Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label 2011 resolutions. Show all posts
Showing posts with label 2011 resolutions. Show all posts

Monday, September 12, 2011

The Lost

Hellow,

Dari duk menepek kat umah and tengah ada tenet ni baik aku hapdet belog selalu kan. encek Kajicuaca gi HQ ambil Guarantee Letter (GL) untuk aku admit ward nanti and of course to inform my in laws pasal keadaan aku. Semalam lepas bangun aku noticed heavy brown to dark red discharge dan dah tak spotting-spotting macam hari jumaat tu. Aku dah risau and texted my sis dan dia suh aku datang spital ASAP. Bila pergi kat Emergency and jumpa doc, dia suh aku detail scan dekat Labour Room. So aku pergi dan tunggu lama gak la sebab ramai pulak orang yang bersalin semalam. Lepas scan-scan sume, doc identified yang aku dah miscarriage due to blighted ovum. Ape tu blighted ovum? Gi google sendiri. Haha. Doc terus set untuk aku wat D&C (Dilation and Curettage) a.k.a cuci rahim aku takut ada tissue-tissue yang tertinggal. Jadinya, 17hb nanti aku masuk OT dan 16hb aku dah kena datang untuk admit ward.

Bila aku wat research pasal D&C, memang ramai yang tak suggest untuk wat benda tu sebab ada complication, tapi bila doc sendiri yang terus suggest wat macam tu, aku terpaksa la redah aje. Lagi pun akak aku kata diorang kasi bius tak sedar and bila sedar dah siap. Ok fine sedap sikit ati bila dengar camtu. Chances nak conceive balik ada, cuma aku kena tunggu 2-3 cycle period baru bole kalau nak conceive balek. Insyaallah ada rezeki aku next time. Allah tau bila masa yang terbaik nak bagi rezeki dekat kita kan? Jadi aku redha je lah. :)

Perasaan bila tau dah miscarriage tu, of course lah sedih. Kalau boleh aku taknak cakap pasal tu sebab bila orang call dan tanya, aku akan rasa sedih tapi alhamdulillah setakat ni aku masih okey dan tak melalak lagi. Hohoho. Sempat lagi aku pergi open house umah BFF semalam lepas balik dari hospital. Bila aku inform dekat my bff dia pulak yang rasa sedih. Aku memang sedih cuma aku tak dapat nak tunjuk rasa sedih aku tu. Tah hape tah kan? Hehehe.

Sebelum balik spital semalam, aku kena amek darah dulu before masuk OT sebab takut ada complication and by that time diorang tau type darah aku sume. Lenguh jugak tangan ni lepas amek darah. Rasa macam time derma darah dulu cuma kali ni tak banyak je darah diorang amek. Masuk je kereta, perut dah start rasa cramp dah sampai la sekarang ni kadang-kadang dok terasa. Tahan je lah. Kalau nak tunggu miscarriage secara natural memang amek masa berminggu. So sabtu ni cuci sume kira settle la. Lepas ni bole exercise macam dulu balik and kempiskan balek perut yang dah membuncit. Yeehaww..

Harap-harap ada rezeki aku nanti. Amin.

Til then, chiao!

...........

Friday, September 09, 2011

I'm back!

Hellow semua..

Adoi lama gile tak menghapdet belog ni..apakan daya kekurangan teknologi bernama broadband di rumah. Haha. Banyak gile kot cerita nak diluahkan, tapi kena la slow and steady..satu satu la kot kalau nak cerita.

Sekarang cerita macam tak berapa nak best due to my condition. Ada possibility akan miscarriage due to empty sac pregnancy, tapi belum confirm lagi...dan ada kemungkinan akan dapat twin. Kena tunggu lagi 2 weeks untuk repeat scan dekat spital. Nasib baik belom bukak buku pink kat klinik kesihatan. Ada hikmah jugak tuhan delayed kan dan gerakkan hati aku nak buat scan dekat SOC rabu lepas. Nasib baik SOC refer aku dekat hospital putrajaya..senang sikit nak g sana walaupun parking cepat full.

Pasal kerja, sekarang ni aku full-time housewife lagi. Kerja government ape cerita? Ceritanya aku pergi sana, bla bla bla, try nak mintak transfer due to aku nye part-time study, condition and few things tapi malangnya tak dapat and dia suh tunggu 3 tahun untuk mintak transfer and by that time baru diorang akan CONSIDER. What baru nak consider? Adoi jadinya aku kata aku tolak jawatan tu. I have to sebab aku dah pikir masak-masak dan aku rasa ni bukan rezeki aku la kot. Insyaallah ada la rezeki aku kat tempat lain. Sekarang tengah tunggu Shell panggil interview or kerja balik sebab my supervisor said yang diorang nak pakai 3 orang lagi TA. Kalau tu rezeki aku, insyaallah aku dapat.

Cerita raya pulak. So setelah jadi bini orang ni makanya aku kena lah beraya di kampung beliau tahun ni. So far beraya di Melaka best jugak. Pakai sedondon yuols..hahaha..tak banyak sangat berjalan gi rumah sedara mara sebab ape tah. Duit raya jangan kau harap lah nak dapat lagi-lagi dari si suami tercinta tu. Haha. Kedekut ar dia kan..LOL. Hari raya ketiga aku balik Puchong since mak dan adik badik lain beraya di Puchong je tahun ni. On the way balik tu, aku sempat singgah umah Makcik Zainon  The Tea Lady (TTL). Rindu gile da lama tak jumpak acik enon semenjak aku resign dari Shell aritu. Hehe.Raya ke-4 aku, encek kajicuaca, mak, akak dan abang ipo balik beraya ke Penang. Trip ke Penang sangat memenatkan. KL-Penang-Kangar-Changlun-Penang-Kuala Kangsar-KL. Gile tak gile punya penat. Kangar sangat panasss okeh.

Obviously aku gain on weight dalam 3kg. Haha. Dalam 2 bulan je bole naik 3kg kau. Kebuncitan perut mula nampak dan aku tak sure due to my pregnancy atau kemalasan aku menyimpan lemak di situ. Nak eksesais lebey-lebey takot la plak. So ceritanye aku tak eksesais sangat pun. Hahaha. Mungkin tu naik berat. Makan memang tak hengat. Malam-malam sekarang dah pandai aku melantak. Dulu allergic sangat kalau nak makan memalam kan, skang ni dah lupa daratan plaks. Hohoho.

Okeyle, da banyak sangat aku melalut ni..akhir kata doakan kan la aku dan baby selamat. Andai kata takde rezeki kami, aku anggap Allah nak uji rumah tangga kami dan Allah tau apa yang terbaik untuk hamba dia. Aku mampu doa banyak-banyak je.

Till then, chiao!

BBQ Raya under Penang Bridge- with Lil Sis.

Sunday, August 07, 2011

Monster dan Puasa.

Salam dan Hellow,

Hari ni masuk hari yang ke-7 kita semua berpuasa. Kejap je kan masa berlalu, lagi-lagi kalau ada benda yang kita memang saja nak lambatkan makin terasa cepatnye masa berlalu. Haha. Cuba kalau ada benda yang kita memang tunggu-tunggu, gila lama rasa nak menunggu. Sehari bagaikan setahun. Macam nak bukak puasa gak, lagi sejam terasa seksa macam betahun. Pigidah, mengada je lebih. Kahkahkah.

Sekarang ni tengah cuba meng'happy'kan diri dengan benda lain. Malas la nak fikir pasal benda tu, nak taknak kena harung jugak. Jadi aku kena sabar je lah. Kena buat-buat excited nak packing or shopping barang dan buat-buat tak sabar nak list kan item yang nak kena bawak. Haha. Sampai sekarang satu hape pun tak gerak. Few item yang penting aku dah settlekan. Lepas ni nak kena cari CD gambar sebab nak kena cuci banyak-banyak. Akuan sumpah dah settle. Bole plak aku lupa nak bawak IC masa pergi Suruhanjaya Sumpah tu. Nasib baik akak tu baik. Kena bayar RM4 untuk dokumen tu. IC tertinggal dekat belakang matrik kad time masuk exam dua minggu lepas. Gila lama aku bole tak perasan yang selama ni aku jalan tak bawak IC. Nasib takde rushing, kalau tak mau aku kena.

"Tolong pak aku bukan pendatang tanpa ijin.."

Jadinya, hari ketiga aritu aku tak dapat puasa sebab aku sakit tekak. Boleh plak kau nak sakit time-time puasa ni. Terpaksa la aku telan panadol dua bijik. Haha. Kantoi suda puasa satu hari. Baru excited nak puasa full tahun ni. 

Sekarang ni aku tengah dok bergiat aktif dalam application games dalam pesbuk, "Monster World". Masa kenduri aritu nampak le adik aku beriya-iya je main. Aku takat tengok je la, nak main kena ada komitmen dan nak kena online selalu. Memandangkan aku jarang nak dapat online, makanya aku memilih untuk tidak bermain. Hamboihh, panjangnye explanation aku..hahaha..Jadi sebab ayah aku dah bergiat cergas dalam men'top-up' hot tiket internet, aku pun dapat lah ganjarannya dengan dapat beronline.

Grrr..MoNsteRRrr!!
Memula macam malas nak main, tapi dah busan bangat lantas aku bermain. Tema dan tujuan game ni aku tak pasti. Tapi aku cukup la meluat kalau ada benda-benda yang nak kena request. Dah alang-alang kau main, baik kau habiskan. Ye tak?

Ada benda yang nak diupload. Tapi malas nak cari cable. So tak jadi nak upload.

Ok. Bye.

Friday, June 24, 2011

Rezeki oh rezeki

Hellow,

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..aku click button "send" dekat compose mail yang dah buat tadi. Surat resign dari Shell dah pun aku hantar dan aku harap keputusan yang aku buat ni betul. Insyaallah.

Hadiah kahwin yang sangat-sangat aku hargai dan memang itu yang aku harapkan. Alhamdulillah. Orang kata, ni rezeki nak kahwin. =)

Til then, adios.

Friday, June 17, 2011

WP : 8 days to go.

Hellow,

Bila orang tanya aku, macam mana persiapan/persediaan semua? Aku tak tau nak jawab ape. Sebabnya..entah. Last-last aku jawab " aaa..ok lah tengah buat" tak pun "..entah. Biasa je." . Siriyes weh, aku jawab camtu. Abang-abang kat office ni pun makin seronok la nak menyakat aku bagai. Malas cakap dengan diorang. Nanti entah pape cerita la yang diorang keluarkan. Tak proper nak dengar camtu.

Semalam Kak Ekin a.k.a MUA aku call. Aku takde pun number dia kan. LOL. Dia tanya kenapa aku ni senyap je. Risau pulak dia. Last-last dia mintak number aku kat abang ipar aku. Haha. Sebenarnya aku memang nak mintak pun contact number dia dekat kakak aku, tapi tah kenapa rasa macam takde mood. Tu yang aku lengah-lengah. Mungkin isnin nanti aku pergi amek baju and accessories semua dekat butik tu. Nak mintak tudung and accessories untuk nikah sekali (e.g bantal nikah, veil, tudung, brooch etc). Cakap pasal baju nikah, baru teringat yang baju nikah tak hantar pergi dry cleaning lagi. Adoii. Kang pakai baju bau kain dari kedai pulak. Me dont like.

Nak kena fitting balik baju nikah takut tak muat pulak kang. Rasa macam dah gain on weight skang ni. Balik nanti try lah macam mana. Lepas tu boleh snap gambar wat teaser. Haha. *drama, drama, drama*. Weekend ni ada class, so nanti memang tak akan boleh fikir pasal preps semua. Habis class on Sunday bole boleh back on track. Hope i can make it on time! Insyaallah. =)

Hadapi dengan senyuman. *ceewah*

Wednesday, May 11, 2011

Wordless Wednesday

Hellow,

Harini gi keje pakai tudung colour cream atau offwhite.

Tak tau mana satu yang betul antara dua warna tu.

*Buta warna ke aku ni?*

Kalau dah kata pakai tudung tu, of course muka aku jadi bulat.

Muka aku memang bulat.

Tapi tu bukan masalah muka aku bulat ke ape ke,

Masalahnya sebab tudung tu terlampau lembut sangat.

Sebab tu aku pakai tudung tu sekali dua je sebelum ni.

Ada tudung yang colour sama dan tak lembut, tapi dah terkeluar benang dan berbulu.

Heh..memang aku tak reti jaga tudung...*__*

Mana taknye, pakai tudung sama deret seminggu.

Tu lah aku time study dulu.

So sekarang, sebab tudung ni aku terpaksa nipiskan lapisan ozon.

Macam la selama ni aku tak buat..

Aku nak beli spray starch.


Brand apa tak pasti tapi yang mana agak-agak murah aku beli.

Heh, dasar kedekut.

Ok fine aku beli yang mahal.

Nanti boleh spray dekat tudung-tudung lembut yang lain.

Lepas tu aku boleh jadi fashionista dekat office.

LOL, memang harapanlah.

Spray tu pasti akan ku beli.

Tapi hujung bulan, tunggu gaji.

Ok. Bye

Monday, January 10, 2011

another week passed

Hellow,

Semangat, semangat, semangat! Biasalah hari isnin kena lah semangat. Kalau salah sikit pape mesti mood kacau je satu hari. So hari isnin adalah hari untuk be cautious and be smart. Haha. Macam tak masuk akal je aku ni.

Last weekend dah start class. Actually aku dah tules entry pasal start class ni semua semalam, tapi punah habes harapan aku setelah aku post and re-post serta re-write entry banyak kali. Bosan kau tau tak bila kena buat benda yang sama banyak kali. Kalau aku ada copy pasal entry tu takpe lah aku copy and paste, ni habuk pun tadaa. Sedih tau tak, sedih.

Masuk class sabtu tu, memasing muka ceria ya amat. Memasing buat azam baru nak study hard setelah majority dari mereka tu kecundang dalam paper solid mechanics 1 semester lepas. Hah..jangan gelak kang kau pun sama kantoi. Bagus lah kalau buat azam macam tu, at least ada jugak semangat nak berusaha dari dok ternganga harapkan orang lain nak tolong je. Harap-harap azam tu berguna lah nanti, jangan sekadar di pinggiran je. LOL.

So kalau nak diikutkan hari ni nak start buat individual assignment yang baru dapat semalam. Haha. Awal-awal dapat task macam semangat gila nak buat tapi bila sampai office, merudun terus semangat sebab tak tau nak start dari mana. Haish. -______-". Nak tak nak kena buat juga pasal individual assignment tu kena buat essay pasal current company ni. Kesian lah pada sesiapa yang tak berkampeni tu. Nak cerita pasal apa ye tak?


Yeahh...semangat! LOL

Argh, kena semangat nih! Usaha tangga kejayaan kalau tak usaha nak menuju puncak macam mana. This week nak tengok tahap semangat untuk dua subject lain macam mana. Harap-harap boleh bertahan.

Ingat, usaha tangga kejayaan. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Ceewahhh ayat tak boleh belah.

Till then, so long and assalamualaikum.

Thursday, January 06, 2011

Life on a Plain Paper

Life is empty, like a piece of plain paper.

Then we started to write on it, and it's become a story of our life.

The more you live, the longer your story will be.

Life is not always a bed of roses.

It's depends on how we enjoy our life in this world that God lend to us.

It's what we have done to survive in this challenging life.

To be suffered, to be hurt are the common things that we have to get through.

But still, we're too weak to face it.

Come on, time will pass and we will make it.

Don't be sad, smile and we'll find the happiness that we're trying to find.

One day, we will reach that life of happiness. Eternally.

With God's will.

Insyaallah.

Wednesday, January 05, 2011

wasting money

Hello..

Tengok title pun dah tau yang aku ni suka spending bila datang mood spending. Eh sapa je yang tak suka spending bila datang mood nak perabiskan duit? Kalau tak, buat apa ada spending mood. Bagi aku, spending mood aku datang membuak-buak bila :

- duit simpanan aku makin berkurangan.
- tengah-tengah bulan.
- bila ada banyak benda nak di settlekan tapi masih nak guna duit untuk benda lain.
- bila aku nampak macam aku perlukan benda tu padahal dekat rumah ada yang lain dan masih boleh dipakai.

Okey, kesimpulannya mood spending and shopping aku datang tak kena time. Hape kejadahnya tengah-tengah tau takde duit nak pergi perabiskan duit? Konon-konon rasa macam,

" Eh, takpe kot. Aku bukan selalu makan. Boleh guna duit belanja makan untuk beli barang."

Tapi lepas tu, mula lah rasa nak makan macam-macam dan kadang-kadang expensive. damn.

Bulan ni aku dah tau duit balance aku untuk bersuka ria plus makan dekat office tinggal lebih kurang 10-15% je dari gaji aku, tapi apa kan daya. Pergi jalan-jalan bersama kakak kesayangan, nampak beg itu cantik dan murah. Dalam kepala otak dah ligat fikir ape alasan aku nak beli beg tersebut.

" Yes i need a new bag, the one that i'm wearing now have a tiny bubble and torn about two centimeters in the surface".


Okay fine, aku beli.

Semalam pergi teman mak beli kasut. Mula-mula muka letih sangat almaklumlah baru balik kerja drive jauh-jauh, few minutes lepas tu terus hilang muka letih. Nampak satu wedges yang bermotifkan floral dan harga murah serta okey lah cantik kot apa kata try beli satu pasang tengok. Nak try pakai je at the beginning, lepas tu mintak size yang sesuai dengan kaki, jalan catwalk sikit terus cakap;

" Okay, i'll take this one. Please separate the bills from hers. "

Kenapa lah kau ni kan?
So itulah kesimpulannye..Aku rasa aku kena setting kepala aku ni balek pasal budget and spending. Sangat-sangat bahaya.


Lebih kurang camni..tapi lain sikit.
 Okey. That's it for this month. Tolong jangan bazir duit lagi.

Saving mode turn ON, spending mode turn OFF.

Till then, so long and assalamualaikum.

the new one ^__^


Hello,

Oh malasnya terasa minggu ni. New semester, new year, new SPIRIT..! yesss..

tapi...rasa macam, malas gila nak start class ni.

I want my long weekend back. Hoho. Belum start lagi dah mengeluh macam-macam.

Lazy bump!

Tahun baru, header pun nak baru. LOL.

Bersempenakan kebosanan yang melanda semalam di office, aku gagahkan diri untuk try test create header baru pakai macam-macam jenis application yang ada dalam PC dekat office ni. From paint to powerpoint and picnik website.

muka bosan..source gOogLe


Ini dikatakan pengguna dan pekerja yang berhemah. Boleh menggunakan apa saja software yang ada dekat dalam PC untuk membuat header baru. Walaupun tak se'cool' header belog-belog yang lain, okey lah kot bagi aku. Hey bukan aku buat pakai photoshop ataupun photoscape pun. Pakai benda basic yang ada dalam PC ni je lah aku mampu.

Anyway, aku ni bukan reti pakai photoshop pun. Haha.

and oh, i forgot to tell you that sebenarnya semalam sangat-sangat banyak kerja ok! but still, i am just being me, the lazy one. haha. i did finished partial of the task given, tapi kalau aku siapkan task sampai habis, esok aku nak buat kerja apa haa? Buat kerja pun kena ada strategi. Hohoho. ^_____^ Y

That's it. I'm done for time being, nanti kalau ada benda yang aku nak update, i will update.

Till then, so long and assalamualaikum.

Yeehawww.