Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label countdown. Show all posts
Showing posts with label countdown. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

WHY? + Preparation for the BIG day.

Hellow,

Tetiba lak terasa nak tules entry malam ni, ape kehal. Maybe sebab aku dapat bertenet kejap.
Hari ni aku balik as usual. Sebab mak aku dah start kerja balik lepas cuti 3 hari. -_______-"
Malas giler nak balek awal sebenarnya, tapi nak buat macam mana kan. Redah je la.
Aku rasa, kalau duduk office lagi best walaupun lepas pukul 5 macam sunyi giler.

Dalam hari ni je, dah dua tiga orang tanya aku pasal aku nye preparations. Kenapa eh tanya? Sebab rasa macam dah tak lama lagi ke? Aku pun tak tau apa yang aku da buat few months back ni. Macam slow sangat je progress preparation aku nak menuju that "big day". Aku rasa maybe aku banyak rileks couple months ni sebab banyak benda aku dah settlekan dari last year.

Big and important items macam sewa dewan aku dah settlekan hujung tahun lepas. Baju nikah, kad kahwin, dengan sewa masjid (majlis nikah) aku dah booked dengan hantar tempah bulan satu aritu.Untuk urusan masjid tu, thanks dekat nadd honey sebab tolong adjust untuk aku sume. Okey, benda penting cam pakej pelamin (pelamin dewan+baju sanding+make-up nikah&sanding), catering, photographer, PA system dengan kompang+silat dah confirm tapi belum discuss lagi. Insyaallah hujung bulan ni aku nak settlekan pasal catering dan hujung minggu ni pasal pakej pelamin+andaman. PA system dengan kompang tu, diorang tunggu kad kahwin aku siap je sebab kalau nak 100% booked kena lah bagi kad kahwin. So takkan ada issue lah client tipu ke ape ke. Rugi lah diorang kan?

kad kahwin aku kaler putih, ada corak timbul, tapi bukan macam ni. hehe

Jom masuk citer doorgift pulak. Doorgift untuk majlis sanding, idea aku nak bagi paper bags fill up dengan : mugs, candies & apple. Untuk special guests pulak sama je dalam paper bag yang lain cuma extra bekas seramik cute. Untuk majlis nikah aku, ada banyak idea yang aku nak buat tapi paling cut cost lah sebab banyak dah spend untuk reception. The idea is : homemade blueberry muffin in gold case. Buat sendiri je kot, senang sikit. Sedap ke tak sedap ke, layankan jelah. teheeee...^_____^. So far yang aku dah beli : paper bags, bekas seramik cute, ribbon untuk decorations. Thank you tags aku buat sendiri and dah settle cuma belum punch hole je lagi. Candies+apple+telur(bunga pahar), aku beli few days before majlis.

Ye, aku nak buat macam ni. Exactly!

Hantaran aku, 80% barang dah beli. Ada dua barang yang BFF dengan coursemate aku sponsor. Thanks to Ein dengan Sharon. Untuk idea decorations hantaran, aku rasa nak buat macam ni :

Cantik gile kot. Boleh ke aku nak buat?
So aku nekad jugak nak buat, esok aku nak start misi cari barang-barang nak decorate hantaran. So far aku dah ada bunga dulang yang aku tak tau ape fungsinye since kalau aku buat macam dekat atas tu, dulang pun tak nampak. Kaki dulang pun nampak ketot je. Takpe, aku akan selitkan kat memana yang boleh. Rugi okey dah beli tapi tak pakai. So bakul nak letak barang hantaran pun dah beli, murah ajeee..haha. Tapi lepas tu aku  nak kena fikir sama ada bakul tu muat atau tidak nak duduk atas bantal hantaran tu. -_____-". Haish..aku suka beli barang tak fikir benda lain.

Oh ye, kasut untuk nikah aku terpaksa beli lagi sekali sebab kaler baju nikah dah bertukar. Ye, salahkan mak aku cepat sebab dia beli kain tak bagitau aku. Aku dah beli kaler cream sebab baju nikah akak aku dulu kaler tu, tapi mak aku beli kaler silver+grey, so aku terpaksa beli kasut lain. Sadis.

OMG..cantek. Tapi tinggi!

Hujung bulan ni aku baru nak buat HIV test dengan fill up forms kebenaran kahwin. Apa-apa aku kena tunggu bakal pengantin lelaki siapkan and approved dia punya forms dulu baru aku boleh start gerak khas. Borang kebenaran ni valid 3 months je pengesahan tu dan kalau tak silap aku, HIV test valid 6 months je. So hujung bulan 3 ni memang kurang 3 bulan sebelum majlis.

Alright, rasanye dah complete dah story pasal preparations aku setakat ni. Next time if ada yang tanya, aku copy paste link ni and bagi kat depa. Muahahaha. Malas nak perabiskan ayaq liuq. 

Dah berjela aku tules, mau stop.

Til then, bye!

p/s : orang lain siap ada belog lain lagi untuk kawen, tapi aku pemalas. Nak buat cemana. =D


Wednesday, March 09, 2011

109 days to go.

Hellow,

Agak agak macam lama lagi je kan. Tambah tolak lebih kurang dalam 3 bulan lebih je lagi. Banyak benda aku tangguh dulu buat masa sekarang ni. Malas nak fikir sebab kalau aku nak fikir pasal benda ni aku kena duduk rilex dekat rumah. Ni balik rumah pun macam menyakitkan hati je. Too bad, i was surrounding by multiple irritating and annoying people.

Wishlist aku tahun ni sebenarnya nak beli kereta dengan iphone/ipad dan sewaktu dengannya. Nak ada my own lappy since lappy yang aku selalu guna tu, my dad dah buat harta dia balik. Nak subscribe any high speed broadband so that aku boleh main game dengan pantas dan cepat. Hohoho.

In 109 days, i will be free. Yes, FREEDOM. Aku tau aku akan attach dengan other responsibilities, tapi the other side of that life is more peaceful than i had now. Tak perlu lagi aku nak fikir pasal orang yang tak pernah nak fikirkan pasal diri sendiri, i have no worries if i'm hanging out with my friends, i have my own house, i have my own privacy, and the best thing is i have my own life that i want. Memang nampak selfish gila aku sekarang. Ade aku kisah?


I believe i can fly!
Til then, bye.

Sunday, February 06, 2011

Countdown

100 Days... :  wedding timeline Expense


Hellow,

Tiba-tiba je aku rasa nak wat countdown 100 hari bertukar status. Woah, macam menarik. Macam nak wat cabaran 100 hari berbelog je, tapi kali ni wat 100 hari bertukar status. Still dalam planning, ada lagi 40 hari untuk aku fikirkan pasal ni. Kang nanti bila buat, dua tiga hari je semangat, lepas tu hampehhh.

Should think about this..zzzz

Til then, so long.