Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, January 14, 2011

baked..!

Hellow,

So weekend ni kerja aku adalah baked Muffins and Cheesecake. Actually cheesecake tu bukan bake, tapi chilled je since aku kena beli few baking tools lagi kalau nak buat cheesecake. Nak bake cheesecake pakai style "bain marie" kena ada dua tiga size baking tin. Aku ada spring form loose base empat bekas. Baru beli tadi satu set 3 in 1 dekat Bake with Yen. Murah kot RM24 untuk 3 size spring form tin tu. Seingat aku la, jenis loose ni senang nak buat cake macam cheese cake pasal tak payah nak tunggang terbalik kan tin tu nak keluarkan cake. Buka je dekat tepi and boleh keluarkan cantek punya.

spring form loose base.

Argh, aku da melalut da cerita pasal spring form lak. Balik kepada tujuan asal, muffins tu aku nak buat kecik-kecik sebab aku pernah beli paper cup yang kecik nye dulu, so habeskan je la. Masa dekat bake yen tu aku ingat aku beli yang size standard untuk muffin tapi rupenyee salah. Sadis je, aku dah siap beli muffin tin plak tu. demmit. Tujuan asal nak beli cream cheese, then saja-saja jalan survey harga barang untuk packaging untuk door gifts pastu ternampak barang-barang lain pulak. Habis duit tak semena-mena. 

Back to the muffin story, aku nak buat pasal nak bagi dekat akak aku yang baru pindah pergi kuarters lain. Lagi dekat dengan hospital and lagi senang dia nak pergi kerja. Kalau dah pindah rumah ni kena la ada hero-hero yang tolong angkut barang sume. Akak aku nak buat makan-makan sikit bagi depa makan lepas penat menolong angkut barang and this is why aku nak buat muffin sedekah dekat akak aku. Hohoho. Kejam je ayat sedekah tu. teheee.

Alkisah cheesecake pulak nak buat sebab nak habiskan whipping cream dalam fridge tu. Kalau simpan lama-lama kang basi lak. So tadi aku ambil biskut oreo dekat office sikit ( dapat keizinan okeyh!) untuk buat base cheesecake nanti. Lain-lain barang aku dah ada dekat rumah, so takde lah nak kena beli barang banyak sangat. Dah ambil biskut dekat office, kena la bawak bagi orang office merasa kang kecoh je bising-bising. Haha. Jangan marah, ai ikhlas nak buat pon..pfffttt...=P

Hoh, banyak sangat aku menulis ni. Okeylah gtg. Bye.!

* Aku akan update bila aku siap buat mini muffins and cheesecake nanti okeyh. 

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)