Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, March 09, 2011

Life is a barren field......


Tenkiu encek google

Hellow,

Hari kedua dalam minggu ni aku balik lambat. Office ni masuk je pukul 5 terus macam padang jarak padang terkukur. Gile scary siot. Nasib ada dua tiga empat kerat orang yang still tengah buat kerja. Aku pulak bukan buat kerja, malas nak balik rumah awal-awal. Buat apa menyakitkan hati tengok parasit-parasit yang bertebaran dalam rumah? Jijik aku tengok.

Tengahari tadi, seronok jugaklah dapat gelak-gelak dengan member office. Gelak kaw-kaw punye. Kepada acik enon, maaflah ye buat acik jadi bahan. teheee.. saya tau acik terasa. huhuhu..-__________-". (tapi aku pandai cover balek kata gelak pasal lain)

Sekarang ni, tiap-tiap hari aku fikir nak cepat masa berlalu. Maksud aku, bangun pagi pergi kerja awal, balik tengok tv terus tido dan esok pagi ulang benda yang sama except weekend kena pergi kelas. Kalau macam weekend ni takde kelas, memang mati kutu la aku jawabnya. Aku memang tak tau nak buat apa.

Ni aku duduk office sampai kol 6 pun bukan dapat claim OT. Yelah, kau balik lambat pun bukan kau buat kerja. Cari kerja ada la. Kacau acik enon buat kerja, basuh mugs dekat pantry sume. Bosan gile hidup ni bila matlamat yang aku nak capai macam tak jelas je. Sadis sangat ke hidup ni?

Bila aku simpan apa yang aku rasa, orang mula cakap aku itu ini. Ape ape je lah. Malas aku nak melayan. Lagi aku melayan lagi menjadi. Kalau aku cerita pun tak guna sebab takde yang paham. Ok fine ada yang paham tapi diorang pun tak tau nak buat ape. Korang ni takde ke idea yang kreatif nak suruh aku buat? Haish..gile bosan betul.

Exam aku lagi dua bulan. Dua subjek, date exam sebelah-sebelah. 7 dengan 8 Mei. Memang hebatlah aku nak study macam tu. Mau jumaat aku ambil cuti nak study. Study lah sangat. Nasib baik lah exam on weekend, so aku tak payah la nak susah-susah fikir nak ambil cuti untuk attend exam. Maybe semester ni pun pointer drop. Aku tak confident yang aku boleh jawab soalan sangat. Time-time macam ni la takde orang nak ajak study group ke, discussion ke ape ke. Tengah time free la ajak. Ye tak?

Makin lama tulis makin melalut. Orang dekat level atas ni dah memekak, dok renovate office. Tah orang betul ke makhluk lain. Hahaha..Celupar betul mulut kau tuuu...

Okeylah, memang dah bosan tahap gaban. Nak buat sesi meluahkan isi hati pun takde orang dekat sini.

Til then, bye!

No comments:

Post a Comment

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)