Hye semua.
Empat belas hari lagi. Empat belas hari bersamaan dengan dua minggu. Dua minggu bersamaan dengan setengah bulan. Setengah bulan bersamaan dengan ... dengan empat belas hari lah kan?
Apesal kau semacam je ni?
Dalam masa empat belas hari ni, aku dengan ini berjanji dan bersetia, bahawasanya aku akan menjaga perlakuan serta pemakanan aku dan perbelanjaan aku. Aku juga berjanji, yang aku tidak akan boros seperti bulan ini dan akhirnya benda ini memakan diri. Yelah duit da sengkek nak makan apa lagi, makan diri, makan hati saja lah. Tapi siapa kata kalau tengah kekurangan duit kita tidak boleh makan angin? Angin adalah sesuatu yang percuma. Buka sahaja mulut luas-luas kemudian kunyah seperti kamu tengah makan. Itu namanya makan angin. Siapa tak setuju dengan aku boleh gerakkan cursor ke tanda ' X ' di tetingkap.
Okay aku admit yang aku agak keterlaluan berbelanja bulan ini. Ini lah masalahnya kalau aku ke mall bersama-sama ibu atau kakak kesayangan. Pasti aku akan over generous kepada mereka. Untung adik aku tak datang bulan ini, kasihan dia kerana tidak dapat menuntut Carl's Jr dari aku lagi. Maafkan daku. -_____-". Tapi aku tahu kau suka blueberry cheesecake buatan aku kan? Maka pada bulan hadapan aku ku buat untuk kamu adikku yang tersayang. Haha. Lain macam je baik ni?
Nasib baik aku ni bukan yang kuat melantak seperti jin tanah. Aku suka makan, tapi kuantiti yang sedikit. Maka aku akan ke kedai yang menyajikan makanan yang mahal dengan kadar kuantiti yang sedikit. Lame betol. Takde lah aku tipu. Aku akan makan kalau aku rasa mahu makan. Craving for something yang aku dah lama tak makan. Contohnya hari tu bila aku tiba-tiba rasa nak makan takoyaki. Lepas tu aku terasa nak makan spaghetti. Kemudian aku terasa nak makan panna cotta, end up jadi chocolate milk pudding tapi boleh tahan lah sebab aku buat sendiri. Last sekali aku teringin makan krokke ataupun croquette. Sampai mencari resepi dan mahu buat. Atas sebab faktor kewangan yang menghadkan aku membuat krokke tersebut, maka aku postpone bulan depan tapi bulan depan banyak item yang aku mahu beli ; pair of jeans, sedikit barang hantaran dan juga treats for myself. Eh bukan ke pair of jeans tu dah dikira treats? Cerita ni habis sampai sini.
Masuk topic kerja. Semalam dapat panggilan temuduga dari Perbadanan Bukit Bendera. Mak Teh aku yang suruh apply dan aku buat. Berikut adalah perbualan kami :
PDC : Selamat pagi. Boleh bercakap dengan Cik Asmiza?
Aku : Ye saya.
PDC : Saya *&^$%& dari Perbadanan Bukit Bendera. Cik Asmiza di minta untuk hadir ke temuduga untuk jawatan Penolong Jurutera di aras dua, bla bla bla..Bayan Baru.
Aku : Ow, okay.
PDC : Pihak kami telah menghantar surat dan dokumen berkaitan di alamat email cik.
Aku : Ow, okay.
PDC : Temuduga akn diadakan esok di pejabat perbadanan.
Aku : Ow, okay.
PDC : Okay, terima kasih cik.
Aku : Okay.
Lepas letak telefon. Aku baru dapat memproses data yang diberi. ESOK? [ maknanya hari ini ]. Lantas aku text Makcik aku di Penang.
Kesimpulannya, aku tak pergi. Kalau aku pergi ape kejadah aku hari ni ada dekat office buat entry dekat blog? Goblok sungguh.
** Dari tadi mahu upload image. Tak lepas lepas. Haishhh..


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)