Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 20, 2010

Back to Back

Rindunye nak berbelog.
Rasa macam da lama tak berbelog.
Rasa macam kehilangan je kalo tak berbelog.
Ceh, tipu je. Baru beberapa hari tak berbelog.
Ok lebih kurang seminggu tak blogging.
Ape la sangat seminggu tu kan?

Sebenarnya bukan aku rindu nak berbelog, aku pun takde idea yang bernas nak sampaikan. balik-balik aku akan melalut sampai ke habis entry. Macam mana nak buat blog yang berkualiti tinggi serta menambat hati pembaca? Boleh bagi aku idea?
MySpace

Aku da seminggu busy. Ceh ayat macam busy sangat. Betol tak tipu. Saya busy tau. Last week on wed and thurs aku bercuti. Bukan cuti-cuti malaysia. tapi cuti-cuti nak exam. Biasa la, last minute punya study in Wed and exam on Thurs. Best bukan? Lepas tu on Friday kena kerja. Kalau la ada lebih cuti [ke cuti lebih?], mesti aku da sambung sampai tahun depan. Baik aku benti kerja ja kan? =)

Cite pasal exam, aku boleh la jawab exam. Ada can nak lulus. Taknak! Aku nak dapatkan A. Boleh tak? Insyallah. Orang kata, kalau kita target nak dapat A, kalau kita rasa tak boleh buat, at least boleh la kita dapat A- atau B+. Paling koman pun B-. Okay okay, aku terima je ape yang aku akan dapat. Tak payah nak sedapkan ati nak dapatkan paling koman B.

Aku da tak boleh nak men tenet selalu, pasal dekat rumah dah takde internet. Kalau nak main tenet boleh, tapi dekat ofis je la. Da takde cafe world, farmville dan etc bak kata semua application yang ada dalam FB la. Kalau nak, bawak laptop pergi tempat ada wifi. Kesian kan?
MySpace

Takpe lah, aku da besar. Takkan nak main game je selalu sampai ke anak cucu. Kan? Kira bersyukur lah dapat bertenet di opis. Alhamdulillah.
Oh ye balik dari cuti dua hari, aku dapat tau yang work station aku telah di swap dengan abang opis aku. Ok. Sebenarnya aku sangat marah. Sebab nya port tu terbaik punya. Dekat dengan corner. Selaku anak kesayangan boss, dia dah bagi aku port tu pasal dia tau aku suka main FB. Baik kan dia? Lepas tu, dah ditukar! Saya sangat marah. Itu satu perbuatan yang sangat mementingkan diri sendiri. Atas sebab alasan reason nak kan privacy. Hello, saya pun nak privacy jugak okay!
Dahlah, sebab aku malas nak gaduh dengan orang opis ni, aku pun buat keputusan mendiamkan diri dan merungut kepada teman terdekat sahaja. Tunggu lah dia pindah kerja, then im going to take back that place!

-The End-

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)