Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, May 19, 2010

Wafer Roll Sedap ke?

Wafer roll..ape benda tu? Korang tau tak? Ala yang panjang-panjang tu. Kalo time skolah dulu, bila makan wafer roll tu kita cakap kita tengah isap rokok. wtf. Maybe sebab panjang macam rokok. Pastu kunyah skit sampai nak abis cakap " wei rokok aku da nak abis". Bukan je wafer roll jadi mangsa, yang biscuit stick nama 'Rocky' pun cakap benda tu rokok. Rocky ada dua perisa je yang selalu makan, tak coklat, stoberi. Tu je lah. Rocky mahai sikit, satu kotak dalam 2 hengget kot. Wafer roll beli satu sekupang. Kalo kaya sikit beli la satu balang, dalam 5 hengget lebih. Pastu pi la hampa juai kat kawan-kawan. Dapat untung. Haha.

Ni la dia wafer roll. Ni hampa panggil rokok jugak kan time kecik-kecik dulu. Jangan nak tipu naaa..



Rocky ni memang pujaan sepanjang zaman nih.

Lagi satu biskut yang Sin Chan suka makan, Chocobi. Chocobi ni spesis biskut bulat-bulat cam biskut guli kaler-kaler tu. Biskut ni dia coated dengan ceklat pastu dia balut dengan aluminium wrapper yang colourful. Aku tak sure sama ada betol ke biskut tu sama spesis dengan chocobi yang Sin Chan dok puja tu. Daripada findout aku dalam google, ternyata memang tak sama spesis. Chocobi Sin Chan tu lebih kurang macam cereal je. Ala-ala macam Cookie Crisp. Tapi bentuk dia star. Macam Honey Star, tapi dia flavour ceklat. Haish panjang lebar nye explain.

Ni la Chocobi pujaan hati Sin Chan. Lain kan dari chocobi yang aku beli selama nih. Kiranya aku tertipu la dengan nama ngan packaging kat kedai tu. damn.


Okeh berbalik pada cerita wafer roll tu, memandangkan tajuk aku pun pasal wafer roll, sedap ke wafer roll tu? Kat opis aku ni, yang pernah aku rasa dua jenis je la wafer roll dia, flavour ceklat dengan flavour vanilla. Tapi aku penah makan yang flavour pandan, orange, stoberi dan kaler pepel. Yang kaler pepel tu aku tak sure flavour ape, samada blueberry atau pun keladi. Tapi aku rasa macam keladi since kalo perisa blueberry macam mustahil je.


Disebabkan keadaan telah memaksa aku untuk berdiet secara mati-matian, aku terpaksa mengikat perut aku di opis. Breakfast aku utamakan, memandangkan aku pernah baca article yang kata bahawasanya sarapan pagi adalah sangat penting dalam diet seseorang. Jadi aku makan pagi. Tengahari dan malam mintak maap le. Saya tak lapa ( tahan lapar). Kadangkala aku tewas jugak dengan makanan nih, lagi-lagi nasik. Aku tak tau kenapa nasik tu memanggil-manggil aku je. Selalunya aku makan nasik kuantiti nye lagi sikit dari nasik kucing. Kucing pun malu kalau tengok.

Oleh sebab kadang-kadang @ selalunya aku akan bosan apabila berada di opis, aku buat kopi secawan ( mai sechawann!) pastu kelam kabut aku gi amek sebanyak yang boleh wafer roll dalam balang kat pantry. Wafer roll dekat opis aku ni boleh dikatakan sebagai HOT ITEM memandangkan laki-laki serta omputih disini kaki makan biskut. Bukan kaki mereka yang makan. Selalunya pagi-pagi bila aku nampak kawan aku makan wafer roll, aku akan update status balang wafer roll dekat dia. Biasanya time aku tanya ada dalam 80% full. Kalau lepas tengahari, balang tu bagi update 1% habuk-habuk wafer roll. Sadis bila aku tengah lapa wafer roll habis. T-T

Kadang-kadang disebabkan wafer roll habes la yang buatkan aku nak makan nasik! Jahat siot depa kat opis nih. Damn. Hari ni aku mengisi perut aku dengan meminum soya. Wafer roll aku tak dapat kesan lagi status dia. Diharapkan beliau ada masa aku lapar nanti.

Sekian.

3 comments:

  1. wwaaaa...aku suke sume mende makanan yg ade kat ats nih...waa....suke sgt...

    ReplyDelete
  2. mana satu babe?
    wafer roll?rocky?mahupun chocobi?
    keh3..;D

    ReplyDelete
  3. sume...sume 2 aku suke..hhahahahaa

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)