Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, November 19, 2010

Animal Control

Hui,

Pernah tak rasa di control sampai buatkan kita nak memberontak?

Pernah fikir apa yang orang tu rasa kalau kita asyik nak control je semua benda yang dia nak buat?

Pernah terasa nak buat "animal control" dekat seseorang? Fine, kalau nak buat fikir sejuta seribu seratus sepuluh kali dulu.

Mak bapak kalau control anak pun bahaya juga, i mean kalau over sangat. Kesian betul budak tu. Nak jugak hidup macam kawan-kawan dia yang lain. Rasanya diorang ni tak tahu, lagi di control anak mereka, lagi lah lain macam perangai anak diorang tu. Once terlepas dari "cage", parah oi..parah. Boleh jadi "shocked" gila babeng kot. Kalau tak jadi sakai macam tu, mula lah buat masalah dekat luar. Yelah, semua benda budak tu nak try buat. Sakai lah katakan. Ish..ish..ish. Control boleh, tapi jangan keterlaluan.

Selain dari parents, lagi satu kalau yang dah cintan cintun makan mee cintan tu pun sama. Seboleh-bolehnya jangan lah nak jadi macam mak bapak budak tu. Belum jadi suami/isteri lagi dah nak control bagai. Apehal kau? Sama je macam case dengan parents diorang, budak tu pun lagi akan memberontak. Dia fikir bila segala ke'control'an parents dia dah mula kurang, boleh la dia hidup aman damai harmoni. Malang bagi dia bila partner dia pun macam tu. "Eh kau belum kahwin lagi dah nak control semua benda..". Mana tak partner dia lagi memberontak. Dia pun ada kawan, ada aktiviti dengan kawan nak dibuat. Dah lah dulu tak dapat nak join kawan-kawan bergumbira, ni sekarang pun sama. Ish..ish..ish..control boleh, tapi jangan keterlaluan.

Lagi satu masalah, kalau ada partner atau kawan yang perasan dirinya BAIK sangat padahal sama je setan macam budak tu. Kalau nak betulkan orang lain, sila betulkan diri sendiri dulu. Jangan jadi 'ketam ajar anaknya berjalan'. Huduh beno weh macam tu. Kesian, kalau lah budak tu boleh memberontak macam dekat afghanistan tu, baru korang sume tau. Nak TEGUR boleh, takde masalah tapi..self-reflect diri sendiri dulu tau. Jangan main terjah je. Ingat, bagi yang dah berpartner tu..agak-agak lah sikit. Macam aku cakap, CONTROL boleh tapi jangan keterlaluan.


Ish..ish ish..kesian budak ni..

Just a random thoughts on Friday morning. It's a WHPH day mehh..! Yeeeaaahaa..

Babai and Assalamualaikum.

1 comment:

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)