Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

10 Ramadhan Terakhir

Salam Ramadhan,

Dah 21 Ramadhan kita hari ni. Kejap je kot rasanya puasa. Next week dah raya? omg! Preparation raya kali ni? Biasa je kot. Cuma tang anak tu lebihkan la, tapi takde la melampau-lampau sangat. Kasut raya pun AK takde tau. Ada stokin raya je. Tu pun terkecik beli, adoi. Baju melayu AK sepasang je, songkok ke kopiah takde beli pun, tak tau la if last minute nak beli ke. Baju mama dengan ayah AK masing-masing sorang sepasang je. Tema colour kami tahun ni dark purple gitu.

Cerita pasal 10 Ramadhan terakhir ni, hmm sebenarnya niat dalam hati nak la cari malam lailatul qadar. Insyaallah kalau dapat, moga doa mama AK ni dimakbulkan. Mama taknak doa untuk diri sendiri tapi hanya untuk anak tersayang sahaja. Semoga AK dapat jadi macam babies normal yang lain. Insyaallah. :)


Assalamualaikum.

Tuesday, April 24, 2012

Pop Look Addiction

Hellow,

Siapa yang tak suka shopping? Mostly semua orang suka especially perempuan. Shopping tu salah satu aktiviti menyihatkan ape. Hihi. Tak sihatnya bila terlebih shopping. Itu shopaholic dah tu. Bagi aku tak salah shopping asalkan berpada-pada dan tak melebihi kemampuan. Jangan sampai duit dah zero dalam bank pun still nak shopping sampai mintak advance dekat member, family mahupun suami. Eh kalau mintak kat suami tak salah kot. Haha.

Shopping online pun tak sihat jugak, sebab kaki dan badan tak berjalan banyak tapi jari je yang dok ketek-ketek type kat keyboard sambil gerak-gerakkan mouse pilih barang yang kita nak. Melalut pulak nak intro sampai banyak ni kan. Straight to the point, siapa yang pernah beli item dekat Pop Look? Ada rasa mau beli lagi tak? Hihi. For me, yes memang rasa nak beli lagi tapi selalunya akan pilih yang practical, sopan dan harga berpatutan. So far beli yang below RM70 je, nak jimat la sangat kan tapi bila dah total up melebehi 100++ jugak.

Bulan lepas aku ada beli dua dress dan tops : Ophelia Maxi Dress - Dark Purple dan Aliya Tunic - Black. Bestnya, free postage. Jimat disitu. Barang pun dalam sehari dua dah sampai. Kain dia lembut dan tak panas. Pakai Ophelia Maxi Dress masa pergi kenduri kahwin my schoolmates hari tu. Sejuk je dan paling penting tak payah pakai kain dalam sebab tak nampak pun line panties. Haha. Aliya tunic aku pakai pergi kerja. Selesa dan lembut. Best.
Ophelia Maxi Dress - Dark Purple
Ophelia Maxi Dress

Aliya Tunic - Black
Aliya Tunic
Hari ni aku browse some tops dan berkenan nak beli Kath Ribbon blouse - nude colour pulak. Since gaji belum keching keching, haruslah aku tunda sampai khamis ni. Sobs. Harap-harap tak sold out. 
Kath Ribbon Blouse - Nude
Please wait for me..!
Sebab utama beli baju dekat sini, sebab nak memuat naik perut aku yang makin membesar. Tops dia jenis loose kan, mesti muat sampai bulan 9 nanti. Insyaallah. =D

source : http://thepoplook.com/

Tuesday, December 13, 2011

We Share We Care

Hellow,

Terasa nak share kan tips ni untuk sesiapa yang nak try. Tips ni one of my friend bagi kat aku. Sharing is caring dia kata. Moh le kita ber"caring" ramai-ramai. Haha.

Nak baca klik kat sini : 11 tips untuk hamil dengan cepat. Banyak lagi kot info untuk mommy-to-be pun ada. Aku tak baca habis sebab baru je bukak link ni semalam.


Alahai comelnyeee..

Misi untuk TTC sudah bermula bulan lepas, tapi belum ada rezeki lagi. Harap-harap adalah rezeki lepas ni. Yang penting jangan stress. Rileks. Oh senangnya cakap dari nak buat. Hihi. Ada banyak mission lepas ni, tapi lepas dapat sambung contract february nantilah, insyaallah. Firstly, nak tolong encek suami dapatkan rumah untuk kami berdua hidup sendiri, nak beli kereta, nak settlekan mana-mana item dalam wishlist (yang mana mampu) dan sementara nak achieve semua tu, misi TTC haruslah ongoing. :)


Semoga Allah permudahkan segala urusan aku di dunia dan akhirat. Amin. 

Friday, December 02, 2011

Wishlist : 2012




Tiba-tiba rasa nak share pasal wishlist tahun depan. Hmm, hopefully dapat lah apa dihajati. :)

Sebelum tu, nak recall balek my 2011 wishlist. Manatau ada yang dah tercapai dan mana yang belum boleh carry forward to next year kan? Hihihi.
-------------------------------------------------------------------------
Oqeh fine! Aku tak jumpa wishlist tahun ni. Shame on me. Jadi abaikan wishlist tahun ni and start buat wishlist tahun 2012. Muahaha.

Here comes the list....*drumrolls*

 :: Colourful Sticky Notes (Study/Recipe Purposes)
 :: Car (Any type of model, yang penting affordable and fuel saving)
 :: Laptop/Notebook (Online/do homeworks)
 :: Digital Kitchen Scales
 :: Mastrad macarons baking set (Optional)
 :: Bigger Oven (Lots of baking happiness)
 :: Own house
 :: More baking utensils
 :: A book of recipe collections
 :: Baby (boleh ke nak masukkan yang ni?)
 :: etc

Tiba-tiba jadi blank tak tau nak masukkan apa dalam wishlist ni. Gara-gara penat berjalan from Pavilion ke office. Oh boy, memang penat sangat. Gatal sangat pergi Pavi tapi tak fikir macam mana nak balik. Muahaha. Habis semua lemak dah burnt time jalan tadi. Kaki dah penat, perut dah sakit dan mata dah mengantuk. Jom pergi surau buat taik mata.

Assalamualaikum.