Masih dirumah, takde plan nak celebrate-celebrate ni. Bosan. Dah sejam aku tunggu McDelivery ni. Lembab betol. Bukan jauh mana pun. Eh bising-bising pulak, kalau tak jauh kenapa tak pergi je beli dekat sana, kenapa nak call suh anta delivery pulak? Yelah, aku mengaku aku malas nak kesana. Sapa lah nak pergi sorang-sorang lone ranger takde kawan nak join. Join pun tapi kalau nak order sila bayar sendiri. Haha.
 |
| owh..aku sangat lapaaaa.... |
Ape resolution aku untuk tahun baru ni? Rasanye macam takde. Sedangkan Maal Hijrah pun macam takde, ni kan pulak tahun baru. Seriously, aku bukan jenis celebrate bagai benda-benda macam ni. Home-type person. Bukan lah aku ni suka memerap je dalam rumah. Tapi when it comes to celebrating something, i prefer to stay at home. Senang, tak payah nak harung traffic jam. Gile kau, sedangkan jam petang-petang dekat federal highway tu pun aku dah tension apetah lagi jam orang ramai macam orang gile berpusu-pusu nak pergi celebrate benda alah ni.
Next year, banyak benda nak kena harung owh. Banyak benda nak kena fikir jugak. Sangat-sangat banyak. Kerja, study, kahwin, family, new family and new environment. Wah, first time lah kau beraya nanti bukan dengan parents ye. Oh my, banyak benda nak kena adjust ni. Haha.
Tetiba rasa cuak pulak, alamak ai. Risau dibuatnya. Harap aku boleh buat yang terbaik lah untuk semua benda tu. Harap-harap aku akan ada kerja dan berpendapatan. Tu yang paling penting. Bila dah ada duit sendiri senang sikit. Takde lah rasa macam mengemis mintak duit orang bila nak something kan? Apa-apa pun, harung je lah tahun depan dengan penuh kesabaran sebab aku tau, aku akan perlukan benda tu.
Okey, till then, babai dan assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)