Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 25, 2011

Hellow,

Oleh sebab aku sangat bosan harini, aku lukis layout tempat aku duduk. Lokasi aku dekat laluan pedagang (left side, first cubicle) depan bilik bosses/managers. Lokasi aku ni strategik since semua orang yang nak ke pantry atau nak ke bahagian depan (section A) akan lalu tepi aku. Makanya, aku tak boleh nak bertenet sesuka hati. That's why aku suka datang awal dan bertenet. Sekarang pun nak buat entry macam sorok-sorok padahal takde ramai orang sangat kat sini. I.E screen pun aku minimize kononnye taknak bagi orang yang lalu nampak apa aku tengah buat. *padahal diorang boleh nampak!*


Layout : 13th Floor, Menara AA (Section B)

Cubicle-cubicle yang aku tanda X tu kawasan zon bahaya kalau nak bertenet. Dahlah depan bilik bosses sume, elok pulak PC kita menghadap cermin depa, memang cari nahas la kalau dok menyeleweng masa kat office. Bilik belakang aku ni, bukan bilik line manager aku, so agak selamat sikit la. Escape route aku kalau nak balik cepat if both supervisor and line manager aku ada adalah line putus-putus merah. Time selamat nak balik pukul 4.30 petang sebab ramai balik time tu. Line putus-putus biru adalah safe mode escape route ( kalau bosses takde). Okay, sampai sini je lah aku nak mengarut.

Til then, chiao!

1 comment:

  1. hahhhahaa...anda adalah didlm kawaln..anda punye tmpat adelah telah dirancang..hehehhee

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)