Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label round-about. Show all posts
Showing posts with label round-about. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Eid 2013

Hellow,

Dah nak habis raya baru terhegeh-hegeh nak update kan. Selalu sangat nak update tapi tak berkesempatan. Cewah ayat kan. Balik cuti raya je the boleh katakan every week busy pergi sana sini, open house, birthday party etc.
Otw to Penang

Raya kali ni balik Penang, best la sebab dapat balik kampung sendiri. Kurang best sebab takde jalan ke rumah sedara mara kat sana. Aku, AK and husband stay kat TH Hotel. Raya first pagi tu gerak pergi rumah tok around kol 9 kot sebab AK da siap-siap dia nak susu pastu terus terlelap. Mama ngan ayah dia da cantik-cantik pakai da dia bantai tido pulak kan. Dah la tak sabar nak makan ketupat palas sama rendang kuah kacang etc. Sampai umah tok apa lagi mentekedarah la dulu. Sian husband takde nasi impit pun sebab orang penang ni biasa raya buat ketupat palas je. Dah tu takde rendang ayam, ada rendang daging, paru and hati. Haha. Nasib lah labu. Lepas tu raya dengan sedara mara makcik dan seterusnya lepak je rumah adik kat floor bawah je. Dah lama tak jumpa my baby sister so sembang bagai la. Tengahari tu balik ke TH Hotel on the way siap tapau kfc. Haha. Ape punya raya daaa. Balik hotel, tido anak beranak, dekat petang siap and gerak ke rumah tok, lepak-lepak and pergi QB dengan adik & cousins.
TH Hotel. Source : Agoda
Theme purple this year




Hari jumaat, 2nd day pergi rumah tok pun around 2pm sebab orang sembahyang Jumaat sume kan. Sampai sana, lepak and then pergi Tesco Extra nak beli barang for BBQ malam tu. Malam tu BBQ bagai, habis around kol 11 kot and balik hotel and kemas bag. Esok pagi kol 8 gerak balik KL sebab saing sekali dengan cousin yang tinggal kat Kajang. Habis cerita raya kat Penang.

dengan my baby sister

with cousin
Assalamualaikum.

Wednesday, May 15, 2013

Random Weekend

Hellow,

Weekend yang lepas, kami anak beranak berjaya menjejakkan kaki ke expo kat MVEC. Plan nak gerak kol 9am, tapi bangun da kol 8 lebey dan time tu la baru aku nak sidai baju anak, nak masak lunch untuk bawa sekali pergi sana. Sebabkan nak masak bubur takes time jugak, so aku masak le oats+kurma+banana+avocado. Semua dah siap buat stok frozen aritu so campak-campak je. Dah siap masak tapis pastu masuk dalam thermos. Pastu baru la ada mandi express dan kejutkan husband, dan mandikan anak. On the way siap text Bai lagi tanya pergi ke tak. Sudahnya Bai sampai expo pun petang sebab g attend wedding dulu. Tak de rezeki kita nak jumpa ye.

Kat expo kalau aku dah aim nak beli liquid cleanser je kat booth pureen. Tersinggah pulak booth Pigeon, terus teringat mama Tia Clarissa kata brand pigeon paraben free kan, terpedaya la beli dua botol liquid cleanser yang 700ml punya. Satu pack ada dua botol, RM48. Nak beli yang dalam refill pack, 700ml ada dua peket, RM38 kalau 4 peket RM69.90. Sebabkan malas nak refill dalam botol Pureen orange tu, aku pilih yang dah siap dalam botol. Pastu terpedaya beli liquid laundry detergent, satu pack ada sebotol plus refill pack, RM39.90. Aku dok tanya staff kat booth pigeon tu sama ada liquid detergent tu hypo allergenic tak, dia macam tak paham pulak. Pastu aku cakap anak aku ni kulit sensitif ada eczema, boleh pakai tak. Pastu dia terus laju cakap "boleh, boleh". Tah iye ke tak boleh kan? Tapi beli jugak la kan aku sebab bau dia wangi. Sekarang pakai powder detergent Baby Organix, baju anak takde bau. Dulu pakai Pureen H-A-D pun sama. Tu lagi la bau kemain pening aku. Tapi dua-dua memang hypo allergenic. Pigeon ni aku dok belek takde plak kata hypo allergenic. Harap-harap Ammar okey je lah pakai ni.



Bila dah beli liquid cleanser yang aku rasa mahal kat Pigeon terus tak jadi beli kat Pureen tapi mesti mau singgah booth Pureen sebab nak borong 2 kotak disposable nursing pad. Memang skang pakai disposable je la sebab kalau washable ada time nanti bocor sampai ke baju. Tengok jugak liquid cleanser kat pureen, ada yang mint flavor je. Ingat nak beli yang natural flavor tapi amoi tu kata kena pusing dulu sebab stok ada kat bawah belum naik lagi. Last kat booth Pureen beli nursing pad, blanket untuk dik Zara, dan sepasang baju tido untuk Ammar. Harus grab walau sepasang baju. Padahal harga lebey kurang je kat Tesco.

Lepas tu pusing kejap sebab nak cari booth drypers katanya ada tapi nak cepat so tak jumpa. Keluar la terus sebab lapar gila tak makan dari pagi. Bila dah bawak anak ni, harus tuju tempat yang hendak ditujui sahaja. Aku ni takut Ammar tak selesa je. Memang ada time mula la dia mengamuk takmo duduk dalam stroller, dalam jumpsac pun paling lama bertahan 30 minit je tu pun muka dah habis merah sebab dia tenyeh kat baju aku. Kalau nak dukung, kepala dah terhuyung hayang sebab muscle leher dia still tak okey lagi, pastu dok tenyeh muka kat bahu. Sian awak Ammar, mama dengan ayah dah tak tau nak buat macam mana. Mama rasa failed sangat sebab awak belum reach any milestone untuk umur baya awak ni. :(.
Sweetheart mama

Assalamualaikum.

Tuesday, April 30, 2013

Advance Birthday Dinner

Hellow,

Today was my husband birthday. Nak celebrate today he's on PM shift so i decided bawak husband and Ammar keluar dinner semalam lepas balik kerja. Tanya dia nak dinner apa sebab aku nak belanja kan, dia pun macam blur blur tak tau nak makan apa. Sebenarnya aku tau dia dari dulu teringin nak makan ribs kat Tony Romas tu tapi sebabkan paling dekat Sunway je dan dia sangat malas nak masuk jalan ke Sunway, aku pun pancing pergi Chilis. Dia tanya kat mana, laju aku cakap Paradigm Mall. Haha. Tu tujuan sebenarnya aku nak g Paradigm Mall. Sebab utama aku tergedik-gedik nak gi sana sebab teruja nak g H&M nak dapatkan tshirt Superman macam Pet beli kat Hamza. Lagipun aku tak pernah jejak kaki kat sana. Selalu perati je dari jauh dengan muka sedey kalau lalu LDP. Haha. Lagi satu latest entry Pet pasal Spaghetti Grill tu. Ada gak pancing husband g sana tapi dia kata kalau makan spaghetti kat umah pun boley. Dia tak paham kot cerita aku yang pasal lamb pizza. Kakaka.

So dalam kol 5 lebey gerak g sana. Hujan start turun selebat alam. Dekat kol 6.30 gak la baru sampai mall. Jammed pulak jalan nak menghala ke sana. Dalam kereta aku siap-siap dilute kan ubat Ammar dalam syringe, sampai je terus bagi makan. Ubat Ammar kena makan ubat before makan dan sebabkan Ammar menyusu every 2-3 hours dan to be safe aku budget 2 jam sekali dia punya feeding time. So lepas menyusu aku tunggu sejam dulu dan bagi makan ubat, lepas makan ubat kena tunggu at least 30 mins before next feeding. Ubat tu lagi cepat berkesan bila perut kosong according to my sister.

Sampai sana kitorang cam blur sikit parking naik escalator jumpa tesco pastu naik lift keluar kena masuk satu lagi pintu baru masuk mall. Nasib la dia punya lift ada tulis level mana ada kedai apa. Aku terus target nak ke H&M, tak teringat da nak ke Chilis padahal laki tengah kebuloq gila. Hahaha. So dekat H&M cari shirt superman takde, jumpa shirt batman je. Kecewa oo takde baju superman. So kat sana aku beli pants untuk aku, stokin dan tshirt Ammar. Lepas tu turun bawah g Chilis.

Husband first time makan Chillis sebab dia jenis tak suka makan tempat cenggitu. So dia order ape tah nama yang penting kambing dan aku order garlic chicken hape kejadah dengan buffalo wings. Kesimpulannya semua tak berapa nak masuk tekak kecuali mashed potato favourite aku je. Buffalo wings aku rasa kat TGiF lagi sedap. Chicken and lamb dia tak masak sangat padahal da cakap da nak well done. Budus. Terus aku tak lalu nak makan. Lepas habis je terus belah pusing-pusing dalam tu. Masuk Kaison sebab dengar citenye best tapi sebabkan aku takde umah sendiri lagi, tak boleh la nak membeli dalam tu sebab mostly barangan umah je. Lepas tu terus balik sebab Ammar da mula buat tak senang duduk. Time dia nak tido da tu.

Happy Birthday Husband!

Pantang tangkap gambar nak menjeling.

Budak lapar susu. habis sebotol

Da kenyang dia tido
On the way balik jammed sikit kat lepas tol tu sampai husband cakap ni boleh layan candy crush dulu ni. Tah pape tah. Balik tu nak tukar diaper Ammar tengok dia beyak, patutlah menggelupur semacam je. Hahaha.

Assalamualaikum

Sunday, August 26, 2012

Pregnancy : Full Term

Hellow,

Alhamdulillah today dah masuk 37w 2d..tengok ticker, aku ada lagi 19 hari lagi before due. Nervous tu ada la jugak, tapi ketidaksabaran tu lagi banyak. Tak sabar nak tunggu labour sign. Ada sesetengah orang yang takut bila dah dekat nak due ni kan? Aku tak macam tu sebab nya bukan aku perasan aku ni kuat, tabah dan tahan sakit punya orang tapiii kalau aku dok takut je nak bersalin nanti aku tak boleh nak concentrate during labour. Mula la dok terasa sakit tu lebih daripada excitement nak jumpa baby. Lepas tu kalau boleh aku tak nak fikir pasal masa yang aku dapat lepas baby dah keluar nanti. Semua new mommies mesti akan rasa stress bila tak dapat tidur cukup and so on kan? Aku pun sama, tapi aku takmau stress sebab niat di hati dah nak bagi anak susu badan. Orang kata kalau stress nanti production susu kurang. Betul kan? So aku abaikan perasaan tu. Tapi kalau dah Allah kata dah bukan rezeki aku nak fully BF baby aku, harus aku bersedia dan redha jugak kan? Kita semua nak yang terbaik untuk baby kita. Positive tu paling penting.



So kalau nak kira baby dah full term bila masuk 37 weeks ni. Baby dalam perut ni pun dah full term la kan. Baby oh baby, hari-hari mama tunggu tanda-tanda awak nak keluar. Kadang-kadang jadi tertekan. Sampai termimpi-mimpi mama semalam ada orang nak pecahkan air ketuban nak bagi awak keluar cepat tapi mama siap marah-marah lagi sebab nak bagi awak keluar bila sampai time. Tidur pun tak lena. Kejap alih sana, kejap alih sini. Tapi alhamdulillah bangun pagi masih cergas walaupun tidur kurang. Harap-harap nanti baby dah keluar, aku boleh rasa secergas pagi ni walaupun malam tidur lambat dan tak lena. Lately masalah constipation aku dah tak ada kot. Makin kerap aku membuang dalam satu hari. Kalau tak pergi membuang sehari pun, esoknya still boleh membuang dengan gembira walaupun perut terasa memulas-mulas. Punya la dok mengharap yang memulas-mulas tu tanda baby dah nak keluar, malangnya belum masa lagi. Perut memulas-mulas sekejap lepas tu dah tak ada. -_-". Paling kesian encek suami sebab pergi kerja dengan hati yang risau. Paling cepat dia boleh sampai rumah pun dalam masa 40 minit dari tempat kerja. Kalau nak cepat aku terpaksa drive ke hospital sendiri dan dia tunggu dekat sana. Doa sangat yang time aku sakit nanti, encek suami ada dekat rumah.

Pasal kaki membengkak pulak, kejap tengok macam dah bengkak. Kejap tengok macam tak bengkak. Tapi terasa la macam kaki kebas dan mencucuk-cucuk kadang-kadang tu. Nasib baik encek suami sudi nak urutkan kaki. Haha. Lepas tu sekarang ni aku dan encek suami makin ligat berjalan-jalan. Nak bagi proses bersalin cepat dan senang lah katakan. Jumaat malam lepas tercapai hajat nak pergi i-City tu. Sampai sana, rasa macam hampeh je sebab semua tak yang macam aku bayangkan. Entahlah, aku pun tak sure. Lepas tu rasa nak minum hazelnut white coffee dekat Old Town dah tercapai semalam. Walaupun encek suami penat, nak jugak dia bawak aku keluar semata-mata nak penuhi hajat isteri dia yang tah ape-ape tah mengidam semua benda last-last minute camni. Hari jumaat pulak malas sangat nak ke office, lantas ambil MC dan petang tu penuhkan hajat hati nak makan cheese fries dekat The Manhattan Fish Market. Hajat nak makan Giant Platter, tapi takut tak habis sebab makan berdua dengan encek suami je. Hari tu makan bertiga dengan kawan opis pun dah nak muntah nak perabiskan.
My nephew yang teman jalan-jalan. Layan upin ipin dulu..

Satu-satunya gamba yang nampak kurusss..Haha @37w

Minggu-minggu terakhir sebelum due ni aku memang makan banyak sangat! but i am a happy preggy women kot. Lepas ni kita berpantang kaw-kaw punya. Okeh, baru ingat tak mandi lagi...haha.

Assalamualaikum.

Wednesday, August 22, 2012

Pregnancy : 36 Weeks Check Up.

Hellow,

Salam 4 Syawal. Hari ni sangat bosan sebab kena duduk rumah sorang-sorang sebab encek suami kerja pagi. -______-". Dah lah ada appoinment check up today, husband kerja dan paling menarik sekali bila kunci rumah aku tertinggal dalam kereta. Hebat! Appoinment dekat KK pukul 9 am, tapi sebab aku ni bersiap awal sempatlah aku perah otak macam mana nak keluar dari rumah. Mula-mula call ayah dulu sebab tau encek suami pun on the way ke tempat kerja. Takkan lah nak suruh dia patah balik dari KLIA ke puchong naik motor? Patah pinggang dia oii. Call ayah ada dekat Shah Alam hantar budak-budak kilang pergi mana tah. Paling awal sampai pun pukul 9.30 am. Oh myyyy..terus try call my neighbour. Tak berangkat pulak. Call lagi sorang neighbour pun sama. Teringat pulak kawan sekolah merangkap neighbour belakang rumah. Angkat, tapi adik beliau. Dia pulak sedap tidur. Nak tak nak kena kacau dan bagitau masalah aku. Dalam seploh minit, dia anta adik dia selaku hero aku untuk hari ni. Kesian budak tu kena panjat pagar umah dan cari kunci dalam kereta. Alhamdulillah. Selamat aku keluar rumah dengan jayanya. Time kaseyyyyy!

Sampai KK tepat kol 9 am dan terus ambil nombor. Paling best check up time orang bercuti raya ni sebab orang tak ramai. :D Happy sebab lepas ambil nombor terus up dekat screen. Register dan ambil card scan dan terus buat urine dan sekali lagi kena buat FBC. Arr paling tak suka bila kena derma darah sebalang ni. Lepas tu pergi timbang, check baby sume dan balik. Berat naik (haruslah naik time raya kan?) 1.4kg. So far dah jadi 67.6kg. Adoii, jangan sampai 70kg pleaseeee. HB tak sempat nak keluar result sebab dah habis check up. Baby dah masuk laluan a.k.a engaged. :) Next check up will be on next week. Haish, mengharap sangat yang today was my last check up. Please baby, tolong keluar cepat please. :D

Kempunan nak makan BGSC dah terlaksana. Tengok movie pun sama. Makan kerepek pun sama. Apa lagi? Tak ada dah kot. I'm ready! Oh semalam tengok movie Expandables 2. Bila dah masuk baru aku dan encek suami sedar yang aku tak sepatutnya tengok citer tu walaupun sangat best dan kelakar. Banyak scene ngeri-ngeri darah sana sini. Aku siap tutup perut tak nak kasi baby tengok. Haha. Ape kes?


At 36w 4d =)

run forrest run! 


Sekian. Assalamualaikum.

Wednesday, December 28, 2011

Weekend, Sightseeing and Cakes.

I started my long weekend on friday, 23th and ends it with a sad moody face on 27th, Tuesday. Not celebrating a Christmas, but baked a cake order for Christmas. A bit last-minute order but still, i managed to finished it by midnight. Gigih tak gigih tu. Dad texted me on Friday morning masa orang solat subuh kot kata ada budak kilang dia nak order chocolate cake for Christmas. Aku yang bangun agak lewat hanya reply dekat pukul 10. Terus kelam kabut tengok bahan yang ada dan rushed to BWY masa orang tengah solat jumaat. Hebat. Bakar cake itu ini, makan mandi dan off to in laws house. Ada birthday dinner. Oh his baby-brother punya birthday. Celebrating at Syed Bistro, Bangsar. Duhhh. Ok fine orang belanja tak boleh banyak soal.

So here are my christmas cake..

Ho-Ho-Ho-Hokhokhok.
Okay settle satu cake, boleh study untuk test hari sabtu. Sabtu tu lapaq gila okeh. Sampai utm tros nak makan western. Cewah. Makan spaghetti dengan roasted chicken+mushroom sauce. Sedap kot. Sekali sampai kaunter kena bayar RM11. Err..mahal pulak rasanya makan kat cafe ni. Nasib baik tak pesan air sekali. Last-last minum air masak yang dibawa dari rumah aje. -___-" Ok fine aku pasrah. Dia punya spaghetti sedap dan pedas. Roasted chicken dia terasa marinated sampai ke tulang sum-sum. Pergh. Aku dah drooling balik. #Gulp

Balik dari class, singgah rumah in laws lagi sekali. Hmm. Kali ni tak buat ape-ape. Nganga tengok tv buang masa. Petang balik sebab cousin, auntie and cucu beliau dah sampai. Cousin aku nak pergi Phuket so dia nak my hubb hantar to Sunway Pyramid. Nak sleepover rumah kawan dia before depart esok pagi. Sekali lagi kena buat chocolate cake sebab ada budak tecik punya birthday. Once again, my express chocolate cake baked with love. LOL.


Tu-dia-xpress-punya..
Sorry gambar kelam suram aje. Had yang cantik punya kami ter-delete kot. Haha. Bajet kami tangkap dua gambaq yang terang lepaih tu kami pi lah delete satu. Bila kami pi tengok gambaq satu lagi dah corrupt, baru lah kami tau yang kami dah delete gambaq yang terang lagi bersuluh. Nasib baik sempat upload dekat pesbuk kasi tagged mama budak tecik tu sama pak ndak dan pak su dia kasi tengok. Hihi.
Oh hari Ahad kitorang planned nak pergi I-City. Encek suami kasihan sama Puan Isteri sebab tak pernah pergi sana. Shame on me. Beriya bersiap pergi sana, last-last jam gila keluar dari Batu Tiga. Pergh. Gate A full dan packed, kami nak ke Gate B, pun sama. Lastly decided to jalan-jalan cari makan saja. Went to Mali's corner again. Char kuew tiauw special satuu. Kenyang sampai nak muntah. Dalam minggu ni dah dua kali aku pi mentekerdarah kat situ dan makan menu yang sama, not to forget almost midnite. Balik aku teros zzzz. Hebat aku menternak lemak sekarang.

Okeh la kalau nak cerita sure panjang berjela buat orang boring ja kan. Isnin, kami pi Zoo Negara. Cross satu item dalam 'to-do list' aku. Hoyeah berjaya pergi sana dan beratoq panjang. Pukul 11 sampai pukul 2 dah nak balik. Tak tahan aku berjalan. Kesimpulannya. Hmm. Boleh lah.

Google
 Semalam plak, keluar bersama yang tersayang tengok movie kat MV. Suatu malam kubur berasap. Aku bagi 3 out of 5. Tang lawak gila-gila tu satu part ja. Alif ba ta alif ba ta. Tu je. Lain-lain banyak terkujat je. Hmm. Masuk je watak Ernie Chan, pergh sangat spastik okeh. Bo-ring. Sempat buat terapi perut di Carl's Jr. Full kot. Satu large combo satu sandwich : RM40++. Hmm. Kalau tengah kaya dan napsu makan membuak-buak okeh la kot. Kalau tengah bulan kau jangan buat hal. Sempat shopping sakan dekat jasko. Kena tipu dek discount marker yang mereka lupa buang masa J-Card day. Hahahampeh. Syaiton sungguh. Nasib lah guwa amek baju yang agak murah-murah. Bajet boleh la dapat yang murah lagi murah lepas diskaun, tapi tinggal kenangan.

Mine


His
 Okeh, habis cerita.

Assalamualaikum.

Saturday, September 11, 2010

waddayamean?

Hari raya yang kedua yang memang sangat membosankan. Bangun pagi dan terus ke putrajaya untuk melihat keadaan kucing-kucing di rumah akak. Ternyata sangat menyedihkan. Aku rasa kucing akak aku tu dah nyanyuk kot? Kencing merata-rata padahal tau pulak berak dekat dalam jamban. Habis bertakung air kencing kucing dekat dapur dan di depan pintu rumah. Alahai..tak pasal-pasal pulak aku nak kena jadi bibik sebab kena mop lantai dengan Daia floor cleaner. Ni kena tuntut duit raya banyak-banyak nih. Alkisah bila dah habis jadi bibik express, aku keluar dan ke alamanda tanpa arah tujuan. Hajat dihati nak makan ayamas, tapi kedai tak open lagi. Baru dekat pukul sebelas tu..mana la ada kedai nak bukak. Alih-alih aku masuk mekdi dan makan. Lepas makan pekena ice cream baskin robbin satu. Strawberry cheesecake pilihan sepanjang zaman. Dah kenyang jalan balik laa..

Owh Sedapnya!

** Esok aku ingat buat brownies cheese cake dengan intan. Tak tau jadi ke tak. Kedai bakery tak bukak lagi. Nak beli cream cheese dekat  supermarket biasa mahal oi. Lebih dalam 4 hengget. Ish ish..Now i miss my adik already. Bila mau datang oi...