Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 01, 2010

April Fool



APRIL FOOL!!!




Ada ape dengan april fool ni? Bukan ke kita ni tak digalakkan nak menyambut APril Fool yang direka oleh orang-orang kapir tu?




Aku pun sebenarnya tak ingat pasal benda-benda cani. Nak buat ape kan? Bukan ada makna pun. Takat nak pedajal kawan-kawan, sedara mara buat ape kan?




Aku ingat lagi time aku sekolah dulu. Time tu masing-masing naive lagi. Lurus bendul. Tak tau istilah-istilah benda ni. Aku dengan kawan merangkap jiran blakang umah aku si Nowa tu dok pedajal adik dia si Faiz. Kebetulan birthday si Faiz ni 1hb April. Tengah-tengah dok bosan tahap cipan aku dengan Nowa dapat idea nak pekena Faiz.




Memandangkan hari tersebut hari jadi beliau, lantas aku dengan Nowa pikir nak bagi dia hadiah. Mula-mula kitorang cari kotak dalam saiz medium je, pastu mula la cari pembalut hadiah. Banyak yang kitorang recycle barang-barang dalam umah. Da dapat sume benda tu, aku dengan Nowa pi balik umah aku. Sambil duk mencangkung tepi laman umah, aku dengan Nowa korek pasir tepi laman umah dengan berhati-hati. Takut nanti mak aku pasan aku dok korek pasir tepi umah. Da penuh kotak. Balut la ape lagi.




Siap je kotak hadiah yang penuh dengan pasir, aku dengan Nowa pi balik umah dia. Bagi la adik dia hadiah sempena hari jadi dia.




" Nah Faiz. Hadiah besday kau. "




Bukan main gembira lagi dia. Lagi-lagi kotak berat. Mesti la dia pikir hadiah best-best. Pelan-pelan dia bukak. Kitorang dok tercongok depan dia tunggu je time. Elok je dia bukak kotak,




" April FOOL!!! Hahahahahahahahaha"




Terkekek-kekek kitorang gelak. Muka dia bengang je. Sampai ati akak dia dengan kawan akak dia which is aku memperdajalkan dia.




Sorry la Faiz. Tu zaman budak-budak. Ha ha ha. Mesti kau pun da tak ingat da. Aku confirm!




Tu kot sekali aku pedajal orang time 1hb April. Tapi da besau panjang ni, aku dah tau ape maksud April Fool, so aku da takde makna nak ingat benda tu.





No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)