Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, November 29, 2010

Day 26 – Your week, in great detail.

Malas, malas, malas.

Lagi nak habis lagi malas nak buat.

Ni hari ke dua puluh enam ni, awat nak tau sangat pa yang aku dok wat haaa?

Cakapa banyak tak guna, cepat start sekarang.

Week 47 ( 22nd - 28th November 2010)

Monday : Aaa..isnin. Macam biasa lah mood dia kalau baru nak start minggu baru. Lemau je masing-masing. Dalam dah dekat tengah hari aku dah cergas dah, study balik semua topic yang aku nak jawab rabu nanti dlam exam. Study sampai tak makan tengah hari kot. Kaw-kaw betul punya study. Buat soalan past year banyak-banyak. Tapi tahla, rasa macam tak berapa selesa lak buat dekat office. -______-"

Tuesday : Hari ni pun lebih kurang sama macam semalam, cuma hari ni tak ramai pulak dekat office sebab ada Process Safety Day, dan aku memang sangat malas takmau join. Hahaha. Duduk konon-konon nak study kasi habis lah, alih-alih member office aku panggil pergi tempat dia, aku dok borak sampai tengah hari orang balik dari PSD tu. Duduk balik tempat dok study sikit-sikit then balik rumah pun study jugak. Study sampai tertido tengah malam tu. Syok tido lambat sekali sekala pasal bukan dapat peluang macam tu selalu. Teheeee..

Wednesday : Dup dap dup dap, hari ni ada exam. Subject solid mechanics. Pagi dalam pukul 11 da datang UTM nak study last kopek dekat PSZ, tapi malangnya aku ni kalau dah dekat sana takde la buat sangat pape melainkan cari jawapan benda yang aku tak tau sampai dapat. Tu pun takde sorang yang tau macam mana. Maksud aku orang sekeliling aku je. Yang pro sume dah tak study da. Balik tu singgah putrajaya suh akak aku hantar balik, dan terus pergi IOI mall, survey barang before gaji masuk. Dah tengok apa yang nak. Beli sushi yang harga ada discount 30% lepas tu balik.

Thursday : Hari ni pagi-pagi lagi dah semangat nak pergi keluarkan duit ASB dekat RHB bank. Tapi sebab macam syok sangat exam dah habis, aku leka sangat and sampai tengahari member aku ajak pergi wisma sentral ambil PPE naik bas. Hebat, hebat. Balik dari tu baru pergi withdraw duit dekat ASB. Balik kerja tak sempat sempat aku terus pergi IOI mall beli barang yang aku survey semalam. Satu dah lepas tinggal satu lagi belum sebab tak sure size cushion tu berapa.

Friday : Hari ni ada TGiF dekat office, ada makan-makan sikit pagi tu. Yang lain semua macam biasa, typically friday. Balik tu aku siapkan cupcakes untuk hantaran abang aku yang nak bertunang esoknya. Baguslah, dia nak tunang tapi dia tak ambil kisah dan tak pergi langsung. Memang lah laki tak sepatutnya pergi tapi yang paling sakit hati dia buat tak kisah macam bagus sangat.

Saturday : Pagi-pagi gerak pergi kluang. Rombongan meminang konon lah. Gerak pukul 8 macam tu sampai dalam pukul 12 lebih sebab dua kali berhenti. Makan pagi dengan berhenti nak terkucil. Haha. Sampai sana, bla bla bla. Habis makan terus gerak balik. Tapi sebelum keluar tol tu masuk Ayer Hitam dulu. Survey apa yang aku nak and then compare harga dengan Nilai 3 punya barang. So far situ banyak murah lah. Next trip ke sana aku nak beli semua barang yang aku planned. Lepas tu gerak balik dalam pukul 9 baru sampai rumah.

Sunday : Penghujung minggu yang paling worst dalam hidup aku rasanya. Pegi ke MAHA punya ekspo tu, peh wa cakap sama lu dia punya sesak nak masuk ke dalam MARDI je pun dah sejam. Lepas tu masuk punya la panas, jauh dari parking ke tapak-tapak yang lain. Tapi aku duduk dalam kereta je kot. Tengah panas hati, dan duk dalam kete tengah panas dengan aircond tak pasang dan air tak bawak. Memang gila ar pastu sakit kepala. Lepas tu pergi Jusco Equine, jalan-jalan survey barang dan blah balik.

THE END.

Harap cukup details la ye. Penat la nak tulis laju-laju and panjang-panjang. Habis satu office dengar aku type dekat keyboard. LOL.

3 comments:

  1. Salam.nk tny, canne nk g menara AA, jalan tun razak y depan rhb tu dari kl central eh?

    ReplyDelete
  2. hi anonymous, kalau nk ke Menara AA, dr kl sntral naik train ke KLCC. Dr KLCC ambil bas B104, yang menghala ke MALURI jangan ambil yg ke TITIWANGSA. Bayar RM1 dan turun depan RHB bank. Lepas tu naik jejantas and cross pergi menara AA. teheee.. Seeloknya naik bas B104 tu tnya driver " Lalu RHB x?" sebab kadang-kadang driver lupa tuka signboard bas.

    ReplyDelete
  3. *Correction* Bas no B114. bukan B104..haha..

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)