Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, September 22, 2010

..to go or not to go..




Semalam, dapat panggilan dari Steelcase.

Mereka masih lagi mahu menemuramah aku.

Gaji yang dijanjikan lebih dua puluh lima peratus dari gaji sekarang.

Tapi belum tentu lagi dapat.

Aku tidak pasti lagi mahu kesana atau tidak.

Kalau kerja berdasarkan kontrak, aku akan kata tidak mahu.

Boleh ke macam tu?

Aku nekad yang aku tidak akan ambil kerja di Shah Alam itu.

Muktamad.

Tumpukan perhatian aku pada kerja sekarang.

Kontrak aku akan tamat dalam masa lapan bulan lagi.

Masih terlalu lama, mungkin tidak selama mana.

Pasti akan ada rezeki di tempat lain.

Dengan tawaran yang lebih bagus.

Ah aku bukan lah bagus sangat di dalam kerja, tapi mahu gaji yang bagus. Haish..

Aku terima dengan rezeki yang Allah berikan.

Syukur Alhamdulillah buat masa sekarang.

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)