Part I
----------------------------------------------------------------------------------
Selasa, 30-03-10
0638 hrs
Kadang kala kita mengeluh. Dugaan yang datang terlalu banyak sekali. Sampaikan kita sendiri tak sanggup nak melaluinya berkali-kali. Kerana dugaan itu, kadangkala kita terpaksa menipu. Menipu dengan alasan kita akan terselamat dari sebarang kesusahan yang berikutnya. Mungkin kita tak tau, sebenarnya kerana penipuan kita itu la yang akan mengheret kita kepada penipuan lain.
Kita fikir kalau kita cakap tentang hal yang sebenarnya, mungkin mereka tidak akan mempercayai kita. Tapi mungkin jugak mereka akan percaya. Sangat sedih kalau difikir-fikirkan yang kita ni terpaksa menelan pahit getir hidup yang dinamakan kehidupan yang tak sempurna.
Siapa yang hidupnya sempurna? Takde kan?
Setiap sesuatu yang berlaku tentu ada hikmahnya. Ada yang mungkin kita dapat lihat kebaikan terjadi nya sesuatu musibah dan mungkin juga kita tidak menyedarinya. Hikmah yang selalu aku nampak, duit makin berkurangan. Apakah semua ini? Mengapa? Kenapa? Haish...-_-"
Mak aku kata tak baik mengeluh. Tapi ape yang aku tengah hadap sekarang, buat aku mengeluh. Dalam hati dok sumpah seranah.
" Apalah malang nasib aku ni. Macam-macam hal jadi. Time nak gi kerja awal la kete buat hal ! "
Itu la sebenarnya masalah aku. Asal dapat gi kerja awal je. Everything will be upside down. Just ruining my mood yang cuba hendak gembira pergi kerja naik bas!
Aku rasa, keta tu da patut masuk half cut tak pun scrap metal!Tak pun dispose je. Lagi senang. Sakit betol hati aku. Start beli kete buatan malaysia yang dinamakan
PROTON itu, dalam setahun je mesti ada yang rosak. Kalau sekali takpe, ni berkali-kali.
Meh aku list down ape yang da penah rosak :
- Cable ape tah yang longgar. Then orang Proton kat workshop kata nak tuka sebab still dalam warranty. Tapi sebenarnya dia tak tukar. Dia just ketatkan je.
- Cable lagi problem. Kali ni dia tukar betol-betol pasal kena bayar. Dan sangat mahal. Takat kabel burok tu da 2 3 ratus.
- Battery problem. Langsung tak boleh start kete. So malas nak pikir banyak. Tukar pi bateri kering. Dengan harapan akan bertahan lama. Kali ni charge dekat 2ratus
- Engine tersumbat dengan carbon. So dia nak bersihkan menatang alah tu. Have to pay almost 300 jugak semata-mata nak bersihkan dalam tu. Sangat damn!
- Batery lagi problem. Katanya bateri kering ni slalu je masalah. SO orang tu suggest tuka kan batery basah. Ok fine. Tukar lagi. Kena charge lagi duit dekat 150
- Crank angle shaft sensor rosak. Kali ni dia tuka sume sensor. Pastu dia tuka dengan segala belt yang ada dalam bonet tu. Tah betol ke tak. Tuhan je la yang tau. Yang ni pulak charge dekat 4ratus.
- Ok cantek. Hari ni batery pun problem lagi. Nak unlock keta pakai remote tak boleh. Pikir remote kunci yang problem/habis batry. Tapi bila da bukak kete. Engine tak buleh nak start.
Lampu sume malap je. WTF . WTH. WTFH!
Lepas da struggle beberapa minit. Aku pasrah dengan ketentuan illahi. Keta memang tak boleh nak start. Lantas aku cakap dengan mak aku sambil aku campak kunci keta dengan card atas kusi,
" Mak, harini orang malas nak gi kerja. Asal nak gi kerja awal je keta buat hal! Jual je la keta tu mak. Tu kalo ada orang nak beli!Kalo tak hantar kedai besi burok"
Lepas tu aku capai henset aku. Sambil dok tekan-tekan keypad, aku merangka ayat nak cakap dengan Boss aku yang aku tak dapat gi kerja.
Nak amek annual leave, cuti tahunan dah makin merosot. Aku tengah simpan cuti ni.
Lantas aku tules yang aku akan amek M.C. Not feeling well kunun. Dah tu nak buat macam mana kan? Terpaksa ku menipu demi keselamatan negara. WTF aku merepek ni.
Sorry boss. I have to.
-------------------------------TO BE CONTINUE-------------------------------


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)