Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 23, 2010

Pada yang belum pasti.

Hai,

Aku agak "shocked" (ayat orang indon), bila aku tengok gambar kawan-kawan atau sesapa yang aku terjumpa yang baru bertunang. Gile gempak banyak nye duit korang nak buat majlis macam tu. Korang tau apa yang aku fikir masa mula-mula tengok gambar tanpa melihat tajuk album? "Wah dah kahwin dah budak ni..!"..tapi lepas tu bila tengok album title, laaaa...bertunang rupanya. -_________-"

Siap pelamin bagai dan tunangannye si lelaki pun sibuk nak berpakaian sedondon. Walawehh..setahu aku, lelaki tu tak payah datang, kalau nak datang tunjuk jalan tu bolehlah, tapi tak payah lah nak sedondon. Beriya-iya je bertunang buat meriah-meriah sampai ke pelamin pun dah harga dekat seribu dua, tak ke membazir? Duit tu boleh simpan lepas kahwin ke nak buat preparation kahwin ke. Haish..bukan aku nak mengata tapi itu lah kebenarannya. Duit membazir buat apa, belum tentu lagi dah bertunang akan berkahwin. Mau tak jadi tak ke malu dibuatnye dah buat majlis gempak habes tak hengat.

Ye, ye aku tau. Duit masing-masing kan? Hak masing-masing kan? Saja nak peringat takut hampa lupa. Nanti lepaih kawen hampa takdak duit lantak pi la. Esok lusa dah ada anak hampa nak beli susu,pampers semua hampa nak pakai duit jugak kan? Sat gi mula lah dok bergaduh sana sini, pung prang baling pinggan mangkuk tikam menikam masuk penjara masuk berita. Haha.

Entry ni hanya untuk orang yang biasa-biasa dan sederhana sahaja. Kalau orang kaya anak datuk datin, mintak maap lah, tak seswai hampa baca.

Haha..sekian sahaja entry yang tak seberapa. Bai bai.

p/s : aku maleh nak letak gambaq sebab maleh nak google. Haha

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)