Pagi ni nak cerita pasal ruang. Ruang angkasa boleh, ruang tamu, ruang makan ruang tidur dan lain-lain. Tapi ruang paling best, ruang belajar. Haha. Memang buang tebiat lah kalau aku suka ruang belajar. Tapi dulu memang aku suka kalau ada subject yang aku terel atau minat.
Ruang dalam bahasa inggerisnya Space.
Space dalam bahasa UTM nye School of Professional and Continuing Education.
Mukadimah entry panjang berjela macam tapi takde point. (:
So semester ni dah masuk 3 semester aku dekat SPACE. I'm lost in SPACE. Betol-betol lost, hilang, sesat dah tak jumpa jalan. Habis je semester ni, aku ada lagi 3 tahun setengah (paling cepat) atau 7 tahun (paling lambat) untuk habis. Mak aih, sampai tujuh tahun kau senah nak habes! Tu lah kelebihan dan kekurangan kalau study separuh masa ni.
Nak ikutkan, bukan senang tau nak belajar macam ni. Kerja lagi nak study lagi. Kalau kerja macam sekarang ni memang rileks habis lah, boleh lah study jugak (tapi kadang-kadang je study). Sementara status aku tengah single but not available ni, baik aku jalan dulu. Kang kalau dah status bertukar "married" susah tau. Memang ada yang baru start lepas kahwin, tapi aku respect lah sama derang sebab boleh buat multi-tasking, kerja - belajar - rumahtangga. Memang kena tanam niat betul-betul nak dapatkan degree ni. Insyaallah tahun depan bila aku dah kahwin, aku nak ajak si dia sambung study sesama. Hehe. Boleh tak?
Hujung minggu ni ada yang kata ada test, ada yang kata takde test. Haish, aku dah pening. Apa-apa pun better get prepared je lah. Mana tau kot-kot memang betul ada, takde lah aku kelam kabut nak study last minute. Lagi sebulan lebih, to be exact 5 weeks lagi aku nak exam. Design punya project tak siap lagi. Construct pun belum sebab design tak finalise lagi. Aku ingat last 2 weeks dah settle sume tinggal nak jalan je. Macam-macam hal. Memang masak lah group aku kalau tak siap dalam masa 2 minggu lagi. Mau upside down semuanya.
Dah, dah, aku tak mau cerita pasal tu. Cuak aku jadinya. Serious memang cuak. -___-"
Doakan semuanya berjalan dengan lancar dan aku pass exam this semester with flying colours. (:
![]() |
| sumber : Go-o-gle. |



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)