Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Eid 2013

Hellow,

Dah nak habis raya baru terhegeh-hegeh nak update kan. Selalu sangat nak update tapi tak berkesempatan. Cewah ayat kan. Balik cuti raya je the boleh katakan every week busy pergi sana sini, open house, birthday party etc.
Otw to Penang

Raya kali ni balik Penang, best la sebab dapat balik kampung sendiri. Kurang best sebab takde jalan ke rumah sedara mara kat sana. Aku, AK and husband stay kat TH Hotel. Raya first pagi tu gerak pergi rumah tok around kol 9 kot sebab AK da siap-siap dia nak susu pastu terus terlelap. Mama ngan ayah dia da cantik-cantik pakai da dia bantai tido pulak kan. Dah la tak sabar nak makan ketupat palas sama rendang kuah kacang etc. Sampai umah tok apa lagi mentekedarah la dulu. Sian husband takde nasi impit pun sebab orang penang ni biasa raya buat ketupat palas je. Dah tu takde rendang ayam, ada rendang daging, paru and hati. Haha. Nasib lah labu. Lepas tu raya dengan sedara mara makcik dan seterusnya lepak je rumah adik kat floor bawah je. Dah lama tak jumpa my baby sister so sembang bagai la. Tengahari tu balik ke TH Hotel on the way siap tapau kfc. Haha. Ape punya raya daaa. Balik hotel, tido anak beranak, dekat petang siap and gerak ke rumah tok, lepak-lepak and pergi QB dengan adik & cousins.
TH Hotel. Source : Agoda
Theme purple this year




Hari jumaat, 2nd day pergi rumah tok pun around 2pm sebab orang sembahyang Jumaat sume kan. Sampai sana, lepak and then pergi Tesco Extra nak beli barang for BBQ malam tu. Malam tu BBQ bagai, habis around kol 11 kot and balik hotel and kemas bag. Esok pagi kol 8 gerak balik KL sebab saing sekali dengan cousin yang tinggal kat Kajang. Habis cerita raya kat Penang.

dengan my baby sister

with cousin
Assalamualaikum.

Monday, August 26, 2013

Eid 2013 - Makan Makan Part 1

Hellow,

Cerita pasal raya dah siap, belum nak post sebab gambar tak masuk. Takde gambar tak menarik lah pulak. Aku ni suka je kalau letak gambar, lagi meriah gitu. Kali ni nak cerita pasal cerita raya bila dah balik KL. Minggu 1st raya ahad duduk la kat umah je. Takde berjalan sampai la 2nd week of raya. Event yang paling ku tunggu-tunggu, makan-makan kat rumah Pet. Selalu dok berwhatsapp je kita semua ni. Nak jugak gather jumpa kan. Sebelum ni dah pernah jumpa dengan Pet, Bai and Lisa. Hazz dengan Cha je tak pernah jumpa lagi, jadinya time ni lah nak kenal-kenal bagai walaupun hari-hari dok chat kan. First time ajak husband g berjalan raya sampai Gombak. Husband aku tu kang kena bagi cukup tidur kalau tak mengamuk oi. Makanya kami gerak bila si suami dah cukup tido. :D



Sampai umah Pet, aku la orang yang pertama sampai antara yang lain-lain. Lepak jap sementara tunggu tetamu Pet yang lain makan, Hazz pulak sampai. First time nampak Hazz, mak aih kurusnye. Lepas tu sembang-sembang jap, lapar terus g terjah makanan. Pet masak spaghetti, macaroni, nasi impit, etc dan yang pastinya spaghetti Pet memang sedap! Husband pun dok kata nape la tak mintak tapau spaghetti tu. Pet punya menu memang tak kedekut bahan okey, meatball punya la berlambak sampai tiap kali aku cedok kuah bersepah-sepah meatballs. Macaroni ngan sup pun bersepah udang. Haha. Pet kalau tau aritu mintak tapau. terbayang-bayang ok! Lepas makan tu, Lisa datang pastu tak lama Cha pulak. Bai je tertinggal ketapi datang lambat sampai siap salah rumah. Haha.


Balik rumah Pet, gerak p rumah Ctmah. Sudah ku janji nak datang haruslah dilaksanakan. Memula gerak sekali ngan Lisa, sekali dah jammed bagai kitorang dah lost and ikut jalan memasing. End up Lisa stuck dalam jammed and terus balik sebab ada banyak benda nak settlekan untuk event esok. Aku ngan husband gagah la teruskan perjalanan walaupun sesat barat tapi jumpa jugak lah rumahnye. Masa sampai umah Ctmah, da nak maghrib kot, sempat la makan sembang-sembang then balik. Tak sempat nak bergambar ngan Ctmah n Alisha sebab Tuan Majlis busy layan tetamu lain.

The next day, Ahad tu pulak kat tempat Lisa. Sekali celebrate raya ngan Hannah nye belated birthday. Masa aku datang Cha ngan Pet dah sampai dulu dah siap selamat menjamu selera dah. Kali ni aku datang lone ranger je dengan AK. Husband koje pagi pulak. Aku ni kalau pergi open house ke makan-makan sempena raya ni memang aim aku first cari nasi impit ngan kuah kacang. So kat tempat Lisa memang amek nasi impit ngan kuah kacang, roti jala tapi aku bengong tak jumpa kari dia. Sudahnya makan roti jala ngan kuah kacang. Bila Hazz datang baru la aku tau kari dia rupanya dalam thermos tu. Haha. Nasib aku lah. Birthday cake Hannah sedap, RV cake memang pujaan hati. Lepak-lepak sampai dekat pukul 8 baru reti nak balik. Kat rumah Lisa jumpa Ctmah ngan Yumie. Ada jugak geng-geng Lisa cam Hidayati, Fira ngan Fiena. Kali ni sempat jumpa Bai sebabnya nak ambil Storksak yang aku beli kat Bebe Totz. Aku mintak tolong Bai ambilkan sebab dia memang nak kesana. Sembang sana sini lepas tu kitorang bersurai. Aku ni gagah okey tolak anak laju-laju pergi kat kereta sebab banyak oi anjing kat tempat parking luar tu. Haha.



Sampai umah dah kepenatannn. Nak cerita pasal last week kang panjang jadinya, maka aku sambung la nanti pasal event kat umah Hazz sabtu lepas sekali dengan upcoming event, Hamza's birthday party this weekend. Oh ada update on AK's so maybe next entry la cerita.

Till then, Assalamualaikum.

p/s : gambar sume dari camera Pet, Lisa, Cha and Hazz. Aku ni je malas nak kuar kan enpon. Hahaha

Monday, August 20, 2012

Random : Raya 2012

Hellow,

Today dah 2 Syawal kan? Kejap je rasanya. Alhamdulillah dapat jugak berpuasa penuh this year. Kepada yang tak dapat berpuasa penuh jangan jeles. Hehe. Bila lagi nak berpuasa penuh kan? Sementara tengah preggy la nak buat pun. Tu pun bagi yang larat je, kalau tak larat memang lah tak digalakkan. Nanti effect kat baby pulak. So far rasanya baby pun semangat berpuasa penuh macam mama dia. Okey, cukup la cerita pasal bulan puasa. Tahun ni korang beraya mana? Aku harus dan terpaksalah beraya bersama mentua sekali lagi di Melaka. Alah, tak adalah teruk sangat beraya dekat Melaka, cuma tak rasa kemeriahan beraya di kampung sendiri bersama cousin-cousin sendiri yang bestttt. :D

Hajat nak makan kuah kacang, lemang dan ketupat dah terlaksana walaupun bukan hasil dari mak sendiri. Kuah kacang MIL susah payah buatkan sebab takut menantu dia ni kempunan. Lemang dan ketupat palas makan di rumah nenek dan saudara encek suami. Walaupun tak seperti yang diharapkan, at least dapatlah jugak kan? Tak ada lah meleleh air liur anak aku nanti. Haha.

Benda paling best dan mengejutkan bila dapat news yang 2 orang September mom to be dah pun jadi mommy. Homaiii, memang best la kan dapat beraya dengan baby. Walaupun tak dapat nak beraya sakan makan lemang,ketupat bagai tapi bila dapat tengok muka baby haruslah berbaloi. Congrats to m2b blogger, Kina and encek suami punya BFF's wife, Murni sebab dah dapat baby! Dua-dua bersalin at 36w ++ dan on the same day. Aku pun mula lah rasa tak sabar nak si kecik ni keluar. Baby, i'm ready noww!! Please keluar cepat-cepat mama dah tak sabaq nak peluk cium awak taw. Kalau boleh keluar time papa awak ada dekat rumah okey. :D

Last but not least, Selamat Hari Raya semua!! Maaf zahir dan batin. Doa-doakan semoga aku selamat bersalin nanti ye. :)

Selamat Hari Raya, from : us+lil baby
Assalamualaikum.