Hari ni tetiba rasa nak buat entry pasal makcik dekat office ni.
Sorry makcik, saya tak tau nama makcik. Tiap-tiap hari kalau nampak makcik saya akan jerit " Aciiikkk..!" sambil saya melompat depan makcik dengan tujuan nak mengejutkan makcik yang kadang-kadang melatah.
Saya harap makcik dapat maafkan saya kalau makcik rasa marah. Haha. Okay saya siriyes ni.
Makcik ni mula-mula aku kenal masa aku kena pindah office a.k.a turun takhta dari office KLCC ke office dekat Menara AA yang macam susah nak cari kemudahan seperti pejabat pos, bank-bank dan tempat makan. Berhadapan dengan Jalan Tun Razak yang sangat sesak, memang sakit jiwa kalau tengok jalan sesak pagi dan petang tiap-tiap hari. Eh aku tengah cerita pasal makcik bukan pasal office.
Makcik ni nak kata rajin, emmm so-so la tapi at least dia buat kerja walaupun ada pihak yang mengatakan dia suka tidur dalam pantry tapi so far kebenarannya aku tak berapa nak nampak sangat lah. Makcik ni dah umur dalam 60an kot, mesti la kudrat dia nak buat semua kerja macam kureng sikit, ye tak?
Makcik suka komplen banyak-banyak kalau ada orang office yang tegur dia. Betul, kalau kau ada dekat office ni kau tau la nanti berapa lama kau nak amek masa nak buat coffee dari coffee maker yang sememangnya dah tersedia coffee dalam tu. Buat coffee dalam 2-3 minit je tapi nak dengar keluhan makcik tentang tanggapan orang terhadap beliau memang lama. LAMA tau tak. Ok aku tipu, ada la dalam 10 minit. Hello makcik saya penat nak berdiri ni, kalau nak sembang meh la ke tempat saya nanti. Haha.
Makcik ni baik jugak la. Baru pagi tadi dia bagi aku satu bekas penuh isi dengan surat cinta cokelat yang sedap. Maksud aku "love letter" a.k.a Wafer Roll yang aku dok gila-gilakan dekat office tuu. Kalau tak faham jugak sila google.
Makcik ni gempak gila kau tau tak. Sempoi habis dan otak dia boleh katakan gila-gila remaja macam kitorang dekat office ni jugak. Ade ke patut satu hari tu dia kata nak sumbat aku dalam plastik sampah gara-gara gurauan abang office sebelah aku ni. Tak guna betul. Saya tak ambil hati pun makcik, jangan risau. Cara pemikiran makcik ni memang kelakar habis. Sumpah kelakar.
Makcik ni buat kopi yang paling sedap aku rasa. Maksud aku sepanjang dua tahun aku kerja mana ada aku minum kopi, tapi sejak bau aroma kopi yang makcik ni buat, aku terus jatuh chenta sama kopi ini makcik. Aku hanya minum kopi dekat office sahaja. Gara-gara kehebatan kopi makcik. Dua minggu lepas, makcik cuti seminggu, so ada lah orang lain yang gantikan dia buat kerja-kerja tapi kopi yang dia buat tak setanding kopi makcik. PAHIT kot. Seminggu aku buat milo. Mengantuk tak hengat. Time makcik ada, jug coffee maker tu memanjang kosong, ramai sangat yang dok minum tapi bila orang lain ganti, kadang-kadang satu hari sampai suku pun tak pernah. Memang kopi makcik the best lah.
Oh pagi tadi bila aku terasa nak buat entry pasal makcik, aku pergi terjah dia dekat tempat pengumpulan tin biskut se-opis. Dia tengah punggah tin-tin biskut nak masukkan dalam balang-balang. Aku jerit, "Acikkkk..!" terus aku snap gambar dia pakai handset. "Bertuah punya budak..!" Aku lari sambil gelak.
![]() |
| Tadaaa..Makcik |
till then,
babai dan assalamualaikum.



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)