Salam,
entry kali ni nak story activity yang aku buat few days back.
First thing first, congratulation to my dearest sista sebab dia da jadi wife orang..sigh..-_-"
Aku da takde kawan dah..so sad..
Start khamis lepas aku on leave, sedaya upaya menolong apa yang patut dekat rumah tu. Jahit curtain, packing candy goodies plastic, buat hantaran, potong ribbon untuk botol potpourri untuk door gift pastu buat laundry la macam-macam lagi. Pening jugak la nak buat banyak benda untuk door gift ni. Aku ingat nanti kalau aku bagi satu benda je. Settle. Tak payah nak letak macam-macam bagai dalam paper bag tu.
Petang khamis tu jugak la dua bijik keta penuh dengan sedara mara sampai. Wahh..semak habis! Masing-masing dok riuh dengan macam-macam cerita. Sambil-sambil tu ada yang tolong apa yang patut. Makcik-makcik aku sibuk la dok tunjuk manik-manik dekat baju diorang, skali aku tunjuk manik dekat baju aku, baru tau..beratkan baju je manik-manik ni. Time ni la masanya nak tunjuk semua yang depa beli matching dengan baju. Dari ke tudung sampai la ke handbag lepas tu kasut. Sengih je la keja aku.
Hari jumaatnye mula la aku dengan akak aku gi pasar borong membeli barang-barang borong yang berbagai. Dari telur ayam untuk buat bunga telur, apple hijau berkotak sampai la ke daun sirih nak buat sirih junjung. Letih tu jalan tengahari buta. Tapi kali ni takde la kami berdua nak berkeliaran sana sini lama-lama, pasal banyak benda tak siap lagi. Aku pulak yang rasa tension sekali. Hantaran tak siap lagi, nak bungkus apple lagi, nak isi door gift lagi, nak tumbuk inai lagi. Nasib baik ramai orang. Tapi ramai-ramai pun sume jadi. He he he.
Petang jumaat tu adik sampai dengan kekasih hati beliau serta kezen2 dan macik-macik aku. Kali ni datang pun 2 kereta. Dah jadi 4 kereta. Semak gile rumah. Adik aku sampai je mula la kami tumbuk-tumbuk inai semua jadah kami buat. Sempat lagi malam tu aku, akak dan adik aku gi kedai dekat dengan rumah semata-mata nak cari Baju Melayu kaler pink untuk ayah aku. Otw balik rumah kami jumpa kucing siam yang sangat comel. Kesian dia, maybe dia lost kot sebab dia kurus gile dan tak garang. Confirm kucing orang la. Terlepas dari cage la tuh. Hehe. Kami pun angkut bawak balik dengan harapan akak aku dapat tambah lagi binatang peliharaan beliau. Malangnya bakal laki beliau tak bagi. It's not fair!
Hari sabtu tu, kelam kabut gile. Kami sampai rumah pukul8 tengok akak tak habis kena make up lagi. Padahal nak nikah nye pukul 9. Nasib la masjid depan rumah je. Tu pun kelam kabut. Dengan hantaran terlupa nak bawak la. Lepas suh abang dengan kezen aku bawak semua hantaran, depa bole lak lupa bawak dulang nak letak hantaran. Last-last memang koboi je la camtu letak atas carpet masjid. Malu gile kami. Budus. Sekali lafaz je akak aku da jadi bini orang da. Alhamdulillah. Lepas nikah aku dengan adik and kezen aku, Wani gi dewan nak tengok katering and pelamin sume da ready lom. Sampai sana je, kawan mak aku yang handle catering tu suh aku bawak bunga telur pahar nak letak dekat pelamin. Kelam kabut lah kami balik nak amek bunga pahar.
Sampai umah dok tengah nak masukkan bunga pahar dalam kete, tup tup bole plak bekas yang hold bunga pahar tu patah. Hahaha. Cuak gile muka bf adik aku time tu pasal dia yang tengah pegang menatang alah tu. So kami macam blur kejap then kami pi kedai and bli gam UHU. Gam je balik.Hahaha. Nasib baik boleh melekat kuat balik. Fuhhhh..nasib baik! Memang penat gile hari tu. Dengan hujan la ape la. Macam-macam hal. Habis je majlis pukul 4 kami mula la jadi gila gambar. Biasa la bersama-sama mereka mesti gile gambar sekejap. Nasib baik la photographer tu a.k.a En Shag sangat sporting gile. Habis dia melayan kami yang sumenya sengal-sengal je. Haha. Paling kelakar time nak sambut bunga yang akak aku baling tu. Aku dengan susah payah tangkap and i got it! Confirm next year aku kawen kata macik-macik aku. Hahaha. Gatalnye saya!
Hari lepas-lepas tu kami banyak jalan-jalan je. Lagi-lagi macik aku yang kaki berjalan tu. Yelah, ada kaki untuk berjalan kan? Untuk ape lagi. Hehe. Tapi mereka tu jalan kemain ligat. Maksud aku, asyik nak cari tempat shopping and tempat makan best je. Nak gi IKEA la, Jalan TAR la, Putrajaya la and so on. Letih woo..nasib aku ikut sekali dua je. Lain sume akak aku yang bawak. Lega aku..
Haish kalau nak cerita ni banyak sangat benda yang aku nak tules. Kesimpulannya memang exhausted and enjoy. Tangan aku pun dah penat nak type ni. Asyik typo je dari tadi. Nak sambung study balik..
Babai.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)