Krakkk~
----------------------------------------------------------------------------
Benda yang tak sepatutnya jadi pagi ni dah terjadi. Spoil mood aku nak cuti seminggu je ni. Damn. Nasib baik menyebelahi aku, sebab aku pakai long shirt. Kalau tak, malu dibuatnye!
Yang da dapat teka, mesti da tau. Yang mana slow sikit pagi-pagi ni [ tak de la pagi sangat] mesti tengah terpinga-pinga. Ceh, cakap macam la ada orang baca blog aku ni. Haha.
Nak tau pe yang jadi? Nak la nak la. Tolong la nak tau, sebab aku nak cite. ;p
Sebenarnya pagi tadi, masa aku nak datang keja, seluar aku dah terkoyak! Krakk~ Malu gile kot pada diri sendiri dan kepada sesiapa yang dah terperasan seluar aku terkoyak! Haha.
Aku tak perasan time bile sua ni koyak, tapi aku suspect la, time aku tengah pump tyre keta kat petronas pagi tadi. wtf. Aku start perasan yang suar aku koyak time aku nak duduk kat kusi batu time nak tunggu LRT datang. Time aku duduk, aku rasa sejuk je. Dalam hati aku, " Eh, aku duduk atas kusi basah ke ni?". Cepat-cepat aku bangun terus sapu kusi batu tu. " Kering je, nape rasa sejuk?". Sambil tangan aku meraba-raba sua aku kat belakang. Damn! Sua aku!
Lepas tu, aku pikir jap, nak buat macam mana. Sumpah aku ilang idea nak buat ape. Nak cuti da abis cuti da untuk esok smpai 9hb May kang. So aku buat keputusan nak teruskan journey aku gi keja. Sampai sana baru pikir. Susah tau tak. Aku terasa macam semua orang pandang belakang aku. wtf wtf wtf. Sangat memalukan. Naik bas kena cover, naik tangga pun kena cover. Haish. Sampai opis aku terus g toilet, pasang 5 pin kat bahagian terkoyak tu. Cuba bayangkan. 5 pin medium size. Tak ke besar koyak nye tu?
Rasa macam nak pakai paper bag kat muka je!
Then nak taknak kena bagitau boss dan sahabat handai terdekat. Boss cadangkan balik je tukar seluar. Then aku pikir, baik balik pukul 11 kang, boleh balik terus! Hahaha..genius jugak aku. Boss dengan baik hati nak anta sampai umah, tapi aku cakap, takpe anta sampai lrt je. Tipu kot! taknak bagi boss tau umah dekat mana. Mana tau nanti Boss bosan-bosan weekend dia datang skodeng aku. Kan susah tu. Dah jangan pasan, sape nak skodeng kau.;p
Lepas tu kena gelak dengan Amir ( abg opis yg mintak swap tempat tu). Ni sume sebab dia ajak aku gi morning meeting kat RHB cam biasa, tapi aku tolak. SO dia macam pelik, nak tak nak aku kena bagitau dia. Dia gelak kaw-kaw sebab dulu aku gelakkan dia zip suar dia rosak tak bole tutup masa lunch, pastu dia kena bli sua lain dekat ISETAN klcc. Haha. Dah kena dekat aku balik. Dekat KLCC dulu boleh la turun kjap mana-mana beli pants baru, ni dekat tempat jin bertendang ni. Apa yang ada? Pavilion pun paling dekat.
Nasib baik hari ni gaji, boleh la aku bli pants baru. Ok tu alasan je nak bazir duit! Tu la lenkali pakai pants lain, da tau pants ni da berzaman pakai since study diploma lagi.
Ni aku jadi pengajaran untuk future. Lenkali follow instinct. Jangan nak doubt dengan kehebatan instinct aku ni. -_-"
Sekian saje entry kali ni. Balik ni nak buat cake lagi. Khas buat kekasih ku yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke 22 jumaat ni.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)