Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Preparations. Show all posts
Showing posts with label Preparations. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Ammar's Solid Feeding Gadget

Hellow,

Ammar boleh start his solid food in few days, so aku pun gatal tangan nak ready kan gadget untuk dia. Plan nak bagi on next weekend, at 6 months 3 days. Beli ikut status kewangan semasa dan aku beli ni pun satu-satu bukanlah beli sekali gedebuk. Tak mampuu. Gadget yang aku beli ikut kemalasan aku sebenarnya. Aku ni bukan lah rajin sangat kan, jadinya benda yang aku beli haruslah yang menjimatkan masa dan tenaga.
So far yang dah ready :

3 x Jingle Jungle Breastmilk Freezer Tray with Lid. Freezer tray ni jenis silicone and senang nak keluarkan. Yang ni aku beli lepas tengok blog Aty. Nak beli Beaba macam mahal sangatlah pulak. Tapi kalau ada extra duit nak beli apa salahnya. :D Ni dah test buat ice cube untuk minum bersama Milo.

Avent Steamer and Blender. Yang ni memang aku fikir banyak kali before beli. Asalnya macam tak payah kot nak beli, pastu bila kawan aku tanya aritu nak beli ke tak sebab dia tengah ada kat kedai, aku rasa macam ok beli je lah. Save time aku sebenarnya sebab aku ni walaupun bangun awal pagi kadang-kadang aku terlambat bangun jugak. Guna ni aku rasa pagi aku bangun campak buah ke sayur untuk steam and tinggal pergi buat benda lain, lepas tu da siap terbalikkan and blend je. Ni apa yang aku plan la nak buat nanti, tak tau la hari kejadian macam mana. Hihihi.

MAM feeding set (soft spoon with heat sensor & feeding bowl). Yang ni buat aku berkenan sebab ada heat sensor. So bila nak bagi anak makan takde la asyik nak merasa je makanan nak tau panas ke tak. Sudu tu dah siap ada heat sensor.

Avent VIA Milk and Baby Food Storage. Yang ni beli sebab senang nak bagi kat BS untuk panaskan nanti dan boleh simpan makanan yang dah siap pureed. Boleh muat masuk warmer Autumnz tu rasanya. Kalau yang feeding bowl tu pakai kat rumah je.

Tommee Tippee - New Heat Sensor Soft Tip Weaning Spoons. Sebabkan aku ni fanatic  heat sensor spoons, makanya aku pun beli yang TT punya untuk sekali bawak pergi rumah BS. Yang MAM simpan rumah. Haha.

Dan paling penting sekali kena ada, budak yang nak makan tu. :D


Kalau gadget je ready tapi kepala ni tak diisi dengan info pasal solid food tak guna jugak. Ada few website dan docs yang aku dah print out untuk buat reference nanti.

Source : Wholesome Baby Food
 Reference Sites :
www.homemade-baby-food-recipes.com
http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/solids-how/
http://www.childrenshospital.org/az/Site1148/mainpageS1148P1.html
http://www.marchofdimes.com/baby/feeding_solidfoods.html
http://www.babycenter.com/baby-solid-feeding-basics
http://www.breastfeedingbasics.com/articles/starting-solids-waiting-is-worth-it
http://wholesomebabyfood.momtastic.com/

Reference Docs :
http://www.sante.public.lu/publications/rester-bonne-sante/alimentation/alimentation-bebe-fr-de-pt-en/alimentation-bebe-en-2012.pdf
http://www.nhs.uk/start4life/Documents/PDFs/Introducing_solid_foods.pdf
http://www.nct.org.uk/sites/default/files/related_documents/When%20do%20I%20introduce%20solids%20FINAL%20WITHOUT%20BLEED.pdf

Reference blog banyak sangat. Aku rasa most of blog yang aku follow anak diorang dah start solid. So bila aku rasa nak cari resepi baby, aku buka mana-mana blog and cari la entry resepi makanan baby.

Agaknya apa la first makanan yang sesuai nak bagi Ammar makan eh? Buah? Vege? Bubur? Semua kena buat 4 days rules kan sebab nak tau dia allergic apa lagi la si Ammar ni budak eczema. Haha.

Thursday, July 05, 2012

Pregnancy : 30 Weeks and Counting..

Hellow,

Minggu busy di office da start. Banyak benda yang nak di buat walaupun semua drawings ada dalam satu file tapi tebal kalah novel 5 buah. Rilek, rilek, kalau buat laju-laju nanti cepat habis, esok lusa dah menonong balik tak tau nak buat kerja apa kan.

Credit Picture : here
Sedar tak sedar aku dah cecah week 30. Alamak ai, ada lagi 10 minggu je lagi paling lambat dan paling awal lagi 6 minggu baby nak keluar. Aku nak baby keluar lagi 7 minggu 4 hari boleh tak? Hahaha. Baby, please bagi mama makan ketupat, rendang, kuah kacang, air sejuk sedap-sedap, kuih-kuih raya, lemang bagai dulu ye. Ala kasi chance lah dekat mama seminggu beraya. Lepas tu kalau nak keluar, dengan segala hormatnya dipersilakan. :D Sibuk nak beraya pulak kan, puasa lagi dua minggu je lagi kot. Agak-agak baby behave tak nanti? Kalau baby lapar macam mana? Kesian baby. Hehe. Alasan je kan. Insyaallah baby kuat boleh bertahan puasa sama dengan mama dia. Iye tak? Tahun lepas rileks je puasa time preggy. Ape ada hal kali ni kan? Janji sahur, kenyanglah baby.


Oh nak cerita, sabtu lepas masa dekat Penang secara magisnya pergelangan kaki aku jadi bengkak. Ohemgeee la aku time tu. Maybe kurang minum ayaq lepas tu banyak berjalan dan berdiri. Hmm. Agaknya lah kot. Aku risau gila jadi kaki macam gajah, so selagi mampu dan boleh aku akan urut-urut kaki dan naikkan kaki tinggi dari kepala. Hari ahad, masih sama tapi ada lah susut sikit. Balik je rumah, tido terus rileks kan kaki. Alhamdulillah hari Isnin tu dah okey. =) Legaaaaaa. Malam tu terus cari sandle yang sedap dipakai. Ada yang sedap tapi size agak besar tapi aku rembat je. Habis aku usung pergi kerja la, shopping la, jalan-jalan semua aku sarung je. Selesa pun selesa walaupun murah.

Scaryyyy!


lepas ni nak beli macam ni pulaks.

Satu lagi aku noticed, apa lagi kalau musuh ketat semua mom to be, stretch marks la apa lagi kan. Si SM ni dah mula appear dekat peha aku. Area perut masih clean and clear takde SM. Bahagian muntut yang mula-mula sekali SM appear makin bertambah-tambah banyak. Sadis tau tak. Bukan tak buat prevention dari awal-awal. Jenuh la dok sapu cream SM hari-hari. Memang kejam betul, dia keluar jugak kan. Lepas tu masalah aku masa pregnant ni, kulit jadi gelap area leher, bawah lengan, perut dan bahagian breast. Sekarang ni tengah try pakai sabun susu beras yang aku beli dekat sini. Best pulak pakai sabun ni. Ada la nampak perubahan sikit. Hari-hari sental, satu buku sabun boleh tahan tak sampai seminggu je tau tak. Mana tak nya tak tahan lama, encek suami pun turut terlibat pakai sama. -_-". Nasib baik beli 6 biji terus, tahan la sebulan gamaknya. Lepas ni nak beli sekali 12 biji, sebab lagi banyak lagi murah. Hari tu order 12 biji tapi bahagi dua dengan kawan opis. Dia pun pakai sabun ni tapi lagi awal dari aku. 
Wangi je lepas pakaii..

Kisah mendobi dah pun aku buat bila ada waktu terluang, dah tak kira siang ke malam. Kalau mendobi siang pun aku sidai dalam rumah jugak. Kadang-kadang bila balik kerja aku rasa rajin, mula la aku asing-asingkan baju dan rendam dalam besen. So far semua baju aku basuh pakai tangan tapi tang spin aku kasi peluang washing machine untuk buat. Haha. Spin takat 3 minit sudah. Kang jahanam baju anak aku. :D. Still ada lagi yang perlu di dobi esok lusa kalau aku senang. Ingat nak shopping barang-barang baby sikit weekend ni. Dah lama rasanya tak shopping baby's stuff kan.

Batch 2 : Bibs, blankets, towels, wash cloths.


Batch 3 : long and short sleeve suits, mitten+booties.

Batch 4 : rompers, jumpsuits, mittens, socks
Semua ni bukan lah aku buat sekali one shot satu hari. Gila oi letih. Dah la baju kecik cenonet, nak kena basuh secara delicate pulak tu. Mitten ngan booties nak kena basuh pelan-pelan, kang ada yang tercicir plak.  Ambil masa jugak lah nak perabiskan semua ni. Itupun still ada yang belum di dobi macam sarung bantal, rompers (size 6m), baju+mitten+booties (hands down from my sis). Bila kira-kira, rasa macam long sleeve suits dan baju new born sikit pulak. Makanya kena la shopping lagi sikit. Muahaha. Sukanya aku. =D

Assalamualaikum. 

Monday, June 25, 2012

Baby's Stuff : Laundry Service Pt.1

Hellow,

My Week 28 weekend dimulakan dengan membuat laundry service part 1. Kalau nak buat one shot memang tak terlarat la. Part one : napkin dengan barut. Barut beli 10 helai online, 12 helai MIL yang jahitkan, 5 helai hands down from my sis dan 1 helai free gift masa beli confinement set. Napkin pulak menggatal beli 2 pack, total jadi 20 helai. Nampak sikit je tapi bila dah buka packaging dan campak dalam besen + air sabun, memang packed sangat. Cadang napkin nak basuh dalam washing machine dan barut guna tangan. Bila time nak membasuh, time tu pulak my mum nak buat her laundry service. Jadinya terpaksa basuh semua dengan tangan. -__-". Lepas bilas 3 kali terus campak dalam machine untuk spin. Haha. Semua masukkan dalam jaring baju sebab taknak kain barut jahanam.

Part 1
Napkin + Barut

Mula-mula semangat la, dah basuh nak tunggu spin dah start macam malas dan penat. Lepas sidai semua kat penyidai, terbaring depan tv sambil layan Once Upon A Time (S1) marathon. Stop sampai pukul 6 je sebab yang episod tu aku dah tengok. Kutip kain kat penyidai dan mula melipat. Bau pencuci Nappikleen tak kuat sangat maybe sebab masa tengah sidai my mum tengah masak lunch, so bau dia fade away. Tak best betol sebab hajat nak melipat sambil bau baby kat napkin. Haha. Encek suami tak ada pulak nak menolong sebab kerja. Pemalas betul aku nak mengharapkan dia tolong kan.

Buat benda ni memang seronok dan excited tapi letih oi. Next batch : towels, blanket, sleeping bag, bibs, washcloth etc. Baju, seluar, mitten dan bootees lagi satu batch sebab nak kena asing-asingkan dulu yang putih dan yang berwarna takut turun warna pulak. Mula-mula ingat nak campak je semua dalam washing machine dan guna setting delicate tapi bila baca entry Hazz pasal kisah mendobi beliau, baru la tersedar yang aku kena rajin mengasingkan bila tang membasuh baju anak ni. =D

Cerita pasal sleeping bag, aku beli sleeping bag ni kat IKEA. Aku tak tau apa motif aku beli, maybe sebab nak menghabiskan gift voucher yang aku dapat tahun lepas tu ke atau sebab aku memang perlukan sleeping bag tu. Rasanya aku perlukan kot. Haha. Tapi bila sampai rumah baru perasan yang sleeping bag tu suitable untuk baby yang 6 months above. Haha. Simpan je la sampai 6 bulan.

 Bila aku check website Ikea balik, baru aku perasan ada sleeping bags lain yang suitable untuk baby 0-6 months. Haha. Tak kuasa la aku nak pergi beli kot. Pakai je yang ni. Beza dia terlebih panjang je kot. Tapi mesti ada sebab kan kenapa dia kata suitable untuk 6 months above. Adoi la.

Today is our special day. :) Tengah fikir apa plan untuk petang nanti. Hihi.

Assalamualaikum.

Friday, May 18, 2012

Perkara Sunat Perlu Dilaksanakan Selepas Bayi Lahir.

Hi,

Sebenarnya aku baru terfikir pasal benda-benda ni bila ternampak kertas-kertas atau banner yang digantung pasal harga untuk membuat aqiqah dan korban dan lepas cousin encek suami buat kenduri aqiqah untuk anak kedua diorang. So aku google lah benda-benda yang sunat dan wajib kami suami isteri buat lepas si kecik ni lahir nanti.

1. Azankan (telinga kanan) dan Iqamatkan (telinga kiri)
2. Tahnik atau 'belah mulut' dengan mengunyah buah kurma dan letak sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan.
3. Mencukur rambut sebaik-baiknya pada hari ke-7 kelahiran dan ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan fakir miskin.
4. Aqiqah (lebih afdal jika dilakukan pada hari ketujuh)
5. Berkhatan.
6. Menamakan anak dengan nama yang baik.

Sumber

Comel tak saya?
 Dulu aku ingat kalau azankan anak lelaki je dan iqamat anak perempuan tapi rupa-rupanya dua-dua pun kena. Satu ilmu yang aku dapat kat situ. Kalau pasal tahnik memang aku tak tau dan tak pernah tau pun. Banyak jugak ilmu agama aku yang masih kurang. Mencukur rambut tu aku tau kena buat tapi tak sure hari keberapa dan kena timbang seberat emas sampailah masa akak aku bersalin tahun lepas. Paling best pasal aqiqah, ingat main boleh buat aqiqah share-share macam korban je, rupanya tak boleh eh? Anak lelaki pulak nak kena aqiqah sampai dua ekor kambing. Banyak duit aku dan encek suami kena save lepas ni. Berkhatan pulak, kalau baby girl boleh buat lepas lahir, kalau baby boy? Boleh jugak tak buat lepas lahir kiranya tak payah tunggu dah besar time sekolah. Penat nak mengejar ni kalau nak tunggu bila dah sekolah. Menamakan dengan nama yang baik tu, insyaallah kami dah pilih nama yang elok-elok dan bermakna untuk si kecil. =)

Aku doa-doa agar rezeki kami suami isteri murah dan segala urusan kami dipermudahkan supaya kami dapat membuat semua perkara sunat kat atas tu. Amin.

Assalamualaikum.

Sunday, May 06, 2012

Pregnancy : 21 Weeks and Counting.

Hellow,

Today dah masuk 21w 2d. Alahai lambatnya rasa nak masuk Week 24. Setiap kali check up mesti tak sabar nak tunggu next check up tapi at the same time takut pasal berat makin hari makin naik. Tadi masa beli barang dekat Giant sempat timbang berat kat penimbang 20 sen. Sekali dah jadi 61.2kg kot. Itulah, banyak sangat makan today. Encek suami nak sedapkan hati kata baju seluar tolak 300g, ada ke patut. Ikutkan nak kena kurangkan nasi, tapi pagi-pagi lagi my mum dah masak nasi goreng yang sedap maka haruslah makan. Tengahari pulak ada kenduri kendara, wajib makan nasi hujan panas+chocolate moist cake yang disediakan. Balik rumah terus ngap sebijik bahulu bunga yang besar tu sorang-sorang. Lupa pulak semalam boleh pulak bantai makan ais krim dengan mangga lepas tu ratah ikan goreng sekor. Tak tau tiba-tiba perasaan nak makan tu membuak-buak. Alhamdulillah kelmarin dan semalam ada poo-poo setelah 3 hari tak melaksanakan. Hehe. Today takde pulak, harap-harap esok ada lah trip ke toilet.

Pasal MGTT yang aku buat Khamis lepas, petang tu nurse call dan bagitau bacaan. Masa puasa bacaan : 4.55 mmols dan lepas 2 jam + minum air gula bacaan : 6.31 mmols. Nurse siap boleh tanya lagi kenapa aku kena minum air gula. Jawab jujur sebab ada family history dan berat aku naik banyak. Nurse kata bacaan dalam range "normal" tapi aku kena repeat balik MGTT masa 28 weeks. Bila tanya akak aku, dia pun kata dia kena 2 kali jugak. So normal la kot masa 28 weeks kena minum lagi sekali.


So far latest baby stuff yang aku purchased online, baby changing bag atau diaper bag. Hadoi. Sempat lagi la nak membeli kan. I just can't resist myself buying baby's stuff. Hihi. Bought from SupermakShop. Barang dah sampai tapi tak sempat tengok sebab sampai kat office time aku cuti khamis lepas. Lupa pulak yang aku bercuti masa beli tu, kalau tak mesti dah buat address rumah. Orang courier call masa aku baru habis jumpa nurse so aku suruh dia tinggalkan dekat officemate aku je. Tak sabar pulak nak pergi kerja esok tengok bag tu. Oh, selain dari tu ada jugak pre-order Fisher Price portable rocker dekat sini. Harga sangat murah compare dengan market price RM300++, dan tau pun dari Intan sebab dia dah beli. Nana pernah mention sebelum ni cuma aku tak tau nak order kat mana je. Pre-order ni kena letak secure deposit RM100 dulu then bila item dah sampai, baru bayar balance. Harga dapat RM190+RM10 postage. Ikutkan boleh ambil sendiri sebab tempat nak collect sangat dekat dengan office tapi malas punya pasal, post je la.

Tu diaa..

Progress baby so far okey. Everday akan rasa dia kick sana sini. Kalau kurang kicking pun sebab aku banyak berjalan, so tak dapat nak merasa dia punya tendangan padu. Tadi siang masa tengah tengok tv aku perasan yang perut aku naik turun masa dia kick. Teruja punya pasal sampai tak berkelip aku tengok perut tunggu dia kick. Ingatkan aku sorang je yang nampak, bila tunjuk dekat encek suami dia pun nampak sekali perut aku naik turun masa baby kick. Encek suami kata yang kaki baby panjang sangat ikut kaki dia. Cehh..semua nak ikut daddy dia je. Mummy dia takde ke? Tak sabar nak tunggu perut senget benget bila baby gerak nanti. Tapi orang kata nak nampak macam tu kena tunggu dah 7 8 bulan eh? Takpe, sabar sabar dan sabar.

Sekarang ni bilik kami dalam proses pengubahsuaian ruang. Nak renovate bagi besar memang tak dapat la, just get rid apa yang tak patut dan tak perlu lepas tu re-arrange balik untuk keselesaan baby. Berpeluh-peluh jugak la nak mengemas ni kan. Baru sikit ni, belum masa untuk turunkan drawer ikea yang aku beli buat pekasam kat bilik atas lagi. Bilik kecik dan sempit plus baju-baju yang terlebih dose. Memang tak dapat nak buat apa la kan. Baru lepas asingkan baju kurung yang tak muat di pakai untuk disimpan. Haish, banyak sangat yang dah tak muat. Hopefully lepas pantang muat balik lah.

Tidakkkkk...!!
Nama baby dah ada sebab kami berdua dah lama prepare masa sebelum kahwin lagi. Haha. Gatal gile belum kahwin dah prepare. Prepare satu nama baby boy and satu nama baby girl. Insyaallah akan kami pakai nama tu nanti. Makna nama haruslah ada. Salah satu nama tu aku yang pilih sebab teringat dekat nama  sorang senior yang handsome masa dekat TIKL dulu. Haha. Nasib baik nama tu termasuk dalam 99 nama Allah. Lagipun aku suka nama tu sebab macam jarang orang pakai kot. Takde lah encek suami kutuk aku. :D 

Esok kalau rajin dan ada masa aku akan update pasal diaper bag. Mama punya bag rasanya nak recycle je bag yang ada dekat rumah ni. Sobs. Nak jimat kan.


Assalamualaikum.

Wednesday, March 07, 2012

Weekly Updates

Hellow,

Minggu yang ditunggu-tunggu dah tiba. Agaknya dapat tak aku merealisasikan hajat aku nak grab item yang aku dah list out kan last week tu. Bila tanya mak aku, dia pun kata beli benda tu awal-awal pun takpe sebab tengah murah. Well, kalau apa yang aku nak tu memang harga yang aku imagine la. Kalau out of budget, terpaksa postponed dulu. Yesterday, aku decided untuk google reviews user yang gunakan electric breast pump yang aku nak grab tu. Ada yang negative ada yang positive. Masa baca yang negative reviews tu mula la aku rasa macam nak tukar pakai breast pump lain la apa la, tapi bila fikir-fikir balik aku rasa aku akan stick to the plan. Tak semua orang sama kan. Janji dah ada niat nak fully breastfeed anak tu aku dah rasa positive dah. Kalau ada je alasan tak nak breastfeed anak, memang la pakai yang brand mahal ke murah ke memang ada je yang tak kena. Paling penting kena sesuai dengan kemampuan kita. Yes, my budget memang tak banyak and i know my capability. Range pun dalam RM100 to RM400 je kot yang aku mampu. Well, everything have their own pros and cons kan.



TT EBP
 


Sterilizer
 
Besar kemungkinan, akan ada additional items yang aku beli during this expo macam cooler bag (since tak included dalam breast pump package), warmer, thermal bag dan washable breast pad. Dah buat survey pasal harga-harga semua item tu, so kalau dapat lagi murah aku akan beli. Lepas tu nak kena beli storage box pulak sebab nak store sume purchased item. Kalau biar letak tak bertutup alamatnya masa anak aku lahir nanti semua barang dah berhabuk tebal seploh inci.

Next scan will be on my week 17 atau 19 sebab dah tanya my sis dah yang dekat KK tu bukan detailed scan, jadinya boleh proceed untuk buat dekat private clinic. Boleh tau gender kalau bernasib baik baby tak guling-guling malu nak tunjuk. Lepas dah tau gender baby baru boleh buat perangai keterujaan untuk shopping baju baby pulak. Muahaha. Eh tetiba pulak seronok semacam. Tak sabar pulak nak tunggu next month pulak kan aku ni.

Minggu ni dah nak masuk week 13. Macam tak percaya dah nak masuk trimester baru. Alhamdulillah sebab Allah masih bagi aku peluang untuk rezeki kali ni. Semoga si dia akan terus membesar, sihat dan selamat. Amin.

Assalamualaikum.

P/s : My lil nephew demam. Doc suspect Measles. Lebih kurang macam demam campak. Aku pulak suspect dia berjangkit dengan penyakit HFMD dari anak baby sitter dia. Symptoms dua-dua penyakit lebih kurang sama. Semalam pergi jenguk dia tapi tak dapat nak peluk cium sebab my mom takut aku berjangkit since aku belum pernah kena demam campak dari kecik plus sekarang tengah pregnant. Takut jadi macam akak aku during her pregnancy dia kena demam campak. Nasib baik baby takde apa-apa.

Wednesday, February 29, 2012

I just can't wait anymoreeeee..

Hellow,

Sampai office hari ni agak awal, so sempat la blogwalking dulu before breakfast and buat kerja. Tapi nampak gayanya sampai sekarang belum start buat kerja lagi ni. Mood untuk cuti esok dah ada da ni. Adoii, ape lah nak jadi ni. Masa tengah blogwalking, nampak entry Cik Puan Mimi kita ni pasal "What you need to expect on 3rd Maternity & Baby expo Mid Valley 2012 ". Memang ada hajat nak pergi expo ni nak beli some maternity wear. Niat nak beli barang baby sikit-sikit tu macam ada tapi macam 50-50 sebab rasa macam terlalu awal. Tapikan lepas baca entry beliau dan entry-entry yang blogger lain buat untuk 2nd expo last year, terus rasa macam " Ok aku nak beli, tak kira lah" Bila survey harga dan tanya my sis pasal benda ni, dia kata okey dan boleh proceed beli. Tak kisah la kalau awal pun, sebab benda tu boleh simpan dulu. Bukan ada expiry date pun. Lagi satu, kalau nak beli barang sekali banyak nanti memang duit keluar tu terasa sangat-sangat lah kan. Lain lah kalau ada sponsor dari mak dan ayah. Hehe. Semangat gila kot rasa nak tunggu next week. Siap planning dengan kawan on that Friday nak keluar lunch awal semata-mata nak pergi sana. Tapi harapan lah kalau nak ada parking. So terpaksa fikir alternative lain untuk ke sana. Kalau tak, hari sabtu pukul 8 pagi aku gerak dari rumah. Semangat!


So bila dah baca semua link entry yang Cik Puan Mimi letak dalam tu, aku dah buat satu list untuk apa yang aku target nak beli kalau pergi sana dan kalau harga dia tak lebih dari harga time expo last year. Ceh, budget je boleh dapat harga murah cam tahun lepas. Hmm. Harap sangatlah tak naik banyak sangat kalau ye pun.
 
Things to grab + budget :
# Electric Breast Pump Package TT (RM200++)
# Sterilizer TT ( RM250 and below)
# Feeding bottle pack 9oz & 5oz TT (RM80 and below)
# Maternity pants - 1 - 2 pair
# Maternity cloths 
# Maternity innerware
 
Budget untuk ke sana maybe dalam RM800++ so kena lah bawak lebih sikit. So takde lah savings untuk gaji bulan ni. T-T. Takpelah untuk anak tersayang. Rezeki kerja ni pun dapat sebab baby, apa salahnya spend untuk si dia untuk bulan ni dan bulan-bulan seterusnya. Harap-harap semua yang aku nak ada la kan dan moga Allah permudahkan segala urusan aku nanti. Insyaallah.
 
Assalamualaikum.

Monday, February 13, 2012

Super Duper Hyper



Slow sangat masa ni berjalan. Aku yang rasa sorang ke orang lain pun rasa macam tu? Hmm. Perasaaan malas dah menguasai diri pada tahap maksima. Kata encek suami, daya tahan perasaan malas aku tu sangat lemah tak sekuat daya tahan aku menahan nafsu makan waktu malam. Okay itu maybe dulu tapi sekarang aku tak makan malam bukan sebab nak diet tapi memang tak lalu. Macam semalam, dari petang aku dah terasa macam aku dah makan seploh pinggan nasi sampai tahap lagi beberapa sentimeter nak terkeluar dari mulut. #gross. Ini dinamakan evening sickness, bukan morning dah. Asal petang nak ke malam sampai time tidur je mula lah rasa lemau sangat-sangat. Badan terasa panas sampai kadang-kadang berpeluh dahi. Pinggang ni kadang-kadang rasa macam nak tercabut sebab sengal. Nasib baik ada encek suami tolong urutkan pinggang sampai aku tertidur. Haha.

Hari ni sampai office lambat lagi. Sejak aku start kerja balik ni, memanjang je lambat ke office. Dah hilang momentum nak bangun awal kah? ataupun aku ni yang keluar lambat. Tak sure ape sebab tapi pastinya macam aku keluar rumah sedikit lambat dari biasa. Mungkinkah sebab budak-budak dah start bersekolah yang menyumbang kepada kelambatan perjalanan aku. Kalau macam ni, hari rabu nanti aku akan keluar pukul 6 pagi. Subuh aku settlekan dekat office je. Kita tengok macam mana. Berjaya ke tidak.

Satu yang aku perasan, aku ni makin malas. Malas sangat nak pergi kerja. Mungkin lepas setahun setengah aku kerja dan kumpul duit, aku nak resign. Bolehkah? Kenangkan bila  somewhere in next year nak kena naik offshore, kesian my little baby and husband. Hmm. Benda lambat lagi, toksah pikir. Kepala ni dari tadi dok berdenyut-denyut mintap nap time, tapi tak dapat. Bila nap dekat workstation, my backache makin menjadi-jadi. Bila bangun, kepala start balik sakit. Oh hormones, please be nice to me. Please end this sickness in three weeks time. Plewshhh :)

Early next month baru rasa nak register dekat KK for checkup and so on. Lambat sangat tak agak-agaknya? Time tu baru masuk 12 weeks. Kalau nak buat sekarang, memang aku takde cuti yang boleh diambil melainkan cuti sakit. Kalau boleh during this pregnancy taknaklah selalu MC je. Orang pun menyampah kan. End of this month nak buat another ultrasound. Saja nak tengok progress si kecil. Sihatkah dia?, membesarkah dia? Harap-harap dia membesar dn sihat seperti yang sepatutnya. Aminn.

Rasanya sekarang still early nak beli barang-barang si kecil. Nak tunggu masuk 4 5 bulan macam lama sangat pulak kan. Hati ni dah excited gile babeng nak shopping, tapi kena ikut cakap doc, kurangkan 'shopping' buat sementara ni. Haha. Baik doc, arahan diterima.  Buat masa sekarang just nak prepare list je dulu. Blogwalking dekat blog Nana, rasanya boleh lah pinjam list dia dulu. :)


Sekian, Assalamualaikum

Friday, July 22, 2011

Doorgift & Hantaran

Hellow,

Tengah nak clearkan gallery dalam phone, ternampak pulak gambar mini jar yang jadi main item dalam doorgift aku. Gambar tu time aku tengah isi biskut dalam tu dan susun-susun. Everything aku buat sendiri. Dalam 100 jar yang terakhir, aku dah ada assistant which is my auntie and lil sissy. Nasib baik time tu diorang dah sampai dari Penang, lega sikit aku.


Ini lah main doorgift aku. Jar tu aku isi dengan biskut icing/aiskrim/guli dan letak doiley paper sebelum jar cap. Tang label nama aku dan encek kajicuaca tu, memang last minute punya idea. Idea asalnya nak letak thank you tag dengan ribbon yang susah payah aku buat banyak kali tu. End up bila aku nak gam dekat jar, i found out yang benda tu buat jar tu nampak sangat peliks atau dengan kata lain burok kot. Entahlah, rasa macam tak kena je bila letak thank you tags tu. Last-last buat je label macam tu dan tampal. Sekali lagi nak cakap, semua aku buat sorang-sorang so memang label tu ada yang aku potong tak sama dan aku tampal pun ada yang senget. Time tu, redah je lah. Siapa lagi yang nak tolong bukan? Kalau tak silap aku, jar ni semua siap on thursday. Lepas tu baru lah dapat lepak-lepak rileks kejap.

Cerita pasal hantaran pulak, lagi la sengal. Hari jumaat tu dah nak tengah malam baru nak start. Hape kejadahnye kan? Jumaat siang aku dok sibuk beli apple untuk doorgift, beli buah untuk hantaran etc. Time maghrib bagus punya baru gerak pergi Ikano ambil chocolates hantaran from my bff. Ada hikmah jugak time tu pergi sebab terserempak dengan my old friend time dekat TIKL dulu, Syiema. Lama gile tak jumpa dia since aku blah dari UiTM Sri Iskandar. Lepas pick up semua barang from bff, baru beli bunga untuk buat sirih junjung. Beli bunga pun dekat gerai bunga india jual tepi jalan. Bunga dia colour cantik dan murah. I like.


Ni lah hasil last minute punya preparation. LOL. Time tu sirih junjung adik aku tengah buat. Banyak hantaran  yang akak aku buat. Tah mana dia dapat idea nak ikat dekat bantal hantaran pun tak tau. Yang penting bagi aku ok. Sebab tu kena dia ada baru boleh jalan. Tang baju kemeja tu haa yang tak boleh blah, kelakar gile letak ribbon dekat collar tu. Macam bow dah. Time tu aku dah pandang sangat hantaran, aku tengah nak pakai inai yang adik aku tumbuk siang tu.

Oklah, nak pergi beli breakfast dulu.

Till then, chiao!

Tuesday, June 21, 2011

WP : 4 days to go..

Hellow,

Amacam, cuak tak? Cuak tak? Haha. Serabut taugeh betol hang ni kan. Semalam balik kerja singgah Giant Kinrara. Baju mak dengan ayah untuk nikah nanti dah settle. Lepas tu kalau dah nampak guardian dengan Giant for sure duit aku akan keluar untuk benda yang kadang-kadang aku rasa tak penting kot? LOL. Jom tengok apa yang aku beli semalam dekat sana.
Guardian Spa Scrub - Pomegranate




Lifebuoy Moistureplus refill pack

Kleenex Vintage Soft Pack

Guardian Nose Strip - Charcoal

Guardian Face Scrub

Bic Teen Shavers
Jumlah kerugian? Less than RM50. Tapi kalau sekali kira dengan dress-shirt yang aku beli less than RM70. Baju tu dari jauh aku dok perati. Berapa kali kot aku ulang alik pergi kedai tu sementara nak tunggu mak aku pilih tudung untuk di'match'kan dengan baju dia. Last-last amoi tu bagi kurang 4 hengget. Haha. Boleh la tu, at least lepas nak bayar parking dekat opis.

Balik dari giant Kinrara semalam pun dah pukul 9 lebih. Simpan-simpan barang, then terus gigih potong tags yang aku baru print out semalam. Letih sangat plus nak habiskan terus semua, sampai senget benget dah line tags tu. Dalam hati aku cakap lantaklah apa nak jadi pun, bila lagi nak siap kalau bertangguh je. Alhamdulillah habis jugak dan sempat aku lekat satu tag dekat mini jar yang dah fill up dengan biskot and letak doiley paper. Not bad lah untuk kerja agak-agak-last-minute-cam-aku ni. Hahaha. Nak sedapkan hati kan? Balik ni insyaallah aku akan siapkan tampal tags dekat semua mini jar lepas tu boleh la fill up biskot setakat yang mampu.

Hi kawan-kawan, bila mau datang rumah isi biskot? Hahahaha. Ok fine korang busy aku redha. T-T.

Omaigosh, start card aku missing in action! Memang bad mood lah aku hari ni sebab lambat pergi kerja plus card hilang tiba-tiba walaupun aku sure yang aku masukkan dalam handbag semalam masa keluar kereta. Erghhh..tensi tensi. Tikus mana yang curik ni haaaa..or maybe tercicir dalam rumah? Sabar jelah!

Ok.Bye.

Monday, June 20, 2011

WP : Re-visit Checklist

Hellow,

Ye aku tau, tak payah cakap pun dah boleh nampak. Tinggal 5 hari lagi..so what? *monolog diri sendiri*..Sepanjang minggu lepas, jom tengok apa yang aku dah settlekan dalam banyak-banyak benda dalam checklist/to-do list yang aku buat aritu.

  • Guestbook : Beli satin, print layout(Done). Decorate (TBD).
  • Stationeries : TBD
  • Hantaran : Daun sireh tipu. (Done). Buah, fresh flowers, Chocolates (TBD)
  • Doorgift : Fill up biskot dalam mini jar. (TBD)
  • Doorgift : Chocolate Chunkies. (Done)
  • Inai : TBD
  • Manicure/Pedicure : TBD
  • Baju Mak&Ayah : Ayah (Done). Mak (TBD)
  • Deco bilik : TBD
  • Waxing etc : TBD
  • Telur : Bunga pahar (100's) - TBD on Friday
  • Apple : Doorgifts (4 carton) - TBD on Friday
*TBD : To Be Done

Ok fine. Satu item strike out, tambah lagi 3 item dalam list. Paling best sekarang, thank you tag untuk lekat dekat botol tu aku dapat rasakan yang aku tak akan pakai. T-T..sangat burok okeyh bila letak dekat botol tu. Semua ni idea bijak officemate aku yang selalu nak perfect tapi tak boleh pakai. Penat tau aku potong, gam, ikat, bukak balik, potong, gam dan ikat ribbon tu. Cuba kau kira bape kali aku potong, gam dan ikat? Dua kali untuk 550 helai ribbon tau tak. Last-last rasa macam burok lepas tu tak jadi nak letak. Sekarang tengah buat thank you tag baru yang sangat simple sebab nak lekat dekat botol taknak bagi nampak plain sangat. Dah lah ribbon banyak gile pakai. Membazir betul. Maybe akan pakai ribbon tu untuk something else takpun tengoklah macam mana boleh bikin. T-T

Malam kang, kena gigihkan diri gunting thank you tags yang baru lepas tu kalau sempat nak tampal terus.
T-T

Ok. Bye.

tsk tsk tsk T-T

Friday, June 17, 2011

WP : 8 days to go.

Hellow,

Bila orang tanya aku, macam mana persiapan/persediaan semua? Aku tak tau nak jawab ape. Sebabnya..entah. Last-last aku jawab " aaa..ok lah tengah buat" tak pun "..entah. Biasa je." . Siriyes weh, aku jawab camtu. Abang-abang kat office ni pun makin seronok la nak menyakat aku bagai. Malas cakap dengan diorang. Nanti entah pape cerita la yang diorang keluarkan. Tak proper nak dengar camtu.

Semalam Kak Ekin a.k.a MUA aku call. Aku takde pun number dia kan. LOL. Dia tanya kenapa aku ni senyap je. Risau pulak dia. Last-last dia mintak number aku kat abang ipar aku. Haha. Sebenarnya aku memang nak mintak pun contact number dia dekat kakak aku, tapi tah kenapa rasa macam takde mood. Tu yang aku lengah-lengah. Mungkin isnin nanti aku pergi amek baju and accessories semua dekat butik tu. Nak mintak tudung and accessories untuk nikah sekali (e.g bantal nikah, veil, tudung, brooch etc). Cakap pasal baju nikah, baru teringat yang baju nikah tak hantar pergi dry cleaning lagi. Adoii. Kang pakai baju bau kain dari kedai pulak. Me dont like.

Nak kena fitting balik baju nikah takut tak muat pulak kang. Rasa macam dah gain on weight skang ni. Balik nanti try lah macam mana. Lepas tu boleh snap gambar wat teaser. Haha. *drama, drama, drama*. Weekend ni ada class, so nanti memang tak akan boleh fikir pasal preps semua. Habis class on Sunday bole boleh back on track. Hope i can make it on time! Insyaallah. =)

Hadapi dengan senyuman. *ceewah*

Thursday, June 16, 2011

WP : Updated Checklist

Hellow,

Updated checklist :
  • Guestbook : Beli satin, print layout etc.
  • Stationeries : to buy marker pen, magic pen, crayon, glitter pen, colour pencils.
  • Hantaran : fews day before. Buy fruits, daun sireh, fresh flowers. Collect chocs from ein.
  • Doorgift : Fill up biskot dalam mini jar. (Wednesday) Buy apples (Friday)
  • Doorgift : Buy chocolate chunkies (backup)
  • Inai : Wednesday night/ thursday.
  • Manicure/Pedicure : On tuesday/wednesday.
  • Baju Mak&Ayah : this weekend.
  • Deco bilik : Collect rugs dekat ein. Lekat cermin dekat dinding.
So rasa-rasa sempat ke tak nak buat everything dalam masa 9 hari? Haha. Insyaallah.

Kemungkinan besar, sireh junjung aku akan suruh florist yang buatkan. Harga dia asal below RM100 okey lah kot. Macam lah aku ada masa nak buat semua tu sebab wedding ni aku sorang yang dok kehulur hilir. Dulu masa wedding kakak aku pun aku jugak busy, tapi nak buat macam bad luck kot tahun ni. Redha je lah. Sekarang tengah cari time sesuai nak collect barang-barang dekat bff aku kat damansara.

Pasal baju mak dengan ayah aku, aku pass duit dekat my mom and biar dia pergi beli tapi of course aku akan kena bawak dia jugak. Last weekend pergi distribute kad kahwin dekat neighbour taman, aku pun diheret sekali. Malas cakap banyak nanti aku jugak yang kena kan? Hmm..nak pergi memborong apple pulak nampaknya ke pasar borong nanti aku sorang jugak lah. Tabahkan hati ajelah. Dah nasib aku macam ni. Dah takde masa nak pergi cari tempat yang lagi murah. Ada orang nak membawak ko pergi ke cik kak oi? Nasib, nasib. Lesson learnt, lepas ni aku dah taknak tolong orang yang tak reti nak berterima kasih. =)

Manicure dan pedicure, pentingkah? Opkos lew, kang tak nampak ohsem pulak tangan dan kaki aku ni. Haha. So sapa yang nak bawak aku pergi nanti? Lone ranger jugak lah nampaknya. tsk tsk tsk. Adik aku maybe datang on wednesday atau thursday sekali dengan semua auntie aku. So tak banyak benda lah yang dia boleh tolong pun. The rest will be my job untuk settlekan. Relax, everything will be just fine. =D

Tuesday, June 14, 2011

So many things to do, so little time.




Hellow,

Tajuk entry dekat atas buat aku teringat dekat baju yang kawan class aku pakai time pi lecture. Haha. Bila baca, kitorang ramai-ramai gelak. *yang gelak tu je yang paham kenapa*. Memang dia banyak kerja nak buat dan less time to perform it. Mana tak nye, dok berlengah sana sini. Wasting time betol. Thank god this semester dia tak include dalam our group. LOL. Aku kan garang, opkos le dia taknak sebab nanti aku kasi ayat sarkastik bila ada yang tak buat kerja termasuk dia. Ohsem jugak aku ni boleh buat macam tu. Haha! Oh ye aku memang jarang nak senyum bagai. Buat tambah kedut dekat muka ja. Hahahaha. Aku pernah baca " The best way to avoid wrinkles is never to smile " dekat wall kedai The Body Shop dulu. Yes it is true kalau kita suka senyum akan terjadilah kedutan-kedutan halus sekitar mata dan jaw line, but kalau kita senyum pun boleh jadi awet muda kot. So the best way for me do it moderately tapi aku rasa aku ni more to "unsmiley" face. -_-"

Owh aku suka tersasar dari tajuk asal. Cerita pasal banyak benda nak kena buat, tapi aku ni tengah berlengah-lengah buat entry apa hal kan. SO the story begins bila in the same time aku busy buat preps untuk the big day, kat office pun busy untuk buat data upload dan pasal study pulak, i have test this weekend. Nak buat mana satu? Submit updated data lepas tu study untuk test? Planning macam bagus tapi..berjayakah aku? Lepas settlekan test, then baru aku boleh fikir pasal preps balek. omg..11 hari? seven 11?


So many things to do, yet so little time.

That's end my entry today.

Ok. Bye.

Sunday, June 12, 2011

WP : Doorgifts (Kids)

Hellow,

Alhamdulillah semalam dah siap doorgifts untuk budak-budak. Thanks to kengkawan : Nadd, Diela, Erna, Nowa, Sue sebab datang tolong walaupun korang datang lambat. Haha! At least dapat gelak-gelak and share cite-cite menarik. Gossip lah lebey kurang. =P. Siang tu aku pergi beli jelly satu carton, nak senangkan kerja yang lelain aku packing dulu masuk dalam plastic. Untuk doorgift ni aku buat dalam 200 packs je sebab khas untuk budak-budak bukan mak budak ye.



Doorgift ni sebenarnya aku ikat dua plastic sebabnye satu plastic tak muat. Itu la padahnye kalau beli plastic awal-awal. T-T..Satu plastik aku isi Nips dengan gula-gula dan satu lagi aku isi dengan lollipop dan jelly. Harap-harap budak suka la. Lepas tu ikat dua-dua dengan twist tie and thank you tag yang aku buat mula-mula dulu. Ni kes taknak membazir punya pasal. At least berbaloi gak buat banyak-banyak walaupun pakai  tak habis. Heh.

Sebabkan teruja my friends nak datang, petang tu gigih aku siapkan  apam polkadot. This time punya apam, menjadi kot! Before this, macam globe dah rupe parasnye. Maybe kali ni aku follow ingredient betul-betul so dia jadi.


Maybe apam ni akan jadi salah satu dari barang hantaran. Sebab comel sangat. Sayang nak makan. T-T.

Hoorey! Haha.

Ok.Bye

Friday, June 10, 2011

WP : Guestbook

Hellow,

Design for guestbook dah buat, tapi tunggu idea from my sis dulu. Maybe dia ada idea or design yang lebih best. Tadi try print out satu helai dekat sketch paper. Not bad lah tapi margin lari sikit sebab size paper tu a bit smaller than A4 paper. Redha je lah. Kalau print dekat rumah, margin dia lain lah pulak. Dekat office punya lagi cun. Haha. *padahal nak pakai ink free je..*


Actually design tu belum completely siap lagi. Aku nak letak nama aku dan encek kajicuaca dekat bawah chandelier tu. Haritu dah letak dah dengan font yang aku download and install, tapi bila sampai office dia tak boleh nak detect font tu so bertukar jadi font lain. T-T. Terpaksa aku fikir cara lain lah jawabnya.

Kain satin untuk balut guestbook belom beli lagi. Semalam pergi Sin Yin kain colour purple takde. Aku pulak tak pergi tanya. Bagus le tu. Malas punya pasal. Insyaallah boleh je siap on time guestbook ni. Idea nak decorate meja guestbook dah dapat dah. Cuma tak sure boleh realisasikan ke tak idea tu. Haha. Cerita pasal meja ni, teringat pasal desser corner yang berkemungkinan tak jadi nak buat. Tukang buat dadih nye kata lack of ingredient. Ingredient penting kot. Kalau nak dapat tu kena pergi dekat Johor. T-T

Till then, chiao!

WP : Backup Doorgift

Hellow,

Finally aku dah habiskan lipat, gam dan ikat dengan ribbon kotak pyramid tu. Lega~ Sekarang nak cari chocolate chunkies je untuk fill up dalam tu.


Semalam jugak dah settlekan gegula dengan lollipop. Harga lagi murah dari Haniffa semalam. Planning hari ni nak gigihkan diri pergi Jalan Chow Kit dengan member office aku. Sebabkan hari ni hari Jumaat, rasanya macam nak keluar lunch awal so nanti boleh elak jam dekat sana. Balik tu tak tau lah boleh survive ke tak dari traffic jam. Haha.

Malam semalam before aku ikat kotak pyramid tu, aku settlekan dulu bantal hantaran. Nak kena buka beads balik. Paling menyusahkan bila nak gam organza net tu dekat bantal. Adoii nak melipat dekat bucu-bucu tu haa yang aku tak gemar sekali. Alhamdulillah semua dah settle walaupun organza tu macam crowded sangat dengan glitter. Habis carpet bersepah dengan glitter.


Rasa-rasa korang macam mana? Okey ke tak eh. Kalau tak okey pun terpaksa redha je lah sebab benda dah siap. T-T.


p/s : tetiba rasa malas nak ke chow kit. Kalau beli biskut icing kang simpan dalam bonet kereta habis cair. Kan dah rugi tu..kan?

Till then, chiao!

Wednesday, June 08, 2011

WP : Backup Doorgifts in progress

Changes can happen slowly,
Take nothing for granted,
Do The Right Thing.


Safety Day June 2011

Hellow,

Sekarang aku sangat gigih nak siapkan kotak pyramid untuk backup doorgifts. In case kalau tak cukup ler, kalau cukup boleh la bagi doorgift extra. Oleh sebab masa aku ni yang tak berapa nak banyak *cewahh kemain lagi* aku buat dalam 50 kotak je. LOL. Dasar pemalas. Maybe aku akan up kan pergi 100 kotak, tapi kepada kawan-kawan sekalian..sila lah singgah umah beta untuk gunting, lipat dan gam ye. Haha!

Oh ye, aku pergi kinokuniya klcc tadi saje jenjalan buang masa sementara nak tunggu engagement session dengan manager pukul satu. Jumpa la punch hole yang size kecik tu. RM3.90..dan aku rasa sangat tertipu dengan DAISO. Aku pernah beli punch hole yang standard size tu dengan harga RM5 padahal tadi benda yang sama harga RM3.90 jugak okeyh. Motif beli punch hole kecik tu sebab nak punch dekat kotak pyramid  dan bole la masuk ribbon. Menyesal gila tak cari punch hole tu awal-awal, kalau tak dah cantik dah aku punya thank you tag. tsk tsk. Sadis.

Till then, chiao!

Tuesday, June 07, 2011

WP : Hantaran re-deco & Potpourri Bottle

Hellow,

Dengan ini diisytiharkan bahawasanya bantal hantaran aku akan bertukar rupa paras. Haha. Takde lah bertukar apa sangat, just nak add in satu layer organza net je. Aku tak tau apa nama jenis kain tu, main belasah je pakai nama organza net. Alkisahnya tengah-tengah cari kain net untuk buat botol potpurri, aku terjumpa kain ni. Sekali tergatal tangan nak letak atas bantal hantaran mana tau okey ke, boleh aku buang duit lagi. LOL. Jadi sekarang ni memang aku akan buang duit lagi untuk beli segulung kain tu. Yes!

Semalam dah siap sumbat potpourri dalam botol dan ikat dengan kain net. Ribbon plak baru ikat dalam 5 botol je sebab start buat pun dah lambat dan dah lebih pukul 12 malam so sangat mengantuk.

End product :

Potpourri in a bottle

Redecorate Hantaran
 Gambar potpourri dalam botol tu di'edit' sebab taknak tunjuk colour asal. Kekonon nak seprais la tu. Gedik kot. Hantaran pulak tak di'edit' just letak watermark je sebab kalau edit macam potpourri tu cemana nak nampak dia punya penambahan. Ye tak? Kain net tu belum beli lagi sebab budget nak pergi beli hari ni. Tak tau lah sama ada ada yang sama pattern macam tu ke tidak dekat Dios tu and harga dia pun tak tau segulung berapa. Jangan mahal da le, tak menjadi pulak nanti planning aku tu. tsk tsk. -_____-".

Till then, chiao!

Saturday, June 04, 2011

Item of The Day

Hellow,

Guess what i have bought today?

Ta-daaa :

Bausch&Lomb Softlens 59

That's mean another to-do list item will be strike off! Yeay..!

This contact lens i bought RM45 for 3 pairs in a box. Sebabkan power kedua-dua belah mata aku ni lebih kurang sama, so aku tak payah nak beli asing-asing, maknanya aku tak payah beli satu box untuk power sebelah kanan and another box for power sebelah kiri. Just beli 1 box untuk 3 pair aje..Urghh..memang susah once dah bercermin mata ni. What a mess! At first aku nak beli lens yang ada silau, tapi optician check and kata aku tak payah nak beli yang ada silau sebab sikit sangat. What a relief, tak payah nak keluarkan duit lebih. Haha!

Ni first time aku pakai contact lens sebab aku macam takut nak pakai bila dengar macam-macam cerita itu ini bila pakai menatang alah tu. So sampai bila nak cuak je kan, lagipun aku terpaksa pakai untuk majlis nanti. Mana ada orang pakai specs time majlis. LOL. So kalau nak pakai ni, paling penting sekali sebelum nak pakai atau nak tanggalkan lens, mesti BASUH TANGAN kasi bersih-bersih. Kenapa nak kena basuh tangan? Sebab taknak bagi mata kena infections dengan kuman-kuman yang ada dekat tangan kita yang kotor ni. Optician ajar cara nak pakai, basuh dan tanggalkan lens. Senang gila tapi macam cuak. Baru kejap tadi aku tanggalkan after 3 jam lebih aku try.

Untuk solution, aku pakai yang starter pack. Ada 3 botol kecik dalam tu. Satu botol boleh pakai untuk 2 kali dan tahan sebulan lepas bukak cap tu. Sama macam contact lens tu, tahan sebulan once da bukak. Starter pack harga RM5 (3 botol solutions + lens case). Total : RM50. Kalau aku beli yang TORIC lens (untuk silau) satu pair je dah RM100++. Satu lagi benda dah save duit aku almost 50%. =D

Till then, chiao!