Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, November 27, 2010

Cerita Seram..

Apehal tengah tengah pagi buta kau tak tido lagi haaa?

Tak penah dibuat aih..

Time-time macam ni kalau kau tak boleh tidur, segala makanan leftover yang ada dekat rumah kau perabiskan. Lepas makan kau mula rasa mengantuk dan terus terbongkang tido. Esok kau bangun kau rasa diri kau sangat gemuk, padahal kau baru perut kau buncit lebih dari biasa kau da rasa kau dah obese.

Leftovers in fridge
Leftover food - GoOgLe


Lepas fikir-fikir pasal kemungkinan tu, kau rasa macam kau taknak tido dan teruskan membeliakkan biji mata sampai kau rasa perut kau dah hadam semua makanan atau minuman yang kau minum tengah pagi buta tu.

Tapi beberapa minit lepas kau beliakkan biji mata, kau rasa bosan dan terus menaip entry dekat belog. Sekor kucing dalam rumah kau pulak tengah memekak sebab tengah musim dia nak mengawan dan kau rasa macam, "eeee..teruklah lah kau ni kucing. Geli akuuu." rasa macam kucing tu sangat keji sebab nak mengawan padahal tu lumrah alam.

Badan kau pulak tengah lenguh dan belakang kau sakit sebab dok tunduk siapkan cupcakes untuk hantaran yang nak kena bawak pergi johor esok pagi. deym. Kalau cerita pasal hantaran dan sewaktu dengannya memang kau akan rasa marah yang amat. Baik kau diam je.

Kepala otak kau tengah pening fikirkan pasal planning kau dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Kau rasa kau boleh completekan semua to-do list dalam masa yang ditentukan, tapi kau tak tau masalah yang akan datang kemudian hari nanti. Haish..tu fikir lah kemudian.

Patrick Star's to-do list
credit : GoOgLe


Okeylah..dah tengah malam ni dan kau pun macam taknak tulis panjang-panjang.

Till then,

babai dan assalamualaikum.


** Bodoh je entry tulis cerita seram. Tah ape yang kau seramkan tu pun tak tau padahal kau takde idea nak tulis tajuk entry apa.

1 comment:

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)