Seperti yang telah di tunggu-tunggu, sabtu malam lepas aku bersama mereka. Yes, mereka bertujuh. Yang lain MIA. Ok bukan semua, some of them je MIA. Ada yang terpaksa berkhidmat untuk kampeni mereka. Sangat seronok berjumpa mereka. Sama seperti dulu. Mereka memang sama. Tidak berubah. Maksud aku, perangai yang sama. Perangai gila-gila dan kalut mereka yang aku suka.
Kami makan bersama-sama. Ye, kami berlapan termasuk aku. Kami ketawa sama-sama. Kami gelak sama-sama. Memang annoying kalau menyebut perkataan gelak dan ketawa kerana maksudnya sama serta perkataan ganda berulang-ulang kali . Tengok, ada perkataan SAMA dan gandaan lagi. Sangat menjengkelkan.
Kami makan, kami gelak, kami makan dan kami gelak. Nasib baik tak mati tercekik kulit ketam ataupun cengkerang siput. Udang sangat besar tapi tak berapa nak fresh, ketam manis dan banyak isi, ada banyak filament ikan yang bentuknya sangat comel. Aleep beberapa kali menyebut ayat ini " Hah, ni lah oyster. Aku makan oyster". Lantas aku dengan Nadia " Oooo..tu ke oyster..Baru hari ni aku tau " dalam nada perli. Tapi Aleep tak mengerti. -_-" SADIS.
Lepas itu kami pergi karok. Aku dan Nadia macam agak allergic pergi karok. Kerana kami tidak pandai menyanyi. Kalo nyanyi memang FAILED. Tak, tak, mungkin aku sorang je yang FAILED, bukan Nadia. Jam menunjukkan pukul 12.30 dan mereka masih tidak sedarkan diri lagi menyanyi. Aku dan Nadia berasa cuak kerana mak kami telah menalipon banyak kali. Confirm kena marah! Akhirnya, setelah mereka tersedar dan kami berjaya pulang. Aku dan Nadia dihantar pulang oleh K-ry. Tapi malangnya, mak aku dah tunggu depan gate. Lantas aku warning kepada mereka,
" Nampaknya korang akan kena basuh dengan mak aku kejap lagi. Korang sengih je la ye.." .
Sesampai di depan rumah, lantas mak aku keluar dan membasuh aku serta kawan-kawanku itu.
Mak Aku : Ni dah kahwin ke belum?
K-ry : Belum makcikk.. ( sambil aku dan mereka tersengih-sengih)
Mak Aku : Lain kali jangan buat macam ni. Keluar siang-siang..blablablablabla.
K-ry & Nad & Aku : Sengih-sengih kambeng.
Masuk rumah, tukar baju, aku pura-pura pengsan atas tilam. Krohhh krohh krroohh.. Tido.
Sementara mak aku pulak, bla bla bla pot pet pot pet pot pet.. zzzzzzzz
Hahaha. Sangat kelaka. Memang unforgettable. Tapi puas hati. Takpelah, 6 tahun sekali je korang kena basuh!! Hahaha. Aku adaptasi dari ayat K-ry. Lepas ni aku boleh bahan mereka pakai ayat mak aku. Thanks mak sebab bagi ayat tu. ilebiu. Hak hak hak.






hakhak..blum kawen makcik..
ReplyDeletegelak guling2..
ok minta maaf makcik -_-
hehheehehhehe...tp sye nk kawen....hahaha..lallal..len kali plak k...hhahahahaha..best2..tenkiu korg...hehehehe...cian korang eh..kami berkarok smpai x hengat dunia..lalalallaallallaaa..xpela..6 taun skali jek...hhahahha
ReplyDeletexpe weh...
ReplyDeletejnji aku sangat seronok itu malam..
lenkali aku kua lepas ni bawak anak aku skali la plak..pastu korang kena marah dgn laki aku..wahahaha..