Salam and selamat pagi,
Aku tak tau la ape yang tak kena dengan aku lately..Demam tak hilang-hilang lagi ni. Kejap ada kejap takde. Macam chipsmore pulak demam aku ni. Badan aku dah terasa sengal-sengal semenjak dua menjak ni. Aku risau kalau-kalau suspect denggi je. Aku ni kalau nak pi klinik punya la susah. Bukan apa, kat rumah aku dah ada stok ubat banyak dah dan pasal tu la aku malas nak ke klinik. Aku rasa macam tak perlu. Kalau nak ke klinik pun semata-mata nak amek MC je. Punya la pemalas nak pergi kerja. Aku start demam hari rabu minggu lepas kot. Rasanya macam dah elok hari khamis tu, tapi lepas dok bersin banyak kali aku dah start demam balik plus sakit tekak dan sekarang hingus tak berhenti-henti meleleh. Hidung ni dah tersumbat bagai tauhu sumbat da. Nasib baik la sebelah je, mau dua-dua belah boleh sesak nafas aku lepas tu datangla asthma aku. Haish, susah juga ni kalau dah ada penyakit. Pantang selsema sikit ke ape ke mula la dia nak datang sekali.
Kenapa la aku selalu selsema? Senang sangat virus flu tu datang melekat dekat aku. Bodoh je aku rasa. Kenapa aku ni tak pandai nak jaga diri aku ni? Dah lama hidup agaknya kot? Sekarang ni dah la ada macam-macam jenis penyakit, jangan H1N1 dah le. Risau aku. Aku dok selsema sampai hidung aku melecet sebab aku dok tenyeh hidung ni selalu nak lap hingus. Sakit dia tak payah nak cakap la, memang sakit. Nak blow hidung pun susah dah tu macam mana lagi nak buang hingus ni. Ape la aku ni, dok cerita pasal hingus. Tak senonoh kot. Keliling hidung aku dah mula menggelupas dan agak sakit kalau dok tenyeh-tenyeh hidung tu.
Balik kerja ni aku rasa mau pergi klinik la. Kot-kot la dapat MC untuk esok. Siapa tau kan? Lepas tu boleh la nak cek darah kot-kot suspect denggi ke. Boleh la aku prepare awal-awal. Ni aku pagi-pagi da terasa berat sangat kaki nak pi kerja. Tak larat sangat rasanya. Solat subuh pagi tadi pun seksa semacam je nak rukuk dengan sujud. Dugaan-dugaan. Ni pun takde mood nak buat ape-ape kerja ni. Update blog pun sebab suka-suka. Boleh pulak suka-suka kan? ;)
Tangan aku ni dah tak larat nak menaip da. Padahal bukan panjang mana pun type entry. Ah mengada-ngada je lebih kan. Ok lah, thats it. Babai.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)