Mula dengan hari Jumaat lepas balik kerja,
Malam tu aku dengan mak aku serta Tok Din pergi Semenyih rumah mangkuk tu nak ambil project sebenarnya. Dahlah rumah jauh beribu batu, lama gila nak sampai plus sesat lagi. Rumah dekat ceruk tok kun. Sampai pun dah dekat pukul 10 malam dari pukul 8 aku keluar. Memang panas hati. Tambah panas hati bila sampai dan tengok project yang besar gedabak tu lagi lah aku PANAS. Besar weh! macam almari 3 pintu dekat tau tak? Aku time tu dah tak peduli, aku nak dia bukak balik dan bawak pergi rumah aku. Tapi dia mati-mati taknak buka di tambah dengan kehadiran bapak dia yang buat aku rasa nak terajang banyak kali. Sorry pakcik, saya terpaksa kurang ajar sebab pakcik dengan anak pakcik sama je, KURANG AJAR.
Kawan aku lagi dua orang tu tak datang sebab sorang tu macam-macam hal. Aku ni takde hal ke? Masing-masing nak pentingkan diri sendiri macam mana nak siap. Sakit hati je aku dekat sana. Memang aku betul-betul sakit hati. Aku tak tipu atau tambah-tambah cerita. Pandai pulak kau letak bapak kau dekat situ sebab kau takut kan? Memang nak kena maki betul. Balik malam tu dekat pukul 12 dan sampai pukul 12 lebih macam tu. Cepat pulak kan sampai? Nak pergi kemain lama lagi.
Sabtu
Aku gerak pergi UTM pukul 10 lebih. Budget nak study tapi sampai pukul dua baru sorang je yang datang. Tutor nye tak datang-datang sampai aku gerak pergi Semenyih dengan member-member yang lain. Aku dapat kertas soalan je. Sampai Semenyih dekat sejam lebih. Penat tau tak? Dah tu sampai je benda macam takde ape sangat yang dia buat padahal pagi-pagi tu aku dah text kata suh buat apa yang patut. Kalau semalam 20-30% yang siap, hari sabtu baru 30-40% yang siap. Memang SAKIT HATI kot?
Buat sampai pukul 12 dan ambil video dekat kol 12 lebih. Itupun tak siap 100% dan tak jalan pun timing device dia. Mak aiiii membara gila. Memang macam jahanam lah kau. Aku dan lain-lain tak peduli dah time tu, amek je video dan blah. Memang tak kan dapat A pun.
Oh ye, pasal prototype yang bukan macam prototype tu, frame dia pakai racking, dan dia boleh cakap yang rumah dia nak buat racking tu yang dia tukar design dan guna benda tu. Pandai ye kau pakai duit kitorang buat benda tu. Memang macam jahanam.
Ahad
Hari ni best sikit, sebab jumpa encik kajicuaca. (=
Planning nak ke jalan TAR nak beli barang sikit and then balik, tapi on the way nak hantar Dya pergi Mid Valley tiba-tiba nampak parking spaces still banyak lagi. Ape lagi masuk lah dalam sebab dah lama gila kitorang tak pergi sana. Kat Mid beli barang yang lagi satu. So bulan ni punya to-do list da complete. Yeay..walaupun terlebih budget sikit. But anyway puas hati walaupun duit terbang melayang. LOL.
That's wraps up my weekend update.
Babai dan Assalamualaikum.
**Thanks to Tok Din and Dya sebab tolong siapkan dan tolong menyibuk time buat


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)