
Lepas sebulan, ingatkan boleh lega. Tapi malang, memang malang anak dan menantu mahu tinggal serumah untuk tempoh sebulan lagi. Bulan pertama, boleh dikatakan tiap-tiap minggu barang dapur terpaksa dibeli. Beli dalam kuantiti yang banyak, boleh dikatakan tahan sehingga sebulan. Tapi, seminggu je kot tahan. Mak dan ayah, serta adik beradik makan tidak seberapa. Yang lain entah kemana. Pelik.
Bil elektrik mencecah ratusan ringgit pada penghujung bulan. Tidur sendirian di rumah sewa takut. Tidur di rumah mentua pun takut sampai kena buka lampu dari malam ke siang? Kalau macam tu lebih baik tidur di rumah sewa, lagi privacy. Keluar bilik air, lampu tinggal, masuk bilik lampu dan kipas dapur terbuka. Keluar bilik, laptop terpasang sentiasa dan kipas pada level 5.
Apa lah malang nasib si ibu yang terpaksa tanggung semua? Dari keperluan dapur, rumah sehingga bil utiliti semuanya dibayar sendirian. Anak yang bekerja dan menantunya buat apa? Duit sesen tak hulur langsung pada ibunya. Malang, malang., malang. Ditindas dari dulu sampai sekarang. Senang betol orang zaman sekarang. Nak kahwin menyusahkan keluarga, lepas kahwin lagi menyusahkan. Duduk rumah mentua, free tanpa perlu keluar duit sesen. Hebat!


No comments:
Post a Comment
Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)