Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, September 17, 2010

Mee Udang dan Kawan-kawan

Mee Udang

Kawan-kawan sekolah

Brownies Cheese

Kuih Raya

Penat juga walaupun tak buat open house, cuma makan-makan biasa bersama teman.

Asalnya tidak mahu membuat sebarang makan-makan pada Aidilfitri tahun ini. Akibat telah berjaya membuat brownies cheese dan tagged kawan-kawan pada gambar, maka ada lah request. Oleh sebab tidak mahu menghampakan permintaan kawan-kawan, aku buat. Tengok, aku sayang korang tau tak.

Hari Malaysia, Malaysia Day. Hari yang aku pilih untuk membuat makan-makan untuk rakan terdekat. Mahu ajak dalam sepuluh orang sahaja sebenarnya. Almaklumlah, saya tak banyak duit. Haha. Tapi boleh buat sampai dua biji brownies. Mee udang menjadi pilihan kerana tiba-tiba terasa seperti rajin hendak makan udang. Oleh sebab sibuk membeli bahan-bahan dan sibuk membuat brownies pada hari sebelumnya, aku lupa kemas rumah. Maaf. Memang tak meriah langsung rumah saya. Lantai pun tak mop. Akibatnya terasalah melekit-lekit kerana bekas-bekas minyak di dapur di'transfer'kan ke ruang tamu. Cushion kerusi tidak di tukar sarungnya..alamak ai..maaf lagi..memang tak sopan..


Seronok sebenarnya tengok kawan-kawan datang. Tapi tidak dapat mengikuti mereka berjalan beraya ke rumah yang seterusnya. Tidak dapatlah nak tengok aksi tonggeng seperti yang diwar-war kan oleh Adila a.k.a Stokin Basah. Dielaa..kenapa lah mesti stokin basah yeee?
Setelah mereka pulang, kawan-kawan dari UTM pula datang. Janji pada mereka mahu buat mee goreng sahaja, tapi alang-alang suruh sahaja mereka makan mee udang. Kami ada discussion tentang design project. Tengah berdiskusi, encek kajicuaca sampai bersama adiknya yang bongsu. Setelah melayan dia makan, kami sambung berdiskusi.

Penat gila, sanggup mandi malam pada jam 11.30 malam. Tak pernah dibuat sebenarnya. Cakap pasal mandi, saya belum mandi lagi. Hehe. Mandi dulu. Babai

Diela, Paie, Fieza, Atoy, Erna, Saya, Nad, Nowa
** Credit to Erna for the picture

Amboi, seronok nampak yee..


Design Project Kami.


No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)