Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, August 19, 2010

Bantal Busuk

Salam,

Kepala pening bagai dihentak-hentak.
Inilah akibatnya tidur di waktu makan tengahari.
Tidur pula di depan PC berbantalkan bantal dalam beg.
Malu nak keluarkan, nanti orang nampak.

Ceh, tau pulak kau malu ye..

Kerja yang ditugaskan sudah diselesaikan,

Belum selesai sepenuhnya..

Kerja yang ditugaskan masih berbaki.
Aku tidak patut siapkan terlalu awal,
dan akibatnya aku mati kutu dibuatnya.
Sambil mencari kutu di kepala, mana tahu kalau ada.

Terbayang-bayang tilam dan bantal di rumah,
seperti memanggil-manggil aku kesana.
Maksud aku ke rumah..
Terbayang-bayang brownies lapis cheese yang bakal dibuat.
Resepi sudah lama disalin dan ditampal pada fridge.

Terbayang pula mesyuarat yang bakal di lalui pada minggu hadapan.
Hilang terus selera aku..
Persembahan belum lagi dibuat di Power Point.
Tiada masa untuk menyiapkannya.
Sebenarnya aku tiada idea..Sigh..-_-"

Letih pula aku menaip di papan kekunci ini.
Hanya menunggu waktu untuk pulang sahaja.
Oh tidak dilupakan juga kesesakan jalan raya di waktu petang.
Aku pasti akan merinduinya..
ptuihh..jangan harap..stressed!

Patut berhenti di sini.
Harus!

Babai

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)