Aku tak faham,
setiap kali aku jumpa orang baru,
mereka akan kata aku bukan seperti yang disangka kan..
Ape maksud kamu semua " bukan seperti yang disangka kan"?
Aku tak faham dan tolong jelaskan.
Boleh?
Bagi pendapat aku, aku adalah aku dan aku memang begini.
Sentiasa mempunyai mood yang berubah-ubah ataupun dikatakan "mood swing".
Betulkah ayat "mood swing" itu?
Aku akan diam pada mereka yang aku tidak kenal.
Tak bermakna aku 'sombong' kan?
Kamu pernah bercakap dengan orang yang kamu baru jumpa 5 minit yang lepas?
Kalau pernah, kamu sangat peramah.
Mungkin aku yang tidak peramah.
Bila mereka kenal aku,
Mereka kata aku gila-gila.
Ataupun mereka sebenarnya mahu kata aku gila?
Tidak aku tidak gila.
Kakak aku kata aku psycho. Betul atau tidak, aku tidak pasti.
Psycho dari sudut apa ya? Ada sudut kah psycho ini?
Entah la, aku tidak pasti. Aku harus google di internet sebentar lagi.
Semalam aku tanya diri aku, bolehkah aku hidup tanpa ada orang yang aku sayang?
Lepas tu aku terus tengok televisyen sebab aku cepat distract dengan benda lain.
Pagi ni aku datang kerja awal macam biasa. Lepas tu aku makan breakfast.
Jarang aku makan waktu pagi. Tapi hari ni aku makan nasi goreng yang semalam mak masak.
Oh ya, berbalik kepada monolog dalaman aku semalam,
Aku rasa semua orang dalam dunia perlukan orang yang mereka sayang.
Aku juga begitu. Aku pasti.
Pernah ke kamu semua hidup sendirian tanpa sebarang perasaan?
Maksud aku tanpa rasa SUNYI?
Kalau pernah, kamu sangat hebat.
Mungkin kamu tak mahu hidup dengan makhluk yang sespesis dengan kamu.
Mungkin kamu sudah biasa dalam kesunyian.
I wonder how..
Aku selalu terfikir apa akan jadi pada hidup aku esok.
Adakah hari semalam akan sama dengan hari ini dan hari ini akan sama dengan hari esok?
Pernahkah anda fikir?
Semalam aku menjalani rutin hidup yang sama dengan sebelum ini.
Mungkin yang berbeza adalah perkara yang aku lakukan semalam dengan hari ini tidak sama.
Aku masih lagi mencari apa yang akan aku lakukan pada hari ini.
Mungkinkah aku akan membuat satu kesilapan yang sangat besar, ataupun sangat kecil dalam hidup aku?
Pernah tak anda terasa menyesal dengan perbuatan anda pada hari semalam?
Sehingga anda merasakan dan terfikir yang "kalaulah dapat diputarkan waktu kembali.."
Ya, aku pernah merasa begitu. Tapi lepas tu aku terus terlupa dan kemudian aku ulang balik.
Naif nya diri aku, ceteknya pemikiran aku.
Aku tak sepandai kawan-kawan aku waktu sekolah dulu.
Aku tak secantik mereka yang popular.
Aku adalah aku, aku hanya gembira menjadi diri aku.
Tapi kenapa kadangkala terlintas dalam fikiran aku :
Kalaulah aku cantik seperti dia, kalaulah aku kaya macam mereka.
Kalaulah, kalaulah..
Semua itu bukan yang aku pinta, sebab tuhan dah tetapkan sejak azali lagi.
Tapi aku boleh berusaha ke arah kebaikan bukan?
Aku baru lepas dipaksa untuk makan sekeping biskut marie oleh teman sepejabat.
Aku terpaksa makan. Kawan sebelah meja aku buat muka bila kena paksa makan.
Kesian dia, sebab dia baru lepas makan.
Aku cepat distracted bukan?
Aku cepat menggelabah tak tentu pasal.
Aku cepat marah bila aku rasa offended.
Walhal kadangkala benda itu boleh menyedarkan aku.
Kalau aku tanya Encek Wawan pasal benda ni,
dia mesti akan setuju sebab dia kenal dekat dengan aku.
Dia kawan lelaki satu-satunya yang rapat sangat dengan aku sejak 5 tahun 4 bulan 3 minggu.
Bila aku cepat distracted, aku akan mula menyimpang jauh dari tujuan asal.
Aku tak faham apa tujuan asal aku buat blog ni.
Kalau aku rasa aku takut apa yang aku tulis orang akan baca,
kenapa aku publish kan blog aku untuk public.
Kalau aku rasa aku nak tulis ikut suka hati macam dalam diari,
kenapa aku tak private kan saja blog aku?
Tiap-tiap hari aku tertanya-tanya,
kenapa lah aku tak pandai berkata-kata dan menulis dengan indah..
Kenapa mesti ada perkataan "kenapa" itu?
Tapi sekarang baru aku faham,
Bahasa Melayu aku memang tidak bagus dan aku tidak kreatif.
Baik, aku redha. Tapi aku perlu berusaha untuk perbaiki kelemahan aku ini.
Gambar untuk hari ini :

Makanan aku waktu pagi. Sebekas nasi goreng dan secawan kopi panas.
p/s : Aku tak pasti kenapa aku mesti selalu buat entry "Random"


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)