Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 08, 2010

Exam?Periksa? Apakah itu?



Final Exam, aku cukup cuak tiap kali dengar nama tu. Kenapa aku mesti takut dengan dia? Sebab aku suka study last minit.



Study Group kan lagi bagus.

Seronoknya bila ingat time study diploma dulu. Kawan-kawan yang aku ada semua suka study. Kiranya geng study la. So aku pun jadi rajin. Jadi semangat nak dapatkan yang terbaik, nak dapatkan marks yang highest dalam class, nak berlumba-lumba dengan kawan-kawan baik aku terutamanya edz, untuk dapatkan marks yang tinggi. Tapi kitorang tak pernah bergaduh pasal markah-markah kuiz, test or ujian mahupun CGPA. Sebab kitorang tau itu yang terbaik yang boleh kitorang buat. Yang mana kureng dalam ujian, struggle nak dapatkan yang terbaik dalam exam and aku dan edz akan tolong ajar mana yang mampu sambil-sambil nak refresh apa yang dah belajar. Selalunya kitorang ni terel bab-bab caculation. Hah, macam tutor la pulak kan?


Hah..ada gaya tak jadi tutor yang garang?


Kalau dulu. Sebulan dua dekat nak exam, da start booking bilik perbincangan kat library tiap-tiap kali class habis awal ataupun class cancel. Awal semester je da start fotostat soalan exam lepas. Duduk ramai-ramai study. Best betol. Gaduh-gaduh. Da tepu study buat soalan past year, kitorang surf internet. Masing-masing bawak laptop. Pastu berebut plug point sebab battery nak abis.


Tapi sekarang, aku dan edz da tak sama University. Dia kat Uniten study fulltime dan aku dekat UTM study part time. Kalau lah aku ada kawan baik macam edz kat UTM, confirm aku akan rasa lega sekarang. Sebab aku da study awal-awal, bukannya last minute cam sekarang! Susah study part time ni rupanya. Da nak abis sem baru terasa. Lecturer nak tanya jauh dekat Skudai, kawan-kawan sibuk kerja. Nak study group? Kena lah tunggu ada yang off ke cuti ke free ke baru boleh buat.



Nak buat macam mana kan? So i have to struggle sekarang! Next week da nak exam, 15hb April 2010. Fluids Mechanic. Usaha! You can do it! [kata-kata semangat untuk diri sendiri..ha ha]


MySpace


Ape lagi? Sila la sambung study! Jangan asyik nak blogging je. Orang pun buhsan tau tak?

2 comments:

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)