Semangat, semangat, semangat! Biasalah hari isnin kena lah semangat. Kalau salah sikit pape mesti mood kacau je satu hari. So hari isnin adalah hari untuk be cautious and be smart. Haha. Macam tak masuk akal je aku ni.
Last weekend dah start class. Actually aku dah tules entry pasal start class ni semua semalam, tapi punah habes harapan aku setelah aku post and re-post serta re-write entry banyak kali. Bosan kau tau tak bila kena buat benda yang sama banyak kali. Kalau aku ada copy pasal entry tu takpe lah aku copy and paste, ni habuk pun tadaa. Sedih tau tak, sedih.
Masuk class sabtu tu, memasing muka ceria ya amat. Memasing buat azam baru nak study hard setelah majority dari mereka tu kecundang dalam paper solid mechanics 1 semester lepas. Hah..jangan gelak kang kau pun sama kantoi. Bagus lah kalau buat azam macam tu, at least ada jugak semangat nak berusaha dari dok ternganga harapkan orang lain nak tolong je. Harap-harap azam tu berguna lah nanti, jangan sekadar di pinggiran je. LOL.
So kalau nak diikutkan hari ni nak start buat individual assignment yang baru dapat semalam. Haha. Awal-awal dapat task macam semangat gila nak buat tapi bila sampai office, merudun terus semangat sebab tak tau nak start dari mana. Haish. -______-". Nak tak nak kena buat juga pasal individual assignment tu kena buat essay pasal current company ni. Kesian lah pada sesiapa yang tak berkampeni tu. Nak cerita pasal apa ye tak?
![]() |
| Yeahh...semangat! LOL |
Argh, kena semangat nih! Usaha tangga kejayaan kalau tak usaha nak menuju puncak macam mana. This week nak tengok tahap semangat untuk dua subject lain macam mana. Harap-harap boleh bertahan.
Ingat, usaha tangga kejayaan. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Ceewahhh ayat tak boleh belah.
Till then, so long and assalamualaikum.



No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)