Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, October 05, 2010

Cerita kucing itu.

Kucing itu, lemah lembik longlai. Dia lembik tak bermaya.

Aku kuis-kuis kucing tu dengan kaki aku.

" Hoi hoi..kau buat ape dekat sini?"

Dia senyap, kaku dan statik.

Aku kuis-kuis lagi dia dengan kaki aku, kali ni lagi kuat. Bergegar-gegar kepala otak dia.

Mata dia terbuka sedikit.

" Kurang ajar punya manusia.." dalam hati dia berkata.

Aku tengok kucing tu. Kaki aku naik atas perut dia dengan perlahan. Geletek dia.

Dia masih kaku dan statik. Hanya matanya sahaja yang terbuka sedikit.

Aku tak puas hati, " Hoi kau ni reti bangun ke tak? Aku nak sembahyang laa.."

Dia buka mata besar sedikit dari tadi. Mulut dia ternganga luas. Menguap. Sambil membersihkan bulu di tangan. Menggeliat ala-ala ahli gimnas dengan gaya kuak lentang. Dia bangun. Dia duduk atas dua kaki. Dia pandang aku. Muka tak puas hati sebab kacau mimpi indah beliau.

Aku tenung dia dengan muka ala-ala shrek marah. Kaki aku libas ke arah dia tapi tak kena. Saja nak halau dia.

Mula lah dia buat gaya terkejut tahap gaban gaya heroin dalam cerita tamil. Macam cilake je kucing ni.

Dia bergerak ke dapur beberapa minit kemudian.

Lantas aku bentangkan sejadah.

Hebat kau berpura-pura ya!

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)