku ni? Tak mungkinnn..

Semalam kena buat FBC due to my low HB last 2 weeks. Aku datang kemain awal, tapi dapat masuk lab ambil darah dekat nak pukul 9 kot. Masuk dalam donate darah satu tabung dah siap. Husband siap text aku tanya kenapa yang datang lambat dah masuk dulu bagai. Bila aku masuk dalam tu baru aku tau sebab diorang masuk awal dari aku. Diorang semua tu kena minum ayaq gula. Haha. Berlagak lah kan sebab aku dah merasa 2x. Muka masing-masing nak kelat je minum tu. Lepas donate darah terus scan card untuk jumpa nurse. Tak sempat panaskan muntut dah nombor kena panggil. Lepas bergurau senda dengan kak misi terus dia ajak cucuk ATT. Nurse kali ni buat terasa gila oi sakit. Dah la aku tersalah pakai baju yang payah nak lipat sampai ke lengan. Last-last aku selak je baju kat bahu tu, senang cerita. Lepas tu pergi breakfast kejap dan datang balik untuk result FBC aku tadi.

Masa check up sempat bagi tau nurse pasal aku cramp last week. Dia pun macam blur je dan alih-alih dia cakap kepala baby dah menekan kat bawah tu dan lepas ni kalau sakit continuosly sila datang hospital. Dia advise aku prepare bag baby and mama untuk ke hospital. Aku angguk-angguk tanda faham dengan arahan. Walaupun aku rasa masih awal, tapi macam nurse cakap lah kalau dah baby nak keluar tu bila-bila masa je boleh dah tak tunggu cukup masa ke tidak. Haruslah aku siapkan bag baby cepat. Breast pum, storage bottles pun belum sterilize ni. Transparent box nak isi menatang yang dah kena sterile pun belum beli. Semata-mata nak tunggu husband bawak pergi hypermarket dan beli je. Memang berjanggut lah kan.



Pasal baby stuff, last sunday dah berjaya merajinkan diri untuk beli satu pack NB diapers jenama Drypers. Settle satu barang. Sekarang ni banyak tinggal barang si mama dia je yang tak beli. Oh, sebelum terlupa cerita pasal stroller ni, last tuesday aku berjaya yakinkan husband pergi fabulous mom on the way balik rumah. Husband punya la rajin, parking dekat IOI Mall and then jalan kaki ke deretan kedai tu. Nasib baik aku yang beriya nak pergi, haruslah ikut je kan. Naik je atas boleh pulak aku masuk kedai pakai sandle. Haha. Mula-mula tak nak la obvious sangat aku ni nak tengok stroller, buat-buat tengok and pilih nursing bra untuk tambah collection. Sekarang tengah ada sales so Kelly nursing bra dapat less from 20%-50%. Aku grab dua je, satu plain satu ada stripes pattern. Lepas tu laju je pergi tengok stroller Halford Cosmo DX tu. Available colour baru je which is Orange/grey je. Colour red/black dah out of stock dan tak sure bila supplier nak re-stock. Haish. Kalau tak ada jugak sampai 2 Sept, aku grab je colour orange tu. One more buat aku berkenan sebab yang ni tak bulky and senang nak fold and unfold. Lepas tu ada strap boleh carry je. Halford Zuzz memang ramai yang beli tapi macam Lisa kata, memang bulky sama je macam SCR6 tu. Yang Cosmo DX lepas dah lipat bagai dia jadi compact dan slim so save some space dalam boot kereta. Harga pun way cheaper than Zuzz and sama dengan SCR6+SCR7 je. So lepas ni nak let go SCR tu dan beli this stroller. Atau pun beli je stroller ni dulu sementara tengah sales dan let go SCR in the same time.

Orange/Grey

Red/Black
 Next week dah nak puasa? Are you ready baby nak puasa? Takut baby dah ready, mama dia je yang tak ready lagi. Haha.

Assalamualaikum.

p/s : baby sekarang rajin sangat tersedu. :D

Saturday, July 07, 2012

Pregnancy : Braxton Hicks Contraction?

Hellow,

Bestnya esok weekend boleh tido lama-lama. Haha. Okey, straight to the point je la, aku selama ni dok baca pasal braxton hicks contraction ni. Nak tau jugak sebab nanti nak bezakan antara contraction betul dan contraction tipu. Akak aku cakap contraction ni sakit macam nak terberak je kot. Rasa perut memulas-mulas je kan? Sekali datang lepas tu hilang, datang dan hilang. Selain tu aku baca pasal benda ni dekat blog-blog mom to be lain. Macam mana rasa dia. Ada kata perut sakit, urat tegang, perut mengeras and so on. Tapi masalahnya aku dah set kat kepala ni yang sakit tu macam perut memulas je. Full stop.

Google

Seminggu dua lepas aku dah start rasa perut mengeras. Okey la biasa la kot, baby dah besar haruslah tak ada banyak space dalam tu. Jadinya mesti dia gerak-gerak langgar perut dan sandar sampai jadi keras. Aku abaikan je. Minggu lepas pulak, terasa sakit dekat ari-ari plus perut mengeras. Macam senggugut tapi mild je. Masa aku rasa tu, dari pagi sampai la ke petang. Malam dah okey da. Dua tiga hari lepas kot, perut aku memulas-mulas every 10 minutes. Mula-mula tak ada la aku kisah sangat sebab aku tau perut aku masuk angin. Tiba-tiba gatal nak kira berapa minit gap bila rasa memulas tu. Pukul 2 pagi rasa, lepas tu 2.10, lepas tu 2.20 dan lepas tu..zzzzzz aku dah tertidur. Haha. Pagi bangun cergas je.

Hari ni, bangun pagi-pagi nak pergi kerja dah terasa macam mild cramp. Alah, tak apa la kot. Bukan tak pernah rasa before this. Sampai office pun terasa jugak, macam nak period je kan. Every hour pergi toilet nak pee pee sambil check panties. Makin petang makin tak selesa. Angin lagi kot? Hari ni pagi minum kopi sebab budget dapat la nak membuang, tapi hampa. Lepas tu makan oats dengan susu dumil mama je. Lunch makan chicken puff + carrot cake 2 slice. Lepas tu dah tak makan dah sampai balik kerja. Masa solat tu dah terasa sengal gila kat ari-ari. Sambil tu aku tarik nafas nak bagi hilang sakit. Tak hilang jugak. Masa solat kurang sikit rasa sakit. Masa duduk buat kerja terasa gila macam period pain.
Google

Balik kerja, drive ambil my mum dan masa tu memang dah tak senang duduk. Jalan dah la jammed gila dan aku pulak dah berpeluh-peluh tahan sakit. Sakit sampai urat-urat dekat pinggang terasa macam nak putus tau tak. Sakit jenis non stop pulak tu. Sambil drive aku text encek suami mengadu sakit tapi dia senyap je. Haish, ni yang nak sentap ni. Balik je rumah perasaan sakit tu makin menjadi-jadi lagi la bila nampak encek suami dah pulang dan terbaring tidur atas katil. Geram pulak aku rasa. Baring sebelah dia pun buat tak tau je. Lagi bertambah sakit dan akhirnya tak tahan sangat sakit, meleleh jugak air mata emas aku. Haha. Bila dah meleleh, automatic dia terjaga sambil urut belakang aku. Hah, tau pun. Time tu aku teringat kalau kena Braxton Hicks contraction, nak kurangkan sakit kena ubah posisi dari duduk berdiri ke ape ke dan kalau nak senang baring mengiring ke kiri. Aku pun baring mengiring sambil lap air mata tahan sakit. Tak pernah oi sakit macam ni. Lama-lama, magic nya sakit tu hilang. Hilang terus tau tak. Tapi bila aku baring terlentang, terasa macam sakit tu nak datang balik. Aku pun mengiring balik sampai la hilang sakit.
Mengiring camni memang tido terus la..

Kesimpulannya disini, adakah itu braxton hicks contraction? Atau pun perut aku ni masuk angin lalu rasa sakit. Ada kaitan tak? Kalau betul lah tu BH, memang menangis aku masa nak bersalin nanti. Sekian.

Assalamualaikum.

Thursday, July 05, 2012

Pregnancy : 30 Weeks and Counting..

Hellow,

Minggu busy di office da start. Banyak benda yang nak di buat walaupun semua drawings ada dalam satu file tapi tebal kalah novel 5 buah. Rilek, rilek, kalau buat laju-laju nanti cepat habis, esok lusa dah menonong balik tak tau nak buat kerja apa kan.

Credit Picture : here
Sedar tak sedar aku dah cecah week 30. Alamak ai, ada lagi 10 minggu je lagi paling lambat dan paling awal lagi 6 minggu baby nak keluar. Aku nak baby keluar lagi 7 minggu 4 hari boleh tak? Hahaha. Baby, please bagi mama makan ketupat, rendang, kuah kacang, air sejuk sedap-sedap, kuih-kuih raya, lemang bagai dulu ye. Ala kasi chance lah dekat mama seminggu beraya. Lepas tu kalau nak keluar, dengan segala hormatnya dipersilakan. :D Sibuk nak beraya pulak kan, puasa lagi dua minggu je lagi kot. Agak-agak baby behave tak nanti? Kalau baby lapar macam mana? Kesian baby. Hehe. Alasan je kan. Insyaallah baby kuat boleh bertahan puasa sama dengan mama dia. Iye tak? Tahun lepas rileks je puasa time preggy. Ape ada hal kali ni kan? Janji sahur, kenyanglah baby.


Oh nak cerita, sabtu lepas masa dekat Penang secara magisnya pergelangan kaki aku jadi bengkak. Ohemgeee la aku time tu. Maybe kurang minum ayaq lepas tu banyak berjalan dan berdiri. Hmm. Agaknya lah kot. Aku risau gila jadi kaki macam gajah, so selagi mampu dan boleh aku akan urut-urut kaki dan naikkan kaki tinggi dari kepala. Hari ahad, masih sama tapi ada lah susut sikit. Balik je rumah, tido terus rileks kan kaki. Alhamdulillah hari Isnin tu dah okey. =) Legaaaaaa. Malam tu terus cari sandle yang sedap dipakai. Ada yang sedap tapi size agak besar tapi aku rembat je. Habis aku usung pergi kerja la, shopping la, jalan-jalan semua aku sarung je. Selesa pun selesa walaupun murah.

Scaryyyy!


lepas ni nak beli macam ni pulaks.

Satu lagi aku noticed, apa lagi kalau musuh ketat semua mom to be, stretch marks la apa lagi kan. Si SM ni dah mula appear dekat peha aku. Area perut masih clean and clear takde SM. Bahagian muntut yang mula-mula sekali SM appear makin bertambah-tambah banyak. Sadis tau tak. Bukan tak buat prevention dari awal-awal. Jenuh la dok sapu cream SM hari-hari. Memang kejam betul, dia keluar jugak kan. Lepas tu masalah aku masa pregnant ni, kulit jadi gelap area leher, bawah lengan, perut dan bahagian breast. Sekarang ni tengah try pakai sabun susu beras yang aku beli dekat sini. Best pulak pakai sabun ni. Ada la nampak perubahan sikit. Hari-hari sental, satu buku sabun boleh tahan tak sampai seminggu je tau tak. Mana tak nya tak tahan lama, encek suami pun turut terlibat pakai sama. -_-". Nasib baik beli 6 biji terus, tahan la sebulan gamaknya. Lepas ni nak beli sekali 12 biji, sebab lagi banyak lagi murah. Hari tu order 12 biji tapi bahagi dua dengan kawan opis. Dia pun pakai sabun ni tapi lagi awal dari aku. 
Wangi je lepas pakaii..

Kisah mendobi dah pun aku buat bila ada waktu terluang, dah tak kira siang ke malam. Kalau mendobi siang pun aku sidai dalam rumah jugak. Kadang-kadang bila balik kerja aku rasa rajin, mula la aku asing-asingkan baju dan rendam dalam besen. So far semua baju aku basuh pakai tangan tapi tang spin aku kasi peluang washing machine untuk buat. Haha. Spin takat 3 minit sudah. Kang jahanam baju anak aku. :D. Still ada lagi yang perlu di dobi esok lusa kalau aku senang. Ingat nak shopping barang-barang baby sikit weekend ni. Dah lama rasanya tak shopping baby's stuff kan.

Batch 2 : Bibs, blankets, towels, wash cloths.


Batch 3 : long and short sleeve suits, mitten+booties.

Batch 4 : rompers, jumpsuits, mittens, socks
Semua ni bukan lah aku buat sekali one shot satu hari. Gila oi letih. Dah la baju kecik cenonet, nak kena basuh secara delicate pulak tu. Mitten ngan booties nak kena basuh pelan-pelan, kang ada yang tercicir plak.  Ambil masa jugak lah nak perabiskan semua ni. Itupun still ada yang belum di dobi macam sarung bantal, rompers (size 6m), baju+mitten+booties (hands down from my sis). Bila kira-kira, rasa macam long sleeve suits dan baju new born sikit pulak. Makanya kena la shopping lagi sikit. Muahaha. Sukanya aku. =D

Assalamualaikum.