Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, August 01, 2010

Weekend Random ;)


Weekend yang sangat penat..;)


Berjalan-jalan dengan si kekasih hati wawan..;) Penat dan kesian dengan dia..Kesian sebab kereta dia jadi mangsa langgar bumper masa nak naik and turun dari parking dekat OU. Huh, sapa suh skirting kereta lagi berapa sentimeter nak cecah tanah kan? I wonder macam mana kereta tu boleh lepas JPJ sedangkan kalau letak 1 can drinks pun tak lepas. Mesti rasuah nih!

Sebab nak menyenangkan hati beliau yang terpaksa mengikut aku berjalan-jalan, kami pergi movie..SALT..okey sangat best cerita tu. Sure ada part 2 punya lah. Lepas habis movie, pergi cari barang. Barang ape? Barang rahsia perempuan. Hahaha. =) Si dia hanya duduk dekat tepi dengan alasan penat berjalan padahal aku tau dia malu kalau nak teman aku beli barang-barang yang macam tu. So aku datang tempat tu, tak sampai 15 minit aku keluar bawak plastic. DONE.


So terus berjalan dan berjalan sampai kedai Renoma, then aku saja masuk tengok shirt dalam tu. Ada sale wooo..aku suggest si dia beli satu baju kaler brown dan ok aku berjaya buat dia beli. =) Lepas tu jalan tak hengat dunia sampai la aku pun memang terasa kalau jalan lagi berapa step mau kejang kaki aku. Dasyat. Paling kelaka masa nak cari ATM nak keluarkan duit. Susah betul nak jumpa ATM dekat situ. Sebabnya kami ni bukan selalu hangout sana, so memang tak expert la jalan-jalan dalam tu. Pusing punya pusing siap tengok dekat directory lagi. Last-last dah give up and patah balik, tapi on the way patah balik, kami jumpa ATM..;) Serbuuuu..


Ouh ye, kereta mak aku dah OK. Maksudnya, aku dah berjaya melenyapkan bunyi bising yang selalu occur every morning masa aku start kereta. Masalahnya dekat crankshaft pulley. So si dia bawak kereta comot tu pergi bengkel instant dekat S8, PJ. Bengkel instant sebab dia bukak tempat service kereta belakang lorong jalan kedai-kedai dekat situ and betul-betul belakang kedai spare parts. So senang lah nak beli parts yang mana nak kena ganti. Amazingly harga dia bagi aku sangat murah, bayangkan lah kalau aku tukar pulley tu dekat Proton Service harga barang je dah nak mencecah RM500 tak termasuk labour charge lagi tu, tapi dekat bengkel instant ni..harga pulley just RM65 dan labour charge hanya 30 hengget. Dia kata kawan-kawan. Kalau tak dia mintak 40 hengget. So dah save dalam RM400. Lega aku dan pagi tadi, no more bunyi mengilai dari kereta comot tu..=)

Ni lah lebih kurang rupa pulley tu, tapi yang si comot tu punya lain sikit rupa parasnya. Aku lupa nak capture gambar, so aku google je yang mana lebih kurang.


So lepas ni, misi aku nak tukar tayar kereta and ketuk si comot bagi kurang comot. Tapi tunggulah aku kaya sikit ye. =) Hah..lagi satu aku baru dapat email dari Fida semalam. Email yang contain lagu yang ada vocal dia. Wah, dapat juga dengar suara Fida Aishah yang dikatakan sangat pendiam ni. Menghitung hari nyanyian solo tanpa gitar and For All of My Life dengan iringan gitar. Terbaik. Suara dia boleh tahan mengancam juga. Inilah yang dikatakan "Diam-diam ubi berisi" diam-diam dia bukan bisu oke! Minah mat saleh mixed malaysia ni memang talented dan amazed aku. Walaupun dia Australian but deep inside her heart and soul there's Malaysian. Salute sama dia. So bagi sesapa yang nak dengar, jom pergi blog dia kat sini. Lagu tu ada dalam mixpod dia dan kalau nak save dalam phone boleh lah mintak dia email kan dekat korang semua ye..

Daaaaaaaa...;)



No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)