Hellow,
Selamat hari jumaat..weeehooo..seronok..seronok..esok takde class dapat aku terbongkang sampai tengahari. Lepas tu bangun sakit kepala tak hengat. Cuti semalam macam tak terasa je. Paddayyappa sungguh. Semalam pergi tailor hantar baju untuk nikah. Sumpah badan naik sekarang ni, harap-harap by the time nanti dapat lah kurang-kurangkan apa yang patut. hohoho. Hantar baju dekat-dekat rumah je, dan upah dia tak lebey dari 150, korang rasa mahal ke murah? Baju aku takde beads banyak pun just ada labuci sikit je. Entahlah, dah hantar da pun. Harungkan je lah.
Petang ni ada informal meeting or interview tah ape ape jelah. Sebabkan dia dah kata informal, jadi aku pakai jeans dengan shirts je. Lagipun hari ni half day kot, takkan nak pakai baju kurung! Pukul 12 karang balik terus pergi ke Taman Jaya and park dekat sana. Lepas tu jalan kaki ke LRT and terus zasss ke klcc. Meeting pukul 2.30 lepas solat jumaat memandangkan orang yang set up meeting tu islam.
Mood harini tak berapa nak best. Sakit kepala gile. Maybe semalam sebab hidung aku tersumbat pastu asyik terjaga tengah-tengah malam. Mimpi pun tah hape-hape. Pasal meeting/interview petang ni, aku tak rasa pun aku nak accept job tu kalau dapat. Tahla, job scope dia macam lebih kepada admin je. Kena buat weekly report bagai. Ape-ape pun kena tengok petang karang macam mana, dari segi gaji benefits semua.
Nak harapkan kerja sekarang ni, mimpilah kalau nak dapat naik gaji. Kalau dapat sambung pun bukan sampai sepuluh dua puluh tahun pun, just dua tiga tahun. Lepas tu aku nak cari kerja apa pulak? Dah dua job offer permanent aku tolak. Tah apa nak jadi daaa..maybe sebab aku belum ready nak keluar dari comfort zone ni. -______-".
Okeylah. Kepala makin sakit ni, til then, bye.


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)