Happy Sunday.
Sejak balik kerja jumaat lepas,aku dok layan drama korea.
"My Princess" tajuk drama tu.

Pelakon-pelakon : Comel, handsome. Semangat sikit nak tengok.Hahaha
Jalan Cerita : Err...belum habis 16 episod lagi, skang tengah episod 13. Tapi best, cuma kadang-kadang perangai princess tu kalut dan buat benda bodoh. Princess Lee Seol tak percaya yang dia tu princess betul ke tak since dari kecik dia duduk orphanage lepas tu mak angkat dia yang bela. Memori dia pun macam ON OFF sebab dia tak ingat sangat apa yang jadi masa dulu. Just kadang-kadang teringat sikit-sikit je. Sedih pun ada bila dia flashback pasal ayah dia. Aku pulak yang touching. LOL. Baru jap tadi aku yang tak berapa nak sabar ni tengok last episode sebab nak tau apa yang jadi. Happy ending tapi macam tergantung plak. Harap ada la sambungan dia.
Okay, aku nak sambung tengok episod 13 sampai habes.
Till then, adios!

